Saturday, June 12, 2010

8.TEKNIK OD+RUMAH PART 11

8.
Salam kengkawan

Mybe pada sesiapa yang belum pernah masuk auction sebelum nie rasa takut dan malu di pandang org ramai..tp aku nasihatkan ‘buat bodo’ jer ngan jelingan/pandangan tu..
Last topic kita bincangankan pasal camner proses bid rumah..

Dalam post lepas kita dah menang bid satu rumah..
MMR 26
RP= 41,600
MV=85k
Menang = 51k

So apa perlu kita buat adalah...ko bangunlah dari kerusi ‘khas’ tu..ko akan dapat lihat pelelong di atas stage tu akan tandatangan borang dalam fail tu tanda umah telah di menangi ko menang tadi...

Lepas tu nanti awek pelelong tu akan ambil fail tu dan bawa ke bahagian pendaftaran untuk di proses..masa tulah ko terus gi ke bahagian pendaftaran dan tanyakan pasal urusan seterusnya..

Nanti awek tu akan uruskan dokumen rumah tersebut, klu tak ramai bolehlah awek tu layan ko terus..klu tak ko kena gak tunggu giliran sehingga nama ko di panggil dan ada beberapa perkara akan ko buat di situ iaitu:-

1) Ko akan tandatangan beberapa dokumen kontrak jualan
2) Ko kena bayar setem duty – anggaran RM 150 @ .....cek balik
3) Kepada yg bid lebih harga RP ko kena buat tambahan wang tunai..apa maksudnyee nie?

Ok aku jelaskan..

Sebelum nie ko hanya buat bank draff pada nilai 5% 41,600 (RM 2,080) dari RP sahaja..

So sekarang ko bid harga umah tu sehingga 51k

So ko kena tambah cukupkan 5% dari 51k (RM 470) bagilah cash kat awek tu..

Mybe sebelum aku lupa nak suruh ko bawak cash..penting juga bawak cash nie..
So klu ko gi auction standbylah cash kat tangan untuk tujuan seperti ini..

1) Tambahan deposit 5%
2) Duit stem duty
3) Etc.

Bila semua urusan dah selesai, tandatangan pun dah selesai ko amik ko punya kontrak jualan tersebut. Tu pun klu boleh amiklah..base pada pengalaman aku kontrak jualan tu mmg pelelong akan serah 2@3 hari lepas tu

Kenapa?sebabnya:-

1) Biasanya hari tu hari sabtu@ ahad..so nak matikan setem kenalah hari bekerja

2) Kadang2 lawyer wakil kepada onwer lama tak hadir, so diorg akan minta tandatangan lawyer tu kemudian.

3) Kerja2 kemaskini.etc

So,klu ko tak amik alamat pelelong tu mmg sakitlah ko,camner nak amik kontrak jualan tu...

Penting ker kontrak jualan tu???
Kita akan sembang pasal apa kepentinga kontrak jualan tu post akan datang....

Silalah komen pada part tandatangan kontrak jualan tu..aku rs mcm ada tertinggal jer...



Open 2 komen

Link Team OD