Saturday, December 8, 2012

Ohh !!! UJUNG TAHUN 2012

 
Salam Kengkawan

arinie 8/12/12...kat opis aku dah mula nampakkan sibuknya coz kejar KPI masing2 walaupun arinie ari sabtu...fail aku pun menimbun jugak...komplain2...tuk aku pun banyak jugak....tp al'hamdullilah aku dah capai target KPI aku sendiri..klu ikutkan hampir 200%..peh!!! gila rajin aku nie....disebabkan aku dah capai target aku sajer amik cuti seminggu lebih tuk g bercuti lagi...kali nie aku g Terengganu dan Kelantan...jalan-jalan cari makan..heheh

 


                                              (Muzium Terengganu)
                                              ( Pengkalan Kubur)
( Tasik Kenyir)
 
pada arinie 8/12/12 aku ngan family gi tgk ikan2 kelisa aku kat Bukit Merah...tujuan adalah nak naikan ikan kelisa dan tengok hasil sama ada sah bertelor atau belum..klu ada mmg rezeki akulah...
arinie aku menyelam dalam kolam tuk tarik pukat dan aku panggil 'doktor ikan kelisa' sekali tuk lihat2 ikan tu....tp mmg belum ada rezeki ikan kelisa bluebase aku nie tuk keluarkan hasil..mybe kena tunggu tahun depan lagi...apa pun layan pic di bawah...
 
 




Saturday, November 17, 2012

DERMA GAZA

 
 
Salam Kengkawan

Satu badan dari Islamic Relief Malaysia ada membuka 3 akaun iaitu BIMB, M2u dan CIMB untuk derma bagi rakyat2 yang di serang oleh Israel lahanatullah....sama2 kita derma sekadar yang mampu dan Ikhlas....

malas aku nak Post...GERAM !!!!!!

                              Maybank - 5621 4270 8704
                              CIMB - 1259 0000 804 058
                              BIMB - 1202 90100 6564 3

 
 
 
 
roket dr palestin tak rosak pun jalan
roket dari Israel..jahanam palestin 
 
 
(salah 1 post sahabat kita)

                                      (aku dah mulakan...korang ????? )
 

Monday, November 12, 2012

PENDIDIKAN KEWANGAN

Salam Kengkawan

Hari nie dah 12/11/2012...ini bermaksud lagi 49 hari lagi nak masuk ke tahun 2013...lama lagi ker 49 hari tu...pada aku 49 hari nie mmg masa kritikal untuk tahun 2012....adakah seting kita tahun 2012 nie dah tercapai....ke tak tau dah mana kita letak seting(azam) kita tahun 2012....


tahun nie aku banyak melabur dalam pendidikan...aku rasa memang setiap tahun kita kena seting melaburlah dalam pendidikan ini setiap tahun...bila kita membaca kita akan terkejut kerana banyak benda lagi yang kita tak tahu dan tidak sedar apa sebenarnya yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.....pehh!!! ayat dah mcm org sastera plak......


apa yang aku melabur dalam pendidikan nie...aku dan mybe ramai lagi dalam team OD atau sahabat yg baca blog aku nie mmg tahu pendidikan kewangan adalah benda yang penting bila kita yang dah mencapai umur 'tua' nie....takkan kita nak lagi belajar pasal hal2 dunia...kat mana sungai terpanjang kat dunia, negara mana yg ada gunung tertinggi kat dunia,siapa negara besar dan kurang ajar kat dunia nie..kat mana negara2 alami 4 musim...aku rasa dah tak perlu kott....kottt...

pendidikan kewangan nie, ramai sebenarnya otai dan cikgu dalam carigold, FB..kelas2 hartanah, seminar-seminar telah ajar sama ada korang faham atau tidak apa itu sebenarnya pendidikan kewangan.....


yup...aku mmg tahu dan ramai orang tahu simpan duit...tp adakah itu pendidikan kewangan yang sebenar????

emmm....apa ehh??? sama jer..simpan duit tu kira kita taulah pasal pendidikan kewangan....ya, mmglah betul apa yg korang pikirkan tu...dalam simpan duit maksudnya korang dah mula melangkah faham apa tu pendidikan kewanganlah...tp tu adalah basic jer....

aku bg contoh...kita selalu lihat peminta sedekah di masjid, di kaki-kaki lima bank seluruh malaysia..terutama budak-budak kecil....hati rakyat malaysia nie mmg baik hati...tanpa pikir panjang korang (termasuk aku pun) akan bg duit dan berpikir supaya budak nie simpan duit...adakah itu pendidikan kewangan.....

abis klu tak bagi duit nak bagi nasi ker??? jawablah sendiri...
 
dari buku2 yang aku baca iaitu Donal Trump dan Robert Kiyosaki sendiri....diorg nie mmg dah kaya dan suka mengajar orang bagaimana nak cari duit bukan simpan duit....mcm rancangan dia 'the Apprentice' yg mana kita lihat donald mendidik peserta gunakan wang mereka (donald Trump punyalah) pada kadar minima dan minta peserta maksimakan keuntungan...kenapa donald tak sedekahkan duit dia jer pada peserta tu, lagi senang...

emm itulah pendidikan kewangan...klu kita bagi makan seseorang nasi..orang tu akan makan nasi tu untuk hari tu jer...esok..lusa...bagaimana???tp klu kita bagi ilmu mcm mana nak cari nasi, org itu akan gunakan ilmu tu untuk cari nasi tu sepanjang hidup dia.....

banyak cakap pulak aku arinie...berbelit2 plak tu...so kat cnie..kita perlu tahu ilmu itu adalah lebih penting dari nasi tadi.....

ilmu aku nie mmg cetek tp sekadar kongsi pandangan mmg tak ada masalah....

Sunday, November 11, 2012

KELAS FCPO LEVEL 2

Salam Kengkawan


semalam dan arinie(10&11 nov 12) aku masih ikuti kelas FCPO untuk level 2 minggu ke dua di KL..kali nie kelas bertukar kat stadio zulfika di bandar Tun Hussien Onn semalam aku gerak dari Taiping jam 530 pg kemudian amik sahabat di Jelapang dan terus shot ke KL...ikutkan ati mmg nak ride moto jer lagi cepat tetapi aku bayangkan kelas abis hari ahad petang...takkan aku nak ride mlm2...atleast klu pakai keta aku penat leh tido dalam keta jer....tak perlah..aku rasa puas dah ride motor nie ke Terengganu aritu....

kelas level ke dua nie aku belajar benda baru iaitu Elliot wave..pengenalan Elliot wave dan bentuk elliot wave..
 




klu korang lihat jer mmglah tak paham..camner leh terjadinya garisan2 tu..yg blah bawah tu adalah real chart dari bursa station di mana kita melihat elliot wave dan triagle yg wujud menjadikan elliot wave tu lengkap...

pada aku sebenarnya...kelas FCPO nie ramai org ajar tetapi adakah mereka just ajar basic atau betul2 ajar teknikal dan teknik entry dalam FCPO nie...

kelas yg aku ikut nie pun dah naik harga daripada 1k kepada 3.5k kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana terbukti berkesan teknik yg di ajar...sama2 kita saksikan tahun hadapan....

jom gi kelas......




TRIP RIDE KE TERENGGANU

Salam Kengkawan...

pada minggu lepas 4,5&6 aku dan kengkawan ride motor ke Terengganu....hehe 'mem besar' biasalah bising ckit coz aku baru jer bercuti ke Gangzhou, nie nak cuti lagi..naik moto plak tu...nielah adalah ride aku yang jauh selain ke Johor awal tahun aritu...

aku bertolak pada 4/11/12 tu..aku dah siap2 jam 10pg tp biasalah..bab menunggu nie mmg ada...ride bermula jam 11 pg...ride bermula dari Taiping dan ikut jalan lama iaitu Grik..bukit bunga dan terus ke Kuala Terengganu..perjalanan kali nie mkn masa l/kurang 8 jam...jarak perjalanan antara 480km...perjalanan mmg penat dengan banyak kali berhenti isi minyak dan isi tank perut..hahaha

kerap juga benti coz nak seting set walkie talkie yang baru kitaorg beli di GangZhou....penat nak seting Vox set dimana kami tak perlu tekan untuk bercakap hanya cakap dan geng2 lain leh dengar tetapi masalah nak seting dia coz ianya sgt sensetif dengan bunyi...member bingit telinga time geng lain tengah "tarik minyak" denga bunyi exzos yg bising...so far perjalanan mmg enjoy...

apa pun ride kali aku berujan...kasut masuk air coz pakai kasut biasa jer...malas nak tukar2 kasut..azab dia kasut basah....

layan pic....




Tuesday, November 6, 2012

KELAS FCPO LAGI....

Salam Kengkawan...

pada 4&5 nov 12 yang lepas aku lagi sekali ikuti kelas yang di anjurkan oleh saudara Wafi dan PenjejakX a.k.a abg matt...pg2 jam 6 pg aku shoot ke Kuala Lumpur, dengan azam yg tinggi....coz aku nak serius dalam CPO nie...tujuan aku nak jadikan CPO nie side income aku jugak....

sebenarnya sebelum nie sept 12 aku dah ikuti kelas pertama dan itulah kali pertama aku lihat candle dan graf...tetapi kelas pertama aku hanya berlangsung 2 hari sahaja...mana ada org baljo 2 hari dah teror....kat U pun aku amik masa 4 tahun utk tamatkan degree aku dulu....

so kelas kali nie mmg panjang iaitu l/kurang 6 hari pembelajaran setiap weekend di Kuala Lumpur pada NOV 12 nie....so kali nie kelas lebih detail dan peningkan kepala aku dengan term..term baru dalam candle nie...shotting star, hammer...Dogi...dan lagi2..lah...

sepanjang traning aku dalam paper trade pada sept dan okt aku lihat prestasi aku mmg baik di mana pada bulan sept 12 aku perolehi RM 2,300 dan pada bulan OKT aku perolehi RM 4,300...so pada korang dah patut ker aku ceburi ke life trade.....hehehe

ins'llah modal dah ada..mybe on Dec 12 nie or Jan 13 aku akan masuk Life trade nie....jom kita tgk pic jerlah..









Thursday, October 25, 2012

TRIP KE GANGZHOU...

Salam kengkawan

Dekat 1 bulan aku tak update blog...aku rasa orang pun dah malas nak tunggu post2 aku..heheh, tak perlah..tujuan aku bukak blog nie pun adalah untuk refresh memory aku jer pada hal2 perjalanan aku dan kewangan terkini...aku nie ada penyakit cepat lupa...dalam bulan sept dan okt nie aku mmg busy dengan kerja dan juga paper trade CPO aku...

baru2 nie aku pergi GangZhou,China...trip telah di rancang beberapa bulan sebelum tu...trip nie aku gi dengan 4 sahabat dari Taiping..trip selama 4 hari 5 malam iaitu dari 18/10/2012 hingga 22/10/12...

nak cita pengalaman kat GangZhou nie mmg hebat negara China nie..bayangkan kat GangZhou tak ada sebiji motor pun...motor di haramkan di sana yg ada pun roda 3..pengangkutan awam adalah pengangkutan utama iaitu bas elektrik, teksi, prebet sapu dan perkhidmatan basikal dan motor...kat cni diorg gunakan basikal sebagai pengangkutan juga....aku lihat basikal boleh bawak sofa, boleh bawak 3 biji tilam dan setakat bawa tangga tu mmg ramai bawak pakai basikal, korang pernah tengok org dewasa naik basikal 4 orang, kat china mmg ada nie semua...klu kat malaysia nie nak angkat barang mesti ada lori coz nak angkut barang nie semua.....tp diorg mmg jimat kat ctu jimat...jimat dan jimatt...basikal elektrik mmg berlambak..nak jer aku beli bawak balik m'sia...tp takut tak ada spare part plak kat m'sia nanti...

Bandar GangZhou nie mmg besar...aku boleh cakap pembangunan dia 5 kali ganda besar berbanding KL....mmg besar...industri perniagaan dari pakaian, kulit, bag, kain,ubat-ubatan,barangan elektrik, jam dan lain2 gadget elektronik..harga mmg separuh lebih murah dari m'sia...

klu nak cari barangan kulit...ada satu kampung tu..kulit jer...nak cari kain..satu kampung tu kain jer....nak cari barangan elektronik satu bandar tu elektronik jer...tak dapat aku nak gambarkan..baik korang gi sendiri....

oklah...nak cita pun susah..tp trip nie mmg aku puas hati walaupun penat...kita layan pic jer lah....nanti aku update pasal Gangzhou nie....









Friday, September 21, 2012

CERITA PASAL KERETA DAN OVERDRAFT...

Salam Kengkawan

Ramai orang terkejar-kejar nak buat OD...ramai jugak yang mengeluh OD susah dapat sekarang...emm pada aku kalau ada kemahuan semua benda boleh dapat...mcm nak buat personal Loan jugak...aku pun malas nak cerita pasal nak buat OD cara baru nie coz aku anggap korang dah tahu iaitu perlu ada syarat tambahan SSM dan Lesen dari PBT...

persoalan yang aku suka ingatkan pasal Overdraft(OD) nie....korang nak buat apa dengan OD nie sebenarnya????

bila dah dapat OD kat tangan korang..korang tahu ker nak buat apa.....ker main dengar2 cakap jer buat OD nie menguntungkan....

kepada yang baru kenal apa itu OD, kenalah bertanya 'orang lama' sebab OD nie adalah hutang jugak bukannya free bank nak bagi....nak menuntut ilmu nie kena ada tok guru...terpulang kepada selera masing2 nak cari yang berbayar atau tidak....klu korang baca dalam internet nie mmg senang cari tp banyak sangat versi nya..takut korang keliru plak.....
OD nie ibarat kereta...ianya hanyalah Tool, alat, platform dalam merancang kewangan jer, bukan satu benda 'magic' yang boleh ubah hidup korang....mcm contoh kereta...klu kita PARKING jer kereta tu kat rumah, selimutkan dia cantek2, petang2 kasi basuh tak mau ada habuk mmg tak capai apa-apa tujuan kita... mcm OD jugak dah dapat OD tak nak guna kerana takut duit OD tu habis, so kenapa kita ambil OD nie????

kereta nie walaupun kita parking jer, roadtax dan insuran perlu di bayar..mcm OD jugak...walaupun kita tak gunakan interest still ada...

kereta nie bila bergerak sama ada mahu pandu slow atau laju ianya bergantung kepada kita...klu kita rasa nak selamat kita bawah slow lah...begitu juga OD...jika kita rancang tak nak OD habis cepat kita keluarkan OD secara ckit2..klu kita selalu keluarkan atau keluarkan dalam kuatiti yang banyak mmg bahayalah OD kita tu....

bila kereta bergerak ianya perlukan minyak, beberapa ratus kilometer kita perlu isi lagi minyak supaya kereta tadi still boleh berjalan...begitu juga dengan OD...bila kita dah gunakan OD (keluarkan wang) nie kita perlukan isi duit balik dalam OD klu keluar jer tanpa isi 'minyak' tu balik alamatnya mmg habislah OD kita, caranya dengan masukan wang gaji, bonus, income sewa rumah, pelaburan saham, CA CC dan lain2....asalkan OD ada rolling duit keluar masuk..

bila kereta nak isi minyak kita akan fikirkan nak isi Ron 97 or 95 or nak isi air jer....klu isi Ron 97 kita kena keluarkan duit lebih...begitu juga dengan OD kita kena tahu camner nak jimatkan interest OD kita...bukan main belasah jer....

bila kita beli kereta besar atau mewah kita kena tahu yang maintenant, roadtax,insurans juga tinggi..begitu juga OD bila kita dah keluarkan wang dari OD kita kena tahu jugak yang interest yang di kenakan juga tinggi...so adakah kita kena beli kereta kecil...jawapannya YA

sebenarnya klu kita nak kaitkan kereta dan OD nie mmg banyak...cuma aku nak tekankan kat cnie...apa tujuan asal kita aplly OD tu...adakah sajer2 sebab bank bagi duit Free mcm Ar-rahnu....

dalam merancang kewangan perkara utama atau asas adalah  SAVING dan BERJIMAT kita kena fokus kepada ini dahulu...pasal pelaburan hartanah, emas, saham, cpo kita ketepikan dahulu.....sebab masa nie kita tiada saving...

perkara pertama kita perlu ada adalah saving..bagaimana nak saving dengan banyak...haa kat cnie kita gunakan tool OD nie...bagaimana nak guna, klu tanya aku mmg aku syorkan teknik OD+ASB+CC jer...gunakan teknik nie untuk max saving kita....

aku gunakan teknik OD+ASB+CC selama 2 tahun untuk tingkat saving aku, setelah ada saving l/kurang 40k barulah aku melangkah kepada hartanah, emas, perniagaan dan lain2...bila kita dah ada Modal semua benda kita boleh buat dan plan...so teknik OD+ASB+CC aku kekalkan sehingga sekarang untuk max saving mcm biasa dan modal 40k tadi aku kembangkan juga dengan cara lain pula...tp nak dapatkan saving 40k dengan gaji bersih bawah 2k sebulan mmg memeritkan...aku kena berdisplin di mana aku sekat perbelanjaan aku ( ingat tiada teknik short cut untuk berjaya) caranya aku set 2 kali jer pergi ke Tesco...kali pertama aku setkan RM 300-350 untuk belanja besar, tarikh 25-15 dan kali kedua RM 150-250 lepas tarikh 16-hingga gaji...aku takkan jejak kaki ke Tesco sebab klu aku pergi mmg duit akan keluar..so nafsu berbelanja kena kawal...wang poket untuk belanja sayur hanya RM 100-200 jer...bil2 aku hanya RM 300 jer...so perbelanjaan aku antara 1k hingga 1.3k sahaja sebulan...mesti ko cakap duit minyak keta plak..utk maklumat yg nie pun aku jimatkan di mana kedua2 bijik kereta aku, aku pakai NGV..hehehe

so bila kita ada Asas iaitu Saving kita boleh melangkah 1 step lagi dengan melabur wang kita tadi dan kita dah bukak 2 cara iaitu Saving dan keduanya pelaburan..dua2 bergerak untuk isi poket kita dengan wang yang banyak....so moral of story kita kena step slow2 jgn tamak semua benda kita nak buat....

rasa panjang plak post kali nie...oklah.....

layanlah moto impian aku akan datang....adakah next year aku boleh beli..??? Amin....




Sunday, September 16, 2012

MANA SILAPNYA...

Salam Kengkawan

beberapa hari nie hangat perbincangan pasal "belanja kawin mahal punca remaja melayu berhutang" ianya di bincangkan dalam forum, blog dan Fb..sebenarnya ianya mmg merisaukan remaja lepasan 'u' dan bakal pengantin lelaki sekarang....

mari kita lihat  pic di bawah....



Apa yang di senaraikan di atas ada benarnya, maksud aku pasal kelulusan anak2 mereka...kebanyakkan ibu bapa sekarang akan menilai kadar hantaran mengikut kelulusan anak2...kalau dulu majlis dan wang hantaran di nilai dari kos belanja kenduri tetapi sekarang ianya berbeza....sekarang pun pengantin perempuan yang kelulusan takat darjah 6 pun kadar hantaran paling kurang 6k...rasanya tak ada ibubapa yang mahu terima 1k hanya kerana anak perempuannya tidak kelulusan tinggi....

mari kita lihat kadar mas kawen pula



klu kita lihat kadar mas kawen pun tidak membebankan sgt sebenarnya....tapi kenapa trend hantaran tinggi berlaku...mana silapnya....

adakah sebab zaman sekarang ibubapa

1) menilai hantaran mengikut kelulusan...klu doktor comfirm bakal menantu pun doktor coz hantaran lagi tinggi....
2) sikap menunjuk2 pasal wang hantaran dgn sanak saudara dan jiran
3) pekerjaan anak yang bagus mcm pramugari..model..pelakon
4) anak memenangi ratu cantik kampung
5) kekayaan seseorang
6) pikirlah sendiri (kata nabil)

trend yang aku risau sekarang adalah trend di mana pihak pengantin lelaki hanya mahu buat majlis di pihak perempuan....korang nampak tak apa maksudnya....maksudnya pihak lelaki sudah tiada duit tuk buat majlis di pihak lelaki kerana wang habis untuk di buat hantaran....kesian atau tindakan yang bagus sebab dapat berjimat?

pada aku trend hantaran mahal sekarang tidak menjadi persoalan utama sebenarnya...kadang2 kita kena pikir secara resional juga...agap jer hantaran tinggi sebab kos barang mentah sekarang yang mahal..harga lembu sekor pun dekat 3k sekarang....ayam RM6-RM 8 sekilo....lada merah pun sampai RM 8 sekilo...patutlah hantaran mahal dan kita kena terima trend nie

zaman sekarang ibu bapa kena didik anak awal2 bukan saja pasal simpanan pendidikan tetapi simpan untuk berkahwin nanti....klu tidak mmg pengantin lelaki akan buat jalan mudah..aplly personal Loan(PL) untuk melangsungkan perkahwinan mereka...klu tengok cita P.Ramlee..ada babak tu suami marah isteri kata dia pinjam wang untuk berkahwin dan akibatnya sampai anak 5 pun tak habis lagi hutang tu......

apa pun tepuk dada tanya selera...geng2 dalam team OD ni yang belum kahwin..ambil tindakan segera....

Friday, September 14, 2012

KELAS FCPO

Salam kengkawan

hujung minggu lalu aku gi kursus kelas FCPO dengan saudara Wafi..aku booking kelas nie 2 bulan awal iaitu sebelum puasa lagi sebab aku kena set timetable aku...al-maklum sajerlah kerja aku skrg amat membataskan aku buat planing tanpa di rancang..

Kelas di adakan pada 8 & 9 sept 12 di tasik permaisuri itu tempat Tuan Bri One Solution...

pada 7 sept 2012 aku shot dari Taiping l/kurang jam 11 pagi dan aku sampai KL jam 4 ptg, antar wife dan anak2 aku ke rumah adik ipar aku dan terus jumpa Wafi dan kitaorang pun gerak ke tempat seminar iaitu di one solution, pada mulanya mahu kemas2 tetapi malam tu juga Tuan Bri ada kelas 4 langkah hartawan hartanah...terbaeklah Bri...aku lepak2 kat situ sambil sembang ngan Tuan Bri dan wafi sampai ahli2 mendaftar jam 8 malam... peh !!! mmg ramai yg mendaftar l/kurang 60 orang....kayo ko Tuan Bri....
.
lepas tu aku gerak ke rumah wafi plak tuk blajo basic fcpo nie..yerlah, rata2 geng lain dah ada basic 2 bulan sedangkan aku zero...TT tak lama pun 2 jam jer coz badan aku dah terasa penat drive dari Taiping ke KL...so aku nekat dengan ilmu yg cetek tu masuk kelas......

hari pertama....mmg 2 jam awal kelas, mmg aku tak faham sebab masing bertanya dan keluarkan mcm2 perkataan.." Breakout", "SBR"(suport become Resistance) dan "RBS" (resistance become suport), bearish, bullish..TP (Target point) SL (Stop Lose), Trendline, major, minor...Inside Bar...Fibonichi,WR...heheh pada mula mmg tak boleh tangkap tp ayat tu asik berulang di tanya akhirnya aku boleh tangkap jugak......pengajaran aku lihat lebih kepada teknikal..blajo graf, wave graff..mmg menarik kelas cpo nie, biasanya orang ajar basic2 jer..tp wafi dah keluarkan pengalaman 10 tahun dia dan ajar baca graf dengan skill yang hebat...

kelas mmg selesa....geng2 pun sporting..kelas pada hari pertama memang memerah otak aku...penat dan pening sebab aku pun tak tau aku faham ker tak..heheheh

kelas hari pertama abis pada jam 8 malam...lepas tu aku,sifu wafi, Tuan Bri dan beberapa geng shot gi makan burger bakar kat ampang sampai jam 12 malam sambil tukar2 pendapat pasal ilmu dan layan makan burger....

kelas hari kedua start lewat ckit iaitu pada 1030pg....hari ke dua nie lebih kepada revision jer....dan ke banyakan geng faham akan teknik wajib iaitu WR...

so yg dapat aku simpulkan pasal kelas cpo nie adalah:-
a) lihat pada daily chart...
      - BUY OR SELL
      - Inside Bar
b) lihat pada 1 hour (take profit 40 Point)
      - Divergent
      - WR
      - buat Trendline major
c) lihat pada 15m (take profit 20 point)
      - buat Trendline
      - WR
      - SBR & RBS
d) Lihat pada 5m (take Profit 7 point)
      - WR
      - Breakout
      - SBR & RBS

apa pun aku kena buat paper trade selama 2@3 bulan dulu sebelum aku masuk secara live trade....

layan Pic di bawah...




                            ada beberapa org ilang..yerlah masa magrib dah....
                             amaran keras dari Wafi

Sunday, September 2, 2012

HOMESTAY VS RUMAH SEWA

Salam Aidilfitri kengkawan

terasa arini nak aktifkan semula DOC dalam Team OD nie setelah lama menyepi dan aku tgk trend sekarang hanya bukak post kat wall sahaja...apa pun terima kasih kepada geng Team OD kerana memeriahkan group nie dan saling bantu membantu...

HOMESTAY VS SEWA RUMAH






itulah tajuk yang simple..tp dalam kepala masing2 aku percaya akan pikirkan mana satu yang TERBAIK....
Ada geng yang akan setuju sewakan terus jer...senang..senang dan senang....tiap2 bulan akan dapat fixed income, tak perlu risau pasal urusan serah menyerah kunci, kemas rumah, pergi kedai dobi dan menyusahkan jika yang menetap jauh dari rumah tersebut...

TETAPI

ada geng yang kata Homestay lagi untung 2 @ 3 kali ganda sebenarnya..sekarang rate sewa home stay antara RM 130 - RM 450 tuk semalam....jika rumah 2 storey atau 2 tinggkat lagi mahal...jika rumah di sewakan pada kadar RM 250 semalam dan penyewa mahu 2 hari...onwer akan dapat RM 500..tolak kos api dan air RM 50..untung RM 450...tu baru 1 penyewa..klu setiap bulan ada 3 customer...mmg nampak untung buat homestay...jika tak ada..... :)
cuma onwer kena sediakan katil, langsir,aircond, pemanas air, bantal,selimut, bantal,tikar, dapur...

LOKASI
lokasi memainkan peranan yang penting sama ada untuk buat sewa rumah ataupun homestay ini...jika lokasi cantik mmg akan ramai orang cari rumah nie sama ada mahu sewa atau buat homestay jer....

apa pun mana pilihan korang...
1) sewakan jer
2) buat Homestay

sila komen di sini (Team OD Fb)

Sunday, August 26, 2012

SEMINGGU SUDAH BERHARI RAYA AIDILFITRI

Salam kengkawan

peh!!!! dah seminggu kita beraya...mmg cepat betul masa berlalu..apa cita korang pada raya tahun nie...raya thn nie aku balik beraya umah sebelah 'mem'...persiapan raya lepas mmg ala kadar jer..cuma anak2 jer meriah ngan baju raya..tu pun aku limitkan 2 pasang jer tuk 2 orang anak2 aku tu..aku plak tak payah beli coz baju lama yang aku beli pun aku lum pakai lagi...

hari 17/8/12 jumaat lepas aku off so aku plan tuk blah awal petang tu jugak, aku n family bergerak dr Taiping ke Gemas, N9...
perjalanan tak jem cuma kenderaan mmg banyak...sepanjang perjalanan aku tgk mmg banyak 'gila' kereta..berapalah plus untung tuk raya nie jer, aku pasal bayaran tol nie pejam mata jerlah nak buat camner nak tak nak kena pakai higway nie jugak....kat higway mmg tak ada masalah trafic berjalan lancar...tp bila aku masuk jalan kampung dari senawang menghala ke Gemas..kuss semangat jem gila...bila sampai tempat jem tu jer aku tgk orang slow kat bazar ramadan....pehhh, mana lah pak rela nie...takkan dah beraya jugak...last2 aku sampai ngam2 berbuka puasa...

keesokan harinya, sebelah pagi tu aku pergi ke pasir besar tu beli bahan mentah tuk 'mantai'..aku beli tulang kaki kerbau...kus semangat kat n9 nie tulang pun mahal..main timbang jugak 1kg=RM 20...klu kat taiping tulang kaki tu RM 8 jer...tp nak buat camner beli jerlah...tuk tulang jer aku berabis dekat RM 100..pastu beli ayam plak tuk buat rendang...

bila sampai umah adik beradik ngan 'mem' aku tgh sibuk memasak atau org negeri sembilan sebut 'mantai'...masak lemang, ketupat,redang, ayam masak kicap, sambai kacang dan lodeh...peh...klu cita balik terliur plak..heheheh
aku bukan apa...klu stail johor memasak nie mak aku akan tunggu waktu lepas pengumuman raya...buat raya lusa takkan aku nak makan 2 kali..hahahaha

aku beraya di negeri sembilan sampai raya ke 3 dan raya ke 3 aku balik batu pahat umah nenek aku...aku tak balik beraya kat felda adela..cukuplah jumpa mak aku kat batu pahat...kat umah nenek aku family mak aku buat perjumpaan keluarga walaupun nenek dan atuk aku dah lama meninggal dunia..mmg meriah coz keluarga mak aku ramai l/kurang 10 orang..tidur mlm tu pun main silang-silang..hehehe

raya ke 4, aku terus 'shot' balik ke Taiping...lepak2 dan kira budjet raya yg dah habis..heheheh

apa pun pada kengkawan yg rajin melawat blog nie dan Team Overdraf di Fb aku mengucapkan

        "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Monday, July 30, 2012

SEMINGGU BERPUASA.......

salam kengkawan...

sekejap jer dah seminggu kita bpuasa..agak2 boleh ker korang tahan poket korang dr mengalir laju...hehehe...aku sejak dr awal puasa mg niat tinggi..tp bila tgk anak jantan aku sian plak..gi ajak bazar ramadan kamunting,perak...saper2 yg perasan harga mmg dah naik thn nie..air dulu ada yg singgit 1 bungkus..tp thn nie semuanya 2 ringgit..klu air tebu 1 bungkus dah rm4..camner nak jimat..ayam golek madu plak dah rm 18 sekor...
thn nie mmg aku tak jimat...tp tak per ada lg 3 minggu..aku akan try jimatkn lagi blanja g bazar nie...mybe seminggu 3 kali jer g bazar.....

sabtu lepas mmg aku free dan cuaca mmg cantek tuk ride..aku n geng tn hamed gilah ride ke penang...pehhh!!! dr jam 11 hingga jam 3 ptg atas moto mmg menguji coz cuaca amat panas...siap berhenti hentian basahkan kepala dulu..hehehe,aku ingat bolehlah layan ride time puasa2 nie....tp tulah sajer aku ride time puasa2 nie..letih toksah cakap....aku rasa motor aku tu kena relax jer time puasa nie...mybe ride tgk kolam ikan jer kot...

apa pun ada 3 mingu lagi kita tuk jalani ibadah puasa...semoga ibadah kita diberkati Allah...

Friday, July 27, 2012

EMAS PALSU BERADA DI AR-RAHNU




Salam Kengkawan

semalam Utusan Malaysia dah keluarkan cerita pasal emas palsu ini, sebenarnya ianya bukan palsu tetapi campuran emas dengan sejenis logam asing yang mana mesin penimbang di gital tak boleh kesan kehadiran logam tersebut.

 sila klik di sini link Utusan 

sebelum ini kita sedia maklum ada Ar-Rahnu  mengenakan syarat2 yang ketat dan menurunkan kadar pinjaman dan syarat baru tidak terima bar atau coin.

disebabkan oleh sendiket penipuan emas ini, pelabur dan pembeli yang selalu berurusan dengan pihak Ar-Rahnu menjadi masalah dan pelabur semakin tertekan di sebabkan harga menjunam emas dari awal tahun 2012. di katakan oleh pihak Ar-Rahnu ada ramai penggadai tidak tebus emas mereka kerana tidak mampu untuk membayar kadar upah simpan emas tersebut. so kat cnie kita tahu yang penggadai ini telah ikut 'ajaran sesat' dalam ilmu emas nie...tak kiralah ilmu emas 70:30 ker...rempit emas ker..semua itu perlukan MODAL sebenarnya.

kepada para pelabur emas dan pemajak emas nie..kita kena tahu sebenarnya walaupun kita mengambil pinjaman 50% sahaja dari nilai emas tetapi pihak Ar-Rahnu akan caj upah simpan mengikut berat emas bukannya mengikut nilai pinjaman kita tersebut.

so, di sebabkan :nila setitik...rosak susu sebelanga"..itulah pepatah yang terpikir dalam kepada.

kemungkinan disebabkan kes di atas pihak Ar-Rahnu tidak akan mengambil risiko terima emas jenis bar or coin ini lagi di masa hadapan...

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADAN

Salam kengkawan

sedar tak sedar harinie tarikh 21/7/2012 dah masuk 1 ramadan..dan klu kita tgh tarikh ianya dah melepasi 1/2 tahun 2012....

Tema Ramadan aku tahun nie adalah ala kadar sahaja .....ins'llah harap tercapai hasrat dihati...heheh...padahal arinie, awal2 aku dah janji ngan org umah tuk gi bazar ramadan petang nie, tah berapa belanja aku arinie..tak perlah arinie anak jantan aku dah start blaja puasa...nie pun tgh tido keletihan..kasi semangat tuk belajar berpuasa..

bila dah start puasa nie, mcm biasalah org umah akan tanya apakah tema warna pakaian raya tahun nie...kuih raya baper balang nak beli, nak buat open house ke tak...nie semua adalah lumrah bila Hari Raya Aidilfitri datang...persoalannya adalah korang telah sediakan budjet tu semua....atau korang tak perasan hari raya pada bulan ogos sebenarnya......

Sebenarnya tuk menyambut hari raya nie kita perlukan persediaan awal budjet..dari segi
1) pakaian raya
2) belanja kuih raya, minuman
3) Duit tol, minyak
4) maintenant kereta
5) Duit Raya
6) duit belanja open house
7) kerosakan kereta
8) etc

peh klu nak listkan mmg banyak..tp itulah pentingnya saving....pada geng yang mmg dah ada budjet aku ucapkan tahniah kerana merancang kewangan korang...tp bagaimana yang tiada perancangan nie...apakah yg boleh kita buat...pada aku masih ada banyak pilihan...cuma kena minimakan cara mcm nie, apa yg biasa kita boleh buat.....
1) gunakan saving
2) pajak emas ke Ar-Rahnu
3) jual emas
4) kurangkan belanja raya
5) tak payah balik beraya dan sediakan alasan pada keluarga
6) etc

apapun kengkawan nasihat di atas dah biasa di dengar tetapi suka aku ingatkan setiap tahun kepada diri aku sendiri dan kengkawan yang melawat blog aku...

aku ucapkan Selamat berpuasa.....semoga ibadah puasa yang kita jalankan di berkati dan di terima Allah...



Tuesday, July 3, 2012

BERSAWANG AKU PUNYA BLOG????

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak update blog nie..ramai juga yg helo tanya kenapa dah lama tak online n kemas kini blog,masih ada juga sahabat yg rindukan gaya penulisan aku nie..hehe...sebenarnye aku pun tak perasan sebenarnya ms berlalu terlalu cepat sebenarnya...arinie pun dah 3/7/12...dah melepasi 1/2 tahun bg tahun nie...

apa yg aku buat tuk tahun nie...sebenarnya aku taklah bz mana cuma aku lebihkan pd aktiti luar aku...mcm gi 'race' naik naked aku kehulu n kehilir...rasanya 2 minggu lepas aku sempat ride ke balik pulau tuk blasah durian..peh!!....mmg terbaik...

tahun nie jugak aku lebih byk bc buku...mcm2 buku aku bc... buku lama pun aku bc balik..hahah..bukan apa atleast aku ajar anak2 aku pegang buku daripada blok2 diorg tu...susun sampai tinggi2..lebih tinggi dr diorg..mybe kena tanamkn minat mbaca dr kecil nie...wlaupun xleh bc lg,atleast diorg pegang buku....

buku apa aku bc...mcm2 buku ada..tp lebih kepad ilmu kewangan..bila dah lama aku x refresh ilmu2 nie,berkarap plakk...aku lupa pd prinsip aku dulu..." walaupun duit seposen pun,aku kena simpan"..benda nie dah lama lupa sejak aku pindah dr klate..ikut2 dah 3 tahun masa berlalu, peh terlalu lama...ayat yg lebih senang nak aku cakap..aku dah lupa diri.....

" besar gaji..makin besar keraknyeee"...

so aku tgh plan reduce kan balik perbelanjaan aku setiap bulan...aku nak try capai perbelanjaan "jimat" aku ms di klate....ins'llah...


Tuesday, June 26, 2012

LIMIT DARI 10K NAIK 50K ASB REMAJA

salam kengkawan...

sungguh lama aku tak bukak post doc baru...mybe aku 'segan' ngan otai kat dalam Team OD Fb yg mmg ramai...tp just sharing aku rasa tak menjadi masalah.....

sebelum nie ramai rungut pasal ASD susah nak beli coz limit dah penuh dilangan...lepas tu PNB longgarkan syarat kemasukan ahli dari umur 12 thn kepada 6 bulan dah leh jadi ahli....tp masalahnyeee limit akaun remaja nie hanya 10k sahaja....

so arinie (26/6/12) aku dgr info menggembirakan kepada para ibubapa yang ingin rebut peluang simpanan asb yang mana PNB telah umumkan bagi akaun remaja limit telah di naikan dari 10k menjadi 50k...so klu ada 4 org anak korang dah saving 200k...

200k x 7% =14k..

klu simpan 15 thn aku rasa dekat 410k...

peh biar betul....cukup 15 thn korang amik balik modal 200k korang tu dan gunakan 210k tu tuk pelajaran anak2 korang....emmm hebat...

aku andaikan dlm kepala korang mesti cakap kenapa bank tak offer loan asb kepada anak2 kita tu...heheheh

link Team OD Fb


Tuesday, May 22, 2012

APA SUDAH JADI DENGAN AR-RAHNU AGRO....

Salam Kengkawan

sebelum nie ada geng kita Rosli Sulaiman Rbs bukak post di Team OD Fb pasal pinjaman Ar-Rahnu Agro dimana pinjaman hanya tinggal 40% jer dan ada geng jual emas yang ada besi di dalamnya...

cita pasal emas ada besi nie..aku pun nak share kejadian emas tipu nie...masa dulu aku pernah perasan ada sahabat nie bawak emas jenis bar panjang tp jenis panjang mcm pencil cuma di atas bar tu ada lubang tuk di buat loket..aku tgk dia bawak masuk dalam kuantiti yang banyak..riki punya riki sekali group nie bawak masuk sampai 100k nilainya dan dia akan buat max loan 150k seorang...

nak di jadikan cerita, barang nie ada terlelong di ipoh dan ada orang yang ambil (kedai emas) dan brader nie pun cairkan emas tu..bila di cairkan dapati ada besi dalam emas nie dan dia buat komplain kat ar-rahnu...dalam bermulalah episod audit masuk buat checking di seluruh ar-rahnu

dan lagi aku dgr pihak Ar-rahnu ketatkan syarat tuk pajak sekarang dan klu boleh bila dah habis pajakan 3 kali tu pihak bank akan mintak pemajak ambil balik barang di org, tujuan adalah tuk minimumkan nilai pajakan seseorang tu....

bro Tan Sri Debab bagi statment plak...dalam Team OD Fb

stament seperti di bawah:- 

Syarat-syarat Baru Gadaian Emas Ar Rahnu Agrobank Yg Membebankan:
1) Agro dh tak terima lagi overlapping. So, tebus dulu br overlap blk.
2) Agro hanya bayar :
2.1) 60% aje pinjaman...tu pun mesti ade resit beli emas..
2.2) 40% aje pinjaman bagi yg takde resit beli emas.
3)Org perseorangan hanya boleh pajak di satu cawgn shj. Lain cawngn takbleh....dn yg terdekat ngn umah...
4) Bagi yg dah bt gadaian sehingga 70% tu anda dikehendaki tambah 10% duit drpd nilai pinjaman kerana slpas ini kadar pinjaman stakat 60% shja.
5) Hanya boleh gadai rantai leher yg kurang drpd 35 gram & rantai tgn kurang drpd 25 gram.
6) Limit pinjaman pula: Umur bwh 21 thn leh pinjam RM10k shja. Umur 21-30 thn leh pinjam RM30K shj. Umur 30 ke atas leh pinjam RM50k shaja.

Cadangan: Sila bt gadaian di Bank Muamalat @ Bank Islam coz pinjaman sehingga 75%. Juga di bnk rkyt @ di ar rahnu yapeim.

""""copy paste from comment Tan sri Debab....""""""

So nak dijadikan cerita arini (22/5/2012) aku gi tebus emas aku kat Agro...pastu kat pintu masuk Agro dah siap2 tampal berjela pasal rule baru pajakan emas dan ajen di larang sama sekali...(lupa aku nak tangkap gambar)

aku pun panjat naik atas n jumpa pegawai Ar-Rahnu tu...sambil tu try korek rahsia baru nie...dari apa yang aku sembang kenyataan Tan sri Debab mmg betul...banyak syarat baru pihak Ar-Rahnu Agro sekarang....

korang rujuklah kat atas tu, cuma ada penambahan ckit kepada geng yang dah MAX PINJAMAN Ar-Rahnu tu sampai 150k...

mulai sekarang pihak Ar-rahnu tak akan sambung bagi overlap kepada geng yang lebih melebihi pinjaman 50k ...maksudnya pihak bank nak kurangkan pinjaman individu setakat 50k sahaja..sesiapa yang telah max 3x sambung pajak tu..dia kena amik terus emas tu...

so post nie aku rasa penting untuk kita restructure balik masing2 punya planing.....

1) Adakah kita perlu tebus dari Ar-RahnuAgro dan pegi ke Ar-Rahnu lain
2) Adakah sesuai untuk kita jual kepada kawan2 kita
3) Adakah perlu kita keluarkan duit Saving dan tebus balik emas kita
4) Adakah kita hanya perlu cakap "sila lelong emas saya tu"
5) Cari penjual dulu dan suruh beli balik (yg pakai teknik 70:30)
6) Buat Surat baru.....


Thursday, May 17, 2012

APA YANG AKU TINGGALKAN....

Salam Kengkawan
Semalam pada jam 8.30 pg, masa aku kat opis ada announcement pasal kematian 1 anggota di balai aku...dimana pengumuman tu kata jenazah akan di di sembahyangkan di surau berek pada jam 9 pg dan akan di bawa ke kampungnya di kedah..jadi sebagai seorang muslim dan selaku pegawai aku pergi ziarah jenazah buat kali terakhir..

arwah memang seorang yang rajin kerja dan dari cerita yang aku dapat arwah baru jer habis kerja jam 7 petang tersebut dan pada jam 8 mlm dia kena serangan jantung dan di bawa ke hospital dn jam 10 mlm dia hembuskan nafas terakhirnya pada usia 50 tahun...

pada pagi tu jam 9 pagi masa aku ziarah, arwah telah di sempurnakan sembahyang dan tinggal tunggu van jenazah tuk di bawa balik ke kampong di kedah...memang ramai yang hadir di kalangan muslim dan bukan muslim bagi penghormatan terakhir buat arwah dalam ke adaan suasana hiba...
semasa van jenazah sampai dan jenazah di usung keluar daripada surau, aku rasa sungguh insaf, bila kita mati hanya kain kapan dan papan jer yang iringi kita nanti...

dan apabila di belakang arwah ada isteri dan 2 anaknya ikut serta dalam ke adaan menangis dan anak arwah masih kecil lagi...lantas aku teringat akan anak2 aku jugak....dalam kepala aku pada saat jenazah di usung keluar dari surau tu...

“”apa yang aku tinggalkan tuk anak2 dan isteri aku bila aku meninggal dalam keadaan mengejut mcm nie....””adakah simpanan/harta aku cukup tuk diorg.
arwah di masukan dalam van jenazah dan di bawa pergi...klu nak cerita pasal sedih keluarga arwah aku rasa korang pun boleh rasa sendiri..

kat cnie, moral of story post aku kali nie adalah bersedialah pikir masa anak2 kita jugak, jangan pikir diri kita sahaja...pada geng yang masih belum beli rumah tu, belilah rumah walaupun kecil..wang masih belum ada...silalah buat simpanan setiap bulan walaupun sedikit...

Wednesday, May 16, 2012

MASA UNTUK MENUAI HASIL

Salam Kengkawan

Masa memang cukup cepat berlalu..arinie dah 16/5/2012...sudah 5 bulan berlalu..aku hampir terlupa dengan Azam 2012 aku tahun nie...kadang2 kita nie sedap untuk berjanji pada diri tetapi nak tunaikan memang sukar dan perlukan komitment yang tinggi...
banyak benda yang aku belajar tahun nie iaitu dalam ilmu ternakan ikan kelisa dan ikan keli...aku terkejar sana sini, yerlah ikan kelisa aku letak dalam kolam di Bukit Merah manakala ikan keli berada di Lenggong pulak...satu di barat satu di timur....nasib baik ada 'sahabat' naked aku tuk aku bawak.....

sedar tak sedar sudah 4 bulan juga ikan keli di usahakan oleh sahabat aku dan aku ulang alik dari Taiping ke Lenggong seminggu sekali..mmg banyak cabaran dan perlukan modal yang besar..ikan keli yang di usahakan kali nie 100% makan palet ikan..last2 nie seminggu cost mencecah 1k seminggu tuk makanan sahaja..tp tu semua cabaran baru yang perlu di pelajari....



                          ( ikan sudah masa di tuai. 1kg = 6-7 ekor)


klu kita ingat dulu, ramai orang berlumba2 buat ternakan ikan keli dalam beg itam atau kanves yang mana dapat pinjaman dari tekun..ramai jugak yang bukak terlalu besar iaitu sampai 10-20 kolam terus tanpa ada ilmu ternakan keli..

setelah aku sendiri lalui baru aku sedar kenapa sahabat2 dulu gagal dalam ternakan ikan keli ini. mereka gagal di sebabkan 3 benda penting iaitu...MODAL, ILMU dan pemasaran (MARKETING)

Modal -  ternakan ikan keli ini sebenarnya perlukan modal yang besar iaitu dari segi makanan dimana ikan keli ini dari jenis karnivor dimana jika ikan nie tak cukup makan mereka akan makan antara satu sama lain dan ianya akan jadi masalah...

Ilmu - ilmu dalam ternakan ini penting,tak boleh main ikut orang jer. penternak ikan perlu faham pasal ikan keli ini iaitu apa ikan nie makan, jenis apa ikan nie dan yang paling penting adalah setiap bulan perlu buat pengkelasan dimana pengalaman aku lalui sendiri aku lihat ada 3 jenis saiz ikan nie besar, sederhana dan kecil, jadi bagi mengelakan ikan besar makan ikan kecil kita perlu asingkan ke kolam lain.

Marketing - Ini adalah perkara Penting selain Modal, kenapa ia penting? yerlah jika kita bela jer saper mau beli ikan kita tu...So sebelum kita bela ikan keli nie kita perlu lihat market dulu, siapa target kita dan di mana perlu di jual..dalam kes aku nie aku dah booking 1 syarikat yang mana dia mmg ambil ikan keli nie tuk di xport dan buat ikan keli salai..so dengan adanya buyer mcm nie kita mmg takkan takut tuk kembangkan perniagaan ini dan aku dalam perancangan tuk bukak kolam lain dan mybe akan belajar pasal ikan talapia itam pulak...


peh!!! tajuk kat atas cita lain, nie dah melalut ke cita lain pulak, biasalah aku nie jenis sukakan ilmu dan secara tak langsung post nie menjadi rujukan aku pada masa akan datang jugak, boleh aku rujuk semula...

ok, sebenarnya aku nak cita yang kolam aku dalam proses packing dan pengelasan ikan tuk pihak kilang amik...



        ( cik man sedang asingkan ikan yg buyer nak ambil)

Genab 4 bulan ikan nie boleh di tuai oleh kawan aku, banyak perkara aku belajar dan ilmu sendiri di turunkan oleh buyer, buyer nasihatkan aku dan kawan aku supaya kurangkan kos lagi dari segi makanan caranya kena pelbagaikan makanan pada masa akan datang...mybe boleh double keuntungan pada masa akan datang...

begitu luas sebenarnya Ilmu nie, semakin lama semakin banyak benda yang kita tak tau sebenarnya.....