Tuesday, September 27, 2011

PERANCANGAN KEWANGAN - PERSARAAN

Salam kengkawan

lama tak update jualan emas dan juga post2 baru kat cnie dan Team OD Fb...aku baru selesai urusan pindah rumah, nie pun sremixx tak masuk lagi, gi telekom dia kata ambil masa 7 hari pemasangan...pehh!!! lamanyeee..susah aku nak on9...tak pehlah sabor jerlah.....kemas dulu umah....jom cita pasal rancangan kewangan.....

perancangan kewangan yang ke-5 adalah perancangan kewangan bagi PERSARAAN..
adakah ko dah sediakan rancangan persaraan...ahhh!!! lama lagi nak bersara..duit pencen aku ada..atau duit KWSP aku ada jugak....

bagi gomen buat masa ini tempoh persaraan adalah umur 58 tahun dan ada ura2 nak capai umur 60 tahun..tak taulah lulus ker tidak coz aku dgr persatuan Mahasiswa bantah cadangan ini...heheh biasalah diorg takut bila kuar "U" tak ada kerja kosong...yelah tak ada org berhenti camner nak kerja..hahahah...tp pada akulah klu sijil yg ko dapat tu berkualiti tinggi mmg tak ada masalah tuk dapatkan kerja..tp yg cukup2 makan lulus tu atau tak ada kualiti mmg akan "berbunyi"...heheheh tul tak...

klu nak cita pasal rancangan persaraan nie susah ckit nak jawab ianya bergantung pada diri masing2 dimana bagaimana cara kewangan masing2 dan gaya hidup yang di impikan..

apa yang penting dalm rancangan persaraan adalah displin menyimpan pada Usia Muda kita..
1) KWSP
2) simpanan
3) Pencen

4) Pelaburan

perkara nie pada aku amat penting, yang mana rata orang akan merasa, tetapi adakah KWSP ko tu cukup untuk ko tak bekerja selepas bersara...itulah yg penting pada aku...klu korang bersara dari kerja lama dan cari kerja baru itu pada aku tak bijak dalam perancangan persaraan...pada usia emas tulah korang patutnya berehat...

pada yang betul2 merancangan persaraan, aku rasa umur tak sampai 50 dah boleh bersara kerana pada usia muda kita dah merancang kewangan kita dengan betul...contoh
1) ada rumah 10 biji yg boleh jana income bulanan
2) tanah kelapa sawit ada 30 ekar yg boleh jana income bulanan
3) ada simpanan ASB 200k yg boleh jana income setiap tahun
4) lagi....(tambah sendiri)

dengan adanya pendapatan tetap di atas aku rasa masalah kewangan adalah bukan masalah lagi bila capai persaraan korang....

so, moral of post adalah kumpullah harta masa kita muda dan nikmati masa tua nanti.....
"bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"

Wednesday, September 21, 2011

JUALAN EMAS

Salam Kengkawan

FGJAM




******
BARANG BARU OKT -2
*****


SALE
RM 3,495
(RM 178/g)


SALE
RM 2,266
(RM 175/g)


SALE
RM 3,860
(RM 176.1/g)


SALE
RM 1,212
(RM 175/g)


SALE
SOLD


SALE
SOLD


SALE
RM 3,262
(RM 175/g)


SALE
RM 679
(RM 175/g)



SALE
SOLD


SALE
RM 757
(RM 175/g)



**************************************************************************
*******************************************************************
***********************************************************


Rantai kaki baru 916...
New Item No 1

SALE
SOLD

New Item No 2

SALE
SOLD

New Item No 3

SALE
SOLD


New Item No 4

SALE
SOLD


Rantai Tangan Baru 916

New Item No 5
SALE
SOLD

New Item No 6

SALE
SOLD

New Item No 7


SALE
SOLD

New Item No 8
  
SALE
SOLD

New Item No 9

SALE


JUALAN EMAS 916  (2nd)

Item No 10
SALES
SOLD

Item No 11 
 SALES
SOLD


sesiapa  berminat sila SmS ke HP
Salihan B Mohd Juri - 013-2375780

Maybank - 162142973399
RHB        - 2-08230-00030412 
CIMB      - 0829-0007350-52-0

SALES

SALES

SALES

SALES

SALES

SALES

SALES


******************************************************
******************************************************

Sunday, September 11, 2011

GHADAFI JUAL EMAS



Salam kengkawan

" Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.

Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.”Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli,” kata Qassem.

Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara."

so artikel kat atas nie bila kita baca dan renungan dari sudut pelaburan ianya mmg berbaloi, dalam masa kesusahan ghadafi telah menjual sebahagian emas yg sememangnya bernilai tinggi dan dapatkan tunai untuk kegunaan. apa dia nak buat aku kurang pasti..mybe nak beli senjata tuk serang balas...aku jugak percaya...kenapa ghadafi jual emas adalah disebabkan akaun kerajaan dan akaun ghadafi dan kuncu2 telah di sekat/beku...

apa pung geng..kita renung2 kanlah 'kuasa' emas nie...
emas adalah logam yg amat terhad berbanding tanah/pasir yg boleh kita perolehi kat mana2...so kenapa emas makin mahal dan semakin mahal...koranglah pikirkan sendiri...


                                       (klik untuk besarkan)

Saturday, September 10, 2011

PERANCANGAN CUKAI - part 4

Salam kengkawan

kepada geng yang pening pasal perancangan kewangan yang aku postkan tu...jgnlah pening2 kepala just follow my post part by part...
sebenarnya aku cuba perjelaskan 1 bab ke 1 bab pasal perancangan kewangan...korang follow jerlah part by part tu...nanti di akhir bab aku akan senaraikan elemen2 perancangan kewangan dari part 1 hingga habis.... apa yg aku cuba jelaskan atau highlight kat cnie adalah perancangan kewangan tu bukan untuk SAVING sahaja tetapi ianya amat luas melibatkan beberapa perkara kewangan.

kali nie kita lihat pasal Perancangan cukai



Matlamat perancangan cukai adalah untuk mengatur urusan kewangan korang
bagi meminimumkan cukai perlu dibayar. Jumlah cukai perlu dibayar akan
mempengaruhi keputusan korang terhadap perkara-perkara berikut:

Pelaburan
Pinjaman
Tabungan

ko boleh merujuk Akta Cukai Pendapatan 1965 untuk maklumat lanjut tentang jenis dan jumlah cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis pendapatan dan jenis perbelanjaan yang boleh ditolak daripada pendapatan ko. Sebagai alternatif, korang juga boleh mendapatkan nasihat daripada perunding cukai atau penasihat kewangan atau jugak kengkawan dalam team OD fb..
 
Terdapat berbagai jenis Cukai yang ada di Malaysia. Antaranya adalah CUKAI PENDAPATAN, CUKAI PERNIAGAAN, CUKAI HARTA, CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN dan sebagainya.

Cukai merupakan sumber hasil yang terbesar negara. Cukai boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1. Cukai Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain.
2. Cukai Tak Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain.
Bagi Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan ke atas individu yang melakukan kegiatan pengajian atau komersial atau kedua-duanya sekali.

apa pun bagaimana hendak merancangan perbelanjaan cukai korang...
so inilah sebenarnya yang perlu kita lakukan...

pada aku pembayaran cukai ini adalah liabiliti...mmg ramai orang culas atau mengelak dari bayar cukai....tp mereka tak bijak lari dari cukai dan tak tahu bagaimana nak uruskan cukai itu....tp pada aku

kita mmg kena elak/min dari bayar cukai nie...tp persoalannya bagaimana hendak minimum pembayaran...
so belajarlah dari org2 kaya bagaimana diorg lari dari cukai.......
apa pun korang leh baca note bentuk PDF di link bawah nie...
link


Wednesday, September 7, 2011

PERISTIWA BUKIT KEPONG 23 FEB 1950 JAM 5 PAGI




Salam kengkawan

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunisme komunis semasa keadaan Darurat Tanah Melayu darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1) Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2) Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Orang Melayu Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Jamil Mohd Shah Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Fail:Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Selanjutnya

Fail:Keadaan balai yang hangus terbakar




Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (''Texans'') berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis
# Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
# Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
# Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
# Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
;Ahli keluarga anggota
#Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
#Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
#Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
#Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
#Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
#Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
#Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
#Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
#Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
#Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
==Mereka yang gugur dalam pertempuran==
;Anggota Polis
#Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
#Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
#Lans Koperal 7168 Jidin Omar
#Konstabel 9136 Hassan Osman
#Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
#Konstabel 8600 Jaafar Hassan
#Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
#Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
#Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
#Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
#Konstabel Marin 68 Awang Ali
#Konstabel Marin 181 Basiron Adam
#Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
#Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
;Polis Bantuan
#Ins. Kudarina Naknok
#AP 2130 Samad Yatim
#AP Mahmood Saat
#AP 1925 Ali Akop
#AP 2127 Othman Yahya
;Keluarga Anggota
#Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
#Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
#Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
#Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
;Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
#AP Redzuan Alias
#Embong Lazim
#Mendiang Koh Ah Cheng

-sumber-

Saturday, September 3, 2011

PERANCANGAN INSURANS - part 3

Salam kengkawan

Mmg meriah betul tahun nie aku beraya..yerlah dapat balik Johor dan Negeri Sembilan sekali gus...dapatlah aku makan 2 resipi berbeza..kat Johor dengan ketupat, ayam masak kicap, sambal kacang, sayur lodeh dan sambal goreng..pehh!!!
lepas tu aku beraya plak kat N9.. makan lemang ngan rendang itik.. ada juga sup tulang..pehh!!!! gilooosss... banyak betul kolestrol tepu aku makan....

esok aku mula habis cuti dan isnin aku dah kerja..alamak boringnyeee.....harap esok perjalanan aku sempoi tak ada jem...

Sambung cerita pasal Perancangan Kewangan pula, kali nie aku nak cita pasal

PERANCANGAN INSURANS

perancangan insurans nie juga termasuk dalam perancangan kewangan sebenarnya, kerana dengan insuranlah kita leh selamatkan harta kita termasuk keluarga kita..klu ko nak tanya mana insurans yang baik dan bagus korang pilihlah sendiri mengikut selera korang...
apa yang patut korang insurankan???
ko kenalah ada antaranya insuran hayat (kematian), kemalangan, rawatan penyakit kritikal, hilang upaya kekal, hartanah & lain-lain.


yang lain pula adalah
amiklah insuran berbentuk perlindungan ke atas sesuatu risiko yang mungkin berlaku atau tidak. Risiko ini seperti kebakaran, banjir, malapetaka, kerugian, kecurian dan lain-lain.

kenapa ianya termasuk dalam perancangan kewangan...kerana dengan adanya pelindungan insuran ini kita akan dapat selamatkan harta, masa depan kita dan hartanah kita...mungkin ko pernah dengar bila kita meninggal dunia ,rumah yang kita  beli terus akan dapat dimiliki oleh waris kita tanpa bayar baki...tp syaratkan ko belilah insurans dia...

apa pun silalah google untuk dapatkan penjelasan lebih pasal insuran ini..aku bukan ajen insuran so aku taknak rekmen mana2 insuran pada korang...