Thursday, October 25, 2012

TRIP KE GANGZHOU...

Salam kengkawan

Dekat 1 bulan aku tak update blog...aku rasa orang pun dah malas nak tunggu post2 aku..heheh, tak perlah..tujuan aku bukak blog nie pun adalah untuk refresh memory aku jer pada hal2 perjalanan aku dan kewangan terkini...aku nie ada penyakit cepat lupa...dalam bulan sept dan okt nie aku mmg busy dengan kerja dan juga paper trade CPO aku...

baru2 nie aku pergi GangZhou,China...trip telah di rancang beberapa bulan sebelum tu...trip nie aku gi dengan 4 sahabat dari Taiping..trip selama 4 hari 5 malam iaitu dari 18/10/2012 hingga 22/10/12...

nak cita pengalaman kat GangZhou nie mmg hebat negara China nie..bayangkan kat GangZhou tak ada sebiji motor pun...motor di haramkan di sana yg ada pun roda 3..pengangkutan awam adalah pengangkutan utama iaitu bas elektrik, teksi, prebet sapu dan perkhidmatan basikal dan motor...kat cni diorg gunakan basikal sebagai pengangkutan juga....aku lihat basikal boleh bawak sofa, boleh bawak 3 biji tilam dan setakat bawa tangga tu mmg ramai bawak pakai basikal, korang pernah tengok org dewasa naik basikal 4 orang, kat china mmg ada nie semua...klu kat malaysia nie nak angkat barang mesti ada lori coz nak angkut barang nie semua.....tp diorg mmg jimat kat ctu jimat...jimat dan jimatt...basikal elektrik mmg berlambak..nak jer aku beli bawak balik m'sia...tp takut tak ada spare part plak kat m'sia nanti...

Bandar GangZhou nie mmg besar...aku boleh cakap pembangunan dia 5 kali ganda besar berbanding KL....mmg besar...industri perniagaan dari pakaian, kulit, bag, kain,ubat-ubatan,barangan elektrik, jam dan lain2 gadget elektronik..harga mmg separuh lebih murah dari m'sia...

klu nak cari barangan kulit...ada satu kampung tu..kulit jer...nak cari kain..satu kampung tu kain jer....nak cari barangan elektronik satu bandar tu elektronik jer...tak dapat aku nak gambarkan..baik korang gi sendiri....

oklah...nak cita pun susah..tp trip nie mmg aku puas hati walaupun penat...kita layan pic jer lah....nanti aku update pasal Gangzhou nie....