Wednesday, July 28, 2010

13.CC BSN AL-AIMAN

salam kengkawan

kepada geng2 yang gunakan teknik OD+ASB+CC

ada perubahan pada CC BSN- al-aiman
dimana mulai 21 julai 2010 pihak BSN telah ubah polisi hanya pengeluaran
50% CA CC sahaja..sebelum ini adalah 75%.

rate CA CC adalah sama..
bagi pemegang CC GOLD BSN
hanya pengeluaran 5k sahaja sekali transaksi bagi cawangan kecil.


Open 2 komen

Link Team OD

Saturday, July 24, 2010

12.APA ITU LESEN PBT ( LESEN MAJLIS DAERAH)

salam kengkawan

sebenarnya aku nie pun tak faham jgk apa sebenarnya lesen dari majlis daerah tu sebelum nie..

bila tak faham so aku rajinkan diri aku nie gi MPT(majlis perbandaran Taiping) dan aku terus gi bahagian perlesenan dan berjumpa dengan en Rashid..senang berurusan dengan dia nie..

pihak majlis daerah kata memang ada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majlis daerah dan sebenarnya semua kedai atau orang yang hendak berniaga hendaklah berdaftar dengan majlis daerah walaupun jualan pakai motor roda tiga tu..
dan aku diterangkan secara detail apa tu lesen-lesen tu..
daripada perbincangan tu aku dapat tahulah yang lesen nie ada beberapa jenis..

1) LESEN BENTUK KOMPOSIT

 - lesen nie dikeluarkan kepada peniaga yang ada kedai, bangunan tetap
-mcm jual kasut, kedai baju,buku etc
- pihak Majlis bandaran akan keluarkan lesen ini apabila melihat premis

kedai tersebut.

 


2) LESEN KEPADA PENIAGA BERGERAK
 -lesen bergerak nie adalah peniaga yang menjaja
secara bergerak gunakan Van, motor roda tiga,lori.
-biasanya motor roda tiga/ van2/ lori yang bergerak
 menjual barangan
-syarat kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan


3) LESEN PENJAJA STATIK

- lesen dikeluarkan kepada peniaga yang statik
- kedai makan yang dikhaskan oleh pihak majlis bandaran







4) LESEN GERAI TEPI JALAN


- lesen diberikan kepada peniaga yang menjual
ditepi-tepi jalan gunakan stol yang diluluskan oleh majlis bandaran
- jual burger, pisang goreng, paw, etc
- kena cucuk kesihatan bagi yg berniaga makanan



5) LESEN IKLAN PERNIAGAAN



- lesen nie dikeluarkan pada perniagaan yang ingin
pamerkan iklan di kedai seperti kedai sukan maya,
 kedai rm 2, etc






so kengkawan, pada yang blur sebelum ini harap tahu apa tu lesen dari MPT nie...memang kita ada register di SSM tp itu adalah daftar niaga sahaja...klu kita nak berniaga kena ada lesen dari MPT..

persoalannya sekarang dalam permohonan OD by syarikat adalah lesen2 nie diperlukan..
mcm kat RHB taiping officer incas tu kata tak perlu hanya perlukan SSM (3 copy) tu jer..
so cakap banyak pun tak guna..
kita tunggu dan lihat pada sesiapa yang dah berjaya aplly OD tru syarikat nie...

open 2 komen

11. 1 DINAR DARI PUBLIC GOLD @ LAIN-LAIN DINAR

"salam kengkawan

kepada agen or geng-geng team OD yang dah banyak kumpul emas Dinar.

aku akan mulakan saving Emas dalam bulan ini dan minta geng2 kita yang ada
emas dinar Public Gold @ dinar lain

aku perlukan  1 dinar emas coz aku nak layan SETIAP BULAN
yang jongkong2 tu aku akan beli tapi tunggu duit aku banyak..hahaha

tp klu boleh hantar by POS lah coz aku tahu ko yang simpan emas nie duduk jauh dari tempat aku di taiping..

aku percaya ada juga geng-geng lain nak beli jugak..soooo
so sesiapa yang ada stok bleh tinggalkan msg korang disini"


ha tu adalah msg aku dulu dalam FB-Team OD  lepas aku bukak post ramailah yang offer aku emas2 diorg nie dan barulah aku tahu yang ahli Team OD rupanya lebih advance dari aku...
aku jer baru 'celik' untuk melabur pada pelaburan emas nie.
lepas post nie jugak aku tgk ramai ahli team OD tambah minat dengan pelaburan emas nie..
so pada 23/7/2010 aku telah amik oder 1 dinar bagi permulaan pelaburan aku daripada Yazid Ahmat dan cara penghantaran menggunakan pos laju..
hehe layan pic emas pertama aku nie



sepertimana dalam pic sebelah emas nie dipanggil
1 dinar dari Public Gold
berat: 4.25g
jenis emas: 916
harga belian : RM 573.00





pertama kali aku terima emas 1 dinar nie, mcm aku tak percaya kecik betul..hahah..aku ingat besar dalam 50 sen ker..tp rupanya sebesar duit 10 sen jar...tp barulah aku sedar saiz tak penting yang penting adalah berat emas tu...

lepas nie aku kena setup balik financial aku dan buat perancangan pasal pelaburan emas nie...

Open 2 komen

Link Team OD

Friday, July 23, 2010

10.HANYA PERLUKAN SSM

salam kengkawan

post ini adalah post yg di update dimana dalam  Team OD sudah tidak boleh diguna pakai kerana pihak PNB telah ketatkan syarat permohonan OD..


disini aku nak cakap bagi pihak bank yang mana pihak bank (RHB@CIMB) sebenarnya tiada masalah pasal pemberian OD..
tetapi mereka tersepit kerana syarat permohonan OD yang bercagarkan sijil ASB, sijil ASB tersebut sebenarnya perlu di hantar ke HQ PNB untuk dapatkan kelulusan PNB terlebih dahulu bagi tujuan pajakan untuk dapatkan OD, setelah dapat green ligt dari PNB barulah duit kita tu pihak bank boleh diluluskan.

mybe pihak PNB melihat terlalu ramai org melayu telah celik dan sifat 'membantu' dari PNB telah kenakan syarat yang lebih ketat dimana pihak PNB mahukan permohonan OD yang perlukan cagaran sijil ASB perlu ada:-

1) daftar niaga (SSM) milikan tunggal
2) lesen dari PBT

maksudnya pihak PNB mahu yang membuat OD adalah dari kalangan orang yang berniaga dan bukan invividu..
pihak bank ada juga bagitau aku kenapa PNB blok OD adalah:
 terlalu ramai orang melayu yang gunakan kaedah 'merempit teknik OD+OD+OD+OD+ASB...
 dan pihak PNB memandang serius masalah tersebut..apa yang pihak bank cakap PNB tak nak orang melayu tanggung interest yang tinggi pasal teknik tersebut..adakah ianya betul????

so, pada geng yang dah ada OD tu peliharalah OD ko tu dengan baik dan jgn sampai tergadai sijil ASB..

pada geng TEAM OD yang ada masalah OD nazak tu silalah rujuk kepada aku atau geng2 yang dah otai lain..bukan apa kita boleh tukar2 fikiran dan cari langkah camner nak tolong orang yang ada masalah tersebut..

so sesiapa yang ada masalah silalah email ke aku
bijakasb@gmail.com

open 2 komen

Link Team OD

APA ITU LESEN PBT

salam kengkawan

sebenarnya aku nie pun tak faham jgk apa sebenarnya lesen dari majlis daerah tu sebelum nie..

bila tak faham so aku rajinkan diri aku nie gi MPT(majlis perbandaran Taiping) dan aku terus gi bahagian perlesenan dan berjumpa dengan en Rashid..senang berurusan dengan dia nie..

pihak majlis daerah kata memang ada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majlis daerah dan sebenarnya semua kedai atau orang yang hendak berniaga hendaklah berdaftar dengan majlis daerah walaupun jualan pakai motor roda tiga tu..
dan aku diterangkan secara detail apa tu lesen-lesen tu..
daripada perbincangan tu aku dapat tahulah yang lesen nie ada beberapa jenis..

1) LESEN BENTUK KOMPOSIT
- lesen nie dikeluarkan kepada peniaga yang ada kedai, bangunan tetap
-mcm jual kasut, kedai baju, etc
- pihak Majlis bandaran akan keluarkan lesen ini apabila melihat premis kedai tersebut.

2) LESEN KEPADA PENIAGA BERGERAK
-lesen bergerak nie adalah peniaga yang menjaja secara bergerak gunakan Van, motor roda tiga,lori.
-biasanya motor roda tiga/ van2/ lori yang bergerak menjual barangan
-syarat kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan

3) LESEN PENJAJA STATIK
- lesen dikeluarkan kepada peniaga yang statik
- kedai makan yang dikhaskan oleh pihak majlis bandaran

4) LESEN GERAI TEPI JALAN
- lesen diberikan kepada peniaga yang menjual ditepi-tepi jalan gunakan stol yang diluluskan oleh majlis bandaran
- jual burger, pisang goreng, paw, etc
- kena cucuk kesihatan bagi yg berniaga makanan

5) LESEN IKLAN PERNIAGAAN
- lesen nie dikeluarkan pada perniagaan yang ingin pamerkan iklan di kedai seperti
kedai sukan maya, kedai rm 2, etc

so kengkawan, pada yang blur sebelum ini harap tahu apa tu lesen dari MPT nie...
memang kita ada register di SSM tp itu adalah daftar niaga sahaja...
klu kita nak berniaga kena ada lesen dari MPT..

persoalannya sekarang dalam permohonan OD by syarikat adalah lesen2 nie diperlukan..
mcm kat RHB taiping officer incas tu kata tak perlu hanya perlukan SSM (3 copy) tu jer..
so cakap banyak pun tak guna..
kita tunggu dan lihat pada sesiapa yang dah berjaya aplly OD tru syarikat nie...

open 2 komen


Link Team OD

Tuesday, July 20, 2010

9.KELEBIHAN TUBUHKAN SYARIKAT GUNAKAN I/C SENDIRI

salam kengkawan

ramai kat cnie masih tertanya2 dan keliru dengan stament yang pelbagai pandangan pasal syarat baru pihak bank iaitu kena TUBUHKAN SYARIKAT TUNGGAL.
mybe aku boleh tolong jawab persoalan tersebut.

sebenarnya ko BOLEH daftar atas nama syarikat sendiri seperti MAYA ENTERPRISE, MAJU JAYA, TEAM OVERDRAF ENTERPRISE dan ETC.dan ko juga BOLEH daftar atas nama I/C..so ada 2 pilihan( mana- mana boleh digunakan tuk aplly OD )

TETAPI syaratnya adalah ko daftar atas
1) nama PEMILIKAN TUNGGAL dan
2) syarikat tersebut hendaklah ada seorang sahaja pemilik bukan berkongsi

so sekarang terjawab sudah antara nak buat nama syarikat atas nama pilihan sendiri ataupun nama ikut I/C, kedua-duanya pilihan adalah boleh dibuat..ikut kesesuaian dan apa tujuan ko buat nama syarikat tersebut..

TAMBAHAN


pemilihan sama ada nak guna nama SYARIKAT SENDIRI atau guna nama I/C..,
jom perbincangankan, pada aku ada 2 situasi iaitu

1) pada orang yang belum ada OD langsung
2) pada orang yang dah pun ada akaun OD

pilihan pertama
belum ada lagi akaun OD

pada sesiapa yang tak ada lagi akaun OD bolehlah daftar syarikat dan buat terus akaun syarikat, kenapa? ini adalah kita tidak tahu lagi apa perubahan syarat yg bakal dikenakan oleh pihak bank, buat masa sekarang mmg bank cuma mintak SSM register ajer tp akan datang kita tidak tahu, so bila dah ada syarikat mestilah ada akaun syarikat, atleast klu bank mintak 1 tahun stament akaun syrikat ko leh tunjukkan..

tp akaun syarikat tersebut tidaklah boleh dibuat sebagai akaun OD, akaun OD akan akan dibuat pada penama sijil ASB sahaja, so ko kena bukak lagi 1 C/A tuk OD atas nama ko sahaja.

so apa kelebihan bukak akaun syarikat??
banyak kelebihan bila ko ada akaun syarikat sendiri
1) boleh aplly pinjaman melalui akaun syarikat
2) boleh dijadikan bukti kepada bank apabila nak buat housing loan
3) urusan harian
4) bolehkan kita betul buat bisness
5) etc (logik)

KELEMAHAN adalah kena control 2 akaun iaitu akaun OD dan juga akaun syarikat

pilihan kedua
klu dah ada akaun OD

pada yang dah ada akaun OD, nie adalah pandangan aku..ko daftar niaga atas nama IC ko sahaja, sebab apa?
kerana bila ko daftar niaga atas nama IC ko secara automatik akaun OD lama ko boleh dijadikan akaun syarikat ko..klu pihak bank mintak akaun syarikat atleast setahun ko boleh terus tunjuk akaun OD ko tu, pihak bank tak boleh pertikaikan coz nama syarikat dan akaun OD ko adalah sama..lagi 1 daftar atas nama sendiri hanya RM 30 berbanding pakai nama komersil yang kena caj sampai RM 60...

pasal kelebihan guna akaun syarikat pakai nama I/C adalah sama jer mcm yang kelebihan pakai nama syarikat sendiri

KELEBIHAN adalah ko hanya perlu control 1 akaun sahaja iaitu akaun OD merangkap akaun syarikat..

open 2 komen..


Link Team OD

Monday, July 19, 2010

8.SYARIKAT TUNGGAL - OD

salam kengkawan

selamat malam semua..aku terpanggil sekali lagi nak bukak post nie..mybe nak bagi pemangkin semangat..

semalam aku di 'confirmkan' oleh member aku yang dia dah lepas aplly OD oleh pihak RHB bank dimana banker call OD approve..
tunggu nak sain jer sekarang dan mybe dalam masa 2@3 minggu duit keluar...

nak dijadiakn cerita member kita nie baru jer daftar niaga kat SSM 1 hari terus apply dan pihak RHB bank luluskan...
apa yang di perlukan hanyalah sama mcm dulu cuma ada penambahan
1) daftar niaga SSM

lesen2 niaga member aku tak beri..so pada geng2 kita boleh mencuba jgn takut..klu ada rezeki tak kemana...
so saper dah sumit kat cnie..cepat cita kat cnie

Open 2 komen

Link Team OD

7.TEKNIK OD+RUMAH PART 15



Salam kengkawan

Lama aku tak update pasal rumah nie,silap2 ko kena refresh dan ulang semula apa part 13 atau 14 sebelum nie..post kali nie kita dah masuk ke bab jumpa laywer dah...
so

langkah 2
pada langkah nie ko kena cari laywer plaklah..klu tak saper nak uruskan hal2 urusan dengan dengan laywer bank pelelong,SUK dan banyak hal2 dokumen yg panjang2 n rumit..

pada aku ko lantik jer laywer..lagi satu klu boleh carilah laywer yang pernah buat urusan rumah lelong..jgn amik laywer baru atau yg tak pernah buat urusan rumah lelong..payah bro..silap2 dia tanya balik ko pasal nak buat apa..

pasal bab caj kos guaman nie mmg setiap firm guaman ada beza2 harga..tak sama, aku plak biarlah bayar lebih ckit asal kerja tak sangkut-sangkut..kena ingat kita kena kejarkan masa 120 hari tu..klu tak duit deposit hangus lagi haru...

biasanya kena ada 2 laywer ( 2 urusan )
1) Urusan dengan bank pasal housing loan
2) Urusan dengan bank pelelong dan juga pihak SUK, pejabat tanah, etc

Klu ko nak guna firma guaman yg sama pun tak ada masalah..biar diorg yang uruskan lagi senang.

Apa perlu ko buat adalah:-

Serahkan segala dokumen yang laywer tu nak termasuk kontrak jualan yang asli dan juga bank maner ko nak aplly loan rumah..

Lepas tu ko biarkan pihak laywer buat kerja dia iaitu siapkan dokumen berkaitan beli rumah, consent dari SUK, bank pelelong, bank pinjaman, pemaju rumah lelong..etc
Ko jgn risau pasal laywer tahu apa nak buat, sebab tu kita upah dia..ko Cuma follow up jer..

Bila doc siap ko tinggal datang n tandatangan jer dokumen2 tu..tp klu boleh ko sain serentak dengan offer letter dari bank( housing loan), senang tak payah ko terkejar2 kesana kemari, kejap bank panggil sain offer letter jap laywer suruh sain doc pulak..nak senang ko cakap ko nak sains serentak..

Apa pun ko kena selalu call laywer ko dan amik tahu perkembangan umah ko tu..jgn sampai dia kata tak pasti..klu dia ckp camtu ko ..tuttt.. jer

Langkah 3

Bila urusan telah diserahkan kepada laywer bukan bermakna urusan umah ko dah selesai, ko silap bro..banyak lagi langkah ko kena buat
1) Bayar tungakan maintenance fee
2) Bayar tungakan cukai tanah/pintu
3) Bayar tunggakan bil air
4) Bayar tunggakan bil api

BAYAR TUNGGAKAN MAINTENANCE FEE
Pasal tunggakan maintenance fee nie suruh laywer ko hantar surat ke pihak pemaju@pejabat maintenance tanya berapa tunggakan yang perlu dibayar..urusan dapatkan jumlah tepat@sahih dari maintenance nie pun makan masa seminggu atau dua minggu klu maintenance tu cepat 2@3 hari jer..apa pun kena follow up..

Bila dah dapat surat berapa tunggakkan tu, laywer akan call dan cakap berapa jumlah tunggakan maintenance..jgn suruh laywer bayar..ko pergi sendiri bayar dan dapatkan resit bayaran dan serahkan semula pada laywer ko tuk rekod pembayaran.

BAYAR TUNGGAKAN CUKAI TANAH/CUKAI PINTU
Pasal tungakan cukai tanah/cukai pintu tak payah suruh laywer uruskan ko boleh uruskan sendiri..caranya adalah ko pergi ke majlis perbandaran dan bayar..simple tp klu boleh bawak resit cukai pintu n cukai tanah tu..senang nak rujuk..

BAYAR BIL TUNGGAKAN AIR
Biasanya klu umah belum potong oklah tinggal tukar nama jer, tp klu dah tak ada meter ko kenalah rujuk SAJ tuk pemasangan dan tukar nama, caranya adalah bawak surat kontrak jualan(salinan) dan kata nak buat baru dan bayar tunggakan bil air tersebut. Biasanya kita berurusan direct ke SAJ bukan pos ofice..dalam seminggu adalah air..dah boleh orang duduk sewa.

BAYAR BIL TUNGAKAN API
Sama mcm cara bayar bil air tadi, ko kena bawak kontrak jualan(salinan) dan bayarlah tunggakan, klu meter tak ada kenalah upah kontraktor dn tunggu dalam masa 1 minggu..then dah ada lampu boleh sewakan terus..




Open 2 komen
Link Team OD

Thursday, July 15, 2010

6.OD+ASB COMPANY METHOD

Salam kengkawan

Post daripada Hj Gold Man

salam alaik..

ok pg tadi aku dah pergi ke CIMB bangi bertemu dgn PN ROHAYA(inchare SME loan) berbincang pasal OD+asb. dari penerangan yang diberikan oleh puan rohaya berkenaan degan syarat2 baru OD adalah

-syarikat milikan tunggal (form mcm yg aku dah lampirkan)
-sijil2/lesen yang berkaitan spt PKK bg kontraktor,MoF klu berkaitan dgn kerja2 membekal, (lampirkan sekali)
- klu tak de dokumen diatas. .cukuplah sekadar SSM sahaja
(mesti ada 3 helai
a)borang D
b)maklumat pemilik
c)maklumat perniagaan

di CIMB masih sama 90% dari nilai sijil
interest -1.5%drBLR semasa(skarang 6.05 so 4.55 laa skarang dan nak naik lagi)
-kelulusan dua minggu ..
-duit OD klua 1 bulan
tempoh syarikat beroperasi ...tak kisah......baru ke lama ke takde hal..
sekian maklumat terkini dari CIMB BB Bangi

Open 2 komen

Link Team OD

Friday, July 9, 2010

5.ALTERNATIF PL+OD/ASB: PL+MLM (HAI-O/UPTREND/AMWAY ETC)

Salam kengkawan

Post ini daripada Yusz Amir 

huh..aku terpikir sejenak. selama nih kita gunakan OD/ASB sebagai TOOL utk pelbagai tujuan i.e. penuhkan asb, nak dividen asb byr utang kita, nak dividen compounding (tabungan), nak dividen asb compesate byran keta kita..dgn kata lain, nak menggunakan Dividen dr ASB utk recover sesuatu pembelian/pembayaran utk dptkan positif (+) cash flow.

so, aku terpikir pulak JIKA kita mempergunakan program MLM (uptrend/amway/hai-/elken/dr rozmey 2alam..etc) sebagai TOOL untuk mendapatkan "dividen" tuh...MACAM MANA??


Open 2 komen

Link Team OD

Tuesday, July 6, 2010

4.SEBELUM MULA PELABURAN EMAS,KETAHUI ASAS PELABURAN EMAS


Salam kengkawan


Post daripada Zubaidi


Apa pendapat korang?????
Kalau camtu duit banyak dalam bank pun no point lah gak... takut siot.......
dahlah takde harta, poket kosong, bank kosong.....
nak beli tanah pun takde duit....

email ni saya dapat daripada alumni sekolah saya(SEMSAS).
pakar-pakar ekonomi ALEPS.
Pakar2 ekonomi dunia meramalkan
akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh
hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi
sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk
sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg
merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan
perkara ini pasti akan terjadi)
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik
duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,
bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti
jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi p! erkara ni tak
mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni
Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti
berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di
Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan
segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis
akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk
daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih
close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE
FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat
dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah
wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak
jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah
nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit
emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di
Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku,
org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam
akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr
M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi
kehancuran system kapitalis.

 Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis
buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk
angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk
angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit
kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di
rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk
sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun
di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal
money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal
ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia
(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita
hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,
Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,
ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan
tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam
ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah
akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly
Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di
access via internet. Media mcm ni dibaca oleh
sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2
pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku
buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat
tahu kekayaan sebenar ialah :-


1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada
air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang
dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US
dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada
negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2
Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk
buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal
usul bank)


Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg
menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian
hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE
DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan
kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar
dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001
melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik
sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada
tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam
50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle
East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak!
Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak
ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut
kata penganalisis dunia).


Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel
renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi
ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku
tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa
kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga
nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya
menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi
US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi
tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi
kekurangan minyak.


Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg
juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr
M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm
bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat
daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan
pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah
dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi
hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas
dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu
menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab
kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia
1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia
tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg
sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru
tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT
KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapattahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang
MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit
kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara
lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang
sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa
untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar
Amerika).


Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large
imbalance of growing indebtedness by the US is a risk
not only for the US economy, but for the world
economy.Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over
time there is only one direction for the dollar to go
lower.Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we
view them as TIME BOMBS both for the parties that deal
in them and the economic system.Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,
we have a 75% chance of a crisis within 5 years.



Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan
pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku
ni, terpulang lah. Wallahualam.

Open 2 Komen

3.PERMULAAN LANGKAH KEPADA EMAS

Salam kengkawan

bermulalah permbincangan yang mendalam pasal pelaburan EMAS/SILVER.aku telah membuat kajian peribadi aku sejak oct 2009 dan aku ada buat excel pasal kenaikan harga..pada bulan kajian aku harga emas adalah rendah lagi 1g dalam RM 110-RM 120 sahaja..tetapi klu kita ikutkan sekarang harga telah melambung 1g jadi RM 130 - RM 135...

rugi aku tak amik pada bulan Oct 2009 aritu..tp apa kan daya..aku nie klu nak cebur dalam sesuatu bidang tu aku akan kaji dulu paling ckit aku buat adalah 6 bulan klu aku rasa OK barulah aku teruskan..mcm teknik OD+ASB+CC yang aku kaji dekat 1 tahun 1/2 barulah aku start mula jalankan...

apapun pada aku tak ada istilah terlambat..asalkan aku sedar cukup..tak guna kenangkan masa yang dah lalu..dan aku akan mulakan membeli emas tak lama lagi kerana aku rancang nak tukarkan sebahagian duit saving ASB aku kepada EMAS/SILVER...

dari apa yang aku kaji harga emas nie turun naik pada kadar menaik...
buat permulaan aku berminat untuk masuk dalam Public Gold coz ianya mudah didapati dan ramai agen...
biarlah aku beli ckit2....

i'm coming GOLDDDD....

Open 2 Komen

Sunday, July 4, 2010

2.MASIH ADA JALAN KELUAR KLU TAK PAKAI OD

salam kengkawan

pihak bank masih senyap jer pasal syarat baru dari PNB dan aku sendiri dah beberapa kali gi ke RHB dan tanya apakah syarat terbaru dan jawapan yang aku dapat adalah perlukan daftar niaga(SSM)..tu sajer diorg tahu..yang lain pasal berapakah interest bagi syarikat, berapa % boleh dapat dari sijil yg dicagarkan..dan tambahan mereka buat masa nie tak buat OD by syarikat..sabor jerlah

TEKNIK OD+ASB+CC

pada aku teknik nie still boleh di gunakan walaupun ko tidak ada OD lagi..pada newbie dan geng yang dah jumpa aku tp tak sempat buat OD ko angaplah tak ada rezeki nak guna OD

so camner nak buat?

nie adalah cadangan aku dan aku rasa ianya berguna sebagai langkah baru

andaikan ko dah ada cash 30k ( jadikan sebagai modal )

masukkan dalam ASW/ASB dan jgn buat sijil (sijil pun dah tak boleh buat tuk ASW)
ko andaikan ASW/ASB nie sebagai OD..dan runninglah mcm biasa, jgn kepala ko disempitkan pasal rugi tak dapat dividen.

pakailah teknik OD+ASB+CC mcm biasa, cuma ko ubah ckit jadi:-

ASW/ASB+ASB+CC
gunakan cara sama,
1) teknik gandaan CA CC
2) teknik bayar 1/2 CC
3) teknik bertahan
4) teknik BT jika perlu

mmg la ko akan rasa berbeza guna OD dengan cara 'baru' aku nie, dividen ASB tak dapat secara automatik mcm guna OD..tapi cara nie ko 'sakit' pada tahun pertama sahaja tahun ke dua ko dah ada saving tetap dalam ASB dan dividen akan ko rasa pada tahun berikutnya..kena paham teknik OD+ASB+CC nie bukan di buat untuk kejar dividen ASB setiap tahun tetapi max saving dalam ASB..

duit 30k tadi ko gunalah sebagai platform dan ko rolling duit sepertimana yang telah di rancangkan..

mybe ada yang tidak paham coz tidak tahu teknik OD+ASB+CC sepenuhnya dan kepada yang dah join aku TT dan masih tersangkut jgn give up..
ko cuba buat planing balik guna ASW/ASB sebagai OD..

open 2 komen


Link Team OD

Saturday, July 3, 2010

1.TEKNIK OD+RUMAH PART 14

Salam kengkawan

Kita sambung pasal rumah lelong nie..ok post lepas kita sembang pasal jika kita gagal dalam lelongan dan juga apa kepentingan kontrak jualan..

Ok kita sambung..
lepas ko dah pegang kontrak jualan apa yang perlu ko buat..Selepas ko dapat kontrak jualan tu..

Pada akulah apa pun selepas ko menang dalam ‘pertempuran’ bidding ko kenalah bg reward tuk diri ko tu..heheh apa dia????

Yolah ko dah menang ko gi makan sedap2 ckit, selebrat kemenangan ko dapat umah dengan org tersayang..hehehe sambil ko tunjuklah kontrak jualan kat si dia tu..hahaha
Apa pun cara selebrat ikut gaya kolah..ko lantak makanlah sampai puas hati..
SELESAI....sesi reward dah selesai

Esoknya, ko boleh uruskan urusan seterusnya..ko mesti gerak cepat uruskan benda nie..

LANGKAH 1
Aku rasa paling penting ko kena tgk POS dalam kontrak jualan betul2 berapa hari mereka bagi tuk selesaikan bayaran baki harga rumah tu...

biasanya aku tgk bank pelelong akan beri masa 120 hari lah, tp ada juga yang bagi masa 90 hari jer..so nasihat aku ko tgk betul2 dan ambil tindakan segera

Ehh!! tadi cakap kena selesaikan baki harga umah dalam masa 120 hari? Ehh kena settle cash ker???
Mmg ko kena settle cash bro dengan bank pelelong..hehe saspen jer, tp dengan cara ko aplly lah housing loan.

Aku rasa post sebelum2 nie aku ada suruh ko buat ‘shoping window’ kat bank tuk tahu latest offer dari diorg..

so sekarang ko tak payahlah teragak2 nak pilih bank maner..takkan ko nak servey lagi sekali..buang masa bro ingat ko kena settle dalam masa 120 hari..tgk maner offer yang bagus dari segi interest dan tempoh pinjaman, klu boleh amik tempoh pinjaman yang paling panjang...

Aku boleh sugest ko tgk offer dari
1) HSBC smart home
2) CIMB flaxi home
3) Ambank
4) Bank islam
5) etc

Apa pun pasal housing loan nie ko leh baca kat post 72.

Wah panjangnye aku membebel..ok lah aku terpaksa cut separuh post nie coz panjang sangat..nantikan post seterusnya iaitu langkah 2 pasal laywer dan seterusnya...
Layanzzzz



Open 2 komen


Link Team OD

Thursday, July 1, 2010

21.ALTERNATIF MENGGANTIKAN OD....SSP BOLEH DISANDARKAN DAN LAYAK UTK CABUTAN

SALAM KENGKAWAN DLM TEAM OD NI.....

Post ini adalah daripada Rush Rasyid


LEH X SAMA2 KTA BINCANGKAN TAJUK NI.....

Pengenalan
Menurut penerangan drpd pegawai BSN.... sesapa yg membuat Sijil SSP lebih drpd RM6K boleh sandarkn balik sijil itu pd BSN juga n boleh dpt 95% drpd sandaran sijil kta tu.....

Interest
Interest bg sandaran ini adalah sbyk 4.00 % yg memakan masa diantra 3 thn hingga 10 thn...(ianya berbentuk PL) jd... byaran bulanan akan menolak pokok sandaran sijil td....

Dividen
Mkluman drpd pegawai brkenaan.... dividen bg SSP pernah mencecah sehingga 10%.... tetapi pnh juga menurun sehingga 5%..... dan dibayar setiap tahun...( sma spt ASB)

itu jer mklumat yg aku tau... klu kengkawan dlm TEAM OD ni ad mklumat yg lbih baik n tepat... boleh la sma2 kta bncg n berkongsi pendapat disini..... TQ....


Open 2 komen

Link Team OD

20.FLEXI HOME LOAN

Salam kengkawan,

post dari Nazruhisham Osman

 just nk bertanya. Korng penah dgr pasal flexi home loan yg link ngan current acc. Contohnya HSBC smart home, CIMB flexi home or Ambnk home link. Setau aku kalu pakai produk ni, korng dpt jimat interest and pendekkan tenure sbb dia daily rest. Contoh loan korng 1k/month, 30 thn, instead of korng byr seketul 1k time due date, korang byr 2 kali sebulan ie 500 and 500. Cnth due date 1hb, byr 500 15hb, and then 500 lg 30hb. Total 1k gk tp kalu buat mcm ni, loan korng automatik akan abs dlm 25 thn. Lbh kurang mcm tu la. Detail sku x tau sgt. Kalu sape2 yg ada experience, bleh la share..

Link Team OD

19.PNB BLOK OD/ASW, PL BSN CAGAR SIJIL ASB DIKENAKAN SYARAT SAMA PERLUKAN SYARIKAT TUNGGAL

salam kengkawan

OD/ASW

pihak bank ada beritahu aku pasal SIJIL ASW

mulai esok (1 JULAI 2010) pihak PNB tidak kuarkan lagi SIJIL ASW
so maksudnya ASW sudah tidak boleh di buat OD..
saper2 nak rempit guna OD/ASW akan ada masalah lepas nie..
sehingga bila perkara ini pihak bank tidak dapat putuskan..

OD/ASB

SIJIL ASB sahaja yang akan dikeluarkan oleh pihak PNB.
masih ada peluang tetapi syarat adalah ada syarikat TUNGGAL
cuba pihak bank masih belum keluarkan produk tuk 'syarikat' nie buat OD/ASB bercagarkan sijil ASB.

kesannya adalah adakah masih kekal kadar BLR yang pihak bank akan berikan
dulu individu BLR-1 % (RHB) @ BLR - 1.65 % ( CIMB ) atau kena interest yang baru

PL BSN cagar sijil ASB
pihak BSN telah beritahu PL yang hendak di buat dengan cagarkan sijil ASB
hendaklah mendapat kebenaran PNB dan mereka dapat tahu yang PNB telah sekat juga PL cagar sijil ASB secara individu dan syarat adalah sama iaitu perlukan peminjam ada syarikat..

nasihat aku saper nak bukak syarikat.

1) hendaklah gunakan nama ko sendiri..contoh
nama sebenar ko : azizi bin ahmad
so ko kena letakkan nama syarikat ko adalah azizi bin ahmad

kenapa???

ini adalah sebab klu ko pakai nama lain ( MAYA GALAKSI ENTERPRISE ) selain nama syarikat akan ada masalah masa permohonan OD..kerana ko kena buka akaun syarikat pulak.

jika ko buat nama syarikat atas nama ko sendiri tak akan ada masalah tuk daftarkan akaun syarikat..coz nama syarikat dan nama akaun ko adalah org yang sama...
paham tak????
sebenarnya cara nie juga membantu pada geng yg dah ada OD tetapi belum daftar syarikat lagi..jika syarikat atas nama ko, secara langsung ko tak ada masalah pasal akaun OD yang sedia ada..jadikan akaun OD lama sebagai akaun syarikat..

harap kengkawan dapat bersabar dalam situasi sekarang..mybe next year PNB ubah polisi sekarang dan balik seperti biasa..

open 2 komen


Link Team OD