Wednesday, June 16, 2010

12.UNIT TRUST

Salam kengkawan

Aku tak ada pengalaman pasal unit trust nie tp aku faham dari pemahaman dari forum sebelah..

APA TU UNIT TRUST
1) Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah
2) Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi semasa
3) Harga Belian = Harga yang syarikat beli dari anda
4) Harga Jualan = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya)
5) Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan
6) Contoh: Dana Amanah Pacific Mutual & MAA Mutual di Utusan Malaysia / New Straits Times etc.

Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan

Contoh : Nilai Asset /Jumlah unit saham = RM 100,000/10000 unit = RM 1 seunit

Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada

Nilai Asset/Jum Unit saham = RM 100,000/120,000 unit = RM 0.83 seunit


KESILAPAN YANG SELALU BERLAKURamai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut.

Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. inilah yang banyak berlaku selama ini.

sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!"

Jika ko lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.

Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana UT akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka ko membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya ko dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat..kena ingat UT nie turun naik.."untung sabut timbul untung batu tenggelam" heheh betul ker terbalik nie..korang betulkan lah..

SO CAMNER NAK BUAT DUIT DGN UT NIE?
Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, ko perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL.

Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.

emmm..nie jer aku paham..
yang lain ko cari sendiri kat internet..heheh
otai UT sila komen ckit...


Link Team OD