Sunday, June 20, 2010

14.TEKNIK OD+RUMAH PART 12

Salam kengkawan

Lama aku tak sambung pasal umah lelong nie,..mybe sekarang tak berguna mana tau akan datang ianya berguna tuk korang..aku layan sorang pun boleh..hahaha

Post lepas aku sembang pasal situasi lepas ko menang semasa auction..klu kalah kita cita kemudianlah...

Mybe klu ko ingat post lepas aku cakap pasal kontrak jualan


APA TU KONTRAK JUALAN
Kontrak jualan adalah satu dokumen SAH yang menyatakan bahawa kita adalah pembeli sah yang baru atas rumah tu melalui lelongan rumah..

NAK BUAT APA DENGAN KONTRAK JUALAN NIE?

1) Bukti pembelian

- Of course lah ianya kita hendak sebagai bukti kita pemilik rumah baru.klu ko nak pecah masuk pun dah boleh
- Klu rumah ada onwer lama, serahkan salinan kat dia mintak keluar secara hormat.

2) Diguna pakai untuk proses housing loan

- Kontrak jualan juga penting untuk tujuan proses HL(Housing Loan), so bila dah dapat serahkan pada laywer tuk proses.
- kontrak jualan ini juga adalah sama fungsi SPA, Cuma SPA diguna pakai tuk rumah under pemaju @ rumah sub-sale . so korang tak payah dok cari mana SPA dengan pelelong..kena pakat gelak jer ngan kerani2 pelelong tu..

3) Di guna pakai untuk daftar baru SAJ ( saluran air Johor)

- Klu boleh ko fotostat banyak2 kontrak jualan tu, tujuan adalah nak aplly penyambungan air dari SAJ..caranya adalah ko gi opis SAJ dan cakap nak buat penyambungan air dgn sertakan salinan kontrak jualan..so kena bayar deposit
( l/kurang RM70-RM90) dan bayar tunggakan lama. Settle!!!! air dah ada.

4) Diguna pakai untuk daftar TNB

- Proses yang sama juga mcm pergi SAJ iaitu ko kena bawak salinan kontrak dan serahkan kat TNB dan isilah form dia..
- Bayar tunggakan.

5) Dapatkan dokumen list maintanence yg tertunggak

- yg nie mybe ko nak tgk list senarai tunggakan rumah tu ngan pihak pemaju@ maintanence dan dapatkan dokumen pasal umah tu..so ko leh cek detail senarai hutang. lepas tu bolehlah bayar tunggakan tersebut.

Klu ada tambahan kelebihan Kontrak jualan nie sila tambah..



Open 2 komen

Link Team OD