Friday, September 21, 2012

CERITA PASAL KERETA DAN OVERDRAFT...

Salam Kengkawan

Ramai orang terkejar-kejar nak buat OD...ramai jugak yang mengeluh OD susah dapat sekarang...emm pada aku kalau ada kemahuan semua benda boleh dapat...mcm nak buat personal Loan jugak...aku pun malas nak cerita pasal nak buat OD cara baru nie coz aku anggap korang dah tahu iaitu perlu ada syarat tambahan SSM dan Lesen dari PBT...

persoalan yang aku suka ingatkan pasal Overdraft(OD) nie....korang nak buat apa dengan OD nie sebenarnya????

bila dah dapat OD kat tangan korang..korang tahu ker nak buat apa.....ker main dengar2 cakap jer buat OD nie menguntungkan....

kepada yang baru kenal apa itu OD, kenalah bertanya 'orang lama' sebab OD nie adalah hutang jugak bukannya free bank nak bagi....nak menuntut ilmu nie kena ada tok guru...terpulang kepada selera masing2 nak cari yang berbayar atau tidak....klu korang baca dalam internet nie mmg senang cari tp banyak sangat versi nya..takut korang keliru plak.....
OD nie ibarat kereta...ianya hanyalah Tool, alat, platform dalam merancang kewangan jer, bukan satu benda 'magic' yang boleh ubah hidup korang....mcm contoh kereta...klu kita PARKING jer kereta tu kat rumah, selimutkan dia cantek2, petang2 kasi basuh tak mau ada habuk mmg tak capai apa-apa tujuan kita... mcm OD jugak dah dapat OD tak nak guna kerana takut duit OD tu habis, so kenapa kita ambil OD nie????

kereta nie walaupun kita parking jer, roadtax dan insuran perlu di bayar..mcm OD jugak...walaupun kita tak gunakan interest still ada...

kereta nie bila bergerak sama ada mahu pandu slow atau laju ianya bergantung kepada kita...klu kita rasa nak selamat kita bawah slow lah...begitu juga OD...jika kita rancang tak nak OD habis cepat kita keluarkan OD secara ckit2..klu kita selalu keluarkan atau keluarkan dalam kuatiti yang banyak mmg bahayalah OD kita tu....

bila kereta bergerak ianya perlukan minyak, beberapa ratus kilometer kita perlu isi lagi minyak supaya kereta tadi still boleh berjalan...begitu juga dengan OD...bila kita dah gunakan OD (keluarkan wang) nie kita perlukan isi duit balik dalam OD klu keluar jer tanpa isi 'minyak' tu balik alamatnya mmg habislah OD kita, caranya dengan masukan wang gaji, bonus, income sewa rumah, pelaburan saham, CA CC dan lain2....asalkan OD ada rolling duit keluar masuk..

bila kereta nak isi minyak kita akan fikirkan nak isi Ron 97 or 95 or nak isi air jer....klu isi Ron 97 kita kena keluarkan duit lebih...begitu juga dengan OD kita kena tahu camner nak jimatkan interest OD kita...bukan main belasah jer....

bila kita beli kereta besar atau mewah kita kena tahu yang maintenant, roadtax,insurans juga tinggi..begitu juga OD bila kita dah keluarkan wang dari OD kita kena tahu jugak yang interest yang di kenakan juga tinggi...so adakah kita kena beli kereta kecil...jawapannya YA

sebenarnya klu kita nak kaitkan kereta dan OD nie mmg banyak...cuma aku nak tekankan kat cnie...apa tujuan asal kita aplly OD tu...adakah sajer2 sebab bank bagi duit Free mcm Ar-rahnu....

dalam merancang kewangan perkara utama atau asas adalah  SAVING dan BERJIMAT kita kena fokus kepada ini dahulu...pasal pelaburan hartanah, emas, saham, cpo kita ketepikan dahulu.....sebab masa nie kita tiada saving...

perkara pertama kita perlu ada adalah saving..bagaimana nak saving dengan banyak...haa kat cnie kita gunakan tool OD nie...bagaimana nak guna, klu tanya aku mmg aku syorkan teknik OD+ASB+CC jer...gunakan teknik nie untuk max saving kita....

aku gunakan teknik OD+ASB+CC selama 2 tahun untuk tingkat saving aku, setelah ada saving l/kurang 40k barulah aku melangkah kepada hartanah, emas, perniagaan dan lain2...bila kita dah ada Modal semua benda kita boleh buat dan plan...so teknik OD+ASB+CC aku kekalkan sehingga sekarang untuk max saving mcm biasa dan modal 40k tadi aku kembangkan juga dengan cara lain pula...tp nak dapatkan saving 40k dengan gaji bersih bawah 2k sebulan mmg memeritkan...aku kena berdisplin di mana aku sekat perbelanjaan aku ( ingat tiada teknik short cut untuk berjaya) caranya aku set 2 kali jer pergi ke Tesco...kali pertama aku setkan RM 300-350 untuk belanja besar, tarikh 25-15 dan kali kedua RM 150-250 lepas tarikh 16-hingga gaji...aku takkan jejak kaki ke Tesco sebab klu aku pergi mmg duit akan keluar..so nafsu berbelanja kena kawal...wang poket untuk belanja sayur hanya RM 100-200 jer...bil2 aku hanya RM 300 jer...so perbelanjaan aku antara 1k hingga 1.3k sahaja sebulan...mesti ko cakap duit minyak keta plak..utk maklumat yg nie pun aku jimatkan di mana kedua2 bijik kereta aku, aku pakai NGV..hehehe

so bila kita ada Asas iaitu Saving kita boleh melangkah 1 step lagi dengan melabur wang kita tadi dan kita dah bukak 2 cara iaitu Saving dan keduanya pelaburan..dua2 bergerak untuk isi poket kita dengan wang yang banyak....so moral of story kita kena step slow2 jgn tamak semua benda kita nak buat....

rasa panjang plak post kali nie...oklah.....

layanlah moto impian aku akan datang....adakah next year aku boleh beli..??? Amin....




Sunday, September 16, 2012

MANA SILAPNYA...

Salam Kengkawan

beberapa hari nie hangat perbincangan pasal "belanja kawin mahal punca remaja melayu berhutang" ianya di bincangkan dalam forum, blog dan Fb..sebenarnya ianya mmg merisaukan remaja lepasan 'u' dan bakal pengantin lelaki sekarang....

mari kita lihat  pic di bawah....



Apa yang di senaraikan di atas ada benarnya, maksud aku pasal kelulusan anak2 mereka...kebanyakkan ibu bapa sekarang akan menilai kadar hantaran mengikut kelulusan anak2...kalau dulu majlis dan wang hantaran di nilai dari kos belanja kenduri tetapi sekarang ianya berbeza....sekarang pun pengantin perempuan yang kelulusan takat darjah 6 pun kadar hantaran paling kurang 6k...rasanya tak ada ibubapa yang mahu terima 1k hanya kerana anak perempuannya tidak kelulusan tinggi....

mari kita lihat kadar mas kawen pula



klu kita lihat kadar mas kawen pun tidak membebankan sgt sebenarnya....tapi kenapa trend hantaran tinggi berlaku...mana silapnya....

adakah sebab zaman sekarang ibubapa

1) menilai hantaran mengikut kelulusan...klu doktor comfirm bakal menantu pun doktor coz hantaran lagi tinggi....
2) sikap menunjuk2 pasal wang hantaran dgn sanak saudara dan jiran
3) pekerjaan anak yang bagus mcm pramugari..model..pelakon
4) anak memenangi ratu cantik kampung
5) kekayaan seseorang
6) pikirlah sendiri (kata nabil)

trend yang aku risau sekarang adalah trend di mana pihak pengantin lelaki hanya mahu buat majlis di pihak perempuan....korang nampak tak apa maksudnya....maksudnya pihak lelaki sudah tiada duit tuk buat majlis di pihak lelaki kerana wang habis untuk di buat hantaran....kesian atau tindakan yang bagus sebab dapat berjimat?

pada aku trend hantaran mahal sekarang tidak menjadi persoalan utama sebenarnya...kadang2 kita kena pikir secara resional juga...agap jer hantaran tinggi sebab kos barang mentah sekarang yang mahal..harga lembu sekor pun dekat 3k sekarang....ayam RM6-RM 8 sekilo....lada merah pun sampai RM 8 sekilo...patutlah hantaran mahal dan kita kena terima trend nie

zaman sekarang ibu bapa kena didik anak awal2 bukan saja pasal simpanan pendidikan tetapi simpan untuk berkahwin nanti....klu tidak mmg pengantin lelaki akan buat jalan mudah..aplly personal Loan(PL) untuk melangsungkan perkahwinan mereka...klu tengok cita P.Ramlee..ada babak tu suami marah isteri kata dia pinjam wang untuk berkahwin dan akibatnya sampai anak 5 pun tak habis lagi hutang tu......

apa pun tepuk dada tanya selera...geng2 dalam team OD ni yang belum kahwin..ambil tindakan segera....

Friday, September 14, 2012

KELAS FCPO

Salam kengkawan

hujung minggu lalu aku gi kursus kelas FCPO dengan saudara Wafi..aku booking kelas nie 2 bulan awal iaitu sebelum puasa lagi sebab aku kena set timetable aku...al-maklum sajerlah kerja aku skrg amat membataskan aku buat planing tanpa di rancang..

Kelas di adakan pada 8 & 9 sept 12 di tasik permaisuri itu tempat Tuan Bri One Solution...

pada 7 sept 2012 aku shot dari Taiping l/kurang jam 11 pagi dan aku sampai KL jam 4 ptg, antar wife dan anak2 aku ke rumah adik ipar aku dan terus jumpa Wafi dan kitaorang pun gerak ke tempat seminar iaitu di one solution, pada mulanya mahu kemas2 tetapi malam tu juga Tuan Bri ada kelas 4 langkah hartawan hartanah...terbaeklah Bri...aku lepak2 kat situ sambil sembang ngan Tuan Bri dan wafi sampai ahli2 mendaftar jam 8 malam... peh !!! mmg ramai yg mendaftar l/kurang 60 orang....kayo ko Tuan Bri....
.
lepas tu aku gerak ke rumah wafi plak tuk blajo basic fcpo nie..yerlah, rata2 geng lain dah ada basic 2 bulan sedangkan aku zero...TT tak lama pun 2 jam jer coz badan aku dah terasa penat drive dari Taiping ke KL...so aku nekat dengan ilmu yg cetek tu masuk kelas......

hari pertama....mmg 2 jam awal kelas, mmg aku tak faham sebab masing bertanya dan keluarkan mcm2 perkataan.." Breakout", "SBR"(suport become Resistance) dan "RBS" (resistance become suport), bearish, bullish..TP (Target point) SL (Stop Lose), Trendline, major, minor...Inside Bar...Fibonichi,WR...heheh pada mula mmg tak boleh tangkap tp ayat tu asik berulang di tanya akhirnya aku boleh tangkap jugak......pengajaran aku lihat lebih kepada teknikal..blajo graf, wave graff..mmg menarik kelas cpo nie, biasanya orang ajar basic2 jer..tp wafi dah keluarkan pengalaman 10 tahun dia dan ajar baca graf dengan skill yang hebat...

kelas mmg selesa....geng2 pun sporting..kelas pada hari pertama memang memerah otak aku...penat dan pening sebab aku pun tak tau aku faham ker tak..heheheh

kelas hari pertama abis pada jam 8 malam...lepas tu aku,sifu wafi, Tuan Bri dan beberapa geng shot gi makan burger bakar kat ampang sampai jam 12 malam sambil tukar2 pendapat pasal ilmu dan layan makan burger....

kelas hari kedua start lewat ckit iaitu pada 1030pg....hari ke dua nie lebih kepada revision jer....dan ke banyakan geng faham akan teknik wajib iaitu WR...

so yg dapat aku simpulkan pasal kelas cpo nie adalah:-
a) lihat pada daily chart...
      - BUY OR SELL
      - Inside Bar
b) lihat pada 1 hour (take profit 40 Point)
      - Divergent
      - WR
      - buat Trendline major
c) lihat pada 15m (take profit 20 point)
      - buat Trendline
      - WR
      - SBR & RBS
d) Lihat pada 5m (take Profit 7 point)
      - WR
      - Breakout
      - SBR & RBS

apa pun aku kena buat paper trade selama 2@3 bulan dulu sebelum aku masuk secara live trade....

layan Pic di bawah...




                            ada beberapa org ilang..yerlah masa magrib dah....
                             amaran keras dari Wafi

Sunday, September 2, 2012

HOMESTAY VS RUMAH SEWA

Salam Aidilfitri kengkawan

terasa arini nak aktifkan semula DOC dalam Team OD nie setelah lama menyepi dan aku tgk trend sekarang hanya bukak post kat wall sahaja...apa pun terima kasih kepada geng Team OD kerana memeriahkan group nie dan saling bantu membantu...

HOMESTAY VS SEWA RUMAH






itulah tajuk yang simple..tp dalam kepala masing2 aku percaya akan pikirkan mana satu yang TERBAIK....
Ada geng yang akan setuju sewakan terus jer...senang..senang dan senang....tiap2 bulan akan dapat fixed income, tak perlu risau pasal urusan serah menyerah kunci, kemas rumah, pergi kedai dobi dan menyusahkan jika yang menetap jauh dari rumah tersebut...

TETAPI

ada geng yang kata Homestay lagi untung 2 @ 3 kali ganda sebenarnya..sekarang rate sewa home stay antara RM 130 - RM 450 tuk semalam....jika rumah 2 storey atau 2 tinggkat lagi mahal...jika rumah di sewakan pada kadar RM 250 semalam dan penyewa mahu 2 hari...onwer akan dapat RM 500..tolak kos api dan air RM 50..untung RM 450...tu baru 1 penyewa..klu setiap bulan ada 3 customer...mmg nampak untung buat homestay...jika tak ada..... :)
cuma onwer kena sediakan katil, langsir,aircond, pemanas air, bantal,selimut, bantal,tikar, dapur...

LOKASI
lokasi memainkan peranan yang penting sama ada untuk buat sewa rumah ataupun homestay ini...jika lokasi cantik mmg akan ramai orang cari rumah nie sama ada mahu sewa atau buat homestay jer....

apa pun mana pilihan korang...
1) sewakan jer
2) buat Homestay

sila komen di sini (Team OD Fb)