Tuesday, December 27, 2011

AKU DAH BUAT...KORANG DAH BUAT LUM UNTUK TAHUN 2012

Salam kengkawan

sudahkah korang ambil tindakan membayar semua hutang2 tuk tahun 2012....hutang rumah2, kereta2, motor besar, etc
gila apa nak bayar semua hutang awal-awal tahun nie???? bayar pakai dividen ASB ker....dividen ASB nak beli motor..hahaha

aku arinie 27/12/11 dah settlekan semuanya....


untuk pemilik/pengguna OD adakah korang menggunakan CEK OD yang korang dapat tu...or korang tak tau nak guna sebenarnya...emmm

rasanya dulu pun aku ada cita pasal benda nie.(klik)..takper kita flash back semula...sebenarnya bukan bayar lamsum semua hutang tuk 2012 tetapi keluarkan cek 12 keping tuk tahun 2012...post dated cek..(PD cek)

tujuan tak lain tak bukan adalah untuk mengelakkan dari kita lupa, sajer2 buat lupa or sewaktu dengannya...
mmg banyak kelebihan jika kita gunakan cara nie...cara mudah adalah jgn bagi change lagi kat bank 'curi' duit kita melalui interest , caj payment late or  sebagainya, dengan cara ini ko dah leh jimat minyak keta or tol nak gi bank tiap2 bulan...

caranya adalah



isi maklumat di 12 keping cek...contoh di atas adalah payment kereta aku tuk 12 bulan tahun 2012, keta murah jer bulanan pun keciklah...
  • Isi ruangan Bayar tu atas nama banklah contoh AmBank (M) Berhad
  • Ruangan Tarikh - isilah ikut bulanan due date payment dan pastikan awalkan 3 hari bekerja
  • Isi ruangan perkataan ringgit malaysia
  • Tandatangan - jgn lupa
DAN di ruangan belakang cek


  • Isi nama penuh
  • No telefon
  • Nombor kenderaan
Dah isi kesemua cek korang lehlah serahkan pada officer bahagian collection payment or masuk mesin cek deposit...

cara yang sama juga jika korang nak bayar rumah....pada aku mmg mudah gunakan cek nie...kita boleh batalkan jugak cek nie jika ada masalah or call bank hold dulu payment sebab duit tak ada dalam akaun..tp akaun OD mustahil korang tak ada duit...

aku dah buat korang dah buat lum......

Monday, December 19, 2011

DIVIDEN ASB 2011

Salam kengkawan

Dividen ASB telah di umumkan secara rasmi dimana PNB telah maklumkan dividen bagi tahun berakhir 31/12/2011 sebanyak
  • 7.65% + 1.15 = 8.8%

Sudah terjawab rumor2 atau radio buruk yang buat tekaan pasal Dividen ASB nie..kepada pelabur aku ucapkan tahniah dan kita harus bersyukur dengan rezeki yang di beri...

post kali nie pendek jer coz aku nak buat kira2..hahahah

Friday, December 16, 2011

DAH BOLEH KOT PASANG AZAM 2012

Salam kengkawan

Rasa membuak2 plak nak tulis pasal Azam aku tahun 2012...sebab azam 2011 aku rasa yang tak tercapai tu aku akan bawak jer ke tahun 2012, sekarang nie aku dalam tempoh bertenang sebelum muncul tahun 2012.

apa list azam aku bagi tahun 2012
  • Tambah Stok Emas 100g-200g 
  • Beli Moto Z750 atau CBX 750  Kawasaki z750
  • Beli tanah Sawit/Getah yang ada hasil
  • Saving 2 anak, 2k seorang
  • Saving peribadi 20k
  • Tambah pelaburan ikan kelisa 10 ekor grossback
  • Try masuk Biz pajak Tanah sawit/getah
  • beli silver sebanyak mungkin
Dalam banyak2 Azam aku nie, tahun 2012 aku nak fokus azam aku yang ke 3 dan ke 7, pelaburan yg ke 3 dan 7 nie perlukan modal yang besar so azam no 1 adalah azam dalam perancangan untuk di buang jika azam 3 dan 7 berjalan seperti dirancang dan mybe emas sedia ada aku kena leburkan jugak untuk jadikan modal.
Tahun 2012 nie adalah tahun pelaburan aku pada tanah.

apa kelebihan Azam no 3 dan 7 tersebut?

- hasil sawit/getah boleh bayar ansuran loan pinjaman tersebut
- value tanah mmg akan meningkat setiap tahun
- jadikan aku seorang usahawan tani berjaya
- bila dah ada tanah tersebut leh aku pikirkan tuk 2013 tuk ternakan lembu dan kambing
- lebihan wang Hasil jualan buah sawit/getah simpan tuk beli tanah lain
- dapat kawan dr kalangan usahawan tani, leh kongsi dan dapatkan lobang baru

sebenarnya Azam nie semuanya kena ada Duit, main cakap jer tak jadi..al'hamdulilah selama aku gunakan teknik OD+ASB+CC saving aku cukup tuk aku bergerak penuhi azam aku tahun 2012 nanti...

pasal azam no 2 tu..mmg aku gatal tangan dah..hahah mybe Jan 2012 nie aku dah leh pakai kot..
Azam no 4 dan 5 adalah azam Wajib aku, camner aku leh saving lagi 20k setahun sedangkan banyak benda aku nak buat...heheh biasalah saper gunakan teknik OD+ASB+CC mmg tahu betapa powernyee teknik nie. hahah promote Ebook balik nampak...saper nak beli sila klik Sini 
bagaimana aku tahu aku leh saving 20k sebulan?? sebab aku dah ada excel sampai ujung tahun 2013..peh dahsyat...

Jom kengkawan kita share sama2 azam tahun 2012 kita..kita kongsi di Team OD di FB

Tuesday, December 13, 2011

"SESUAI KER SAVING ANAK-ANAK"

Salam kengkawan

Dari dulu aku terdidik simpan wang menggunakan tabung kecil dan sampai sekarang pun aku akan didik anak aku gunakan tabung untuk menyimpan dan kali nie aku gunakan tabung besar..besar camner?? heheh besar tabungnye jer lah..aku pakai tin susu. dulu aku hanya pakai tabung tanah liat bentuk buah (aku lupa) warna hijau...

kali nie aku merancang, dimana setahun aku kena saving simpanan anak aku RM 2,000 seorang, sekarang anak aku br berusia 4 tahun dan sorang lagi br 1 tahun.. anak aku yg umur 4 tahun untuk capai usia 18 tahun = 14 tahun lagi, manakala anak sorang lagi nak capai 18 tahun = 17 tahun lagi..
  • 14 tahun x RM 2,000 = RM 28,000
  • 17 tahun x RM 2,000 = RM 34,000
buat permulaan tahun 2011 niat Azam aku berjaya dimana aku berjaya saving akaun anak2 aku berjumlah 2k seorang.. dan Azam2 aku mmg aku tetapkan Max saving adalah 2k seorang, dari mana aku dapat duit tu, of cource dr duit poket aku sendiri dan di tambah duit collection diorg mcm hari raya aku campurkan sekali...mmg seronok bila kuarkan syiling dr tabung anak2 n kira sama2..hahah korang bayang jerlah budak2 nampak duit syiling...yang dia sorokkan lah...masukkan dalam mainanlah...mcm2 ada...

Apa niat aku sebenarnya buat saving anak2 setiap tahun????
sebenarnya 1 jer niat aku iaitu tuk duit pendidikan anak2 aku...klu boleh aku mmg taknak anak2 aku nie pinjam untuk belajar mcm aku dulu dimana aku pinjam wang PTPTN, klu boleh aku nak diorg tak ada hutang lepas belajar

tp aku ada di tegur oleh kawan2 rapat aku pasal perkara nie...yerlah pasal niat nak saving pendidikan anak2 aku nie..member aku kata klu aku buat camtu anak2 takkan tahu "nilai" jerik susah payahnya cari duit...asal nak duit kita hulur..." biarkan pinjam PTPTN nanti diorg pandai nak uruskan hutang tu sendiri lepas abis belajar "
klu di pikirkan mmg logik cakap member aku tu.. tp pandangan aku pulak lain ckit, tp "maksud" member aku tu aku pegang, aku faham apa yg dia cuba sampaikan....
 pada aku pula..
  • kita tak tahu sampai bila PTPTN nie bertahan, tahun nie jer PTPTN dah nak stopkan pinjaman sebab hutang terlalu tinggi, adakah PTPTN akan bertahan lagi 18 tahun aku tak pasti, jika kerajaan gagal untuk atasi masalah bekas pelajar yang mengelak bayar hutang PTPTN aku ingat lagi 5 tahun lagi mmg PTPTN hadapi masalah.
  • selama nie aku n geng lain sibuk merancang kewangan jer..tak pikir langsung pasal masa depan anak2, so klu duit simpanan anak2 aku nie besar, mmg aku akan try hantar ke oversea tak pun amik cource yang baik mcm pilot yang man aku tahu kos dia dekat 200-300k, nanti anak aku leh jadi pilot airasia ker..hahahah
  • secara tak langsung, dividen ASD/ASB saving leh meningkat setiap tahun
ada lagi sebenarnya kebaikan tp tak terkeluar plak dari kepala aku nie....kadang2 merancangan tu membuat kita pikir jauh sikit ke hadapan..klu orang marah kita kuat 'berangan' biarkan orang tu...

so kengkawan, apa pandangan ko pasal Saving tuk Anak2 nie...bagi pandangan anda, heheh kat cnie tak leh komen so korang komen jer dalam Team OD di FB tu...


Saturday, December 10, 2011

ADAKAH KORANG DAH LIHAT AZAM 2011

Salam kengkawan

makin lama makin slow aku bukak post2 baru. biasalah kerja kat opis makin banyak dan aku jarang leh on9 sekarang, arinie dah 10/12/2011 bermakna tinggal 21 hari sahaja kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012..

adakah ko dah lihat semula list Azam tahun 2011 ko?..adakah ko juga berjaya mencapai azam korang tu atau ko sajer listkan azam tu biar nampak menarik....

dibawah nie adalah list azam aku tahun 2011..jom lihat AZAM 2011
(sila clik)
1) aku nak settlekan semua hutang emas pajak aku..
         - Berjaya, selesaikan hutang tahun 2010 dan aku buat hutang plak 
            tahun 2011..
2) tingkatkan saving ASB aku mybe dalam 50k cash
        - Gagal, boleh katakan aku tak tercapai
3) rehat sehingga bulan jun tahun depan tuk emas (boleh ke tahan nafsu)
        - Berjaya
4) try beli 250 g silver setiap bulan mulai jan hingga Mei      
        - Berjaya, ada 2.5kg            
5) pada bulan 10 akan beli tanah mybe dalam 5 ekar
        - Gagal, masuk lelong pun kalah..heheh
6) saving anak2 dalam ASD lagi dalam 2k seorang
        - Berjaya
7) tukar kereta beli
        - Berjaya tambah, aku beli family car Naza Ria, nak beli Alphard tak  
            mampu, ansuran RM 351 jer
8) bercuti ke korea
        - Gagal, hanya ke Kelantan jer...
9) klu aku jadi beli tanah rumah aku postpon tahun 2012@ sebaliknya
        - pospon Tahun 2012

Plan yang tidak masuk list
1) Buat pelaburan Biz Ikan kelisa.

So, aku dah listkan azam aku tahun 2012, ko dah buat lum ??? tp belum masa aku siarkan lagi..masih berbaki 21 hari lagi..
tp dalam perancangan dan mybe list aku kecilkan dan aku leh fokus ckit dan cuba capai azam tu...

Sunday, December 4, 2011

HARTA ALIH VS HARTA TAK ALIH


Salam kengkawan

ujung2 tahun mcm nie mmg jadual aku padat betul...terkejar cna cnie..dalam wall Team OD aku tgk ramai duk cerita pasal Dividen ASB...tak kiralah dividen ASB lalui loan ASB atau simpanan peribadi..
apa yang aku tahu tahun nie mmg dividen akan naik ckit..adakah rumor 9.98% itu betul..sama2 kita lihat nanti...

aku ada sembang baru2 nie dengan 2 orang cina ( miliki tanah seluas L/kurang 350 ekar). mcm biasalah selain cita pasal kerja aku suka selit2kan tanya rahsia tokey2 nie...bukan nak banggakan kaum lain tapi kita kena tiru corak pemikiran diorg nie..mana baik kita ikut, mana yg tak elok kita ketepikan. apa yang aku nampak tokey nie berpegang pada 1 prinsip iaitu:-

HARTA ALIH DAN HARTA TAK ALIH

aku tahu korang mesti nak tahu apa maksud ke dua2 tu...

HARTA ALIH
Harta alih ini bermaksud benda yang bukan melekat pada bumi seperti,emas,saham,Duit, kereta dan seangkatan dengannya yang boleh di alih2.. dan lagi jika kita melabur dalam harta tak alih nie kita kena tahu dan faham risiko iaitu harga turun dan naik..mcm emas mmg ianya untung disebabkan harga naik..tp kita akan jadi rugi juga bila ianya jatuh., begitu juga dengan saham. pembetulan aku bukan anti emas sebab aku pun beli emas jugak sebagai tool aku mencapai matlamat beli tanah...kumpul banyak2 dan jual balik tuk beli tanah.

HARTA TAK ALIH
Harta tak alih nie pulak harta yang langsung tak boleh korang alih seperti Tanah, bangunan dan pokok
So cina SAY NO pada Harta alih..
Welcome pada Harta Tak Alih...

So ini yang aku pikirkan dan kita perlu bincangkan pelaburan dalam Harta Tak alih,  adalah betul Harta tak alih selamat dan bagus..jom sama2 kita pikirkan
TANAH
tanah sampai bila2 pun tak akan susut nilai (base pada nilai sejarah) mcm emas(sorry geng emas, nie contoh jer), klu dulu beli 10 ekar sampai bila2 pun akan kekal 10 ekar dan semestinya harga akan confirm naik..
BANGUNAN
 juga sama, tak rugi beli rumah,rumah kedai kerana nilai akan kekal sama.
Begitu juga
POKOK
dimana kita boleh tanam seperti pokok sawit or getah yang mana income kita boleh rasa setiap bulan ( berbudilah pada tanah ).

so key dia adalah TANAH..dengan adanya tanah kita lbaru eh cita pasal buat bangunan dan tanam pokok..
ins'llah tahun depan 2012 aku akan selitkan pembelian Tanah dalam list Azam aku....dan aku ada belajar ckit2 camner income 3k leh beli tanah 300k.-400k.emm mmg menarik...aku akan bongkarkan setelah aku dapat beli tanah dengan cara tersebut..