Sunday, June 26, 2011

COMPOUNDING INTEREST PART 3

Salam kengkawan

kenapa aku asik bukak post pasal Compounding interest (CI) nie jer...sebab aku nak korang bukak ckit minda korang pasal perkara nie...otak kena kasi kerja ckit..tangan kasi ligat tulis jugak..
jgn harap otak kita 100%..otak klu panas sgt asyik pikir benda yg ko asyik lupa jer....boleh naik uban rambut ko tu..hehehe

lagi aku nak cakap apa itu CI..........


emmm malaslah plak nak tulis...aku kasi korang graf jer lah..biar otak korang pikir ckit n tekan calculator HP ko tu...

                                               (klik untuk besarkan)

camner??? korang tgk jer ker atau kira sekali...

untuk makluman kengkawan ini adalah contoh ASB dimana
  • modal 15k
  • dividen tahunan 7% setahun
  • kiraan untuk 15 tahun
lagi 1 contoh kat atas tu adalah contoh yang mana ko tak masukan langsung wang dalam ASB..hanya kiraan CI tuk 15 tahun sahaja...bayangkan klu ko 'up' ckit simpanan setiap tahun lagi 1 k sahaja....

emm dah faham dah!!! meh aku tlg buat excel....

                                                (klik untuk besarkan)

so, mybe ko leh bezakan kelebihannya..takkan ko tak menyimpan langsung dalam setahun..kat atas tu aku bagi contoh 1 tahun simpanan ko hanya 1k sahaja...emm klu saper pakai teknik OD+ASB+CC hanya leh simpan 1k setahun..mmg dia salah ikut ajaran..hehehe

apa pun tujuan aku adalah untuk beri kesedaran pasal kepentingan CI nie...maksud aku apa pun yang ko buat, ko kena setkan dalam kepala korang yang setiap kali nak simpan WANG carilah bank/pelaburan yang boleh beri ko keuntungan "goyang kaki" tu....iaitu yang boleh beri keuntungan Compounding Interest (CI)...

GUD LUCK MY FRZZ
TAMAT.

Friday, June 24, 2011

COMPOUNDING INTEREST PART 2

Salam kengkawan

suka aku bercerita dan bongkarkan bab nie kerana pada aku ini adalah ASAS bagi merancang kewangan kita...

adakah ko perasan sebelum ini kenapa kita/aku sibuk ajak korang saving dalam ASB..dalam Ebook aku tu pun aku tekankan teknik saving dalam ASB..TEKNIK OD+ASB+CC...
tau tak kenapa??? ya..sebabnya adalah dia ada compounding interest yang mana setiap tahun kita akan dapat Dividen ASB..Dividen ASB tulah yang dipanggil compounding interest...lagi lama kita simpan wang itu lagi banyaklah kita akan dapat duit 'goyang kaki' tu..

sebelum nie aku ada 1 kes yang aku handle dimana perempuan nie ada 1 akaun ASB dimana dekat 20 tahun dia saving dalam akaun tu dan umur dia masa tu dalam 45 tahun..korang nak tau baper simpanan dia ada??? dekat 600k.. peh!!!! dahsyat...mcm mana dia boleh ada simpanan banyak tu..

         (kenapa terkejut)

kan ASB hanya boleh 250k jer?? 
soalan basic camnie aku kena jawab coz ramai duk tanya aku balik..untuk makluman geng yang tak tahu lagi...simpanan ASB mmg ada limit dia iaitu sampai 250k cash..dan lepas tu mmg kita tak boleh simpan lagi kat dalam ASB..
tp bagaimana nak dapat simpanan banyak mcm perempuan tu..caranya adalah ko jangan keluarkan langsung wang ko tu...dividen ASB setiap tahun yang kita perolehi tu kita biarkan jer..pihak PNB takkan suruh ko kuarkan...ini juga adalah cara ko nak bukak limit ASB ko tu....

lagi 1...
cakaplah ko dah ada saving ASB 350k dan ko kuarkan 50k jadikan ASB ko tinggal 300k...adakah ko boleh simpan cash dalam ASB???
jawapannya boleh iaitu ko leh saving cash 50k yang ko kuarkan tadi...

hahah..melalut plak aku daripada tajuk asal...
Faedah kompaun (compounding interest) ialah satu proses melipat gandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.

Kunci untuk CI adalah dengan mulakan dengan cepat! Sekiranya ko berlengah memulakan simpanan ko, kesan CI pun diperlambatkan lah jugak.

bersambung...




Sunday, June 19, 2011

COMPOUNDING INTEREST


Salam kengkawan

kat atas tu adalah Calculator untuk mengira compounding Interest atau dalam bahasa melayu Faedah Kompoun.. Emm mmg sukar klu kita terjemahkan pada bahasa yg jarang kita gunakan...baik kita gunakan perkataan compound interest..mudah faham dan tak lari maksudnya...

sedikit maklumat pasal compound interest di dalam pelaburan ataupun simpanan.
sebenarnya compound interest nie dikenakan ke atas simpanan+interest..
lagi banyak ko simpan dan lagi lama ko simpan, kadar peningkatan keuntungan akan lebih banyak.

aku tak nafikan mmg ramai yang dah tahu pasal kelebihan compounding interest nie..tp secara tak sedar juga ramai yang tidak tahu apa kelebihan compounding interest nie..main ikut cakap orang jer..orang suruh labur ke situ dan labur ke sini..apa pun tujuan aku kita kena kasi pelabur tu ilmu ckit apa yang dibuat dan buka minda ckit...

klu korang cari dalam internet dengan google dan cari perkataan compounding interest ko akan dapat banyak maklumat.siap dengan graf yang boleh menaikan semangat korang tuk menyimpan...so apa lagi selain membaca post aku yang tak seberapa nie korang kena usaha cari bahan bacaan yang lain..post aku nie sebagai pemangkin naikan semangat jer....

apa contoh simpanan yang boleh dapat compounding interest nie:-
sila rujuk post APA INCOME GOYANG KAKI

ini adalah salah satu contoh artikel dari irfan khairi:-


Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Maliki, jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compound Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan! Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal – walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

 bersambung....

JGN TERLALU BANYAK CABANG

Salam Kengkawan

sebelum nie aku ada bukak post pasal INCOME GOYANG KAKI yang mana income tu adalah dari compauding interest...
apa tu compounding intererst...nanti aku cita post akan datang..cuma kali nie aku nak tegaskan pasal cabang2 simpanan tersebut..

mmg bagus kita pelbagaikan atau diversification pelaburan ko. Ia bermaksud ko tidak seharusnya melaburkan semua wang ko tu dalam satu bakul jer (rasanya banyak kali dingatkan, tp suka aku ulang lagi).

kita kena pelbagaikan pilihan cara simpanan dan pelaburan korang tu. Jika ko melaburkan semua wang dalam satu jenis pelaburan sahaja mcm saham, ko leh hilang semua wang/pelaburan korang jika saham tu jatuh. so nak minimumkan risiko pelaburan, ko kenalah pelbagaikan cara simpanan pelaburan ko tu iaitu dengan melaburkan duit ko tu dalam beberapa cara sepertimana post INCOME GOYANG KAKI TU....

Tetapi, ko jgn plak pelbagaikan saving/pelaburan secara keterlaluan kerana melaburkan terlalu sedikit wang dalam sesuatu pelaburan boleh mengurangkan pulangan dia. so kat cnie aku cadangkan...
jika kita nak fokuskan biarlah 1@2 sahaja jgn banyak2 sgt cabang.

nie adalah pendapat aku jer dan ini adalah cara aku...
mula2 ko kenalah penuhkan simpanan dalam ASB ko dulu dan saving ckit tuk anak2 dengan ASD...tp fokus hendaklah pada ASB..setelah penuh barulah penuhkan ke tempat2 lain..

kenapa aku suka sgt dengan ASD nie????
sebab aku dah rasa pinjaman PTPTN yang mana aku masih menanggung hutang tu dan aku terpikir masa akan datang aku akan gunakan saving ASD anak2 aku tu tuk kos-kos belajar diorg.....lagipun aku akan dapat compounding interest selama 17 tahun akan datang....emmmm..klu SSPN aku tak pasti plak...
lepas nie kita sembang plak pasal compaunding interest..apa sebenarnya benda nie..adakah kita faham dan kelebihan dia....aku dengar boleh jadikan kita jutawan????? betul ker...nantikannnnn

Wednesday, June 15, 2011

APA LAGI INCOME GOYANG KAKI

Salam kengkawan

sebelum nie aku ada bukak post pasal Dividen ASD yang telah diumumkan sebanyak 6.50% pada tahun 2011..ada geng berminat pada ayat aku iaitu income "goyang kaki"..bila aku baca balik post tu pun mmg syok ayat tu..heheh

tp persoalannya adakah kita sedar dimanakah ko simpan wang ko selama nie??
adakah masih ada yang amalkan sikap simpan wang bawah bantal..mmg tak ada masalah tp klu kita simpan dalam bank kita akan dapat pulangan yang berbaloi. jika simpan awal lagi untung coz kiraan compounding interest nya.lagi awal lagi banyak pulangan yang akan kita terima.

Antara pelaburan "goyang kaki" tahunan yang boleh di fikirkan adalah:-
  1. laburlah wang dalam ASB
  2. laburlah wang dalam ASW
  3. laburlah wang dalam ASN
  4. laburlah wang dalam ASD
  5. laburlah wang dalam KPF
  6. kekalkan labur dalam KWSP
  7. laburlah wang dalam Tabung Haji
  8. klu berani laburlah wang dalam Public Mutual
  9. laburlah wang dalam Hartanah -beli rumah dan sewakan
  10. etc ( yg dipikirkan baik )
rasanya tak perlu aku detailkan setiap list kat atas tu...

p/s:
apa pun jika kita berjaya penuhkan wang simpanan kita dalam list kat atas nie..aku jamin waktu pencen kita nanti mmg bermakna....

Tuesday, June 14, 2011

DIDIVEN ASD 2011 6.50%

Salam Kengkawan
Sudahkah anda bukak akaun ASD untuk anak2 anda?????

apa itu akaun ASD?
ASD adalah short form bagi AMANAH SAHAM DIDIK yang di buat oleh PNB..apa itu PNB..cari sendiri..hehehe

cara permohonan
sila klik link dibawah dan baca syarat kelayakan..

                              AMANAH SAHAM DIDIK

tahun lepas aku ada cita dah pasal ASD..sama ada korang bukak akaun tuk anak ko atau tak aku tak pasti dan alasan anak masih kecil pun..klu ko kat depan aku mmg aku tendang bontoot ko..hahaha..mmg hampeh klu alsan yg sama setiap tahun
antara syarat adalah
 syarat minimum umur adalah 6 bulan..  tak payah nak bawak anak datang bukak akaun..just surat beranak, ic anak dan ic penjaga...tu jer...susah ker?????

berapakah pengumuman dividen ASB bagi tahun 2011?
untuk makluman kengkawan tahun nie dividen ASD naik kepada 6.50% berbanding tahun 2010 dimana dividen sebanyak 6.35%.

tu tuk ASD klu kita tambah dengan pendapatan dividen ASB kita sebelum nie yang mana dividen ASB adalah 7.5%...cuba tambah???

klu kita ada buat table excel sendiri yang mana kita ada ASB sendiri,ASB isteri dan ASD 2 anak..
contoh:
saving ASB suami = 100k                100k x 7.5% = RM 7,500
saving ASB isteri = 100k                 100k x 7.5% = RM 7,500
saving ASD anak 1 = 10k                 10k x 6.5%  =    RM 650
saving ASD anak 2 = 10k                 10k x 6.5%  =   RM  650
JUMLAH                                                                     RM 16,300

RM 16,300 tu adalah keseluruhan pendapatan "goyang kaki" tahunan korang tanpa perlu buat apa2..

so apa yg aku cuba sampaikan..SILA PENUHKAN ASB ANDA DAN ASD ANAK2 ANDA
kerana pendapatan goyang kaki itu mmg lumayan....

JOM DAFTARKAN NAMA ANAK ANDA TUK AMANAH SAHAM DIDIK(ASD)

Monday, June 13, 2011

KENAIKAN HARGA-HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN


Salam kengkawan

bermula dengan kenaikan tarif elektrik dan pada minggu lepas aku diberitahu oleh geng Astro yang pihak astro dah naikkan pula caj bulanan mereka antara RM 1-RM 15..contohnya pada geng yang dah ada pakej RM 49.95 (mcm aku)+ rm 3(caj gomen)= RM 52.++..


daripada harga lama pihak astro telah umumkan kenaikan harga baru iaitu kenaikan dari RM 55 hingga RM 56...naik lagi RM 3..mmg sikit jer, tp ramai jugaklah panas 'hati' coz dari harga tarif elektrik naik..nie pulak astro...dan kemungkinan lepas nie ada lagi harga barang akan naik coz semua kilang pakai elektrik...so kilang akan naikan harga barang bagi menampung kos elektrik..yang rajin gi taman tema..genting tu...korang bezakanlah harganya akan datang coz semua alat permainan pakai elektrik bukan pakai solar matahari..heheheh

lagi 1, baru2 nie persatuan kargo2 malaysia telah minta pihak kerajaan menaikkan kadar sewa sebanyak 10% kerana kenaikkan kos2 mereka dan ada pengusaha sebelah johor telah naikan kadar sewa karga sampai 40%..

so kat cnie nanti akan memberi kesan kepada kenaikan harga2 barangan..
mmg dahsyat sekarang nie...harga semua melambung naik tapi gaji kita pada takuk yang lama dan kenaikan gaji pun base pada kenaikan tahunan.

sama2lah kita berjimat

MASALAH BLOG

Salam kengkawan

aku hadapi masalah dah 3 minggu, dimana aku tak boleh nak komen2 atau edit..bila aku nak view blog jer..dia akan log out balik...so aku bermasalah nak cek aku punya blog.

apa pun aku akan tanya pakar pasal perkara nie..pada geng yang pakai blogspot pun hadapai masalah yang sama????