Wednesday, June 9, 2010

7.TEKNIK OD+RUMAH+EPF+ASB LOAN+MLTA

salam kengkawan

post ini dari Yusz Amir

Property : DS INTERMEDIATE TERRACE
Option 1:
Homeloan amaount : RM 288,000
Loan documentation fee : RM 7,000
MRTA : RM 10,000

Total Financing incl. legal fee : RM 305,000

Normal Homeloan Package BLR-1.9% / 30 years
Monthly : RM 1,485 / sebulan

Ok, figure atas adalah normal bagi kebanyakan orang di Malaysia. Kalu mampu bayar figure atas tuh, anda bleh stop sekarang and pi tgk tv.
...
Tapi bagi aku..aku bukan orang biasa. Aku nak jugak mengelat dari bayar banyak2 nh or nak lebih benefit yg aku bley korek klu xleh kurang. So, aku olah strategi aku sendiri.

Option 2:
90% MOF : RM 288,000
Loan documentation fee : RM 7,000
MRTA : RM 0
Total Financing incl. legal fee : RM 295,000

Normal Homeloan Package BLR-1.9% / 30 years
Monthly : RM 1,436 / sebulan
Stretch lagi, jadi 35 tahun
Monthly : RM 1,334 / sebulan
Stretch lagi, jadi 40 tahun
Monthly : RM 1,262 / sebulan

MLTA : RM 5,500 / TAHUN or RM 460 / BULAN
(coverage RM250,000, mature 25 tahun)

Tenure 30thn:
Repayment – 1436+460=1896 / bln

Tenure 35thn:
Repayment – 1334+460=1794 / bln

Tenure 40thn:
Repayment – 1262+460=1722 / bln

Dari cth di atas, extend tahun merendahkan bebanan bulan korg kan? Tapi what for? dah pencen pon nak kene bayar umah lagi?
Dan, nak commit byr MLTA bulanan, lagi bnyk nak commit compare amik MRTA ajer…
Sabar yer..

Bagi case study aku nih, aku apply tenure 40tahun. Kalau ader lagi panjang lagi bagus…

Tenure 40thn:
Repayment – 1262+460=1722 / bln



Ok, di sini lah masuk peranan EPF. Sila apply untuk EPF withdrawal secara bulanan. Aku buat withdrawal akaun 2 sbnyk RM300/bln bayar trus ke akaun homeloan aku.

Tenure 40thn:
Repayment – (300)+962+460=1422 / bln

Haa, skrg dah rendah sikit kan bayar bulanan.
Hah? Ade plak x puah hati kate, ‘abes la tinggal kosong akaun 2 epf aku!?” or “xde beza pon mcm Option 1..”
Kalau sayang sgt epf tuh, sila berenti bace skrg dan tgk tv.
……
Bukan haper, kita withdraw akaun 2 epf tuh actually untuk ease –off monthly homeloan, dan amaun eased-off tuh dok layan MLTA. So, in general, EPF yg layan MLTA. Benefit MLTA kita tunggu dulu yer.
Takat compare akaun 2 epf lepas 30thn pun xleh pecah 150k lagi tau! better withdraw..kasi duit tuh bekerja dan melindungi kita.

Nak rendah lagi commitment?? Boleh!

Macam ni. Kita dah tau MLTA nak kne bayar RM5,500/tahun. Agak2 la kan, RM5500 bersamaan berapa dividen jumlah simpanan ASB? Secare matematik: 5500 = Y x 7%, cari nilai Y?
….pening? kene skolah beb..hehehe

Okeh, nilai Y ialah RM80,000 la gitu2. so, apa lagi, pi EASY RHB apply EASY ASB 80,000. bulanan RM309.
Dividen ASB rm80,000 x 7% = rm5600 pi bayar MLTA secara tahunan/ ada extra rm100 tuu ;)

Sekrg,

Tenure 40thn:
Repayment – (300)+962+309=1271 / bln

Haa, skrg commitment bulanan korang dah berkurang..at least 1st 5yrs bley la rilek2…
….
Ingat lagi x? MLTA mature 25tahun, ASB LOAN mature 25tahun. Kat tenure 25tahun ni la magik akan berlaku.
Bagi yg bijak pandai, dah bley tangkap point citer skrg nh..

Pada tenure 25tahun nih, korang akan dapat cash RM250,000 dr MLTA n RM80,000 dr ASB LOAN yg dah matured tuh. Total RM330,000 cash.
untuk ape bnyk2 duit ni?
Sila tgk Loan Calculation Tool v.2 tuh, baper belen principal pada ujung tahun ke-25??
belen pricipal ialah rm168,000. settlekan terus rumah tuh, ader extra 330,000-168,000=162,000 utk pi haji...

Case study aku x la perfect. Dlm case nih, tenure dipendekkan ke 25tahun, lebih awal 5thn dr Option 1 yg standard dan lebih awal 15tahun dr tenure asal Option 2.

Aku tau, kalu Option 1 tuh dilayan dgn epf withdrawal rm300 dr epf akaun 2, tenure lagi cepat..21.5 tahun dah settle umah. beza 3.5thn jer, x ralat sgt aku.

Tp duit epf 300 x 12 x 5% dividen epf x 21.5thn = 81k terbenam dalam nilai rumah. X bekerja or menyumbang untuk korg.
Dan negative nyer lg, MRTA korg rm10k yg matured tu burnt gitu jer. No refund.

If aku amik Option 2, rm300 dlm akaun 2 tu akan berkhidmat dgn melindungi aku dan menggemokkan dirinye dari stakat rm300 x 12 x 5% dividen epf x 30thn = <150k , skrg dah jadi rm330k.

Klu perasan, aku x sebut pon pasal OD/ASB..coz OD/ASB hanye absorb d/payment korg beli umah tuh dr pd terpendam gitu jer.
Open 2 komen

Link Team OD