Saturday, June 26, 2010

18.MASALAH OD/ASB & OD/ASW, JOM CARI JALAN PENYELESAIANNYA.

salam kengkawan

aku rasa perlu aku buat post nie untuk kita sama2 bincangkan pasal 'isu' terbaru nie..

APAKAH LANGKAH MENCARI TOOL TERBARU


aku mulakan dengan 1 cadangan

walaupun OD/ASB dan OD/ASW dikenakan syarat untuk tubuhkan syarikat aku rasa tak ada masalah sebenarnya..kita boleh juga daftar perniagaan..tetapi sampai bila kita nak bergantung sahaja pada OD sedangkan ada jalan lain..

PL DARI BSN DENGAN BERCAGARKAN SIJIL ASB

cadangan aku adalah jika korang ada duit cash contoh dalam 30k..tukarkan ke bentuk sijil ASB ( proses sama mcm mohon OD ).

pergi ke BSN dan tunjukkan sijil ASB dan minta buat pinjaman dengan cagarkan sijil ASB..pihak BSN akan beri 90% dari nilai sijil ASB..cuma bab interest aku tak berapa pasti, mybe geng team OD boleh beri pandangan..

so, kita ibaratkan PL yg BSN bagi sebagai OD dan duit tu kita letak balik di ASB/ASW pada aku baik letak dalam ASB dan kita belanja mcm OD..

adakah ko pernah dengar benda nie??? klu pernah sila beri pandangan..

open 2 komen

Link Team OD

17.TEKNIK OD+RUMAH PART 13

Salam kengkawan

Aku dapat rasakan betapa kecewanya perasaan korang coz PNB buat syarat baru iaitu untuk aplly OD/ASB dan OD/ASW kena ada syarikat.

tp jgn risau pada newbie aku dgr dari pihak bank sendiri yang mereka pun tidak setuju dan akan hantar surat bantahan pasal perkara ini, yerlah banker rasa kesannya jugak coz income disekat secara automatik..

so geng2 relax dulu..kita tunggu dalam masa sebulan nie..kita lupakan sementara dulu..apa pun kena ingat SABAR

Back 2 topic ( umah lelong )

Kali nie aku nak sembang ckit jer, memandangkan ‘mood’ bercampur2 sekarang..

Post lepas aku dah cita pasal apa ‘kontrak jualan’.

Kali nie aku nak cita pasal klu kita gagal semasa ‘bertempur’, sama ada umah tu call off ataupun kalah semasa bidding..adakah duit deposit kita hangus camtu jer???

Sebenarnya klu kita gagal dalam proses bider tu kita boleh tebus balik bank draff kita tu, bukannya hangus, klu hangus saper nak masuk lelong..cara untuk tuntut balik, kita kena gi ke bahagian pendaftar tu dan mintaklah balik bank draff kita..pihak pelelong akan serahkan semula bank draff tu.

Bagaimana nak tebus balik bank draff?

Nie pun senang jer, tp syaratnya ko kena pergi balik tempat ko buat bank draff tu..hanya kat ctu jer boleh cashkan semula wang ko, pastu pastikan org yg buat bank draff yg pergilah coz bank akan mintak I/C..klu tak silap aku boleh sebenarnya klu ko nak cashkan di mana2 tempat tapi banyak prosedur ko kena buat.



Open 2 komen


Link Team OD

Monday, June 21, 2010

16.PNB BLOCK OD/ASB INDIVIDU

salam kengkawan

aku dapat maklumat dari warga Team Od iaitu OD/ASB ada masalah sekarang
PNB telah umum dan mahu block penggunaan secara INDIVIDU dan syarat terbaru adalah pemohon perlu ada SYARIKAT..

persoalannya adakah hanya perlu dartaf SSM tuk tubuhkan syarikat atau pun perlu 1 tahun syarikat tersebut beroperasi..

nanti aku update disini..esok klu tak bz aku gi bank double cek..
masalah juga pada newbie klu betul2 dilaksanakan..

pada kengkawan yang tahu awal perkara nie..sila update di sini..
sama2 kita bincang jalan keluar tuk dapatkan kemudahan OD/ASB nie..

aku harap sgt benda nie cuma RUMOR sahaja..masalah nie


Open 2 komen

Link Team OD

Sunday, June 20, 2010

15.TT BERSAMA IB FOREX,CIKGU HAFIZ&CIKGU ZAKI PADA 19/6/2010

Salam kengkawan

Aku rasa nak kongsi pengalaman TT aku kali nie..mmg advance heheh coz ada Tokey IB forex jumpa aku..saper dia aku rahsiakanlah dan 2 cikgu dari perak jugak..

Aku start TT ngan diorg dari jam 11pg hingga jam 330 ptg..mamak dah pandang semacam jer..hahah lantak la ko, ko halau aku aku panggil ko gi balai plak..hahaha

Kat cnie aku setting financial 3 org terus..

1) Cikgu hafiz ( OD 40K) – TEKNIK OD+ASB+CC

Dia plan join ngan 'org umah' dia

gaji bersih dalam RM 4k

Belanja RM 1,500
Kereta 2 bijik 1,000+5++

Penggandaan CC RM 1,500

Saving ASB SEBULAN – RM 3k

2) Cikgu Zaki ( OD 40k ) – TEKNIK OD+ASB+CC

Gaji bersih RM 2,500

Kereta RM 600
Belanja RM 1,000

Gandaan CC RM 1,200

Saving ASB SEBULAN RM 2,500

Kengkawan boleh lihat di sini gaji bersih cikgu kita nie RM 2,500 sebulan dan setelah di tolah belanja, bayar kereta cikgu kita nie leh saving RM 2,500 sebulan jugak..

WAHHH !!!!!! giloossss simpan 100% dari gaji...tahniah to cikgu zaki.

3) Tokey IB Forex ( OD .... ) – Teknik Advance OD+ASB+CC

Gaji Bersih 10k++
Extra 3k

Belanja 3k
Kereta +++

Gandaan 1,000

Saving ASB SEBULAN RM 11k

Gaji member kita nie bukan 10k sebulan tapi XXX,XXX tp nak buat takat 10k jer...
Hahahah giloossss. dalam plan nie dalam masa setahun bro kita leh SAVING ASB
RM 132,000 ( teknik gandaan)

So, aku harap geng2-geng 3 orang nie boleh fahamkan betul teknik nie..jgn sampai masuk ‘longkang’..hati mau layan 'cool'

Open 2 komen

Link Team OD

14.TEKNIK OD+RUMAH PART 12

Salam kengkawan

Lama aku tak sambung pasal umah lelong nie,..mybe sekarang tak berguna mana tau akan datang ianya berguna tuk korang..aku layan sorang pun boleh..hahaha

Post lepas aku sembang pasal situasi lepas ko menang semasa auction..klu kalah kita cita kemudianlah...

Mybe klu ko ingat post lepas aku cakap pasal kontrak jualan


APA TU KONTRAK JUALAN
Kontrak jualan adalah satu dokumen SAH yang menyatakan bahawa kita adalah pembeli sah yang baru atas rumah tu melalui lelongan rumah..

NAK BUAT APA DENGAN KONTRAK JUALAN NIE?

1) Bukti pembelian

- Of course lah ianya kita hendak sebagai bukti kita pemilik rumah baru.klu ko nak pecah masuk pun dah boleh
- Klu rumah ada onwer lama, serahkan salinan kat dia mintak keluar secara hormat.

2) Diguna pakai untuk proses housing loan

- Kontrak jualan juga penting untuk tujuan proses HL(Housing Loan), so bila dah dapat serahkan pada laywer tuk proses.
- kontrak jualan ini juga adalah sama fungsi SPA, Cuma SPA diguna pakai tuk rumah under pemaju @ rumah sub-sale . so korang tak payah dok cari mana SPA dengan pelelong..kena pakat gelak jer ngan kerani2 pelelong tu..

3) Di guna pakai untuk daftar baru SAJ ( saluran air Johor)

- Klu boleh ko fotostat banyak2 kontrak jualan tu, tujuan adalah nak aplly penyambungan air dari SAJ..caranya adalah ko gi opis SAJ dan cakap nak buat penyambungan air dgn sertakan salinan kontrak jualan..so kena bayar deposit
( l/kurang RM70-RM90) dan bayar tunggakan lama. Settle!!!! air dah ada.

4) Diguna pakai untuk daftar TNB

- Proses yang sama juga mcm pergi SAJ iaitu ko kena bawak salinan kontrak dan serahkan kat TNB dan isilah form dia..
- Bayar tunggakan.

5) Dapatkan dokumen list maintanence yg tertunggak

- yg nie mybe ko nak tgk list senarai tunggakan rumah tu ngan pihak pemaju@ maintanence dan dapatkan dokumen pasal umah tu..so ko leh cek detail senarai hutang. lepas tu bolehlah bayar tunggakan tersebut.

Klu ada tambahan kelebihan Kontrak jualan nie sila tambah..



Open 2 komen

Link Team OD

Friday, June 18, 2010

13.OVERDRAF (BACK TO BASIC)

Salam kengkawan

Ramai sgt buat permintaan pasal masih tak faham apa tu OverDraf(OD)..jom kita sama2 refresh balik..pada yang dah ada OD mintak bantu dan kasi faham new comer apa itu OD sebenarnya.( klu boleh new comer selak post lama2)

1) OD adalah singkatan perkataan dari OverDraf.
2) OD adalah satu kemudahan dimana bank membenarkan pengeluaran wang melalui cagaran ASB/ASW
3) Interest akan di-caj keatas jumlah wang yang telah digunakan dan dikira berdasarkan daily rest.
4) Urusan boleh dibuat melalui ATM, buku cek atau online banking.

ramai antara kita sebenarnya adalah orang yang rugi kerana lambat ketahui RAHSIA OD ini..

sebelum ini ramai beranggapan yang OD nie adalah untuk kegunaan orang bisnessman, kontraktor dan untuk orang cina sahaja...sedih bila kita pikirkan perkara nie..

sebenarnya kita tak perlu jadi seorang BISNESSMAN@KONTRAKTOR untuk mebuat OD nie..kita hanya perlukan SEKEPING SIJIL ASB yang perlu di cagarkan dengan pihak bank dan bank akan bagi kita OD dengan nilai OD 90%@95% dari nilai sijil yang kita cagarkan..senang jer...

APA BEZA KLU TAK BUAT OD NGAN BUAT OD



TIDAK BUAT ODAku bagi contohlah..anggapkan ko ada 30k cash

Ko masukkan 30k dlm ASB dan dalam setahun ko dah korek ASB balik tuk belanja 20k tinggal 10k..
So dividen akan dikira base pada 10k sahaja ( dividen kecil2 kira sendiri)

Dividen ASB dikira
10k x 7% = RM 700


KLU BUAT OD
Ko ada 30k yang sama dan masukkan ASB dan jadikan duit 30k tu ke OD
Ko belanja dgn korek ASB dalam setahun 20k tinggal 10k
So dividen dikira base pada 30k JUGAK bukan pada 10k

30k x 7% = RM 2,100
So kengkawan yg new comer leh tgklah kelebihan pakai OD..


STEP BUAT OD

stepnya:-
1) ok kita andaikan modal dah ada dalam 15k ( tak kiralah dari simpanan sendiri ataupun personal loan).
2) lepas kita masukkan 15k tu dalam akaun ASB kita sendiri
3) lepas tu kita pergi PNB terdekat dan beritahu awek comel kat cna kita nak buat sijil ASB dengan 15k tadi..pastu kita akan isi borang dan tulislah kita nak buat sijil tuk 15k tersebut, kita akan di panggil ke kaunter dan banker akan buat sijil kita tu..
4) kita dah berjaya dapatkan sijil ASB dengan nilai 15k
5) pastu kita pegi ke bank RHB dengan bawa siji ASB 15k tadi..
6) kita cakap ngan banker RHB nak buat OD dengan cagar sijil ASB kita..bank akan proses permohonan kita..
7) sijil ASB kita akan di tinggalkan di bank sebagai cagaran membuat OD..

biasanya permohonan akan makan masa 3 minggu hingga 4 minggu ikut banker..

8) dapat kelulusan dari bank n dia akan call kita tuk sain dokumen..
9) bank akan beri kita 3 perkara
1) buku cek
2) kad ATM
3) kad internet banking ( tp sekarang sudah tiada )

10) apabila duit OD dah masuk dalam current acc kita..kita lehlah gunakan seperti yang di 'plan' kan..

emmm...OD leh di buat di 3 bank iaitu:-
1) RHB Bank ( BLR-1%)
2) CIMB Bank ( BLR – 1.65% )
3)Maybank ( BLR+1%)

Open 2 komen


Link Team OD

Wednesday, June 16, 2010

12.UNIT TRUST

Salam kengkawan

Aku tak ada pengalaman pasal unit trust nie tp aku faham dari pemahaman dari forum sebelah..

APA TU UNIT TRUST
1) Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah
2) Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi semasa
3) Harga Belian = Harga yang syarikat beli dari anda
4) Harga Jualan = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya)
5) Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan
6) Contoh: Dana Amanah Pacific Mutual & MAA Mutual di Utusan Malaysia / New Straits Times etc.

Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan

Contoh : Nilai Asset /Jumlah unit saham = RM 100,000/10000 unit = RM 1 seunit

Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada

Nilai Asset/Jum Unit saham = RM 100,000/120,000 unit = RM 0.83 seunit


KESILAPAN YANG SELALU BERLAKURamai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut.

Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. inilah yang banyak berlaku selama ini.

sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!"

Jika ko lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.

Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana UT akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka ko membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya ko dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat..kena ingat UT nie turun naik.."untung sabut timbul untung batu tenggelam" heheh betul ker terbalik nie..korang betulkan lah..

SO CAMNER NAK BUAT DUIT DGN UT NIE?
Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, ko perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL.

Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.

emmm..nie jer aku paham..
yang lain ko cari sendiri kat internet..heheh
otai UT sila komen ckit...


Link Team OD

11.PENGUMUMAN DIVIDEN ASD

salam kengkawan

kepada sesiapa yang ada AMANAH SAHAM DIDIK(ASD) anak2..

PNB ada membuat pengumuman dimana dividen ASD pada tahun nie adalah sebanyak 6.35% berbanding tahun Jun 2009 iaitu 6.30% sahaja..

walaupun ada masalah dengan syarikat Sime Darby tp pihak PNB nampaknya tiada masalah tuk naikkan sedikit peratusan dividen..

Adakah nie juga petanda yang dividen ASB juga akan meningkat pada tahun nie..


PRESTASI TABUNG ASD

Tarikh Berakhir 30 Jun............................. 2007 ...2008 ...2009 ....2010
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen) .7.00 ...7.00 ....6.30..... 6.35


layari website
ASD

Monday, June 14, 2010

10.TT BERSAMA GENG LHDN DAN RUZAIMI (MELAKA)

Salam kengkawan

Dalam masa 2 minggu nie banyak TT aku buat mybe dalam 6@7 kali..tp aku tak update di sini takut geng2 boring coz Team Overdraf nie bukan blog aku sorang jer..tp reramai..

Tp arini rasa nak update kasi kata2 semangat pada new comer..kebanyakkan TT aku sebelum nie aku TT ngan new comer dan Otai2 teknik OD+ASB+CC..

so aku and the geng LHDN cerita pasal advance jer lah pasal TEKNIK OD+ASB+CC..banyak ilmu dan ilmu lapuk keluar balik..heheh bagus klu ada team nie..ada banyak buah fikiran bleh kongsi reramai..

rasanye tak perlu kot aku cerita bab advance kat cnie..coz part 1 hingga 5 pun korang ada tak katam lagi..hahaha, korang mmg kena TT jugak barulah ilmu advance pasal OD+ASB+CC nie kitaorg bukak…

Arini pada 12/6/2010 aku n geng LHDN dan juga ruzaini jumpa lagi tp aku buat sebelah pagi jam 10pg till 1330 pm..Ruzaini dr Kedah OTW balik Melaka..singah TT jap

Kat cnie aku nak sher kelebihan teknik OD+ASB+CC..inilah fokus utama aku dalam permainan OD nie..

Aku ada set ruzaini punya perancangan (contoh shj tidak detail)

Gaji bersih – RM 3,600
(+) site income – RM 300

Belanja RM 1,500 ( minyak keta, makan,rumah sewa,etc)
+ve cashflow 2,100

Penggandaan CA CC – RM 1,000 ( boleh adjust lagi )

Saving ASB sebulan – RM 3,800 ( boleh pergi saving 3.8k – 4.2k )

Pengurangan sebulan OD – RM 450

Kengkawan leh tgk gaji bersih Ruzaini RM 3,600( besar coz kerja 'best')..

TETAPI leh saving RM 3,800 SEBULAN...SEBULAN...bukan setahun

klu ruzaini nak tinggi lagi saving ASB, boleh adjust pada
1) gandaan CA CC
2) belanja
3) pengurangan OD

mybe ramai takut nak guna teknik nie..takut pasal CAJ CA CC, Interest CA CC..sememangnya BAHAYA jika tersalah berguru..

Open 2 komen


Link Team OD

Saturday, June 12, 2010

9.AMANAH SAHAM DI MALAYSIA

Salam kengkawan

back 2 basic..kadang2 kita perlukan refresh balik perkara2 basic nie..

ASB

-Hanya untuk bumiputera.
-Boleh buat loan.
-Boleh dicagarkan untuk OD facility
-Maksimum RM200,000 modal pokok untuk setiap akaun dewasa (+18 tahun)
-dan RM10,000 (12-17 tahun) untuk akaun remaja
-Kadar dividen dan bonus tertinggi berbanding amanah saham yang lain dari PNB.
-Dividen 2007( 8% + 1%), 2008(7% + 1.75%), 2009(7.3% + 1.25%)

-Laman web
AMANAH SAHAM BUMIPUTER(ASB) 

ASW
-Untuk semua rakyat Malaysia. Tetapi ada kuota pelaburan bagi pecahan setiap kaum.
-Tak boleh buat loan.
-Boleh dicagarkan untuk OD facility
-Tidak ada jumlah maksimum pelaburan untuk setiap akaun selagi kuota bagi setiap pecahan kaum belum habis dibeli.
-Umur bermula dari 6 bulan dan ke atas boleh buka akaun.
-Kadar dividen kedua tertinggi berbanding ASB bagi amanah saham dari PNB
-Dividen 2007 ( 8%), 2008 (7%), 2009 (6.3%)

-Laman web
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW)

ASN
-Untuk semua rakyat Malaysia
-Tak boleh buat loan
-Tak boleh dicagarkan untuk dapatkan OD facility
-Tiada jumlah pelaburan maksimum untuk setiap akaun selagi peruntukan tabung masih ada.
-Berumur 18 tahun ke atas sahaja.
-pembayaran dividen adalah berbeza2..rujuk website

-laman web
AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)


AMANAH SAHAM DIDIK-Untuk kanak 6 bulan ke atas
-Tak boleh buat loan
-Tak boleh di cagarkan OD kerana kanak bawah 18 tahun
-Tiada had pelaburan
-Kadar dividen 2007(7%), 2008(7%), 2009(7.2%)

-Laman web
AMANAH SAHAM DIDIK (ASD)

Klu kengkawan nak tgk amanah saham yg lain sila rujuk website nie
AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)

Open 2 komen

Link Team OD

8.TEKNIK OD+RUMAH PART 11

8.
Salam kengkawan

Mybe pada sesiapa yang belum pernah masuk auction sebelum nie rasa takut dan malu di pandang org ramai..tp aku nasihatkan ‘buat bodo’ jer ngan jelingan/pandangan tu..
Last topic kita bincangankan pasal camner proses bid rumah..

Dalam post lepas kita dah menang bid satu rumah..
MMR 26
RP= 41,600
MV=85k
Menang = 51k

So apa perlu kita buat adalah...ko bangunlah dari kerusi ‘khas’ tu..ko akan dapat lihat pelelong di atas stage tu akan tandatangan borang dalam fail tu tanda umah telah di menangi ko menang tadi...

Lepas tu nanti awek pelelong tu akan ambil fail tu dan bawa ke bahagian pendaftaran untuk di proses..masa tulah ko terus gi ke bahagian pendaftaran dan tanyakan pasal urusan seterusnya..

Nanti awek tu akan uruskan dokumen rumah tersebut, klu tak ramai bolehlah awek tu layan ko terus..klu tak ko kena gak tunggu giliran sehingga nama ko di panggil dan ada beberapa perkara akan ko buat di situ iaitu:-

1) Ko akan tandatangan beberapa dokumen kontrak jualan
2) Ko kena bayar setem duty – anggaran RM 150 @ .....cek balik
3) Kepada yg bid lebih harga RP ko kena buat tambahan wang tunai..apa maksudnyee nie?

Ok aku jelaskan..

Sebelum nie ko hanya buat bank draff pada nilai 5% 41,600 (RM 2,080) dari RP sahaja..

So sekarang ko bid harga umah tu sehingga 51k

So ko kena tambah cukupkan 5% dari 51k (RM 470) bagilah cash kat awek tu..

Mybe sebelum aku lupa nak suruh ko bawak cash..penting juga bawak cash nie..
So klu ko gi auction standbylah cash kat tangan untuk tujuan seperti ini..

1) Tambahan deposit 5%
2) Duit stem duty
3) Etc.

Bila semua urusan dah selesai, tandatangan pun dah selesai ko amik ko punya kontrak jualan tersebut. Tu pun klu boleh amiklah..base pada pengalaman aku kontrak jualan tu mmg pelelong akan serah 2@3 hari lepas tu

Kenapa?sebabnya:-

1) Biasanya hari tu hari sabtu@ ahad..so nak matikan setem kenalah hari bekerja

2) Kadang2 lawyer wakil kepada onwer lama tak hadir, so diorg akan minta tandatangan lawyer tu kemudian.

3) Kerja2 kemaskini.etc

So,klu ko tak amik alamat pelelong tu mmg sakitlah ko,camner nak amik kontrak jualan tu...

Penting ker kontrak jualan tu???
Kita akan sembang pasal apa kepentinga kontrak jualan tu post akan datang....

Silalah komen pada part tandatangan kontrak jualan tu..aku rs mcm ada tertinggal jer...



Open 2 komen

Link Team OD

Wednesday, June 9, 2010

7.TEKNIK OD+RUMAH+EPF+ASB LOAN+MLTA

salam kengkawan

post ini dari Yusz Amir

Property : DS INTERMEDIATE TERRACE
Option 1:
Homeloan amaount : RM 288,000
Loan documentation fee : RM 7,000
MRTA : RM 10,000

Total Financing incl. legal fee : RM 305,000

Normal Homeloan Package BLR-1.9% / 30 years
Monthly : RM 1,485 / sebulan

Ok, figure atas adalah normal bagi kebanyakan orang di Malaysia. Kalu mampu bayar figure atas tuh, anda bleh stop sekarang and pi tgk tv.
...
Tapi bagi aku..aku bukan orang biasa. Aku nak jugak mengelat dari bayar banyak2 nh or nak lebih benefit yg aku bley korek klu xleh kurang. So, aku olah strategi aku sendiri.

Option 2:
90% MOF : RM 288,000
Loan documentation fee : RM 7,000
MRTA : RM 0
Total Financing incl. legal fee : RM 295,000

Normal Homeloan Package BLR-1.9% / 30 years
Monthly : RM 1,436 / sebulan
Stretch lagi, jadi 35 tahun
Monthly : RM 1,334 / sebulan
Stretch lagi, jadi 40 tahun
Monthly : RM 1,262 / sebulan

MLTA : RM 5,500 / TAHUN or RM 460 / BULAN
(coverage RM250,000, mature 25 tahun)

Tenure 30thn:
Repayment – 1436+460=1896 / bln

Tenure 35thn:
Repayment – 1334+460=1794 / bln

Tenure 40thn:
Repayment – 1262+460=1722 / bln

Dari cth di atas, extend tahun merendahkan bebanan bulan korg kan? Tapi what for? dah pencen pon nak kene bayar umah lagi?
Dan, nak commit byr MLTA bulanan, lagi bnyk nak commit compare amik MRTA ajer…
Sabar yer..

Bagi case study aku nih, aku apply tenure 40tahun. Kalau ader lagi panjang lagi bagus…

Tenure 40thn:
Repayment – 1262+460=1722 / bln



Ok, di sini lah masuk peranan EPF. Sila apply untuk EPF withdrawal secara bulanan. Aku buat withdrawal akaun 2 sbnyk RM300/bln bayar trus ke akaun homeloan aku.

Tenure 40thn:
Repayment – (300)+962+460=1422 / bln

Haa, skrg dah rendah sikit kan bayar bulanan.
Hah? Ade plak x puah hati kate, ‘abes la tinggal kosong akaun 2 epf aku!?” or “xde beza pon mcm Option 1..”
Kalau sayang sgt epf tuh, sila berenti bace skrg dan tgk tv.
……
Bukan haper, kita withdraw akaun 2 epf tuh actually untuk ease –off monthly homeloan, dan amaun eased-off tuh dok layan MLTA. So, in general, EPF yg layan MLTA. Benefit MLTA kita tunggu dulu yer.
Takat compare akaun 2 epf lepas 30thn pun xleh pecah 150k lagi tau! better withdraw..kasi duit tuh bekerja dan melindungi kita.

Nak rendah lagi commitment?? Boleh!

Macam ni. Kita dah tau MLTA nak kne bayar RM5,500/tahun. Agak2 la kan, RM5500 bersamaan berapa dividen jumlah simpanan ASB? Secare matematik: 5500 = Y x 7%, cari nilai Y?
….pening? kene skolah beb..hehehe

Okeh, nilai Y ialah RM80,000 la gitu2. so, apa lagi, pi EASY RHB apply EASY ASB 80,000. bulanan RM309.
Dividen ASB rm80,000 x 7% = rm5600 pi bayar MLTA secara tahunan/ ada extra rm100 tuu ;)

Sekrg,

Tenure 40thn:
Repayment – (300)+962+309=1271 / bln

Haa, skrg commitment bulanan korang dah berkurang..at least 1st 5yrs bley la rilek2…
….
Ingat lagi x? MLTA mature 25tahun, ASB LOAN mature 25tahun. Kat tenure 25tahun ni la magik akan berlaku.
Bagi yg bijak pandai, dah bley tangkap point citer skrg nh..

Pada tenure 25tahun nih, korang akan dapat cash RM250,000 dr MLTA n RM80,000 dr ASB LOAN yg dah matured tuh. Total RM330,000 cash.
untuk ape bnyk2 duit ni?
Sila tgk Loan Calculation Tool v.2 tuh, baper belen principal pada ujung tahun ke-25??
belen pricipal ialah rm168,000. settlekan terus rumah tuh, ader extra 330,000-168,000=162,000 utk pi haji...

Case study aku x la perfect. Dlm case nih, tenure dipendekkan ke 25tahun, lebih awal 5thn dr Option 1 yg standard dan lebih awal 15tahun dr tenure asal Option 2.

Aku tau, kalu Option 1 tuh dilayan dgn epf withdrawal rm300 dr epf akaun 2, tenure lagi cepat..21.5 tahun dah settle umah. beza 3.5thn jer, x ralat sgt aku.

Tp duit epf 300 x 12 x 5% dividen epf x 21.5thn = 81k terbenam dalam nilai rumah. X bekerja or menyumbang untuk korg.
Dan negative nyer lg, MRTA korg rm10k yg matured tu burnt gitu jer. No refund.

If aku amik Option 2, rm300 dlm akaun 2 tu akan berkhidmat dgn melindungi aku dan menggemokkan dirinye dari stakat rm300 x 12 x 5% dividen epf x 30thn = <150k , skrg dah jadi rm330k.

Klu perasan, aku x sebut pon pasal OD/ASB..coz OD/ASB hanye absorb d/payment korg beli umah tuh dr pd terpendam gitu jer.
Open 2 komen

Link Team OD

6.SENARAI WESITE EMAS

Salam kengkawan

Nie adalah post selingan, mmg aku tgk serius buat post rumah lelong, tp aku takut ramai bosan coz dah tahu..tp klu dah tahu kita layan jer n refresh balik..mybe ada new comer nak tahu...

Kali nie aku nak bagi laman-laman website berkaitan EMAS
Aku dah setengah tahun duk kaji pasal EMAS mmg berbaloi..awal2 thn aritu harga emas jatuh sampai RM 118 bagi 1 Gram..tp sekarang ko tgk sendiri.


1) Public gold


2)
Maybank –emas kijang – Gold saving pasbook acc (GSPA)

3) Emas dari UOB



4) Gold Invest Acc (GIA)

5) Bank negara Malaysia

6) Public Dinar

7) Dinar Kelantan

8) Harga emas Pasaran FGJAM

9) GCP (Gold Crest Pavilian)



10) Dinar Muslim

11) klu ada sila tambah...mybe geng Team OD ada website sendiri..

Pelaburan Emas adalah pelaburan yang bagus, nilai tidak turun mcm nilai ‘wang’..

So, sesiapa yang dah ada saving yang banyak beralihlah ke teknik simpan emas pulak..sekarang US dan Israel tengah berlumba2 beli emas..aku bukan nak kita ikut cara diorg..tp ko kena pikir luas ckit kenapa diorg tu beli emas???

Pada aku klu emas kat diorg semua nanti klu matawang jatuh ‘gila’ dan dunia beralih pada emas..masa tulah mereka ‘control’ ekonomi dunia lagi..tu adalah pendapat aku sahaja...

So dialu-alukan kepada geng emas tuk PROMOSI/ JUAL emas di Team OD..
Klu harga ‘cun’ bolehlah geng2 Team OD mulakan langkah untuk melabur dalam Emas pulak...



Open 2 komen

Link Team OD

Monday, June 7, 2010

5.TEKNIK OD+RUMAH PART 10

Salam kengkawan

DALAM BILIK LELONGAN (auction Room)

Last topic kita dah sembang pasal apa tu POS dan juga COS..so kita anggapkan korang dah baca abis syarat2 lelongan tersebut..

Biasanya semasa ko tunggu masa nak start lelongan bermula pihak pelelong adalah sediakan makanan ckit2..klu rasa ko terkejar2 td tak sempat makan bolehlah ‘melantak’ kat cnie..hhehe free jer bro..apa lagi amik pingganlah..

Ting2..ting2..ting2..

“auction akan dimulakan dalam masa 5 minit lagi..sila ambil tempat”

“Jap2..jap…bukan ker masuk lelong nie kena ada bidder card..ker main angkat tangan jer…”

“Ehhh ko tak amik ker???”

“Mmglah bila ko daftar masuk lelong sepatutnya ko dapat bidder card tu, ko lupa amik ker? Ehhh kat maner nak amik nie?...”

Hahah.. tu adalah pengalaman aku yang first timer..mmg lawak nak gi balik kat pendartaran malu plak..dok usha org2 msk auction ada yg ada bidder card ada yg tak ada...ahhhhh sudahh...

Sebenarnya dia ikut pada pelelong..ada setengah pelelong tak bagi kad bidder tu dan ada pelelong akan beri masa ko daftar tu..pelelong yg tak bagi bidder card tu biasalah nak jimat kos...

MASA LELONGAN DIMULAKAN



Bapak2 dan ibu2 pelelong tu akan naik stage kat depan tu dan dia kenalkan dirilah dan akan mulakan lelongan dengan terangkan syarat2 lelongan..

Pastu tibalah masa yg ditunggu..lelongan dimulakan dan akan mula dengan umah ikut urutan cara depa lah…kita boleh tgk kat sreen gambar umah tu…

‘Ko layan nie...’ antara babak dalam auction room bermula....

MMR 15
RP – 35k
MV – 65k
LOT umah: NO 184 Jln mewah, tmn mesra, Johor.

En Firdaus
“sila ke hadapan”

nie kes kepada yg tak dapat bidder card..duduk kerusi khas yg disediakan..

“Memandangkan tiada pencabar, maka umah lot NO 184 Jln mewah, tmn mesra, Johor dimenangi oleh en Firdaus dengan harga RP 35k, adakah kamu setuju dgn harga tersebut..”
Firdaus- “SETUJU..”

Heheh untung en firdaus coz tiada org masuk umah tu..dapat RP lagi..

Pastu..rumah demi umah dilelong..ko tgk jerlah cara dan gelagat org cabar mencabar tu..best beb..sekali angkat jer 1k..mmg ngeri 1k mcm kecik jer nilai dia...

Pastu ko tunggu lah turn rumah ko..
Tiba giliran anda
MMR 26
RP – 41,600
MV – 85k
LOT umah: NO 123 Jln mewah, Tmn Org Kaya, Johor.

1)En Salihan
“sila ke hadapan”
2)En Lim King Kong
“sila kehadapan”
3)En Azhar Mansor
“sila kehadapan”

Sudah ada saingan nie..nanti awek kerani pelelong akan beri ko bidder card..kad no 1, kad no 2, kad no 3..

“Kita mulakan pemegang kad No 1 en Salihan sila angkat kad anda” “kad no 2 En Lim King Kong sila angkat kad anda” dan “kad no 3 En Azhar sila angkat kad anda”

“kita mulakan Bid Lot MMR 26 pada harga RM 41,600 dan setiap kali angkatan kad bernilai RM 1,000..saya ambil keputusan untuk genabkan nilai harga kepada 42k, adakah sesiapa setuju?”

Salihan – “saya setuju” ( sambil angkat kad bidder)

“terima kasih En Salihan, kita mulakan pada harga 42k, ada sesiapa nak mulakan dgn harga 42k”

En Lim – angkat…42k
En Azhar – angkat …43k
En Lim – angkat ….44k
En salihan – angkat …45k
En lim – angkat …46k
En salihan – angkat …47k
En Lim – angkat …48K
En salihan – angkat …49k
En lim –angkat …50k
En salihan ….angkat …51k

Senyap…senyap..senyap terusss....yahoooo

“ 51k kad No 1, bagaimana kad No 2..”
“Pangilan kali pertama, pangilan kali ke dua, pangilan kali ke tiga…kiraan 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,0 Pemenang adalah En salihan kad No 1”

“rumah MMR 26 dijual pada harga 51k”..
Heheh aku menang…
MV 85k
dapat beli 51k
untung = 34k

Apa pun kena ingat set siap2 berapa kita mampu bid pada 1 umah tu..jgn lebih dari apa yg telah kita set tu..jgn terpengaruh dgn kata2 pelelong atau pesaing ko begitu juga harga MV tu..

So, acaner..senang tak nak masuk bid umah? bukan susah pun angkat jer paddle bidder card tu, bukan suruh lari pun..

Ko tak payah buang RM 1,500 tuk upah agen tolong angkat bagi pihak ko...mcm bodoh jer upah mahal2 hanya buat kerja yg tak sampai 15-30 minit..baik ko buat sendiri.
Sebab tu aku nasihatkan korang merasai dulu pengalaman masuk umah lelong nie..oklah lu pikirlah sendiriiii...

Lepas dah menang nie nak buat apa????
Tunggu post barulah…


Open 2 komen

Link Team OD

Saturday, June 5, 2010

4.TEKNIK OD+RUMAH PART 9

salam kengkawan

dalam part 8 kita telah bercerita pasal pendaftaran dan suasana dalam proses auction tersebut. kali nie aku nak sambung perbincangan/pengalaman semasa proses auction berlangsung..tp ko kena ingat step2 sebelum nie supaya jgn menyesal kemudian hari..ok kali nie kita bincangkan pasal:-

DAPATKAN ‘POS’ DAN ‘COS’
POS – proclamation of sale-peristiharaan jualan
COS – conditions of sale – kandungan jualan

Dua dokumen nie korang mesti ambil dari pelelong semasa pendaftaran..
klu diorg tak bagi ko kena mintak..mintak POS dan COS rumah yg ko nak bid tu..biasanya dia akan beri benda nie..

dan klu korang tahu melalui internet ko boleh print out POS dan COS melalui laman web pelelong di org jer..


Apa ada dalam POS
Dalam pos nie banyak maklumat ko leh dapat seperti..banyak benda ditulis tp kita ambil yg penting antaranya:-

1) Pemilik lama
2) Bank pelelong
3) Title lot number – ( klu nak buat carian di pejabat tanah)
4) Lot bumi atau bebas
5) Alamat rumah yg dilelong
6) Keluasan rumah
7) Hakmilik kekal atau sementara ( lease hold @ free hold )
8) Reserve prise (RP)
9) Deposit 5% @ 10% @20%
10) Tempoh perlu bayar baki harga rumah lelong ( 90 hari@120 hari)
11) Nama dan alamat pelelong


Apa ada dalam COS..
Kat cnie juga tak larat aku nak cerita..tp aku ambil yang penting jer..

Benda yang PALING penting ko kena tgk dan pastikan iaitu

1) Adakah pihak bank pelelong ‘cover’ tunggakan2 yang ada di rumah lelong yang ko nak beli tu..baca dengan teliti..

2) Ada bank tidak ‘cover’ langsung so maknanye ko kena langsaikan kesemua tunggakan yang ada..klu terlalu tinggi tunggakan dan still +ve cashflow dia boleh di pertimbangkan tp klu –Ve cashflow dia baik cr umah lain..

3) Ada juga bank pelelong yg ‘cover’ tp baca jugak berapa peratus(%) dia ‘cover’..

4) skrg susah nak dapat 100% bank pelelong ‘cover’..biasa yg aku lihat hanya ‘cover’ 10% daripada RP sahaja..

5) dan kebiasanya pihak bank pelelong ‘cover’ maintenant fee sahaja.

6) Dan benda yg bank pelelong tak ‘cover’ adalah..
1)Cukai pintu
2) cukai tanah
3) bill air
4) bill TNB
5) tunggakkan dari developer..

So korang kena tahu benda nie..
Biasanya ada org akan ambil POS dan COS nie awal2 lagi sebelum hari lelongan dekat opis pelelong tuk pastikan apa yang bank ‘cover’..nie main peranan..

Aku bagi contoh..
maintenant fee 3k..bank cover 10% dari 40k(RP) so dapat 4k ..so secara tidak langsung kita tak payah risau pasal maintenant fee dah coz bank cover semuanya...klu maintenant 10k ko kena tambah lagi 6k...rugi..tp klu still berbaloi tak bermasalah..pelbagai aspek kita kena lihat..

dah faham..jom lelong umah dah nak start tu..jom masuk..

klu ada kekurangan dalam sesi penerangan aku nie silalah tambah..TQ


 
Open 2 komen

Link Team OD

Thursday, June 3, 2010

3.PERBEZAAN LOAN ASB DENGAN OD ASB

salam kengkawan

memandangkan ramai tanya dan masih tak faham akan perbezaan antara Loan ASB dan OD-ASB.


Loan ASB
Loan ini ditawarkan di bank agen PNB bagi mendapat sejumlah Sijil ASB dgn bayaran bulanan tertentu

Sijil ASB DIPEGANG oleh bank dan dividen akan dikira berdasarkan amount sijil ASB tersebut

Peminjam boleh mengeluarkan duit yg diterima sebagai dividen SAHAJA, tetapi tidak bagi sijil

Sijil ASB dari loan ASB ini TIDAK BOLEH dicagarkan utk OD

interest dikenakan secara monthly rest


OD-ASB

Cash dlm ASB dijadikan sijil,sijil DIPEGANG oleh kita sendiri, kemudian dicagarkan kepada bank (agen PNB) utk mendapat OD.

Sijil yg dicagarkan akan dipegang oleh bank selagi anda menggunakan OD faciliy
Size OD adalah 90%-95% dari jumlah sijil ASB

Account OD adalah Current Account dan pengeluaran duit boleh dibuat bile2 masa ATM, online internet, buku cek..

Tiada pembayaran perlu dibuat setiap bln kerana bayaran utk interest akan ditolak secara AUTOMATIK dari balance dlm account OD

so harap new comer leh bezakan..

DI INGATKAN SEKALI LAGI
LOAN ASB tidak boleh di buat OD..
LOAN ASB tidak boleh di buat OD..

klu dividen LOAN ASB tu boleh buat OD..heheh

Open 2 komen


Link Team OD

2.SENARAI WEBSITE BERKENAAN RUMAH LELONG

salam kengkawan

Aku paham member kita duk tanya maner nak rujuk website umah lelong..
Aku ada bagi list senarai website di bawah..

alamat website pelelong dan forum

1) Ehsan auction








2) Properties auction house

 









3) Tancop








4) CIMB




5) RHB







6) JB







7) JB Jurunilai Bersekutu SDN Bhd






8) Ng Chan Mau








Klu ada yang lain sila update dalam post nie..
TQ..sama2 kita bagi peluang pada org baru tuk pahamkan apa tu MV dan apa tu RP..

Open 2 komen

Link Team OD

1.ADAKAH ANDA MEMBUAT BUGGET SETIAP BULAN

Salam kengkawan

Adakah ko perasan kemana duit gaji pergi setiap bulan..klu tak tahu..
confirm ko tak buat budget bulanan ataupun tahunan..

Aku percaya ramai yg tak buat budget termasuklah aku dulu..tau2 jer duit gaji abis..
Aku tak tau Kemana duit tu aku belanja..,bila ujung bulan jer timbul rasa menyesal..pastu buat lagi..hehehe mmg tak sedar diri betul..

Skrg aku baru sedar yang budget perlu dibuat dan kita tahu mana duit kita dibelanjakan..

Mmg sejak aku main OD nie aku jadi displin pasal kewangan aku..aku sediakan planing budget tuk setahun..jadi aku boleh kesan kemana duit aku dan juga sampai bila duit OD aku akan abis..

Ada setengah orang belanja ikut rentak hidup sekarang..contoh senang pasal keretalah..

Cakapkanlah si A nak beli kereta baru..

1) Gaji bersih = RM 2,000
2) Tolak belanja bulanan = 1,500
3) Lain2 = 300

So baki hanya tinggal RM 200 sahaja..

Kereta baru kena bayar RM 600 sebulan...

Si A telah adjust dan telah kurangkan duit belanja dari RM 1,500 kepada RM 1,100..

Sebelum nie belanja bulanan memang ‘ngam’ jer..tp si A pandai2 kurangkan lagi bagi penuhi kehendaknya..main belasah tanpa planing yg betul..

lepas nie confirm si A tak pergi KFC, Pizza Hut dan bercuti bersama anak bini coz belanja yg telah di sekat gila2...

Aku berani jamin lepas nie jugak hutang credit card en A akan jadi masalah pasal dah over spend, so moral of story kita harus manage duit kita dulu ’ukurlah baju dibadan sendiri’ klu rasa beban tuk beli kereta baru tu..baik toksah..pakai jer keta lama tu..

Tak kiralah ko bergaji besar atau kecil mmg kena buat budget nie..jgn plak ko gaji riban2 ko kata tak payah buat plak, klu berlagak sgt cuba kira berapa ko leh saving sebulan..

Mcm maner nak but budget??

Senang jar ko rekalah pakai excel ikut pemahaman ko sendiri..biar nampak setiap bulan duit ko gi mana..mula2 rasa mmg leceh tp bila ko dah dapat tgk aliran wang keluar masuk mmg syok...

Aku plak ada 2 budget iaitu

1) Untuk OD
2) Untuk perbelanjaan harian

Ko mcm maner???

Open 2 komen

Link Team OD

Tuesday, June 1, 2010

25.TEKNIK OD+RUMAH PART 8

salam kengkawan


PROSES MASUK DALAM AUCTION ROOM


Pehh!!! Tak sedar aku dah part ke 8..aku rasa klu dibukukan dah boleh dah nie..
Hehehe..

ok kali nie kita masuk auction room..jgn lecehhh...

Biasanya auction nie dibuat di hotel2..ko kena pastikan jgn terlewat sampai takut waktu pendaftaran tamat..
so biar sampai awal jgn melepas.buat penat jer persiapan yg ko buat sebelum nie...

Jom masuk Hotel...

Bila ko masuk jer hotel tu..perasaan gementar tu biasalah..dalam kepala nie..mcm2 ko pikir..doa tuk dapatkan umah tu toksah cakaplah..hahaha..

Peh ngeri beb tgk orang ramai..ko gi kat pintu jer orang duk jeling2 ko..heheh, first timer pegi memang gabra...lagi2 cuba nak buat sendiri..

Apa pun ko buatlah gaya macho mcm dah beli 10 umah padahal first timer jar..hahah

Nanti kat cna ramai org dan pelbagai gaya..ada org nak buat2 gaya biasa...
ada yg bergaya mengalahkan datin2 glamor, biasanya klu org yg nak datang bid nie aku perasan dia akan bawak beg galas..

Ada org plak asik cari ‘mangsa’ org first timer..cam biasalah dia nak jadi agen kita masuk bid..biasanya harga sampai RM 1,500..klu mahal harga umah lagi mahal dia tekan..mcm2 gaya ada..so jgn layan buat jer sendiri..senang jer nak masuk bid nie..

klu ada geng yg pernah masuk bid kita ajaklah..senang boleh tunjuk ajar

dann..ada yg offer korang duit klu tak lawan..so apa lagi klu untung ko sebatlah..heheh..ada jugak yg cuba tipu kata umah kita tu dah ada orang masuk..so dia mintak duit supaya org tu tarik diri...so hati2...pada aku org bagi duit tak per tp ko jgn kuar duit..

PERINGATAN


Sebelum ko daftar ko kenalah SET satu harga yg ‘mampu’ ko bid..

Maksud aku ko jgn over budget..JGN ikutkan perasaan ‘tercabar’ oleh bider lain..

Klu rasa ko target hanya sampai 50k jer ko mampu klu org lain bid lebih dari 50k ko surender lah..tak rugi bro umah lain banyak lagi..kan post sebelum nie aku kata sediakan umah 2 @ 3 tuk standby...so masuk jer rumah lain tu

1) DAFTAR
Langkah yang pertama sebelum ko masuk bid adalah mendaftar..

Ko carilah pelelong rumah yang ko nak beli tu..kadang2 dia akan buat 1 dewan besar tuk 4 pelelong dan kadang juga diorg asing-asing...

Masa pendaftaran tu ko cakaplah kat awek tu ko nak masuk lelong umah MMR 26(contoh) klu 3 biji ko daftarlah 3 bijik..Pastu ko kena isi form dan serahkan deposit 5%(bank draff) kepada mereka...

Masa daftar nie lah ko akan tahu rumah tu still available lagi atau tidak..
Ko juga beleh tanya dah berapa orang daftar atas rumah tu..

Pastu ko tunggulah masa lelong..
Biasanya klu ko tak nak org kacau ko..ko daftarlah last minit..tp klu delay 1 jam lagi..ko pandailah larikan diri atau pun ko gilah kedai minum...

Kita akan pegi part 9 plak pasal POS dan COS..apa benda tu???
Nanti kita nantikan sambungannya...




Link Team OD
open 2 komen