Friday, April 29, 2011

ADAKAH BUKU CEK ANDA DIGUNAKAN SEPENUHNYA?

Salam kengkawan

Ramai orang menggunakan Overdraf dan secara automatik tentunya ko akan ada Current Acc sama ada dari RHB bank ataupun CIMB bank, bila dah ada Current Acc ko akan dapat sebuah buku cek.
ada juga kengkawan kita tiada OD dan menggunakan curent acc sebagai tool menggantikan OD dan semestinya juga akan terima buku cek.

Apa tu buku Cek?
Buku cek adalah helaian kertas2 yang di keluarkan oleh pihak bank kepada pemilik akaun untuk digunakan bagi tujuan pembayaran tanpa menggunakan Cash/Tunai hanya dengan pengesahan tandatangan.

Tetapi persoalannya berapa orangkah yang betul2 menggunakan buku cek tersebut?
dan berapa orangkah yang beri buku cek tersebut kepada anak2 untuk dijadikan kertas conteng?

kenapa jadi begitu?
sebab pihak bank ada bekalkan kepada pemilik curent Acc ini kad ATM..so ramai dari kalangan kita hanya menggunakan kad ATM untuk keluarkan wang mereka.mmg aku tak nafikan dengan ada kad ATM nie juga memudahkan kerja2 kita tetapi dalam jumlah amaun yang kecil tetapi bagaimana dengan amaun yang tinggi iaitu sampai 10k..adakah sesuai korang nak keluarkan wang tunai banyak tu nak ke sana dan ke mari membayar hutang atau sajer nak ambil gambar lepas tu masukan dalam FB korang...hehehe tak payahlah terpikir sampai camtu..ko leh google kat internet dan boleh dapatkan gambar2 duit tu...

adakah buku cek ini penting dalam merancang kewangan kita??
jawapan aku adalah YA.

kenapa?
sebab aku menggunakan cek untuk semua urusan aku seperti:-
  1. aku gunakan cek untuk bayar hutang kad kredit aku
  2. aku gunakan cek untuk bayar ansuran rumah aku untuk jumlah setahun
  3. aku gunakan cek untuk bayar ansuran kereta aku untuk jumlah setahun
  4. aku gunakan cek untuk bayaran peguam
ya, banyak urusan aku gunakan cek, sebab pada aku ianya amat memudahkan kerja aku..
aku nie bukan jenis orang yang suka pergi ke bank, pergi cucuk kat ATM pastu pergi plak kat bank lain untuk bayar ansuran kereta, rumah, etc
cara aku adalah keluarkan buku cek yang RHB bagi aku dan bayar hutang aku tu...

  • bagi yang no 1 kat atas tu aku dulu ada 3 CC yang mana penggunaan CA CC aku sampai 10k bagi 3 CC..so aku akan gunakan 3 keping cek untuk membuat pembayaran mengikut due date CC dan aku akan awalkan 3 hari kerana urusan cek makan masa 3 hari bekerja dan aku akan masukan cek tu kat mesin deposit cek sahaja..tak payah nak beratur2 kat kaunter....
  • bagi yang no 2 nie aku keluarkan terus 12 keping cek dan setiap helai cek aku tulis amaun, tarikh mengikut bulanan.ianya mmg amat membantu aku daripada pergi ke bank jer setiap bulan. ada banyak kelebihan cara aku nie iaitu aku tak takut terlepas bayar ansuran bulanan atau aku tak takut nama blacklist dalam CCRIS. housing loan aku nie menggunakan daily rest so aku akan bayar tambahan setiap bulan bagi mencepatkan hutang aku habis.
  • bagi yang no 3 nie aku buat sama jer mcm yang nombor 2 kat atas..aku bayar dalam jumlah amaun tetap.sebab kereta nie jgn bayar lebih..rugi jer....
  • bagi yang no 4 nie adalah cara pembayaran aku bagi amaun yang tinggi lah kepada peguam, tak kan aku nak bawak cash banyak2 plak dan kira satu2 depan laywer tu plak..hehehe
  • aku juga gunakan cek untuk pindahkan wang aku ke maybank, kenapa tak gunakan internet banking lagi mudah..heheh klu aku pakai internet giro transfer tu kena caj bro...klu pakai cek free jar cuma makan masa 3 hari lah..aku buat pindahkan wang tu adalah untuk aku mudah berurusan untuk shoping(debit card) memudahkan urusan membayar sewa rumah, bil api, astro, bil air, telekom dan mcm2 lagi..klu ko nak cek wallet aku mmg aku hanya ada dalam RM 50 jer
penggunaan cek aku bukan hanya kepada 5 perkara kat atas tu, kadang2 aku gunakan untuk bayar kepada pelbagai guna janji ianya diterima orang yang menerima. moral of post adalah korang jgnlah bawak cash banyak untuk bayar semua hutang korang tu..gunakanlah kemudahan buku cek yang telah disediakan tu.
mula2 mmg korang rasa leceh sebab dah biasa bayar hutang pakai cash.tetapi ianya amat membantu korang dari merancang kewangan yang betul.
ini adalah cara aku..mybe ada cara yang lebih baik yg kengkawan gunakan dalam merancang kewangan ko sendiri....jom kita share bersama....