Sunday, July 31, 2011

MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Salam kengkawan
sebagai Admin Team OD aku mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua geng muslim dalam Team nie...sungguh cepat masa berlalu sekarang dan bila tiba bulan ramadan nie barulah kita teringat adalah setahun yang lalu kita nie cukup membuat amal ibadah...asal bulan ramadan jer baru terpikir tu semua...termasuklah aku sendiri...

jadi, sempena menyambut bulan ramadan tahun nie sama2 lah kita menjaga tatasusila dan bahasa jika dan memperbanyakan amalan ibadat kita...mybe time nielah kita kena kejar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah....

teringat aku masa puasa zaman 'U" dulu..aku selalu buka puasa di Masjid UPM..sama2 rider ngan member bilik aku hafiz, jawa dan ramai lagi..jam 645 ptg jer aku terus gerak ke Masjid UPM, bukanlah kitaorg nie sengkek sgt nak buka di masjid tetapi suasana berbuka puasa yang aku tertarik..mula makan 3 biji kurma dan segelas air dan lepas tu terus tunaikan solat magrib dan lepas doa masing2 cabut amik pinggan amik lauk..hahah timelah seronok yg aku rasa, geng orang lama layan org muda mcm aku berbuka...mcm2 cita ada..ada juga dari kalangan dato', profesor join sekali berbuka....kelebihan tersembunyi berbuka puasa begini adalah aku dapat mengajar diri aku berjimat dari ke pasar ramadan..heheh klu aku ke pasar ramadan nie mmg RM 20 tu senang2 jer abis...

so sesiapa yang rasa nak bersedekah masa bulan ramadan tahun nie eloklah gi ke masjid dan sponser makanan untuk berbuka puasa...
.
sesi TT di hentikan buat sementara waktu sehingga menjelang shawal...

Saturday, July 23, 2011

BILAKAH SEPATUTNYA KITA BAYAR HUTANG CC

Salam kengkawan....

makin jauh kita sembang pasal ilmu kewangan dan teknik sesuai merancangan kewangan kita sendiri...rupa2nya masih ramai jugaklah yang tak kuasai ilmu basic....jgn malu bro n sis nak bertanya...tanya jer jgn sesat jalan....dan lagi jgn bagi bank kaya kerana kebodohan kita tu....

ada geng tanya aku, bilakah tarikh sesuai bayar CC ????
soalan mcm nie pada aku....mmg org yang pakai CC nie tak tahu apa maksud SD dan DD...main swipe jer CC tu..bila ada duit baru bayar...WAH !!!!! bahaya nie....

apa itu SD
SD adalah singkatan bagi Stement Date. ianya adalah tarikh pada permulaan pihak bank benarkan kita swipe dan dari tarikh nielah pihak bank akan kira interest.... dan tarikh DD lah yang paling penting bagi pengguna CC

apa itu DD
DD adalah singkatan bagi Due Date. tarikh ini adalah tarikh keramat yang mana ko MESTI bayar hutang CC ko tu....
.
ramai juga yang pikir caj CC akan dikenakan bila tarikh mereka swipe...betul ker????? 
jawapannya...TIDAK BETUL..korang kena still tgk pada tarikh SD ko dan tarikh DD....

sila fahamkan akan basic penggunaan CC

Thursday, July 21, 2011

MBF POWER KREDIT

Salam kengkawan

Apa benda MBF POWER KREDIT nie...saper yang pernah guna OCBC power kredit dulu mmg teruja klu baca tajuk nie...heheheh ianya mmg tak sama mcm OCBC power kredit.....

untuk makluman geng semua MBF power kredit nie adalah salah satu Kad Kredit dari MBF yang mana pihak MBF telah buat promisi 3 tahun 0% interest...wah!!!! menarik...

tapi bagaimana pula caj klu keluarkan CA CC dan apa kelebihan?
ok klu nak kuarkan CA CC caj yang ke dikenakan adalah :-
1) TIADA DAILY REST yang mana ianya 0% interest
2) caj RM 15 untuk RM 1,000
3) tiada Gomen caj

tetapi
jika CA CC melebihi R M1,000 ianya akan dikenakan caj 5% mana lebih tinggi....cuma bawah RM 1,000 jer dikenakan caj RM 15...dan TIADA Daily rest....

Adakah klu aku keluarkan RM 5,000 aku tak perlu bayar sehingga 3 tahun??
heheh soalah yang mmg akan bermain dikepala korang...jawapannya korang still kena bayar ikut due date dia...kuarkan pada tarikh SD dan bayar time DD...

klu tak bayar camner?
ko akan dikenakan caj 1% dari baki hutang korang...( klu salah tlg betulkan)

Lepas 3 tahun apa akan jadi?
lepas 3 tahun offer itu akan tamat, sama mcm CC lain.

pada pandangan aku untuk geng yang nak buat CC nie untuk belian barang2 mmg baik tetapi pada geng yang nak buat sebagai teknik OD+ASB+CC mmg tak sesuai kerana cak CA CC yang tinggi...mmg 0% interest untuk 3 tahun dan tiada daily rest tetapi untuk kuarkan CA CC ianya sama mcm CC lain yang bukan dalam list yang aku rekmen dulu....
klu rasa untung sila teruskan...sama2 kita bincang camner nak gunakan...mybe ada kalangan korang yang ada idea bernas....

so kepada geng2 yang berminat leh rujuk dengan pihak MBF

CARA LAIN: BAGAIMANA NAK ELAKAN DIKENAKAN CAJ INTEREST CC BERGANDA

Salam kengkawan

lama sungguh tak bukak new post dalam team OD nie..hehehe geng2 pun dah bosan baca post2 lama....tp tulah korang silap bro..dengan banyak membacalah dan ulangkaji lah kita makin dewasa dan maju....heheh

ok guy, arinie aku nak flash back pasal gambar kat atas tu...dulu ada geng kita offer pasal memiliki mesin swipe ini..tp tulah klu aku ada biz mmg aku amik jugak tp masalah aku tak ada biz....kat cnie bukan aku nak cita pasal biz..tp pasal tajuk aku arinie....

kepada pemegang CC dan pengguna CA CC kena ingat korang kena caj berganda iaitu
1) Caj Cash Advance fee
2) caj daily rest.

persoalannya bagaimana nak elakan kena caj berganda selain teknik dalam ebook aku tu....cara nie mmg agak susah tp boleh digunakan pada sesiapa yang ada kelebihan cara nie.

ok camnie....kita sedia maklum kebanyakan kedai ada mesin swipe CC nie...so pada geng2 yg selalu pertikaikan dgn aku pasal selain kad aku rekmen tu boleh ker gunakan dgn cara lain..ok kita still boleh gunakan CC tu ....

caranya:-
korang gi ke kedai yg korang kenal dan minta keluarkan wang pakai CC korang....klu boleh carilah kedai yg boleh bagi korang low interest dan biasanya dia akan minta 1% @ 2% sahaja...dan klu nasib baik 0%
sebenarnya kita swipe tu adalah untuk pembelian barang yang x wujud langsung cuma kita mintak wang sahaja....tp dalam resit akan tertera barangan yg ko belilah....so apa kelebihan cara nie?????

kelebihan dia adalah:-
1) ko tak ada dikenakan Caj CA CC...
2) tiada Caj Daily rest
3) klu lambat bayar interest mmg rendah...tak seperti buat CA CC
4) masa pun lebih panjang berbanding cara gunakan CA CC...5) mcm2 ada..( heheh apa lagi guy..korang pikirlah sendiri)

cara nie mmg susah ckit pada yg tiada kenalan yg gunakan mesin swipe nie...tp ianya mmg amat berguna pada pemilik CC selain BIMB, BSN, Al-Rajhi,HLE,dan B/Rakyat nie kerana dikenakan 5% mana lebih tinggi...

Tuesday, July 19, 2011

HARGA EMAS MELAMBUNG

Salam kengkawan..

mybe kenaikan harga emas dinantikan oleh semua pelabur emas...saper yang beli setahun sebelum ini akan dapat melihat kesannya kebaikan menyimpan Emas nie....

hari nie 18/7/2011 menyaksikan kenaikan harga emas secara konsisten dan dijangka harga emas akan naik lagi sehingga hujung tahun...adakah ini benar???? ini buatkan hati pemegang ketulan emas bergetar..heheh yerlah aku sebut harga emas akan naik hingga ujung tahun.....apa pun tu pendapat aku jer...kenaikan turun naik harga emas nie mmg tak boleh dijangka...aku kata akan naik tapi sebaliknya pulak nanti...apa pun dalam pelaburan perlu ada sikap berani...berani melabur..

mari kita lihat harga terkini dari Public Gold..
                                                                  ( klik untuk besarkan)

seronok tengok harga yang tinggi nie...


apapun masalah sekarang ianya tak boleh pajak lagi selain di PG sendiri tu pun untuk dealer sahaja...ada juga mencadangan tukarkan goldbar kepada rantai dari GCP atau mana2 pun janji oleh roling duit....pada aku betul jugak pandangan tu..kenapa nak simpan goldbar yang tidak boleh nak buat apa2...mmg betul simpan jer ianya akan naik dari tahun ke tahun tp klu kita boleh pajak mcm dulu, memang bagus...PAJAK EMAS TUKAR PADA WANG

pada aku Emas nie mcm sijil ASB ( PAJAK SIJIL ASB DAPAT WANG)...boleh pajak dan jadikan OD dan boleh gunakan kelebihan untuk jana income kita....biarlah pelaburan yang kita laburkan memberi pulangan berganda balik pada kita.....betul x kengkawan...heheh ayat tah apa2..korang layan jer lah...

Sunday, July 17, 2011

KOLEKSI LAGU AIZAT

1) SUNGAI LUI




2) HANYA KAU YANG MAMPU

 


3) PERGI



4) LAGU KITA




5) SAHABAT

TOPIK-TOPIK LAMA DI MUAT SEMULA

Salam kengkawan

apa topik yang aku upload semula????
untuk makluman geng aku ada upload semula post2 lama dalam blog nie ke Team OD Facebook kerana ramai minta dan aku lihat banyak post dah hilang dalam team OD tu disebabkan penukaran format discussion...di dalam Team OD FB aku post telah di muatkan di ruangan DOC (sila klik)

apa pun pada geng baru sila bacalah dan fahamkan...nak ilmu kena banyak membaca dan bertanya kepada orang yang berpengalaman atau bahasa org muda sekarang Otai...hhahah.

oklah geng...mood masih tak menentu sekarang nak bukak post2 baru...aku dah merancang nak listkan beberapa post pasal simpanan..nantilah kita sembang.... 

Wednesday, July 13, 2011

EMAS NAIK LAGI....

Salam kengkawan.

sudah..sudahh lah tu berpolitik dan kutuk mengutuk nie...sedarkan diri ko sekarang!!!!! hidup perlu di teruskan...

post yang pendek...EMAS NAIK !!!!!

adakah ianya akan kekal naik...tp rumor kata ianya akan start naik pada akhir bulan julai nie...ujung bulan nie....sama2 kita lihat....
pada geng yang nak jual boleh hold dulu.....





Tuesday, July 12, 2011

TAK SEMESTINYA TAK SOKONG KITA......

Salam Kengkawan

terima kasih kepada yang email aku dan msg aku melalui FB katakan hal post aku yang lalu iaitu PERHIMPUNAN HARAM BERSIH...mcm2 aku terima ada yang setuju dan ada jugaklah yang perli2 aku dan ada jugak tanya aku kerja apa..hheheh, saper yang ADD aku kat FB aku dia tahulah siapa aku sebenarnya
so saper yang berminat nak tahu pasal aku lebih lanjut sila klik FB aku nie..tak ada masalah untuk kita saling kenal mengenal janji jangan ada hasad dengki...

mmg klu kita lihat dalam blog nie langsung tiada komen..coz sukar nak beri komen..dan ramai jugak yg suka Team OD di Facebook sahaja..sebab tu ramai yg komen di sana.tp ini adalah blog backup aku..kerana kita tak tahu sampai bila Facebook nie leh bertahan coz banyak perubahan format2 dari masa ke semasa..

ok..kat cnie aku nak perbetulkan pandangan serong korang pada aku...aku sebenarnya bukanlah minat dengan politik nie..apa yang aku komen pada post sebelum nie adalah komen dari sudut KESELAMATAN sahaja dan tak semestinya aku tak sokong dan tak sertai BERSIH tu aku pro pada BN..mybe korang faham apa maksud aku tentang KESELAMATAN tu...

yup aku tahu korang nak tahu aku sokong parti politik mana??? hahaha..jawapannya ada dalam kaler ebook aku...perlu ingat kengkawan tak semestinya orang tu benci BERSIH dia tak bagus...

oklah kita lupakan pada politik nie..tak ada faedah...ok lepas nie aku akan update tajuk2 post2 lama dalam Team OD FB sebagai DOC coz ramai ahli baru tak tahu nak cari post2 lama..

Saturday, July 9, 2011

PERHIMPUNAN HARAM BERSIH

Salam kengkawan

hari ini dalam sejarah lagi.. 9/7/2011 malaysia jadi kecoh lagi...orang ramai terutama MELAYU nie pergi ke KL semata-mata nak join perhimpunan haram bersih kononnya untuk sampaikan suara rakyat pada kerajaan melalui perhimpunan jalanan mcm korang lihat kat TV dan dalam youtube..klu korang susah cari dalam youtube ko taip jer BERSIH atau perhimpunan bersih..confirm jumpa punya..tak pun gilah malaysiakini yang aku lihat dia update setiap pergerakan perhimpunan haram tu dan siap ada video lagi..

Pihak polis bukan tak bagi amaran awal bahawa perhimpunan tu adalah HARAM tp kenapalah ramai jugak yang tentang undang2..bila kena tin pemedih mata kata polis jahat sajer nak kasi kena kepala diorg...lain kali pakai helmet masa hadiri perhimpunan tak pun pakai topi besbol...bila kena tangkap persoal mana keamanan..mana keadilan...mangsa kena maki adalah pihak polis yang buat kerja untuk cegah daripada berlaku rusuhan besar...
apapun aku mmg ucapkan tahniah kerana ahli2 bersih mmg berjaya buat perhimpunan tu....

aku tahu ramai orang yang sokong BERSIH aku pun tak salahkan korang yang fanatik pada politik..pada aku yang diamanahkan untuk jaga keamanan nie..aku lihat dari sudut KESELAMATAN..mmg mengundang bahaya dan melanggar Undang2 sendiri dan menyusahkan aku kena standby kerja dan cuti dibekukan, tp yang tu aku tak kisah coz aku dah biasa hadapi perkara nie....

apa pun kengkawan itu luahan hati aku..terpulang pada fahaman korang plak...pada aku klu nak suarakan kehendak hati korang kenalah ikut saluran..dalam blog2 pun korang leh suarakan apa korang tak puas hati..
korang masuklah facebook ker...masuk blog2 famous ker..

oklah apa pun aku mintak maaf pada golongan yang tak sependapat ngan aku nie...

jom kita satu padu sesama MELAYU, kuatkan semangat MELAYU kita

Tuesday, July 5, 2011

HUTANG JAHAT DAN HUTANG BAIK

Salam kengkawan

Umumnya semua orang takut nak berhutang sebab takut terbeban atau tak boleh bayar hutang tu. Dari segi hukum kalau berhutang dgn niat tak nak bayar awal2 lagi dah berdosa..lagi2 ramai sekarang yang pinjam dari Along pastu buat repot polis elakan dari bayar hutang..heheh orang camnie pun ada ker????

Hutang nie ada dua jenis:-
  • satu hutang yang baik
  • satu lagi hutang yang jahat.
 Apa hutang jahat

Hutang yang jahat seperti
  1. personal loan (PL),
  2. credit card 
  3. sewa beli.
  4. hutang Along
  5. Loan ASB
pendek kata, hutang yang melibatkan interest/bunga yang tinggi itulah hutang jahat. hutang jenis ini mmg membebankan kita kerana tiada langsung capital appreciation.

Apa hutang baik

Loan yang baik pula iaitu
  1.  housing loan.
  2. hutang pendidikan
  3. hutang kad kredit ( teknik OD+ASB+CC)
  4. Loan ASB
 Tetapi loan yang baik boleh dikatakan  interest kecil dan boleh kita cover balik bayar. contoh mudah mcm loan ASB..kita bayar dan hasil dividen tahunannya kita boleh bayar balik interest tu..
contoh mudah lain iaitu rumah..walaupun kita rasa beli mahal, tetapi 5 hingga 10 tahun akan datang harga rumah tu akan meningkat dan akan menguntungkan kita...

klu nak huraikan mmg banyak..apa kata geng2 try google pasal hutang baik dan hutang jahat nie..mmg banyak bahan bacaan yang boleh kita dapat...