Thursday, January 27, 2011

DINAR IRAQ


Salam kengkawan

Lihat gambar di atas tu !!!!

korang tahu ker orang tu jual apa??? klu korang nak tahu itulah DINAR IRAQ..
wang Dinar Iraq nie digunakan semasa pentadbiran Saddam Hussien..
aku pun tak paham adalah ianya akan digunakan semula....setakat nie mmg panas romur katakan yang Dinar Iraq nie akan di ampung pada bulan Feb 2011...

ada yang dah simpan 3 tahun lepas tapi duit tu masih tidak laku lagi....dan
ramai beli dinar iraq dengan harga yang tinggi dengan harapan Dinar Iraq akan di apungkan semula dengan kadar RM 10 untuk 1 Dinar....
so sahabat aku ada tunjukkan 50,000 dinar Iraq dia yang dia  beli dengan harga RM 900....klu betullah nilai dinar Iraq akan di ampungkan semula pada kadar
1 Dinar Iraq = RM 10
50,000 Dinar Iraq x RM 10 = RM 500,000....1/2 juta wooooo!!!!!!

tp, wang Dinar Iraq nie bukan bersandarkan EMAS..so mmg tak ada nilai..

adakah ianya betul2 akan di ampungkan semula atau kerajaan Iraq akan keluarkan matawang lain....

so sama2 kita nantikan....

kemaskini pada 28/1/2011

kita saksikan graf ini...


(klik untuk besarkan)

 
ini adalah graf perbezaan wang dinar Iraq untuk 5 tahun sehingga 28/1/2011(arinie)..graf ini menunjukkan wang dinar iraq makin kukuh berbanding 5 tahun lepas....

harga arinie berbanding USD

1 USD = 1,175.00 IQD

                               (klik untuk besarkan)

persoalannya adalah iannya akan digunakan...atau matawang lama jadi tidak laku kerana di mansuhkan...mcm duit Malaysia iaitu wang RM 1,000 sekeping tidak laku lagi digunakan.....

aku tunggu komen korang.....

Tuesday, January 25, 2011

JATUH N JATUH !!!

salam kengkawan

harga Emas sekarang dibawah 1330...wahhh...seperti yang di jangka sepertimana post aku yg lepas...nielah time kepada peniaga emas sorok emas masing2..hahaha coz harga akan jatuh lagi...layan graff kitco nie....


pada pelabur emas atau silver yang ingin tambah koleksi ini adalah yang ditunggu2...jom lihat kejatuhan harga emas sekarang....


klu korang tgk nie lah harga yang terkini...daripada harga 20 gram = RM 3,2++ dan hari nie harga cuma RM 3004...klu ko tanya aku bila time untuk membeli emas...inilah masanya...harga tgh murah....klu tanya aku lagi adakah ianya akan jatuh lagi...aku akan jawab ianya mmg akan jatuh lagi....tp itu semua di luar kawalan kita...harga turun naik nie..mcm main teka teki....luck kita baik kita betul..klu tak kita salah...

layanzzzzz....



EMAS OHH EMAS....

salam kengkawan


Jom lihat harga emas yang turun..n turun lagi...dahsyat..pada pelabur yang beli emas pada bulan November 2010, Disember 2010 dan januari 2011 kena hold dulu emas tu..masih tak berbaloi jika nak jual balik..tp klu peniaga emas mmg tak ada masalah..lihat graff


 klu lihat graf harga emas sedang menjunam lagi..klu harga cecah pada 1330 ianya akan menjunam lagi( info dr geng forex ) pada yang nak beli tu mybe boleh hold duit tu dulu coz harga emas dijangka akan turun lagi...pada yang ingin berjinak2 melabur dalam emas pun kena belajar ckit ilmu emas nie..jgn main beli sebab geng kasi panas telinga suruh beli...apa pun aku tgh belajar pasal graf emas nie...

sebab apa aku tak nak melabur emas sehingga Jun..sepertimana azam aku..aku ada sebab..mybe geng2 forex boleh baca sebab apa aku plan camtu...

apa pun pada geng2 yang rasa masih rugi tu jgn give up.. harga akan naik balik..bila??? pada yang tgh "tersedak" pasal terlebih melabur tu jgn risau geng2 team OD boleh beli emas korang....

layan jerlah graf tu....

Wednesday, January 19, 2011

TANAH VS RUMAH

Salam kengkawan

Sejak aku setkan matlamat aku untuk tahun 2011 nie aku terpikir salah satu azam aku tahun 2011 yang no 5 tu.....
iaitu pasal nak beli tanah..memang menarik orang kata kita merancang nak beli tanah nie..
aku terpikirlah dan telah listkan kebaik dan buruk beli tanah nie...apa yang aku dapat adalah list keburukan adalah lebih tinggi dari kebaikannya...tak perlulah aku listkan kat cnie, cara dan pendapat org berbeza2..

key penting yang aku dapat adalah klu ada tanah adakah ianya boleh memberi pulangan kepada kita....
sekarang nie nak beli tanah yang telah ada hasil memang mahal..lagi2 harga getah melambung tinggi..korang bayangkanlah harga tanah 1 ekar ada pokok getah sekarang cecah 30k hingga 40k tu tanah kampung...klu kat bandar tak payah citalah..mana ada orang tanam getah kat bandar..hahahahaha

aku ada selalu google pasal pelaburan Tanah nie dan juga tgk harga market tanah kat Mudah.my ..memang ngeri coz sebelum nie aku rasa duit simpanan aku dah banyak tp bila aku tgh prise harga tanah rasa ciput jer duit aku tu...giloosssss!!!!

apa yang aku nampak kat cni adalah jika aku beli tanah kosong pula..aku nak kena tanam pokok getah atau kelapa sawit atau pokok kelapa, kena kuarkan kos, upah jaga,siapa nak jaga kebun aku tu.....dan berapa lama aku nak tunggu dapat HASIL nya...mau 5 @ 6 tahun...

so, pada aku yang masih kategori beginner investor nie..baik aku pikirkan 2 kali apakah pelaburan yang bagus....

so aku terpikir nak beli rumah jer tahun nie....
klu aku beli rumah aku boleh sewakan..so aku akan dapat hasil site income...

mybe bila aku dah betul2 stabil, barulah aku pikirkan pasal pembelian tanah nie...kena betul2 buat plan lepas nie..... mybe aku akan try masuk umah lelong...beli cash pun ok kot..ahhh!!!!! layannnzzzzzz

" jgn layan sgt kehendak hati ko tu, pikir dulu baik buruknya...."

BILAKAH MASA SESUAI NAK JUAL EMAS BALIK

Salam kengkawan

ramai hantar email dan ramai jugaklah yang msg di FB aku..
pertanyaan yang sangat simple..

1)bila masa baik untuk kita membeli emas??
2)Bila beli Emas bilakah masa nak jual balik??

jawapannya: Beli time murah dan jual time mahal..

ada lagi orang tanya...

3)camner nak tahu bila masa emas nie jatuh murah dan camner nak tahu bila ianya jadi mahal??

hehe.mcm2 hal orang tanya...klu TT senang jer aku nak jawab, tp aku tak boleh nak salahkan diorg nie coz bertanya..mcm aku jugalah masa first timer nak jadi pelabur Emas nie...nielah soalan2 asas aku tanya pada tokey2 emas..

jawapannya: camner nak tahu bila ia murah adalah bila emas lebih murah dari harga bulan lepas, dan bila emas lebih murah dari harga minggu lepas..tu jer aku boleh jawab coz harga emas nie di dagangkan..harga berubah-ubah...
sila lihat Graf turun naik emas di sini

jawapannya: camner nak tahu bila harga emas mahal adalah bila ianya lebih murah dari harga bulan lepas..

hahah ayat yang sama...so kengkawan aku mmg tak ada jawapan yang tepat bila ianya murah dan bila ianay mahal..
pada pandangan akulah kita beli emas nie bila ada duit..jgn pikir sgt pasal harga turun naik..pastu simpan dalam masa 1 tahun(min) lepas tu time amik untung kita jual semuanya...repeat semula cara nie...
memang makan masa tetapi pada aku inya tiada jalan short cut untung jadi kaya...

camner pulak pandangan kengkawan...

Tuesday, January 18, 2011

JUALAN EMAS



5 gram Pamp Suisse Lady Fortuna

PROMOSI

18/1/2011
19/1/2011


berat :  5 gram
jenis : 999.9
harga promosi : RM 800
hubungi : Zubaidi ( 019-5113357 )
Lokasi : Kuala Lumpur..Serdang UPM

harga terkini : RM 832
Tomei: RM 870


SALE

SOLD



PAJAK EMAS NAMA MASUK CCRIS

Salam kengkawan

Sebelum ini pajakan emas dekat Ar-Rahnu mmg tak masuk dalam sistem CCRIS, tetapi sejak akhir tahun lepas aku dapat tahu Ar-Rahnu masukkan pinjaman tu dalam CCRIS. aku rasa tidak puashati kerana hanya tahu dari mulut ke mulut dan akhirnya aku gi sendiri ke Ar-Rahnu Agro dan berjumpa sendiri pegawai Ar-Rahnu dan hasilnya memang positif Pajakan Emas masuk dalam sistem CCRIS..

saper yang buat banyak surat pajakan lagi banyaklah list CCRIS..aku sendiri tgk list CCRIS tersebut, pegawai tu ada tunjukan list CCRIS pajakan emas..aku tak ingat apa nama dia..tp mcm bunyi Islamic punya loan.klu ko buat pajakan sampai 10 kali dengan 10 surat pajak..so list CCRIS ko akan ada 10 senarai pinjaman tersebut..

so, aku ada tanyalah apakah kesan pajakan tu termasuk dalam senarai CCRIS, pegawai tu kata tak ada kesan sangat... cuma ianya buat CCRIS kita tak cantik dengan hutang yang banyak..sedangkan kita pajak emas, bukan 100% pinjaman mcm PL..
saper yang ada OD pun sama. OD tersebut tersenarai dalam CCRIS.
bagi sesiapa nak dapatkan pinjaman Personal Loan atau loan Rumah tu, kena explain awal2 pada banker yg uruskan pinjaman ko tu.klu tak diorg kita sebagai komitmen hutang.

mybe aku akan update apa nama CCRIS pajakan Emas nie lepas aku sendiri ke Bank Negara Malaysia..atau klu sesiapa tahu boleh maklumkan dengan kengkawan kita kat cnie...

P/S : klu yang pajak kat kedai pajak aku tak pasti masuk dalam CCRIS atau CTOS

Saturday, January 15, 2011

BAGAIMANA TOKEY KEDAI EMAS BOLEH PAKAI BMW

salam kengkawan

  Tren sekarang ramai orang berlumba2 beli emas...lagi dekat2 raya cina nie aku tgk dalam graf harga makin menjunam..jom tengok Graf dibawah...
14/1/2011

klu saper baca post kali nie mmg goyang..confirm nak beli emas cepat coz hari wekend emas tak di dagangkan...takut emas naik isnin nie...hahah pikir harga emas naik jer..turun dia tak pikir sgt... apa pun hati mau kuat mcm aku..hahaha coz azam tahun nie aku takan membeli emas sampai jun 2011 coz nak kumpul duit plak..plan nak beli tanah ckit.

actualy. dalam post kali nie aku nak citalah pasal EMAS jugaklah...tp bukanlah emas jenis dinar@waffer  tp lebih kepada emas perhiasan iaitu rantai, cincin,gelang dan loket...

Adakah ko sedar camner tokey kedai emas boleh pakai kereta mewah mcm BMW??

camner tokey kedai emas boleh kaya ehhh..sebab bila dia beli balik dengan penjual pihak kedai emas akan tolak 25% hingga 40% dari nilai semasa emas...alasan yang diberikan adalah 'use gold'..Emas second hand..padahal emas nie diorg dah gred kan emas tu...

                     Gred A - emas yang baru - keadaan tip top
                     Gred B - Emas design lama 
                     Gred C - Emas lama
                     Gred D - Emas rosak/patah

so harga diorg beli memang murah dan jika orang yang terdesak lagi tinggi diorg tolak..

Bagaimana pihak kedai emas buat utung tinggi plak???
ok camnie cakaplah emas yang diorg beli tu jenis Gred A.
harga semasa adalah RM 147 untuk 1 gram
berat emas 30 gram
30 gram x 147 = RM 4,410 ( harga semasa )

dan kedai emas dah ada prise dia sendiri(ikut kedai) iaitu dia hanya akan ambil
emas "usegold" nie 1 gram  RM 100 hingga 110 sahaja. bermaksud kedai amik untung 25% hingga30%..
kedai tak akan cakap dia nak tolak 30%...
biasalah klu cakap nak tolak 30% mcm nampak tinggi..tu yang dia cakap nak amik RM 110 jer tuk 1 gram...
so kedai akan amik emas tu dgn harga RM 3,000 sahaja ( untung RM 1,410).

lepas tu, kedai cuci2 ckit emas Gred A tu n jual semula dengan harga RM 147 ( RM 4,410 ) + upah tukang + upah disign + upah cuci + upah pengangkutan + etc..mybe emas tu dah jadi 5k

tu baru 1 onwer jual emas..klu 1 hari ada 5 orang jual emas...
so ko bayangkanlah sendiri betapa UNTUNG nya berniaga emas nie...

klu dah nama betul2 investor/peniaga Emas orang tak pikir jenis, bentuk, rosak/patah..sebab investor dah tahu yang di beli itu adalah EMAS bukan batu...

hahaha, sebenarnya aku nak cita pasal Lelongan Emas Ar-Rahnu..tp dah lari plak tajuk...aku cita lain kali sahaja.


Wednesday, January 12, 2011

OD LESEN SSM+LESEN PBT

Salam kengkawan

nie adalah post daripada bro Hj Gold Man.

jom kita ikuti kisah Gold Man yang telah berjaya dapatkan OD menggunakan syarikatnya...
ramai yang katakan OD dah kena BLOCK tetapi sebenarnya tidak...cuma kenakan syarat yang lebih ketat.. 

Aku turunkan ilmu dari apa yang dah aku dapat.So, berkenaan dgn OD yang aku dapat ni, memang agak rumit cuma,aku beruntung sebab aku mmg dah ada perniagaan sendiri yang didaftarkan sebagai MILIKAN TUNGGAL. Sebenarnya, OD ni masih boleh dipohon dengan syarat-syarat seperti berikut:

1-mestilah ada cagaran. cagarannya ialah SIJIL ASB
2-mesti ada daftar perniagaan..iaitu SSM MILIKAN TUNGGAL.(perkongsian/sdn bhd/koperasi adalah dilarang sama sekali)
3-mestilah ada lesen.. iaitu LESEN PBT (bukan lesen PKK/CIDB/MOF) lesen PBT ni hendaklah dipohon dipejabat majlis daerah/perbandaran/bandaraya tempat kawan2 nak bukak perniagaan. dalam kes aku ni.aku berbiaga di daerah sepang so PBT aku adalah MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.


kadar yg aku dapat ialah BLR semasa -1% dengan nilai OD nya sebanyak 90% dari cagaran.berapa aku dapat? rahsia..aku buat OD tersebut di CIMB bangi
kompani milikan tungal tersebut adalah enterprise..sila tengok sijil SSM..klu kita g daftar perniagaan ..akan dapat 3 sijil..
masa aku buat OD tu diorang takda mintak pulak statement bank ..mungkin sebab aku klien cimb kot .. so diorang just bleh print out dari sistem jek
duit tersebut disburst dalam masa 3 minggu dari tarikh aku sign LO


Perbezaan antara lesen PBT dgn lesen2 lain

1-LESEN PBT-untuk pihak berkuasa tempatan dapat duit.dan boleh dijalankan kerja2 infa(konon2nye)
2-LESEN PKK- dikeluarkan oleh kementerian kerja raya untuk kontraktor sahaja
3-LESEN CIDB- dikeluarkan oleh pihak CIDB untuk kontaktor sahaja
4-LESEN MOF- dikeluarkan oleh kementerian kewangan untuk tender/sebutharga kerajaan
5- lesen B2- untuk bawak moto
6 LESEN D- untuk kereta van dan motokar kecik2
7 LESEN E utk lori


Ok .. itu sahaja maklumat yang aku ad.klu adamasalah lain ..kita bincang sama2..


Open 2 komen

Link Team OD

PERTANYAAN PASAL TEKNIK OD+ASB+CC

salam kengkawan

kepada kengkawan yang rasa nak bertanya pasal teknik OD+ASB+CC ini silalah buat pertanyaan disini.. di ruangan comment dibawah..

jika anda seorang pemalu bolehlah terus hantar ke email aku

bijakasb@gmail .com

sama2lah kita bebaskan diri dengan masalah DUIT.

KOMEN PASAL EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC

Salam kengkawan


Terima kasih aku ucapkan kepada kengkawan yang telah membeli Ebook


Teknik OD+ASB+CC


post kali ini aku bukak adalah untuk mendapatkan komen pasal Ebook ini..adakah ianya amat membantu korang setelah membeli ebook tersebut.

lepas aku lancarkan pada 16/10/2010 mmg 'hot' ebook nie sehingga hari ini masih ada pembeli walaupun aku tak gunakan laman2 web tuk promote ebook aku mcm pakar2 ebook lain...sebenarnya aku tak tau camner nak buat..hahahah...

Dan aku telah belajar dari pengalaman menulis ebook dan telah beli ebook PAKAR EBOOK dari JAMAL (Jamaludin Bahari) yang berharga RM 200, harap2 menjadi lepas nie ebook2 mendatang... apapun aku ucapkan terima kasih, dan ada geng yang cadangkan kat aku naikan kadar harga ebook aku nie..coz ianya amat-amat bagus kerana ada pengiraan step by step dan juga Excel pengiraan setahun...( angkat bakul nampak!!).

sekarang dah 2 bulan ianya dilancarkan dan aku mahu kutip komen dari korang pasal ebook aku tu...kira mcm aku nak dapatkan testimoni yang telah berjaya.

RUANGAN INI ADALAH UNTUK KOMEN SAHAJA

klu nak bertanya masuk link ini

PERTANYAAN PASAL TEKNIK OD+ASB+CC

p/s: Penjualan Ebook masih diteruskan dan perubahan teknik akan dimaklum dalam Blog TeamOverdraf nie..

so, kepada kengkawan yang telah beli silalah komen disini..

isi kandungan Ebook
(klik untuk besarkan)

Tuesday, January 11, 2011

TEKNIK EMAS 30/70 (TEKNIK 2)

Salam kengkawan


sebelum ini aku ada open post pasal Teknik Rempit Emas Teknik 1 klu sesiapa lum baca boleh baca dululah...


teknik Emas 30/70 nie pun ramai yang gunakan terutama dealer yang semestinya mencari kaedah untuk menjual Emas diorg nie..sehingga mendatangkan masalah kerana ianya dibuat  lebih kurang mcm skim cepat kaya yang mana ada 1 syarikat hadapi masalah sekarang kerana produk yang dikeluarkan oleh syarikat nie di manipulasi sedangkan syarikat ini adalah syarikat menjual dan membeli emas sahaja...


apakah teknik Emas 30/70 ini..mcm biasalah ramai org suka ayat menggunakan contoh dan angka sahaja...


kita mulakan dengan


                          Azhar adalah pembeli
                     Ali sebagai Dealer Emas


EMAS 100 Gram dimana harga adalah RM 15,000 ( contoh mudah )


Ali sebagai dealer emas telah membuat TT Emas bersama Azhar dan Ali telah rekmen kepada Azhar supaya membeli emas pada harga yang amat murah sambil menunjukan emas 100 gram yang harga pasaran bernilai RM 15,000.


siapa tak teruja klu orang offer hanya keluarkan modal 30% dari nilai emas tu...
30% = RM 4,500


dengan wang RM 4,500 Azhar boleh miliki emas 100gram...fuhh!!! dahsyat orang lain beli emas 100 gram dengan harga RM 15,000 bro Azhar kita hanya beli emas dengan harga RM 4,500
memang murah gila....jom beli emas 1kg terus
beli 1 kg dengan Ali nie hanya perlu kuarkan modal RM 45,000 jer sedangkan harga semasa adalah RM 150,000


TETAPI


korang jgn suka sangat kena fahamkan betul2 camner diorg manipulate teknik nie...


bila Azhar bagi duit RM 4,500 Azhar akan dapat emas tu kat tangan dia..Ali memang tak tipu tp ada SYARAT iaitu Ali akan bawa Azhar ke Ar-Rahnu bagi tujuan pajakan Emas 100 gram tersebut..sebab takkan Ali nak jual Emas 100 Gram hanya dengan harga RM 4,500..gila apa...
bila sampai Ar-Rahnu..Emas tersebut akan di pajakkan untuk dapatkan Pinjaman..
so pihak Bank akan berikan pinjaman 70% dari nilai emas..


RM 15,000 x 70% = RM 10,500


Emas tadi dipajak atas nama Azhar..so emas secara Automatik menjadi milik Azhar tadi..
manakala duit pinjaman RM 10,500 tadi Ali akan ambil sebagai bayaran PENUH harga emas tadi


RM 4,500 (30%) + RM 10,500 (70%) = RM 15,000


adakah anda telah lihat teknik nie...


dalam teknik ini Ali memang telah berjaya menjual EMAS tersebut tetapi klu Ali terangkan step seterusnya camner Azhar nak tebus balik aku setuju tetapi klu Ali main tinggal jer Azhar pandai2 tebus emas tu aku tak setuju cara teknik 30/70 nie....


pada aku mmg tiada unsur penipuan dalam teknik nie..CLEAN.
ianya akan jadi masalah adalah apabila EMAS yang di pajak tersebut tidak ditebus oleh pemajak...jadilah kes2 dulu, klu tak silap aku syarikat ETIKA Emas dan buluh Emas juga gunakan teknik nie....sampai pihak Bank Negara Malaysia black list syarikat nie...


moral of post adalah jika korang nak gunakan teknik nie kena hati2..kena tahu ilmu pajak emas nie...aku takut emas ko tu lebur camtu jer...
apapun teknik nie pada aku lebih kurang sama mcm teknik rempit emas iaitu gunakan Ar-Rahnu sebagai platform dapatkan wang..


aku rasa ayat aku nie mcm kelam kabut ckit..tp apa yang aku nak sampaikan mybe korang leh faham kot..


Open 2 komen

Thursday, January 6, 2011

Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga 2011 Softcopy Percuma


Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga 2011 Softcopy Percuma

Salam Tahun Baru 2011 buat semua,

Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga 2011 & Buku Wang Saku secara percuma yang boleh didapati di BNM.
...
Aku sempat mengambil beberapa buah buku untuk kegunaan keluarga. Edisi Bahasa Inggeris telah habis, tetapi edisi Bahasa Melayu masih banyak (ada maksud tersirat tu). Anak aku berusia 9 tahun (darjah 3) excited dgn buku wang saku yang dia kena gunakan.

Aku dpt buat softcopy - Excel file termasuk formula ringkat (kalau salah harap maaf ) yang aku copy direct dari buku tersebut. So kepada sesiapa yang nak gunakan, boleh download kat bawah ni ....



Version MS2010

Tuesday, January 4, 2011

ADAKAH SESUAI TEKNIK REMPIT EMAS

Salam kengkawan


mari kita bincangkan hal  Teknik rempit Emas  walaupun aku tahu yang aku hanya bercerita sorang diri dan yang lain dok jadi silent reader...ramai jugak PM inbox aku kata malu n tak tahu nak cita apa..apa pun marilah meriahkan dengan komen2 yang bernas dan soalan yang membina..


post lepas aku ada bukak cita pasal Teknik Rempit Emas..mmg banyak jugak aku dapat msg dari kengkawan dan komen xpecialy dalam Team OD fb.. dari pandangan aku mmg ramai yang tidak setuju dengan teknik rempit..bukan 100% tidak setuju tetapi tidak setuju jika merempit sampai duit habis licin...


aku akan tunjukan kesannya secara pengiraan..lagi mudah sebenarnya jika kita berbahasa
dengan angka nie daripada aku membebel yang kadang2 orang tidak faham...


kita amik contoh lepas dengan bermodalkan 30k


PAJAKAN PERTAMA

RM 30,000 x 70% = RM 21,000


so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 21,000 / 6 bulan = RM 3,500


klu 18 bulan
RM 21,000 / 18 bulan = RM 1,166.60


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KEDUA
 
RM 21,000 x 70% = RM 14,700


so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 14,700 / 6 bulan = RM 2,450


klu 18 bulan
RM 14,700 / 18 bulan = RM 816.70


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )


PAJAKAN KE TIGA
  
 RM 14,600 x 70% = RM 10,220

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 10,220 / 6 bulan = RM 1,703.30


klu 18 bulan
RM 10,220 / 18 bulan = RM 567.80


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KE EMPAT

 RM 10,220 x 70% = RM 7,154

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 7,154 / 6 bulan = RM 1,192.30


klu 18 bulan
RM 7,154 / 18 bulan = RM 397.40


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KE LIMA

 RM 7,154 x 70% = RM 5,007.80

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 5,007.80 / 6 bulan = RM 834.60


klu 18 bulan
RM 5,007.80 / 18 bulan = RM 278.20


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

aku rasa cukuplah pengiraan kat atas tu..korang mybe dah faham..
dalam siatuasi kat atas aku bezakan antara bayaran tuk 6 bulan dan juga 18 bulan(max)

Dalam masa 6 bulan untuk pajakan 5 kali
                                            RM    3,500.00
                                            RM    2,450.00  
                                            RM    1,703.30
                                            RM    1,192.30
                                            RM       834.60
                                            RM    9,680.20 

Dalam masa 18 bulan untuk pajakan 5 kali
                                            RM   1,166.60
                                            RM      816.70 
                                            RM      567.80
                                            RM      397.40 
                                            RM      278.20
                                            RM   3,226.70 

aku lihat ramai penjual/ajen Emas jual emas tak beritahu apa kesan pajakan secara detail sebab nak lakukan sales..
aku tak salahkan penjual/ajen coz sepatutnya orang yang beli dan nak gunakan teknik rempit nie dah belajar or kaji kesannya..bukan apa..aku takut jika rugi dan emas tergadai pembeli tadi kejar penjual.ajen kata tipulah apalah....

6 bulan dengan 5 kali pajakan


klu kita tgk 6 bulan dengan 5 kali pajakan mmg sakit sebab klu kita mahu bayar setiap bulan kita perlu bayar RM 9,680.20 setiap bulan..
ohhh!!! aku nak bayar lamsum 6 bulan jer..wah!! ko mmg kaya nak bayar lamsum 6 bulan =
RM 58,081.80 (tidak termasuk upah simpan)

tepuk dada tanya selera

18 bulan dengan 5 kali pajakan

bagaimana pula dengan 18 bulan dengan pajakan 5 kali..yang ini aku tgk mmg kecil bayaran bulanannya tetapi upah simpan plak yang tinggi...

RM 3,226.70 adakah bayaran yang perlu ko bayar setiap bulan bagi tempoh 18 bulan dan jila mahu bayar lamsum pada bulan ke 18 memang tak boleh..kerana setiap 6 bulan ko kena bayar upah simpan 6 bulan terdahulu lepas itu barulah buat surat baru untuk 6 bulan berikutnya.

disini aku bukan nak halang ko buat teknik rempit tetapi kenalah bijak gunakan teknik ini..
mcm buatlah 2 kali sahaja..duit lebihan bolehlah ko roling buat apa-apa yang patut jgn beli emas lagi..

pengalaman

so aku juga adalah ajen PG, cuma aku tak war-warkan sgt coz aku nie lebih kepada investor sahaja..aku ada gunakan teknik rempit ini dengan 3 kali pajakan..dimana aku tebus emas aku semula setiap bulan.
ini semua adalah kerana aku ada backup teknik iaitu Teknik OD+ASB+CC . dengan adanya teknik ini,yg mana gaji bersih aku adalah RM 2,700 sebulan dan aku boleh saving ke dalam akaun ASB aku RM 2,500..
so dengan adanya teknik rempit ini aku telah ubah perancangan kewangan aku dimana aku telah kurangkan saving bulanan aku kepada RM 1,500 sahaja.
lagi RM 1,000 aku gunakan untuk tebus semula emas yang aku telah pajak di Ar-Rahnu Agro bank.
so, pada fikiran aku aku still dapat membuat simpanan cash dan juga emas setiap bulan..

aku rasa terlalu panjang post kali nie...kita layan dulu post aku nie...cuma key point yang aku nak sampaikan adalah JGN BUAT PAJAKAN SAMPAI HABIS DUIT..

Open 2 komen

Monday, January 3, 2011

BAYAR SEMUA HUTANG CA CC 2010

salam kengkawan

kepada pembeli ebook Teknik OD+ASB+CC

hari ini aku tahu ramai orang akan update buku ASB dan ASN xpecialy warga Team OD.aku ucapkan Tahniah kepada yang berjaya mendisplinkan diri..mmg tak mustahil jika kita ada kemahuan.

kepada yang nak planing tukar sport rim, tukar radio kereta, tukar TV besar, nak beli Emas, nak beli Silver..baik korang pikir 2 kali..kenapa eh ?

aku tahu ramai sudah plan nak tukarkan duit dividen ASB kepada Emas atau silver tp ko kena ingat planing teknik OD+ASB+CC. apa yang aku sarankan dalam ebook tersebut iaitu semua...
1) gaji
2) bonus tahunan
3) DIVIDEN ASB
4) duit hasil jualan tanah/rumah
5) etc

semua itu perlu di masukan dalam OD..

setelah masukan dalam OD barulah korang planing nak buat apa dengan duit Dividen tersebut. suit yang telah kita masukan dalam OD itu jugalah yang kita nak gunakan untuk

MEMBAYAR CA CC TAHUN 2010 YANG TELAH DIGUNAKAN SECARA LAMSUM
(maksudnya tiada hutang CC lagi)

aku nak korang bayar lamsum semua CA CC tahun 2010 yang telah korang guna...sebab pada januari ini..ko akan patah balik ke asal iaitu penggandaan CC 1k (atau mengikut planing korang).

so inilah sebab aku larang ko gunakan dividen ASB tu...ko kena sabar dulu, time untuk gunakan 100% dividen ASB tu akan muncul jugak..sekarang nie kita still kena berdisplin lagi...

Open 2 komen

BERAPA ANDA DAPAT DIVIDEN TAHUN 2010



salam kengkawan


arinie aku pusing satu taiping dan kamunting tuk update buku ASB aku n wife aku, punyalah ramai orang yang duk pegang buku biru arinie..hahahah
aku ingat arinie first day sekolah taklah sesak coz mak bapak antar anak gi daftar sekolah tp salah tekaan aku...
tp disebabkan aku pun xcited nak update buku ASB aku pun tunggulah...
mcm2 ragam ada..
aku pusing CIMB penuh orang sampai ke luar bangunan, so aku ligan ke pejabat pos..pun ramai orang..last2 aku balik opis dulu relax dan buat kerja...


dalam kul 130 ptg aku keluar n gi RHB plak...heheh tak ramai tp tak boleh amik nombor mcm biasa kena beratur plak..hahahah

adalah 30 minit jugak aku berdiri..mcm2 ragam aku tgk gelagat orang..ada yang niat mula2 nak update buku jer..tp disebabkan lama menunggu diorg ubah pikiran tuk keluarkan terus duit...pehhh!!!!! angin aku..klu dia isi form pastu beratur belakang tak per nie amik tempat dia balik....ko tau jerlah prosedur keluarkan duit ASB nie leceh ckit nak sahkan IC, tandatangan, turunkan cap jari...mmg banyak prosedur yang kena buat.tp apa pun simpanan ASB lah yang paling selamat aku tgk, tak ada kes duit hilang dalam akaun, tak ada pindahan internet banking..tp tulah leceh kena berurusan masa work day sahaja...


dan akhirnya turn aku sampai..aku tak keluar duit just nak update buku jer..alhamdullilah...
dividen aku dapat 5 angka jugaklah..rasa seronok bila hasil usaha dan sabar kita nie akan membuahkan hasil yang kita sendiri puashati

Saturday, January 1, 2011

APA ITU TEKNIK REMPIT EMAS (TEKNIK 1)



salam kengkawan

POST pertama Tahun 2011

aku sajer nak open post ini, apa yang sebenarnya mereka gelar Teknik rempit emas...
mybe ada yang tahu dan ramai jugak yang asyik tanya aku..walhal aku pun baru pasal emas nie...
tp aku nak berkongsi pengetahuan pasal teknik rempit emas nie dan bagaimana ianya dilaksanakan.

klu ko nak tahu Teknik rempit nie camnie...
feeling mau ada klu baca post aku nie..klu tak ada feeling baca lain kali jer...

MEREMPIT EMAS

istilah merempit nie aku pun tak pasti siapa yang bagi..tp dalam bloger ramai gelar camtu kita follow bahasa bloger jer senang..

harga emas (andaikan bg senang kira)
20g = 3k
1 dinar = RM 650

andaikan ko ada duit cash RM 30,000

STEP 1 (Beli)

so ko gunakan kesemua duit ko 30k tu beli emas
so ko akan dapat
20g x 10 keping = RM 30,000

( klu ko nak beli campur2 pun boleh jadikan nilai sampai 30k) atas tu contoh sahaja..jgn ikut...

samb....

STEP 2 (Pajak)

so dengan 10 keping 20g emas tu ko bawaklah gi Ar-Rahnu Agro atau B/Rakyat untuk pajak..
klu di B/Rakyat ada masalah ckit nak pajak emas waffer(gold bar) nie coz bank rakyat masih takut dengan esiden kes Etika Emas dulu...so aku rekmen Ar-Rahnu Agro yang mana boleh dapat pinjaman pajakan sehingga 70% dan tempoh pinjaman sehingga 6 +6 +6 = 18 bulan...manakala kadar Upah serendah 0.60 sen hingga 0.70 sen..

so bila ko dah pajak 10 keping tu ko akan dapat pinjaman sejumlah
RM 30,000 x 70% = RM 21,000

STEP 3 (Beli)

apabila ko dah dapat wang pajakan 21k tu ko beli lagi emas...kali ini ko beli lagi

7 keping 20g
7 x 3,000 = RM 21,000

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 17 keping 20g ( RM 51,000)..

STEP 4 (Pajak)

so dengan 7 keping tu kita pajak lagi dekat Ar-Rahnu Agro
RM 21,000 x 70% = RM 14,700

STEP 5 (Beli)

so, dengan duit RM 14,700 nie kita beli emas lagi..jap aku kira baper nak beli.......
4 keping 20g
4 x RM 3,000 = RM 12,000
4 keping 1 dinar
4 x RM 650 = RM 2,600

RM 12,000 + RM 2,600 = RM 14,600.....baki RM 100

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 21 keping 20g (RM 63,000) dan ada 4 keping 1 dinar (RM 2,600)...dahsyatt!!!!!

STEP 6 (Pajak)

so dengan emas 20g(4 keping) dan 4 keping (1 dinar) ko pajak lagi kat Ar-Rahnu Agro..

RM 14,600 x 70% = RM 10,220

RM 10,220 + RM 100(baki step 4) = RM 10,320

STEP 7 (Beli)

hahahaa..aku pun dah pening kira nie...layan..

dengan modal pinjaman RM 10,320 tadi kita beli emas lagi...
3 x 20g = RM 9,000
2 x 1 dinar = RM 1,300 ......baki (RM 20)

Jumlah RM RM 10,300

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 24 keping 20g (RM 72,000) dan ada 6 keping 1 dinar (RM 3,900)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!

STEP 8 (Pajak)

lagi dan lagi...dengannilai  emas RM 10,300 kita pajak lagi ke Ar-Rahnu Agro
RM 10,300 x 70% = RM 7,210             
                                = RM 7,210 + 20(baki step 7)
                                = RM 7,230

STEP 9 (Beli)

so dengan duit pinjaman RM 7,230 kita beli emas lagi
2 x 20g        = RM 6,000
1 x 1 dinar  = RM    650 ....... baki (RM 580)
                   = RM 6,650

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 26 keping 20g (RM 78,000) dan ada 7 keping 1 dinar (RM 4,550)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!

STEP 10 (Pajak)

so dengan nilai emas 6,650 tu kita pajak lagi emas kita kat Ar-Rahnu Agro bank
RM 6,650 x 70% = RM 4,655
                              = RM 4,655+580(baki step 9)
                              = RM 5,235

STEP 11 (Beli)

so dengan duit pinjaman RM 5,235 kita beli emas lagi
8 x 1 dinar  = RM 5,200 ..........(baki RM 35)

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 26 keping 20g (RM 78,000) dan ada 15 keping 1 dinar (RM 9,750)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!

STEP 12 (Pajak)

ada balance dalam RM 35..malas nak pajak dah..klu ko rasa nak pajak lagi ko buatlah sampai abis licin...heheheh

so setelah ko ulang step di atas ko akan dapat EMAS sejumlah

20g        = 26 keping (RM 78,000)
1 Dinar = 15 keping (RM 9,750)

dengan hanya bermodalkan RM 30,000 ko boleh Max kan jumlah kuantiti emas ko...

so kengkawan yang duk tanya aku apa tu teknik rempit emas..inilah teknik rempit emas...
adakah ianya bagus atau tidak ianya terletak pada kepandaian ko sendiri....

Open 2 komen