Saturday, April 24, 2010

15.OD dan CCRIS

salam kengkawan..

aku terpanggil lak nak buat tajuk pasal OD dan CCRIS nie
adakah kamu tahu apakah CCRIS

CCRIS

adalah laporan dari pihak BANK NEGARA MALAYSIA terhadap kita punya financial
apa masalah jika kita ada CCRIS
1) masalah untuk buat loan..
2) masalah untuk keluar negara
3) masalah untuk dapatkan pinjaman pendidikan anak2..
4) sila tambah sendiri..

heheh erin tolong tambah..nie basic jar.

apa yang termasuk dalam CCRIS
1) pinjaman rumah
2) pinjaman kereta
3)credit Card
4) pinjaman peribadi
5) hutang yang melebihi 30k
6) ????

OD pulak aku tak berapa pasti tp orang kata ianya bukan satu hutang coz kita ada cagar sijil ASB..so bila kita tak boleh bayar bank leh tebus balik bagi pihak bank...
tp ada juga orang cakap ianya masuk jugak ikut pada penggunaan kita.
contoh:- adaikan OD 30k

Klu dah pakai 15k, yang balance lagi 15k tu akan digunakan setiap bulan utk bayar interest. katakan 30k tu habis digunakan & interest tiap2 bulan tak dibayar, barulah akan muncul dalam CCRIS sebagai Tak Dibayar. Selagi interest dibayar, CCRIS status ialah 0.
klu dah pakai 30K, interest biasanya BLR - 1%. tapi, kalau dah habis guna, status ialah OVERDRAWN, iaitu kita dah melebihi had OD yang diberikan. jika ini berlaku, interest yg dikenakan adalah melampau tingginya (cthnya BLR + 2.5% @ 9%). oleh itu, jgn la OD korang sampai Overdrawn..sakit woooo

Bank akan bagi laporan CCRIS kpd BNM berdasarkan status pada hujung bulan. klu due date kita dekat2 dgn hujung bulan, bro n sis kena bayar cepat la. kalo due date awal bulan, bleh rilek2 dulu tunggu hujung bulan baru bayar heheh "teknik jadilah orang yang paling kedekut utk kuarkan duit OD"..
CCRIS tak kira amount. walaupun sen sen aje nilainya, kalo tak bayar tetap CCRIS akan effect.

CCRIS nie kena jaga..kepada penggemar personal loan tu..yang asik buat overlaping jer kena ingat..
bila kita dah terlalu overlaping nie masalah juga bila kita nak beli rumah..laporan CCRIS kita tak cun...bank pun hanya berani bagi housing loan ciput jar...

sesiapa yang leh komen n betulkan fakta saya lehlah buat..sama2 belajar


Link Team OD

Friday, April 23, 2010

14.TEKNIK OD+LOAN EASY RHB

Salam kengkawan

teknik nie mybe simple sahaja coz ramai dah tahu pasal loan ASB yang ada di tawarkan di mana2 bank.

sepertimana dalam tajuk LOAN ASB EASY RHB yang lepas ini adalah advance ckit..
maksudnya camner kita nak gabungkan Loan ASB Easy RHB tu dengan OD kita...

andaikan kita dah lepas lulus loan Easy 100k..
bank kata kita kena bayar RM 407 setiap bulan pada tarikh Due date dia 25 setiap bulan.

1)bayaran RM 407 tu kita hendaklah bayar menggunakan duit OD..simple sahaja..
2)INGAT bayar pada tarikh 25hb(klu cuti awalkan sedikit)..coz aku nak korang 'JADI ORANG YG PALING KEDEKUT KUARKAN DUIT OD'..kenapa???ada sebabnya iaitu aku nak korang mantain interest yang rendah...
3)bayarlah RM 407 tu sehingga cukup tahun...jgn rasa give up dan tolong control korang punya OD jgn main belasah ajer sampai tenat...

setelah setahun
1) inilah masa yng di tunggu-tunggu oleh korang yang main Loan Easy nie iaitu DIVIDEN tahunan...hahah pokcik orang kaya baru...
2) korang akan dapat 7k jika tahun tu kita andai hanya 7% sahaja(klu lebih lagi kayooo)heheh.
3)so ingat step aku seterusnya nie geng2..penting
4)korang kena masukkan semua 7k tu dalam OD..jgn tanya kenapa..pikir sendiri
5)pastu jgn duk mengada2 nak bayar lamsum kat easy RHB tuk tahun seterusnya..kenapa 'JADI ORANG PALING KEDEKUT KUARKAN DUIT OD'
6) kita bayar ikut plan iaitu bayar bulan pada 25 setiap bulan tu...bayar rm 407 mcm biasa

kerana bila korang bayar lamsum semua tuk tahun ke 2 korang tak akan dapat nak kecilkan interest OD.

7) kita ulang semua teknik di atas sehingga kita DAPAT DIVIDEN TUK TAHUN KE 5.
8) pada tahun ke 6 pada januari tu pergi ke bank n cakap korang nak terminate Loan Easy RHB nie..kesemuanya..
9)jgn risau penalti hanya dikenakan apabila kita terminate kurang dari 3 tahun..so tahun ke 5 nie tak dikenakan caj tersebut..

seronok mengarang nie...klu apa-apa tertinggal lehlah tambah air tangan..


Link Team OD

13.LOAN EASY RHB

Salam kengkawan

loan ASB Easy RHB ini adalah loan ASB yang sama bank-bank lain offer..
cuma ada kelebihan jika kita aplly LOAN ASB melalui Easy RHB nie..

macam yang kita tahu juga tujuan kita nak aplly Loan ASB adalah untuk kejarkan dividen tahunan dan klu boleh kita nak yang +ve cashflow....maksudnya ada untunglah...

ok aku direct cita pasal kelebihan loan ASB Easy RHB nie
1) pihak bank benarkan kita buat pinjaman sehingga 100k tanpa perlu tunjukkan slip gaji..hanya ic sahaja.(boleh kelentong) heheh kena menuntut ilmu bab kelentong...

2) pihak bank offer 5 tahun free tanpa bayar pokok..kita hanya kena bayar interest sahaja..

contoh tuk pinjaman 100k kita kena bayar rm 6++(pokok)
tp Easy RHB nie offer kita selama 5 tahun bank offer kita hanya bayar interest RM 407 sebulan...

contoh kiraan 407 x 12 = 4,884
100k x 7%(dividen tahunan) = 7,000
+ve lebihan adalah = 2,116 (untung woooo)

3) lock in period dia adalah 3 tahun sahaja, so klu tahun ke 5 kita nak terminate tak ada masalah. tiada penalti.

tu jer kot kelebihan dia...hahah aku blur sekarang nie..

kat maner nak aplly
ok kita kena aplly mana kios yang ada tulis Easy RHB sahaj kat cawangan bank ada tp tak banyak, kebiasaanya dia ada dekat tesco...

untuk makluman semua loan ASB easy RHB nie tidak ada di semua tempat..aku dulu nak aplly pun aku kena berkejar ke kuala lumpur..aku buat kat tesco ampang..jauh wooo dari taiping perak nak gi KL..so kena check dulu..
klu yang kat branch RHB tu adalah yang loan ASB tuk 3 tahun..nie bukan Loan ASB Easy RHB tu adalah pakej lama...
rugi 3 tahun jer berbanding 5 tahun...

camner nak aply..

senang jar bro n sis..
1) bila dah jumpa kios Easy RHB tu gilah jumpa minah n mamat yg uruskan..cakap kat dia saya nak buat loan ASB Easy RHB yang 5 tahun punya..then
2) dia akan mintak IC tuk cek CCRIS dalam komputer
3) cakap kat org tu sy nak aplly 100k..
4) nanati diorang akan tanya pasal financial kita...kita belasah jar dia tak mintak slip gaji..cakap gaji 5k@6k..heheh tip nie
5)pastu diorg akan key-in segala maklumat...
6) dia akan keluar result sama ada kita layak aplly 100k atau tidak..
7) loan 100k lulus(10 minit jer lulus)
8) pastu kita kena sain atau panel komputer tu...
9) dia kan print doc loan..dah selesai..senang jar...

tip
kita klu nak pohon 100k atleast kita kena ada gaji 4k keatas...so pandai2 kelentong tang gaji tu..
orang yang tak kerja pun boleh lulus loan ASB Easy nie..sebab kelentong gaji...
yerlah slip gaji taknak...
hanya IC sahaja..
so kelantong jar lah...hahahaha jahat...jahat....

tp lain adalah

loan ASB Easy RHB nie adalah hanya tuk 5 tahun sahaja..
so pada tahun ke 6 kita kena potong loan nie...
kenapa
sebaba pada taun ke 6 kita kena bayar pokok+interest
mybe dalam 6++

tujuan kita aplly Loan Easy nie adalah nak amik dividen selama 5 tahun sahaja..setiap tahun kita leh dapat 2-3k setahun..
tak payah terhegeh2 tunggu bonus yang tak tahu di bagi atau tidak....

selamat mencuba

Link Team OD

Thursday, April 22, 2010

12.BAGAIMANA KURANGKAN INTEREST OD

Salam kengkawan..

kat cni aku nak bagi tip camner korang nak kecilkan interest OD

perkara yang kita kena tahu pasal OD dan perkara basic adalah
OD dikenakan interest secara DAILY REST..DAILY REST..DAILY REST

OD di kenakan caj harian (daily rest) HARI_HARI INTEREST

amalan yang aku buat adalah jika aku ada duit aku akan masukkan dalam OD terus.
..ianya bertujuan kecilkan interest yang dikenakan tersebut..susahnya aku nak terangkan..

duit nak cari camner???soalan yang aku rasa korang fikirkan..emmm pemalaslah korang nie nak pikir..wawahahaha..kadang2 aku rasa aku bercakap dengan komputer aku nie..

duit akan datang dari:-------------

1) duit gaji masuk OD
2) bonus masuk OD
3) duit OT masuk OD
4) duit terpijak (penjualan tanah, pemberian ibubapa)
5) dividen ASB masuk OD
6) lain2 income semuanya ko masukkan dalam OD

bila ada roling duit dalam OD maka interest akan kecil..

'duit klu boleh biar lama dalam OD' kerana

1) bila duit lama dalam OD interest akan kecik (TEKNIK CC)
2) bayar pada tarikh due date..contoh bayar kereta pada setiap 28hb,
so ko jgn nak menggatal bayar pada 20 hb..8 hri lagi ko akan rugi interest OD,
so bayar jugak pada 28hb..
3)serupa juga pada bayar rumah, CC, hutang pinjaman, hutang along, hutang court marmod, hutang seng heng...semuanya korang kena bayar pada tarikh due date dia...

yang lain tolong tambah,,bagi idea kat aku lak..


Link Team OD

Monday, April 19, 2010

11.TEKNIK OD+ASB

Salam kengkawan

                                          ( klik untuk besarkan)

nie adalah teknik basic..sila sediakan pen,
 kertas dan kalkulator untuk kita kira sama-sama..

kita adaikan 30% hingga 40% dari gaji kita adalah RM 300
kita pun agak dividen tahunan ASB 7% sahaja setahun..

so kita akan masukkan ASB secara pukal pada januari setiap tahun..kenapa???
sebab ASB akan dikira setahun..faham kannn...

ok let say kita leh simpan RM 300 sebulan..dalam teknik nie kita tak perlu simpan setiap bulan tetapi kita simpan pukal terus..acaner..tgk contoh dibawah..

300x12 = 3,600

3,600 akan disimpan pukal pada januari bukannya setiap bulan...
rasa mcm ayat aku dah pusing2 plak...

andaikan OD kita 20k

tahun 1
300x12=3,600
20,000-3,600=16,400(OD)
3,600x7%(dividen ASB)= 252
20,000(OD)x7%=1,400

saving ASB ---RM 3,600

tahun 2
16,400+252+1400=18,052
300x12=3,600
18,052-3,600=14,452(OD)
3,600(thn1) + 3,600(thn2) = 7,200
7,200x7% = 504
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 7,200

tahun 3
14,452+504+1,400=16,356
300x12=3,600
16,356-3,600=12,756(OD)
3,600+3,600+3,600=10,800
10,800x7%= 756
20,000(OD) x 7% = 1,400

saving ASB --- RM 10,800

tahun 4
12,756+756+1,400=14,912
300x12=3,600
14,912-3,600= 11,312(OD)
3,600+3,600+3,600+3,600=14,400
14,400x7%=1,008
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 14,400

tahun 5
11,312+1,008+1,400=13,720
300x12=3,600
13,720-3,600=10,120(OD)
3,600+3,600+3,600+3,600+3,600=18,000
18,000x7%=1,260
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 18,000

tahun 6
10,120+1,260+1,400=12,780
300x12=3,600
12,780-3,600=9,180(OD)
3,600+3,600+3,600+3,600+3,600+3,600=21,600
21,600x7%=1,512
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 21,600

tahun 7
9,180+1,512+1,400=12,092
300x12=3,600
12,092-3,600=8,492(OD)
3,600+3,600+3,600+3,600+3,600+3,600+3,600=25,200
25,200x7%=1,764
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 25,200
tahun 8
8,492+1,764+1,400=11,656
300x12=3,600
11,656-3,600=8,056(OD)
3,600 x 8(thn) = 28,800
28,800 x 7%=2,016
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 28,800
tahun 9
8,056+2,016+1,400=11,472
300x12=3,600
11,472-3,600=7,872(OD)
3,600 x 9(thn)=32,400
32,400 x 7%=2,268
20,000 x 7%=1,400

saving ASB ---RM 32,400
tahun 10
7,872+2,268+1,400=11,540
300x12=3,600
11,540-3,600=7,940(OD)
3,600 x 10(thn) = 36,000
36,000 x 7%=2,520
20,000(OD) x 7%=1,400

tahun 11
7,940+2,520+1,400=11,860
300x12=3,600
11,860-3,600=8,260(OD)
3,600 x 11=39,600
39,600 x 7%=2,772
20,000 x 7%=1,400

saving ASB ---RM 39,600
tahun 12
8,260+2,772+1,400=12,432
300x12=3,600
12,432-3,600=8,832(OD)
3,600 x 12=43,200
43,200 x 7%=3,024
20,000(OD) x 7%=1,400

saving ASB --- RM 43,200
tahun 13.

heheh amboi3 sedap dok aku tolong kira..hahah korang kira sendiri sampai 20 tahun...

moral adalah korang akan lihat duit OD akan naik balik pada tahun ke 10 dan SAVING (43,200) saper mau bagi..hehe...seronok tgk duit saving ASB tu...makin lama makin meningkat...last saving pada tahun ke 12 aku kira adalah RM 43,200..dahsyat..
nie adalah basic kiraan OD..bila korang dah xpert OD+ASB nie kita leh pegi ke skill yang lebih tinggi lagi..

h kira2 sampai korang faham..

gud luck


Link Team OD 

10.TEKNIK MANA PERLU DIBUAT

salam kengkawan

sekarang ramai yang telah bongkarkan teknik2 cara menyimpan wang, cuma persoalannya manakah sesuai dengan kita..apakah kiteria dalam pemilihan teknik2 tersebut..
jawapannya hanya 1 sahaja...kita boleh buat semua sekali teknik tetapi kena buat 1 persatu..bila teknik pertama berhasil pergilah ke teknik seterusnya..

antara teknik yang ada..

1) teknik OD+ASB
2) teknik OD+ASB+CC
3) teknik OD+ASB+loan easy RHB
4) teknik OD+OD+ASB
5) teknik OD+ASB+ASW
6) teknik OD+umah
7) teknik OD+ASB+CC+EMAS
8) teknik Current Acc+ASB+CC

9)
10)

silalah tambah jika ada teknik lain..

Saturday, April 17, 2010

9.PILIHAN KAD KREDIT

salam kengkawan..

dalam pemilihan CC(card Credit@credit card) kita kena tahu caj yang dikenakan oleh bank tersebut..
dan perkara2 yang perlu di titik beratkan..
aku senaraikan ckit apa yang penting dalam pemilihan CC nie..

1) adakah caj rm 50 dikena ( ada bank yang boleh cancelkan)
2) bila stament date dan due date
3) berapakah interest klu kuarkan cash advance
4) berapakah caj yang dikenakan klu kuarkan Cash Advance (CA)
5) adakah CC tersebut ada selalu offer rebat and Free interest caj

that one adalah basic yang sememangnya kita dah tahu dah..

tp bank maner yang offer murah caj...
dalam Team OD nie kita targetkan camner kita nak jadi orang 'paling kedekut' kuarkan duit dalam OD..

ok bank yang aku prefer korang buat adalah....

1) Bank Islam
kelebihannya adalah 20 hari free tanpa interest caj ( semua bank offer kecuali Charge Card Al-Rajhi dan CC biz hong Leong)
kelebihan lain Cash Advance dikenakan pada kadar RM25 @ 5% mana lebih tinggi
kiraan RM 1,000 CA dikenakan RM 25..
kelebihan lain BIMB senang di cari di mana lah..hehe
kelebihan lain BIMB selalu gak Offer Free CA interest

2) Bank United OverSea Bank (UOB)
kelebihan yang sama iaitu 20 hari interest free
kelebihan lain CA dikenakan pada kadar RM 20 @ 5% mana lebih tinggi
kiraan RM 1,000 dikenakan RM 20
tp bank UOB nie payah ckit nak cari

3) Bank Rakyat
kelebihan yang sama iaitu 20 hari interest free
kelebihan lain CA dikenakan kadar RM 30 @ mana lebih tinggi
kiraan RM 1,500 dikenakan RM 30.

4) Bank Simpanan Nasional
kelebihan yang sama iaitu 20 hari interest free
caj CA dikenakan mahal ckit RM 50 @ 5% mana lebih tinggi
boleh dikeluarkan di kaunter

5) Bank Al-Rajhi
kelebihan adalah yang paling OK iaitu 55 hari interest Free
Caj dikenakan sama mcm BSN

6) Bank Hong Leong
kelebihan adalah yang paling-paling OK iaitu 60 hari interest free
kelebihan hanya pada orang yang ada perniagaan sahaja..

7) bank lain adalah sama sahaja cuma CA caj adalah RM 50

kenapa saya cita pasal CA ajer...
ada antara kita yang gunakan CC untuk tujuan CA..
tp kena belajar ckit n saya ada tip tuk kuarkan CA nie..

klu kita tgk diatas klu kita buat CA kita kena RM 50 bagi pengeluaran RM 1,000
emmmm..klu nak kuarkan RM 5,000 kena baper caj dia???
5,000 x 50= RM 250

peh mahal tu..rugi jar klu kita kuarkan Cash Advance (CA) nie...

mai aku ajar ckit camner RM 250 tu bleh jadi RM 50-70 jar...
caranya adalah:-
kita pergi maner2 bank yang tawarkan service swip CC
mcm di BSN dan Maybank..
kita gi sana dan bagilah 3 CC(BIMB,BSN,UOB)
cakap setiap satu kita nak kuarkan RM 4,000..

oppss lupa bukan gi ATM tp kita pegi terus ke KAUNTER
hulur jar CC tu kat Banker..
pastu cakap nak buat CA..
cara pengiraan klu kuar CA pakai kaunter tak kira kad apa2 pun..
4,000 atas lebihpengeluaran hanya caj RM 50 @ 5% maner lebih tinggi bagi setiap kad..
maksudnya RM 50-70 tuk RM 4,000..tu..
kita dapat jimat RM 250-50@70=????

harap membantu


Link Team OD

8.TUJUAN WUJUDKAN TEAM OD

salam kengkawan

apa tujuan sebenarnya aku wujudkan thread nie...

sebenarnya dalam topic ini aku lebih suka cerita tentang OD..
ramai yang masih kabur dalam penggunaan OD dan ada yang paham sikit2 jar dan terus buat OD dan akibatnya duit OD digunakan tanpa planing yang betul dan sijil ASB yang dicagarkan ke bank hangus camtu jar...

dalam post nie aku lebih suka cerita camner nak tingkatkan saving kita gunakan OD dan tool lain seperti CC( credit Card)..

perkataan saving nie dah lama kita dengar dari sekolah lagi..
memang tak di nafikan ramai berjaya setkan simpanan bulanan mybe contoh RM 300 sebulan...tp kita ingat balik adalah RM 300 tu kekal dalam saving kita tuk jangka masa yang lama..emmm aku leh cakap paling lama pun 3@4 bulan jar leh bertahan lepas tu kita korek balik dan gunakan...tak salah tp sampai bila nak camnie..orang cina duk sibuk saving di ASW,ASN,A1M pakai keta besar BMW etc..kita masih harap taraf BUMIPUTRA tu lagi tuk dapatkan pinjaman..

saving sebenarnya penting untuk kita mengubah cara hidup kita..kita nak tinggalkan dan ubah pengalaman ujung bulan yang tidak ada duit dan ikat perut nak sampaikan gaji bulan seterusnya...peritttt nyaa..

marilah kita belajar camner nak saving dengan kaedah dan teknik yang betul..

Thursday, April 15, 2010

7.OD DAH ADA NAK BUAT APA????

salam kengkawan

ramai sebenarnya cepat faham apa kelebihan OD..tp bila kita tanya balik diri kita nie..kita nak buat apa ngan OD nie????

emmm...

sebab tulah aku nak ajak geng2 lama and tahu manipulasi CC or teknik lain sembang camner teknik korang gunakan OD nie..
memang sedap abiskan duit nie tp takkan kita nak guna abis camtu sahaja...

pada aku sebenrnya kita bila dah faham apa tu OD kita bleh pikirkan secara logik camner nak tingkatkan saving kita..
kat cnie ada beberapa teknik yang akan aku ceritakan..antara teknik yang ada iaitu:-
1) teknik OD+ASB
2) teknik OD+ASB+CC
3) teknik OD+ASB+loan easy RHB
4) teknik OD+OD+ASB
5) teknik OD+ASB+ASW
6) teknik OD+umah
7) teknik OD+ASB+EMAS
8)
silalah tambah jika ada teknik lain..

semua teknik di atas adalah teknik yang boleh digunakan dalam tingkatkan financial kita..
semua terpulang pada korang sendiri...


link Team OD

6.PENGIRAAN INTEREST OD

salam kengkawan

melangkah ke step yang lebih maju..
untuk pengetahuan kekangwan penggunaan OD ini dikenakan interest oleh pihak bank..heheh bukan guna free jar...
interest OD bergantung kepada BLR semasa dari Bank Negara Malaysia..
sebelum ini kita tahu yang BLR adalah 5.5% sahaja tetapi pada bulan april 10 BNM telah naikkan BLR kepada 5.8%.

interest OD adalah dikira secara Daily rest---- hari2 kena interest.

interest daily rest
sebenarnya interest Daiy rest adalah yang baik coz ianya adalah interest secara harian bukan yang tetap..bayangkan contoh satu bulan kita ada 31 hari..jika kita pakai flat rate kita tetap akan kena bayar interest yang sama sedangkan kita bayar awal..tetapi daily rest ini kita akan bayar ikut hari jika bayar awal maka rendah interestnya..harap membantu.

back to topic
langkah pengiraan OD

pengiraan interest OD adalah dikira Daily rest..dan akan dipotong lamsum pada akhir bulan..
cara pengiraan interest OD jika kita dah guna 6k..

BLR-1(5.8-1)=4.8

4.8 / 365 / 100 x 6000 = A (interest 1 hari)

A x 31 hari = interest sebulan..

atau

BLR - 1% p.a
5.8 - 1% = 4.8% p.a
if guna RM6k

camni:-

RM6,000.00 X 4.8% / 365 DAYS = 0.7890 CENTS PER DAY

RM0.7890 X 31 DAYS = RM24.4602 MONTHLY

But...u must be pick up about the economic culture, cant be effect the BLR
try to change the new package...use the FDR rate......


link Team OD

Wednesday, April 14, 2010

5.STEP BUAT OD

salam kengkawan

post ini aku wujudkan adalah untuk ceritakan step untuk membuat OD..

stepnya:-
1) ok kita andaikan modal dah ada dalam 15k ( tak kiralah dari simpanan sendiri ataupun personal loan).
2) lepas kita masukkan 15k tu dalam akaun ASB kita sendiri
3) lepas tu kita pergi PNB terdekat dan beritahu awek comel kat cna kita nak buat sijil ASB dengan 15k tadi..pastu kita akan isi borang dan tulislah kita nak buat sijil tuk 15k tersebut, kita akan di panggil ke kaunter dan banker akan buat sijil kita tu..
4) kita dah berjaya dapatkan sijil ASB dengan nilai 15k

gi minum dulu...

5) pastu kita pegi ke bank RHB dengan bawa siji ASB 15k tadi..
6) kita cakap ngan banker RHB nak buat OD dengan cagar sijil ASB kita..bank akan proses permohonan kita..
7) sijil ASB kita akan di tinggalkan di bank sebagai cagaran membuat OD..

biasanya permohonan akan makan masa 3 minggu hingga 4 minggu ikut banker..

8) dapat kelulusan dari bank n dia akan call kita tuk sain dokumen..
9) bank akan beri kita 3 perkara
1) buku cek
2) kad ATM
3) kad internet banking ( tp sekarang sudah tiada )

10) apabila duit OD dah masuk dalam current acc kita..kita lehlah gunakan seperti yang di 'plan' kan..

emmm...OD leh di buat di 2 bank iaitu:-
1) RHB Bank
2) CIMB Bank

3) maybank

link Team OD

Monday, April 12, 2010

4.BANK MANA OFFER OVERDRAF

salam kengkawan

mybe ada antara kita tak sure bank maner kita nak gi untuk apply OD nie..
untuk makluman kawan2 kita ada 3 bank yang boleh apply OD
antaranya iaitu:-

Interest Rate (%) MOA Fees & Charges
RHB BANK - BLR - 1.0 95% RM150
CIMB BANK - BLR - 1.65 90% RM160
MAYBANK - BLR + 0 90% RM90 + 0.5% of OD amount
Showing 1 to 3 of 3 entries

pilihan di tangan anda.....

(1) source: RHB website

Interest Rate : BLR – 1% (Daily rest)
Loan Amount : 95% of ASB Certificate (min RM10,450)
Fee : RM150

(2) source: nearest CIMB branch

Interest Rate : BLR – 1.65% (Daily rest)
Loan Amount : 90% of ASB Certificate (min RM10,000)
Fee : RM162


(3) Maybank

Interest Rate : BLR + 1% BLR + 0% (Daily rest)
Loan Amount : 90% of ASB Certificate (min RM??)
Fee : RM90 + 0.5% of OD amount

pada aku yang paling aku sugest dalam nie adalah RHB n CIMB sahaja..

1) klu kita pilih RHB kita akan dapat lebih wang berbanding CIMB (95% dr ASB)
2) klu kita pilih CIMB kita ada kelebihan intrerst yang murah BLR-1.65%

so pilihlah...


link Team OD FB

Saturday, April 10, 2010

3.PAHAMKAN APA KEGUNAAN OD

salam kengkawan

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

1.Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit
dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
2.Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
3.Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
4.Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
5.Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan
masukkan ke ASB.
6.Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara
SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
7.Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan pada bulan depan menggunakan OD.
8.Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

1.Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun
kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit
ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
2.Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit
dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin
kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
3.Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk
kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
4.Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan
OD. Daily interest.
5.Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD
menggunakan buku cek.
6.Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum
DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi
duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
7.Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti
bulan pertama.
8.Masukkan kesemua gaji ke OD.
9.Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit =>
Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% l
lebih dari gaji aku.
10.Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari
OD menggunakan buku cek.
11.Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan
Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.


author- khairul-bebas hutang

2.OD hendak buat apa?

salam kengkawan

ramai antara kita sebenarnya adalah orang yang rugi kerana lambat ketahui RAHSIA OD ini..
sebelum ini ramai beranggapan yang OD nie adalah untuk kegunaan orang bisnessman, kontraktor dan untuk orang cina sahaja...
sedih bila kita pikirkan perkara nie..

sebenarnya kita tak perlu jadi seorang bisnesman untuk mebuat OD nie..kita hanya perlukan sekeping sijil asb yang perlu di cagarkan dengan pihak bank dan bank akan bagi kita OD dengan nilai OD 90%@95% dari nilai sijil yang kita cagarkan..
senang jer...


link Team OD

1.OVERDRAF (OD)

salam kengkawan

OD adalah singkatan perkataan dari OverDraf.
OD adalah satu kemudahan dimana bank membenarkan pengeluaran wang melebihi had yg dibenarkan.
Interest akan di-caj keatas jumlah wang yang telah digunakan dan dikira berdasarkan daily rest.


Urusan boleh dibuat melalui ATM, buku cek atau online banking.bagaimana nak keluarkan wang adalah cara yang biasa kita keluarkan wang kat bank cuma yang membezakan adalah kita dikenakan caj ke atas setiap wang yang kita keluarkan...

link Team OD FB