Monday, June 7, 2010

5.TEKNIK OD+RUMAH PART 10

Salam kengkawan

DALAM BILIK LELONGAN (auction Room)

Last topic kita dah sembang pasal apa tu POS dan juga COS..so kita anggapkan korang dah baca abis syarat2 lelongan tersebut..

Biasanya semasa ko tunggu masa nak start lelongan bermula pihak pelelong adalah sediakan makanan ckit2..klu rasa ko terkejar2 td tak sempat makan bolehlah ‘melantak’ kat cnie..hhehe free jer bro..apa lagi amik pingganlah..

Ting2..ting2..ting2..

“auction akan dimulakan dalam masa 5 minit lagi..sila ambil tempat”

“Jap2..jap…bukan ker masuk lelong nie kena ada bidder card..ker main angkat tangan jer…”

“Ehhh ko tak amik ker???”

“Mmglah bila ko daftar masuk lelong sepatutnya ko dapat bidder card tu, ko lupa amik ker? Ehhh kat maner nak amik nie?...”

Hahah.. tu adalah pengalaman aku yang first timer..mmg lawak nak gi balik kat pendartaran malu plak..dok usha org2 msk auction ada yg ada bidder card ada yg tak ada...ahhhhh sudahh...

Sebenarnya dia ikut pada pelelong..ada setengah pelelong tak bagi kad bidder tu dan ada pelelong akan beri masa ko daftar tu..pelelong yg tak bagi bidder card tu biasalah nak jimat kos...

MASA LELONGAN DIMULAKAN



Bapak2 dan ibu2 pelelong tu akan naik stage kat depan tu dan dia kenalkan dirilah dan akan mulakan lelongan dengan terangkan syarat2 lelongan..

Pastu tibalah masa yg ditunggu..lelongan dimulakan dan akan mula dengan umah ikut urutan cara depa lah…kita boleh tgk kat sreen gambar umah tu…

‘Ko layan nie...’ antara babak dalam auction room bermula....

MMR 15
RP – 35k
MV – 65k
LOT umah: NO 184 Jln mewah, tmn mesra, Johor.

En Firdaus
“sila ke hadapan”

nie kes kepada yg tak dapat bidder card..duduk kerusi khas yg disediakan..

“Memandangkan tiada pencabar, maka umah lot NO 184 Jln mewah, tmn mesra, Johor dimenangi oleh en Firdaus dengan harga RP 35k, adakah kamu setuju dgn harga tersebut..”
Firdaus- “SETUJU..”

Heheh untung en firdaus coz tiada org masuk umah tu..dapat RP lagi..

Pastu..rumah demi umah dilelong..ko tgk jerlah cara dan gelagat org cabar mencabar tu..best beb..sekali angkat jer 1k..mmg ngeri 1k mcm kecik jer nilai dia...

Pastu ko tunggu lah turn rumah ko..
Tiba giliran anda
MMR 26
RP – 41,600
MV – 85k
LOT umah: NO 123 Jln mewah, Tmn Org Kaya, Johor.

1)En Salihan
“sila ke hadapan”
2)En Lim King Kong
“sila kehadapan”
3)En Azhar Mansor
“sila kehadapan”

Sudah ada saingan nie..nanti awek kerani pelelong akan beri ko bidder card..kad no 1, kad no 2, kad no 3..

“Kita mulakan pemegang kad No 1 en Salihan sila angkat kad anda” “kad no 2 En Lim King Kong sila angkat kad anda” dan “kad no 3 En Azhar sila angkat kad anda”

“kita mulakan Bid Lot MMR 26 pada harga RM 41,600 dan setiap kali angkatan kad bernilai RM 1,000..saya ambil keputusan untuk genabkan nilai harga kepada 42k, adakah sesiapa setuju?”

Salihan – “saya setuju” ( sambil angkat kad bidder)

“terima kasih En Salihan, kita mulakan pada harga 42k, ada sesiapa nak mulakan dgn harga 42k”

En Lim – angkat…42k
En Azhar – angkat …43k
En Lim – angkat ….44k
En salihan – angkat …45k
En lim – angkat …46k
En salihan – angkat …47k
En Lim – angkat …48K
En salihan – angkat …49k
En lim –angkat …50k
En salihan ….angkat …51k

Senyap…senyap..senyap terusss....yahoooo

“ 51k kad No 1, bagaimana kad No 2..”
“Pangilan kali pertama, pangilan kali ke dua, pangilan kali ke tiga…kiraan 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,0 Pemenang adalah En salihan kad No 1”

“rumah MMR 26 dijual pada harga 51k”..
Heheh aku menang…
MV 85k
dapat beli 51k
untung = 34k

Apa pun kena ingat set siap2 berapa kita mampu bid pada 1 umah tu..jgn lebih dari apa yg telah kita set tu..jgn terpengaruh dgn kata2 pelelong atau pesaing ko begitu juga harga MV tu..

So, acaner..senang tak nak masuk bid umah? bukan susah pun angkat jer paddle bidder card tu, bukan suruh lari pun..

Ko tak payah buang RM 1,500 tuk upah agen tolong angkat bagi pihak ko...mcm bodoh jer upah mahal2 hanya buat kerja yg tak sampai 15-30 minit..baik ko buat sendiri.
Sebab tu aku nasihatkan korang merasai dulu pengalaman masuk umah lelong nie..oklah lu pikirlah sendiriiii...

Lepas dah menang nie nak buat apa????
Tunggu post barulah…


Open 2 komen

Link Team OD