Saturday, August 17, 2013

ADAKAH HUTANG ITU BAGUS ??????

Salam Kengkawan

ada sahabat bertanya aku asas kewangan…hihi aku nie bukanlah pakar kewangan bro, klu nak sajer beri pendapat aku sendiri bolehlah…..tp soalan dia mmg simple jer….

betul ker hutang nie bagus???

pada aku mmg salahlah klu ada kawan-kawan kata hutang nie bagus…sebenarnya pada aku klu aku tak ada utang langsung...mmg bahagia nyeee idup aku….dapat gaji bersih..leh saving…

tetapi

Apakan daya aku…gaji aku tak sampai pun 5k sebulan…nak beli kereta cash.. aku tak mampu….nak beli rumah cash tak mampu...yerlah sekarang klu tak ada 100k mmg tak boleh beli rumah…
so, baper lama aku nak tunggu untuk aku beli semua nie…nak simpan mmg lamalah..so jalannya adalah dengan meminjam atau buat hutang…
Cuma aku just ingatkan geng nie jgnlah meminjam sampai menyusahkan diri dan keluarga hanya lihat orang lain senang…ukurlah baju di badan sendiri….

buatlah Saving terlebih dahulu, coz bila dah ada simpanan wang nie kita boleh buat benda tuk triple or purple3..wang anda…
J
p/s : walaupun soalan basic dan mcm kelakar tetapi ramai Tanya aku pasal benda nie..so jgn anggap diri
         kita tu betul dan tau semua perkara….dan jgn jadi lalang…ikut jer org cakap….wah!!! marah ker…tak marah tp nasihat…..(p.ramlee)

Saturday, July 13, 2013

CERITA SENSASI BULAN RAMADAN.....


Salam kengkawan
Lama sungguh aku n kengkawan otai tak post dalam Blog, Team OD Fb ataupun group Ebook teknik OD+ASB+CC, asik main komen post kat status jer….ilang weii nanti..baik buat doc untuk rujukan anak cucu nanti…
di zaman ‘dihujung jari ini’ memang mudah untuk dapatkan ilmu, tidak perlu pergi ke Pustakaan Negara, tak perlu beli buku mahal2…semuanya boleh dapat di dalam internet, Forum, FB, Wassap, Tweet, dan sebagainya…memang mudah dan cepat…yg dulunya kurus….lama2 dah jadi gemuk mcm aku…hahaha..mcm lari jer dari tajuk

bukan nak salahkan dunia siber, tetapi nak jelaskan kebaikannya iaitu mudah mendapat ilmu.....mcm korang yang baca blog aku nie... :) kira siber jugaklah...
cerita aku nak sampaikan adalah pasal pelaburan emas....

EMAS PERHIASAN DAN EMAS BAR,COIN
ada beberapa sahabat bertanya pada aku, yang bertanya nie pun bukanlah org baru nak ceburi bidang emas nie…dah 2@3 tahun main emas...tp stakat main emas tuk diri dia jer….asal murah n offer dari geng Fb dia beli n simpan…pastu pajak kat Ar-Rahnu
aku cita ckit latarbelakang member2 aku nie…dulu tahun 2010 dia beli emas bar, coin…bila Ar-Rahnu kata tak boleh dia tukar main emas rantai plak.…dia bukanlah jenis org yang banyak duit...beli emas nie pun asalnya buat loan jugak…dia beli emas sampai licin duit dalam bank sebab dengar kata geng2 Fb “emas adalah penebat inflasi”…”harga emas setiap tahun naik 20% - 40%”..mcm2 lg dengan alasan tak mahu bazirkan wang…dia bila emas lg dan lg…..masalah yang timbul adalah bila wang dalam simpanan abis dan harga emas turun bukannya naik, geng nie sukar nak bayar upah ar-rahnu…sampaikan terpaksa let go emas2 dia nie ckit2…let go pun pd harga 2nd value…rugi..rugi…
cerita lain
Ada sahabat aku yg lain telah membuat skim ponzi sendiri dimana tawarkan dividen kepada pelabur dengan % yg tinggi dengan harapan ‘permainan’ yang di cipta tu berhasil, caranya mengambil emas pelabur dan letakkan di ar-rahnu(tanpa pengetahuan pelabur) dan wang hasil Ar-rahnu dia masuk pelaburan scam jugak..…permulaan ianya berjalan lancar dan dividen yg di janjikan kepada pelabur di bayar secara betul tetapi sejak pelaburan scam yang dia masuk TUTUP, geng aku nie gelabah cari duit nak bayar. Lagi haru dan meyeksakan Ar-rahnu Agro pada masa tu telah keluarkan arahan MAX pinjaman diturun dari 150k kepada 50k sahaja….masalah timbul emas di ar-rahnu Agro geng nie tak boleh tebus dan pihak Ar-Rahnu lelong…masalah lg…lg… emas tu bukan dia punya..EMAS PELABUR….
 Cerita lain
Beli emas murah dang gred rendah….geng aku juga mengadu dan tanya aku kenapa setiap kali pajak emas Ar-Rahnu turunkan Gred..biasalah ayat aku “ biasalah kadang2 Ar-Rahnu downgred bro””don’t worry emas ko tu mmg 916 punya”…nak jadikan cita member nie nak pakai duit dan telah jual emas kat kedai emas…kedai emas sahkan emas tu mmg Gred rendah….so kawan aku sekarang mmg fobia nak beli tru internet nie…
Moral Of Story….
Aku ada juga membuat simpanan emas dan ada sedikit main Ar-rahnu dan aku  mmg merasa beban dalam mengharungi harga emas yg jatuh skrg….aku terasa beban coz kena bayar upah Ar-Rahnu..hahaha
Isu bukanlah Ar-rahnu tetapi CARA PELABURAN kita sebenarnya….
Pada aku klu korang trade atau buat jual beli mmg tak ada masalah coz penjual of cource akan jual time harga mahal….itulah pelabur sebenarnya….klu simpan ajer tu “PERAMBUR” namanya…hihihi
tetapi jika hendak simpan emas buatlah SEDIKIT-SEDIKIT contoh 1 dinar sebulan…CUKUPLAH....lebihan wang cash tu simpan.….sebab tu post sebelum nie aku kata CASH IS A KING…see now Cash Always A KING…tp berapa banyak nak simpan wang?? Simpanlah untuk emergency dan saving ckit…yg lain pandai2lah pelaburan yang bekerja untuk kita…….
Nasihat kepada ahli baru dan yg muda…..sila buat plan dan budget sebelum terjebak dalam pelaburan……ukur baju di badan sendiri….ini untuk peringatan aku dan kengkawan…. 

JADILAH ORANG YANG PALING KEDEKUT UNTUK KELUARKAN OD – diambil dari Ebook Team OD

Monday, April 1, 2013

BLAJAR BUAT DUIT

Salam kengkawan...
 
 
 
 
Baru nie ada sahabat kita post pic diatas nie....aku rasa gambar kat atas nie boleh menerangkan segalanya dr kata2 atau ayat tak power dr org mcm aku nie....
Cuma bila aku lihat pic nie aku teringat buku robert kiyosaki yg byk menekankan isu ilmu pendidikan kewangan adalah yg paling penting dr ilmu ilmiah...ayat yg aku suka ingatkan adalah....lebih kurang maksudnye camnie " ramai ibubapa risau akan pendidikan anak mereka dan mahukan anak lulus cemerlang dan dpt tmpt di universiti seterusnyee mendapat KERJA yang baik dan bergaji tinggi Untuk mendapatkan WANG..tetapi rich dad mengajar anaknyee bagaimana WANG BEKERJA untuk mereka...." mmg ada byk perbezaan maksud keduanya...kes 1 atau poor dad mengarahkan anaknye blaja untuk menjadi pekerja sahaja dan ujung bulan dpt duit...tp rich dad mengajar anaknya menjadi majikan..tokey mengarah anak poor dad...hehe lebih kuranglah..aku tokok tambah bg pemahaman korang....
Porsoalannya.....bolehkah anak poor dad menjadi mcm anak rich dad selepas dia tahu bagaimana cara WANG BEKERJA.....
 
link Facebook Team OD

pada 25/3/2013 setelah 2 hari post ini pakdi iaitu CFP islamic pun bincangkan perkara yang sama di metro..saper rajin bolehlah klik link di bawah

 " biar duit kerja untuk kita"

ALHAMDULILAH..KEMBALI NORMAL BLOG AKU

Salam Kengkawan

sejak Disember 2012 blog aku yang tak seberapa aku nie ada masalah dan aku telah repot kepada blogsot dan minta kembalikan blog aku secara normal semula

Aku pun tak sedar bila blog nie dah kembali normal semula dan pada hari nie 1/4/2013 aku akan start semula menulis blog nie. Pada sahabat yang tanya kenapa blog aku tak leh komen mcm blog orang lain tu...sebenarnya aku hide kan bahagian komen nie...tujuan aku wujudkan blog nie adalah untuk rekod aku sendiri pasal teknik2 dan info terkini untuk masa depan...so kepada sahabat yang ingin sgt komen tu leh terus ke Facebook Team OD...di sana kita leh komen sebab medium utama skrg adalah Facebook dan ramai orang gunakan facebook...

so Welcome back Blog Team Overdraf (OD).....