Saturday, April 30, 2011

LAYAN VIDEO DARI KLATE

Salam kengkawan
disebabkan aku baru balik dari klate jom kita layan jap video dari klate nie....














RELAXKAN KEPALA BERSAMA KELUARGA

Salam kengkawan

aku dalam mode cuti lagi..heheh yerlah cuti aku lulus dari 25/4/2011 hinggalah 1/5/2011...so pada 25/4/2011 aku bertolak ke Kelantan untuk bercuti semala 4 hari..
sebelum aku bertolak aku dapat SmS dari member aku yg mem dia selamat melahirkan baby firts diorg jam 6 pg..sepatutnya due baby tu kuar pada pertengahan bulan mei..heheh mybe dah tak sabar nak tgk muka dady n mumy dia gaknyee...apa pun tahniah kepada Insp Nik Muhamad Hafiz dan pasangannya Siti Khadijah...sebelum bertolak aku singgah jap kat Hospital Colombia Taiping...

(mem aku pun tak sabar nak baby lagi..hehehe)

(comel baby nie)

ok berbalik pada cuti2 Malaysia aku plak...

Kenapa pergi kelantan? apa yg menarik kat cna?
heheh mmg ramai tanya aku kenapa aku pilih kelantan.takkan nak shoping jer..sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku suka sgt nak gi kelantan dan mem aku pun sukakan Kelantan dan mem aku nie ngidam nak makan nasi kukus..sila lihat pic


saper yg dah rasa nasi kukus nie tahulah betapa seleranya makan nasi yang hanya nasi + ayam goreng + timun dan sedikit kuah..peh!!! lauk yang se simple nie pun leh menyelerakan...tak tau lah apa sedapnya nasi kukus nie..pada geng yg belum rasa pergilah kelantan dan cari nasi kukus nie...heheheh

sebelum aku bertugas di Taiping nie aku kerja kat Kota Bharu, Kelantan nie...so aku mmg tak kekok lah bercuti kat klate nie..4 hari berturut mem aku makan nasi kukus..sampai dia pun dah jemu.. apa taknye t/hari nasi kukus, malam nasi kukus, cuma sarapan pagi jer kitaorg melantak makan kat hotel...hahahah
masa kat cna jugaklah aku gi shoping window kat rantau panjang dan juga pengkalan kubur..tp dari pengamatan aku nie harga2 telah naik dari 3 tahun lepas..naik tak ingat dunia...kain batik dari harga cuma RM 7 telah naik sampai RM 13 sehelai...wah!!!! betul2 nilai matawang kita telah kecil....
pastu ada juga kitaorg gi ke Wakaf Che Yeh dan suasana pun dah lain...ada deretan kedai baru kat cna..harga pun boleh tahan...sampai mem aku pun tak tau nak shoping apa..mcm tak berbaloi plak...
4 hari tu mmg relax kepala aku tak pikirkan hal2 kerja..harga emas/silver yg turun naik dan mcm2 hal lagi, dapat jumpa geng lama sambil makan nasik berlauk..cuma aku still hantar email kepada pembeli2 ebook aku..

oklah layan Pic anak2 aku masa percutian tu....


(masa Breakfast kat hotel)


(time shoping kat Rantau Panjang)


( nie plak..time shoping kat P/Kubur)


(bergaya dgn baju baru beli Upin Ipin - Pantai cinta berahi)


(keluarga bahagia)

Friday, April 29, 2011

ADAKAH BUKU CEK ANDA DIGUNAKAN SEPENUHNYA?

Salam kengkawan

Ramai orang menggunakan Overdraf dan secara automatik tentunya ko akan ada Current Acc sama ada dari RHB bank ataupun CIMB bank, bila dah ada Current Acc ko akan dapat sebuah buku cek.
ada juga kengkawan kita tiada OD dan menggunakan curent acc sebagai tool menggantikan OD dan semestinya juga akan terima buku cek.

Apa tu buku Cek?
Buku cek adalah helaian kertas2 yang di keluarkan oleh pihak bank kepada pemilik akaun untuk digunakan bagi tujuan pembayaran tanpa menggunakan Cash/Tunai hanya dengan pengesahan tandatangan.

Tetapi persoalannya berapa orangkah yang betul2 menggunakan buku cek tersebut?
dan berapa orangkah yang beri buku cek tersebut kepada anak2 untuk dijadikan kertas conteng?

kenapa jadi begitu?
sebab pihak bank ada bekalkan kepada pemilik curent Acc ini kad ATM..so ramai dari kalangan kita hanya menggunakan kad ATM untuk keluarkan wang mereka.mmg aku tak nafikan dengan ada kad ATM nie juga memudahkan kerja2 kita tetapi dalam jumlah amaun yang kecil tetapi bagaimana dengan amaun yang tinggi iaitu sampai 10k..adakah sesuai korang nak keluarkan wang tunai banyak tu nak ke sana dan ke mari membayar hutang atau sajer nak ambil gambar lepas tu masukan dalam FB korang...hehehe tak payahlah terpikir sampai camtu..ko leh google kat internet dan boleh dapatkan gambar2 duit tu...

adakah buku cek ini penting dalam merancang kewangan kita??
jawapan aku adalah YA.

kenapa?
sebab aku menggunakan cek untuk semua urusan aku seperti:-
  1. aku gunakan cek untuk bayar hutang kad kredit aku
  2. aku gunakan cek untuk bayar ansuran rumah aku untuk jumlah setahun
  3. aku gunakan cek untuk bayar ansuran kereta aku untuk jumlah setahun
  4. aku gunakan cek untuk bayaran peguam
ya, banyak urusan aku gunakan cek, sebab pada aku ianya amat memudahkan kerja aku..
aku nie bukan jenis orang yang suka pergi ke bank, pergi cucuk kat ATM pastu pergi plak kat bank lain untuk bayar ansuran kereta, rumah, etc
cara aku adalah keluarkan buku cek yang RHB bagi aku dan bayar hutang aku tu...

  • bagi yang no 1 kat atas tu aku dulu ada 3 CC yang mana penggunaan CA CC aku sampai 10k bagi 3 CC..so aku akan gunakan 3 keping cek untuk membuat pembayaran mengikut due date CC dan aku akan awalkan 3 hari kerana urusan cek makan masa 3 hari bekerja dan aku akan masukan cek tu kat mesin deposit cek sahaja..tak payah nak beratur2 kat kaunter....
  • bagi yang no 2 nie aku keluarkan terus 12 keping cek dan setiap helai cek aku tulis amaun, tarikh mengikut bulanan.ianya mmg amat membantu aku daripada pergi ke bank jer setiap bulan. ada banyak kelebihan cara aku nie iaitu aku tak takut terlepas bayar ansuran bulanan atau aku tak takut nama blacklist dalam CCRIS. housing loan aku nie menggunakan daily rest so aku akan bayar tambahan setiap bulan bagi mencepatkan hutang aku habis.
  • bagi yang no 3 nie aku buat sama jer mcm yang nombor 2 kat atas..aku bayar dalam jumlah amaun tetap.sebab kereta nie jgn bayar lebih..rugi jer....
  • bagi yang no 4 nie adalah cara pembayaran aku bagi amaun yang tinggi lah kepada peguam, tak kan aku nak bawak cash banyak2 plak dan kira satu2 depan laywer tu plak..hehehe
  • aku juga gunakan cek untuk pindahkan wang aku ke maybank, kenapa tak gunakan internet banking lagi mudah..heheh klu aku pakai internet giro transfer tu kena caj bro...klu pakai cek free jar cuma makan masa 3 hari lah..aku buat pindahkan wang tu adalah untuk aku mudah berurusan untuk shoping(debit card) memudahkan urusan membayar sewa rumah, bil api, astro, bil air, telekom dan mcm2 lagi..klu ko nak cek wallet aku mmg aku hanya ada dalam RM 50 jer
penggunaan cek aku bukan hanya kepada 5 perkara kat atas tu, kadang2 aku gunakan untuk bayar kepada pelbagai guna janji ianya diterima orang yang menerima. moral of post adalah korang jgnlah bawak cash banyak untuk bayar semua hutang korang tu..gunakanlah kemudahan buku cek yang telah disediakan tu.
mula2 mmg korang rasa leceh sebab dah biasa bayar hutang pakai cash.tetapi ianya amat membantu korang dari merancang kewangan yang betul.
ini adalah cara aku..mybe ada cara yang lebih baik yg kengkawan gunakan dalam merancang kewangan ko sendiri....jom kita share bersama....

Monday, April 25, 2011

ALAHAI NASIK LEMAK OHH NASIK LEMAK

Salam kengkawan

Dalam masa seminggu nie klu kita perhatikan kat dalam berita TV, Radio sibuk cita pasal makanan nasi Lemak..klu nak ikutkan aku dulu makan nasi lemak nie waktu pagi jer time aku sarapan..mak aku buatkan..tu pun masa weekend..nasi lemas lauk telur dan sambal ikan bilis..peh!!! tak ingat sedapnya mak aku buat...siap aku ulang lagi dalam kul 10 pg (kudapan)..hahaha
tp bila aku belajar dulu kat KL aku dikejutkan budaya makan nasi lemak waktu malam...wah!!! mmg selera..siap ada lauk2 mcm org makan lunch....
tp lain pula cita orang politik sekarang..mcm hal nak jadikan isu..mai kita baca artikel nie

KUALA LUMPUR, 23 April -- Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian berkalori tinggi yang tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong.

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama, sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari. Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori, jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan 'Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat-Mulakan Awal' di sini Sabtu.

Beliau berkata ibu bapa perlu menanamkan tabiat makanan secara sihat dalam diri anak masing-masing kerana usaha itu akan menjadi lebih sukar apabila mereka meningkat remaja.

"Kami percaya bahawa mesej tentang makanan secara sihat perlu disampaikan kepada kanak-kanak sejak usia muda seawal tiga tahun lagi," katanya yang menggesa ibu bapa meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan.

Dr Tee berkata kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah merupakan golongan paling berisiko terhadap kesan malnutrisi kerana mereka sedang membesar secara fizikal, selain mengalami perkembangan mental, emosi dan sosial pada peringkat ini.

"Berlebihan dan kekurangan pemakanan bukan sahaja boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kesihatan anak-anak, malah berlebihan berat badan akan membawa kesan kesihatan yang tidak diingini di masa hadapan.

"Ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi terhadap penyakit berjangkit seperti darah tinggi dan diabetes pada usia muda," katanya.

Karnival dua hari NMM 2011 di Pusat Pameran MidValley, yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Anjli Doshi-Gandhi, bertujuan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak menerusi pedidikan makanan.

Turut dilancarkan ialah dua penerbitan utama NMM iaitu buku 'Resepi Hidangan Berkhasiat-Resipi Mudah Untuk Si Manja yang Sedang Membesar' untuk ibu bapa dan buku 'Ceria dengan Gaya Hidup Sihat' untuk kanak-kanak.

lepas kerajaan wujud KPI yang mengukur prestasi kerja org gomen..sekarang lain pula citanyee semua rekod pelajar sekolah akan ada rekod BMI (body mass index) sebab apa??? sebab budak2 sekolah dikatakan GEMUK kerana makan nasi lemak, ada yang kata juga makan nasi lemak otak jadi lembab...adakah ianya benar??? dan sekarang dikatakan makanan nasi lemak akan disekat dari dijual di kantin sekolah...
pada aku aku setuju dgn artikel kat atas tu..yer bukan nasi lemak jer punya masalah timbul...ianya juga disebabkan terlalu banyak kedai fastfood yang ada sekarang yang rata2 pelajar sekolah lepak sambil layan wifi disana sambil tunggu mak bapak ambil dari sekolah...dan ada jugak yang habiskan masa dengan main internet di kedai2 fastfood tersebut...so bukan guru sahaja yang harus disalahkan pada hal GEMUK nie..ibubapa juga harus celik pasal pemakanan harian anak mereka...
pada aku juga yang sememangnya BESAR nie...tak ada masalah berbadan besar tetapi ksihatan perlu dijaga dan pemeriksann kesihatan perlu di buat setahun sekali....
yang penting pada aku
  1. kurangkan makan fastfood
  2. kurangkan minum minuman ber gas
  3. kurangkan makan waktu malam
  4. kurangkan makan waktu tgh malam
  5. kurangkan ambil minuman manis pada waktu malam
  6. kurangkan makan roti canai waktu malam
  7. masa TT pun kena control hanya boleh minum sahaja Teh Tarik..heheh

Saturday, April 23, 2011

OPEN SALES EMAS !!!!!!

Salam Kengkawan

pada peminat dan pelabur Emas.. aku sedia bukak sales koleksi aku tp hanya nak let go 2 keping sahaja iaitu
  • 1 x 20g 999.99
  • 1 x 20g 999.99
open sales hanya 2 hari sahaja iaitu dari
  • 23/4/2011
  • 24/4/2011
berapa harga sekarang??sila lihat pic dibawah


harga bagi emas semasa 20g 999.99 adalah RM 3,338.00

jualan pada harga

1 x 20g = RM 3,250  ( diskaun RM 88)
2 x 20g = RM 6,400  ( diskaun RM 276 )

Jenis Emas = Public Gold
lokasi = Taiping
cara penghantaran = hand 2 hand only

(keutamaan kepada kawasan berhampiran, coz senang nak hantar)

so sesiapa yang berminat silalah helo aku terus di talian
013-2375780


SALE
NOT SALE
(klik untuk besarkan)

rugi sesiapa yg tak beli emas aritu ngan aku..hahahah

Wednesday, April 20, 2011

CASH-CONECT EXTRA OVERDRAF FACILITY

Salam kengkawan





Arinie masa aku gi RHB bank hendak cash balik Bank Draf lelong tanah aritu, aku di panggil oleh officer nie..heheh "bob mari sini jap" lepas tu kak tu pun kasi aku form pasal Cash-Conect Extra Overdraf Facility kat aku dan aku pun terkebil2lah..apa benda plak nie..malas aku nak layan insuran2 nie...aku baca jer..aku terpandang perkataan OVERDRAF, mcm nama team aku nie..hahahah
kak tu pun terus terangkan pada aku pasal cash-conect extra overdraf facility..dari apa yang diceritakan pada aku dan pertanyaan yang aku ajukan kak nie sebenarnya tak berapa faham lagi pasal skim 'overdraf' baru nie...mybe aku akan update dari masa ke semasa atau kengkawan yg tahu leh kongsi bersama.

kelebihan Overdraf ini adalah:-
  • Semua orang layak memohon umur 18 tahun ke atas
  • Tiada cagaran seperti sijil ASB
  • Tiada penjamin
  • menggunakan Curent Acc
  • Tiada limit Masa
  • Kelulusan cepat
  • Tidak melibatkan PNB
  • pinjaman boleh sampai 200k
kelemahan Overdraf ini adalah:-
  • interest yang tinggi 15% PA
  • jika pinjaman Overdraf jadi kosong interest akan jadi 20%-24% PA
  • Interest bukan dikira secara Daily rest seperti OD lain
banyak jugak soalan yang aku ajukan pegawai bank nie tak boleh jawab..biasalah pasal interest tu...bagaimana dikira? secara daily rest atau PA..dia cakap mcm kad kredit cuma berbentuk Overdraf..heheh pening aku...
mybe pihak bank nampak yang ramai orang sibuk nak aplly OD tetapi tidak lepas, dan pihak bank telah kenalkan skim baru nie dan kenapa interest dia tinggi adalah kerana pinjaman OD nie tiada CAGARAN mcm OD biasa yang perlukan cagaran sijil ASB...nanti ada maklumat terkini aku akan update..
cuma apa yang aku lihat ianya sama mcm pinjaman PL yang lain sahaja tetapi interest yang sgt tinggi berbanding PL..pada aku baik aplly PL yang hanya 4%-5% dan kemudian buat curent acc...sama jer..hehehe
sama2lah kita kaji dulu sebelum ambil OD nie....

update:
sila rujuk syarat yang dikeluarkan oleh RHB ini
link
PDF

RESTRUCTURE BALIK EXCEL PLANING TAHUN 2011

Salam kengkawan

baru2 nie aku perhati balik aku punya excel planing tuk tahun 2011 kemudian aku buat lagi sampai dec 2012 dan aku lihat memang aku ada masalah untuk tahun 2011 dan perlu berehat dari hal2 pelaburan Emas nie...mcm2 aku plan tahun nie takut tak tercapai plak..sebab apa aku nak berehat adalah aku nie bukan beli emas untuk di jual balik..aku beli untuk simpan sahaja...jual time betul2 aku rasa menguntungkan...

mybe story aku nie boleh dijadikan teladan masa hadapan...

pada bulan Oct 2010 aku ada membuat pajakan emas aku l/kurang 
  • 13 ketul emas 20g
  • 1 ketul 5 dinar
  • 15 ketul 1 dinar 

di Ar-Rahnu Agro bank..dengan nilai pinjaman mencecah 35k dan dalam masa 6 bulan yang lepas aku telah tebus 3 x 20g, 1 x 5 dinar dan 15 x 1 dinar dan yang gagal aku tebus adalah
  • 10 x 20g lagi
dan pada bulan mac 2011(bulan lepas jer) aku telah bayar upah simpan sebanyak RM 1,280 bagi tujuan aku nak sambung lagi 3 bulan..pehh!!! rasa rugi plak aku kerana aku tak double cek perkara nie..so pada yg ada pajak banyak mcm aku silalah cek balik upah simpan emas korang tu....mcm aku nie tak perlah boleh bayar upah simpan..aku takut yang tak boleh bayar langsung dan emas tergadai...

kenapa aku tak buat surat pajakan yg baru dan sambung 6 bulan lagi???
sebab bila aku sambung aku kena caj upah yang baru dan nilainya yang tinggi dan nilai pinjaman yang rendah iaitu pihak Ar-Rahnu Agro telah tetapkan pinjaman bagi emas waffer@coins hanya 65% sahaja..so aku nak rempit overlaping emas tu tak boleh..heheheh memang hampeh!!!..so aku terpaksa sambung 3 bulan lagi...

sebab kat atas nielah aku bukak balik kitab aku(excel planing) dan kaji balik bagaimana aku nak buat...sebenarnya,dari apa yang aku lihat aku mmg tidak ada masalah sebenarnya tetapi yang menjadi serabut kepala aku adalah aku terpaksa keluarkan wang ASB aku tuk bayar balik dekat 20k pinjaman Ar-Rahnu Agro tu...tobat aku nak rempit lagi..hahahaha..bukan apa aku sayangkan duit ASB aku tu..hahahaha, tak perlah(sedapkan ati)..emas pun kira aku simpan jugak cuma medium nya lain bukan WANG tetapi EMAS....

sebelum aku melangkah ke pelaburan EMAS......

sebelum aku melangkah ke pelaburan emas aku boleh saving ASB sebulan dalam 2.5k (dengan gaji bersih yang hanya 2.7k) tetapi disebabkan pelaburan emas nie aku terpaksa kurangkan jadi 1k sahaja saving ASB sebulan dan aku ada adjust2 bagi cukupkan duit aku untuk tebus emas aku kat Ar-Rahnu dan hasilnya dalam masa 6 bulan lalu aku berjaya tebus hanya:---
  • 3 x 20g
  • 1 x 5 dinar
  • 15 x 1 dinar
yang  bernilai keseluruhan 15k...lagi 10 x 20g aku gagal untuk tebus..disebabkan 10 ketul nielah aku serabut kena bayar RM 1,280 tu...see3, korang rasa rugi tak aku kena bayar buta2 jer kat Ar-Rahnu...so aku terpikir tak nak serabut kepala dan masa aku...aku nak tebus semua sekali pakai duit ASB aku...jgn tanya aku kenapa tak pakai duit OD aku...klu korang dah beli EBOOK aku memang ko leh faham kenapa aku buat camtu..

so, pikir2kanlah akibatnya klu kita merempit terlalu banyak emas tu...mmg kedekut aku nak bayar balik pajakan emas aku tu..heheheh..tp bukan aku menghalang korang dari beli emas, tp maksud aku adalah korang kena tahu akibat jangka panjang dahulu sebelum pajak emas korang kat Ar-Rahnu...
apapun setelah aku nilai balik emas aku tu aku dah untung jugaklah walaupun aku ada bayar upah simpan dekat 1.5k sebelum nie.....
pada aku CASH STILL A KING

so kengkawan sila tunggu aku nak let go emas nie....bukan tahun nie tp tahun depan atau tahun depannya lagi...

Monday, April 18, 2011

ADAKAH BETUL KWSP BUKAN UNTUK ORANG KERJA KERAJAAN STATUS PENCEN?

Salam kengkawan

"Saper kerja kerajaan sekarang memang untunglah"
stement dari geng yang bukan kerja gomen yerlah setiap tahun CUEPACS akan minta mcm2 dengan pihak kerajaan..mintak gaji minimumlah..mintak gaji naiklah..mintak elaun dinaikanlahh, perjuangkan COLA dan mcm2 lagi..sampai org bukan kerja kerajaan pun marah...disebabkan gaji org2 gomen nie naiklah.. harga2 barang pun naik..heheh betul ker stament disebabkan gaji gomen naik harga barang pun naik..hehehe, pada aku mybe secara kebetulan jer, mmg harga barang nak naik nak buat camner...aku yang kerja Gomen pun rasa seronok sebenarnya sejak 2 menjak nie cuepacs mmg buat kerja diorg dengan cukup bagus xpecialy Datuk Omar Osman...kasi panas!!!!

pada yang kerja swasta pun ada kelebihan dia jugak..org gomen skrg dah tak boleh nak aplly lagi buat OD coz syarat baru yang dikenakan. syarat baru itu adalah kena ada perniagaan/SSM dan juga lesen PBT. kita org gomen nie tak boleh terlibat secara langsung atau tidak dalam perniagaan selagi tidak dapat kebenaran bertulis..yang main belakang tu biasalah...cari site income kata dia.aku pun tak boleh dah nak mohon OD kerana masalah nie..
orang kerja swasta plak yang ada KWSP pun ada kelebihan lain dimana
  • nak beli rumah boleh keluarkan duit dari KWSP....
  • nak beli laptop juga pihak KWSP benarkan pakai duit KWSP..
  • orang swasta nie boleh bayar ansuran rumah pakai duit KWSP boleh sampai 1 tahun...menarik bukan
wahh!!!! hebatnya penangan KWSP nie...rugi orang kerja gomen tak boleh guna KWSP lagi coz masing2 join skim pencen termasuk aku....hahaha padan muka aku. tp pada geng2 kerja Gomen jgn risau coz kita pun boleh dapat kelebihan mcm diorg nie.....aikk camner plak.. hahaha..nantikan di post aku yang akan datang....


hahah menyirap jer geng2 baca ayat last kat atas tu...ok kengkawan  yang kerja Gomen aku nak cita ckit iaitu apa yg aku cakap kat atas tu mmg kita boleh buat..syaratnya korang masih ada lagi akaun KWSP...
pada geng yang dah keluarkan semua tu mmg tak boleh praktikkan..nie aku nak nasihatkan pada yang masih dalam pantang dan tunggu nak confirm pengesahan jawatan..rata2 geng gomen mmg tunggu saat pengesahan jawatan coz boleh keluarkan wang selepuk..boleh kawin, boleh beli kereta baru, boleh buat deposit beli rumah(yg nie aku galakkan) dan mcm2 hal...nak bercuti pun tunggu duit KWSP....

ok camnie storynya(kisah lama)..aku ada pergilah kat KWSP dan sememangnya aku yg kerja gomen nie ada bertanyalah...camner nak keluarkan wang aku dalam KWSP nie...tp bila aku tgk dividen dia l/kurang 4%-5% setahun aku terpikir cara lain plak..aku tanya kak tu..." klu sy nie yg kerja Gomen dan tak nak keluarkan KWSP saya boleh ker?" jawapannya: "Boleh dik"..wah sudah baik nie...setiap tahun aku akan dapat 4%-5% dividen dia..aku tanya lagi..
"kak, saya nie kerja gomen..so lepas nie mmg dah tak ada caruman lagi..ada cara lain tak yg membolehkan saya buat caruman sendiri" jawapan: "apa plak tak boleh" " nah ambil borang nie, fotostat banyak2 dan isi bila nak buat caruman, minimum caruman adalah RM 50 dan lepas tu gi Maybank dan Bank( aku lupa lagi 1 bank) korang cek balik dan bank-in wang tu dalam akaun KWSP "...

see...daripada korang "matikan" caruman KWSP hanya untuk sedikit kemewahan sementara baik korang melabur lagi dengan dividen yang aku boleh cakap berbaloi..dan kemudahan seperti belian rumah mcm geng kerja swasta mybe korang boleh gunakan...

kepada geng gomen yg berminat untuk mencarum KWSP silalah ke KWSP terdekat....

sila lihat borang KWSP 6A 1
atau boleh rujuk website KWSP

Saturday, April 16, 2011

UPDATE LELONGAN AWAM

Salam kengkawan


sebelum nie aku ada cita pasal lelongan Awam -Tanah, sila rujuk post ini ..


lelong adalah semalam iaitu 15/4/2011
lokasi : pejabat Tanah Kuala Pilah
Hartanah : tanah 3 Ekar
jenis : Tanah Pertanian Getah
Lokasi : Mara Bukit Tinggi, Kuala Pilah
keadaan tanah: tanah berbukit
masa lelongan: 1030 pg


heheh...baru aku leh open lokasi kat mana, bukan apa daripada bidder 18 orang masa lelongan tu..kang bertambah jadi 40 bidder plak....


nak story mory ckit..aku dengan semangatnya dari Perak terus shot ke Kuala Pilah..aku bertolak jam 3 pagi dari Taiping dan selamat sampai ke Kuala Pilah Jam 830 pagi...aku masuklah kat pejabat tanah tu..dan aku lihat tak ada apa2 pun berlaku..hahahah yerlah baru jam 9 pagi lelong jam 10 pagi...aku pun terus tanya kak pejabat tanah kat mana biasanya lelongan awam di buat..dia pun tunjuklah perkarangan pejabat tanah tu...aku tgk biasa jer tak ada kerusi meja pun..hahah tak mcm lelongan2 sebelum nie aku pergi yang kerusi meja dah tersusun dan klu auction awam lain siap ada makan lg....yerlah nie kan lelong mahkamah tinggi
aku pun terus gi keta aku n  tido sat sambil senyum coz tak ramai orang datang..nak kata aku tido pun tak coz mcm2 aku pikirkan camner lepas nie aku nak buat dgn tanah tu..saper nak jaga coz aku kerja kat Taiping..jauh tu nak pantau tanah nie...dok sibuk berangan alarm HP aku bunyi..jam 950 pagi aku gerak masuk dalam pejabat tanah tu....PEHHH!!!!! ramainya manusia...plak tu masing2 pegang bank draf...masakk!!!!


auctioner pun sampai jam 1010 pagi dengan kot dia...org pun duk tuju dia..yerlah mana ada orang lain pakai kot gi pejabat tanah...bawah parang n cangkul adalah..hahahahah
apa yang aku tahu aritu hanya tanah tu jer yg dilelongkan..dan aku pun dah tak senang duduk coz ramai sgt...
lepas tu auctioner panggil "sesiapa berminat nak dapatkan tanah lelongan Mara Tinggi,Kuala Pilah sila tulis nama kat kertas nie" ...pehh!!! punyalah ramai orang berpusu2 kejar kertas tu n serahkan IC dan Bank Draf..hahahah

aku pun dengan langkah longlai pergi gaklah....try nasib...
aku daftar orang yang ke 8..pas aku abis tulis aku serahkan IC aku n bank draf..aku blah jer aku tgk ramai lagi dok sibuk nak isi nama kat kertas tu.....

tunggu..punya tunggu...dan tunggu lagi...auctioner pun panggil pembida2 sila ke hadapan..disebabkan tak cukup kerusi aku diri jer..punyalah ramai ada 18 orang nak bid tanah tu...
untuk makluman korang RP tanah tu hanya RM 12,900 sahaja tuk 3 ekar...mau tak ramai..hahahaha

aku dok perhati ramai bidder dari kawasan Kuala Pilah tu jer..cuma aku n ada geng dari JB mencuba nasib ...
auctioner baca syarat lelong dan biding sekali angkat adalah 1k..
lelongan bermula dengan hanya angkat tangan sahaja...saper nak up harga angkat tangan...dipendekkan cerita aku sempat angkat tangan 3 kali jer...tu pun melepasi harga aku tetapkan dan ianya mula mendaki hinggalah 36k..dan pemenangnya klu tak silap en kamarudin...tak pasti org mana..
hanncusss harapan aku nak dapatkan tanah tu...hahahah. tak per lain kali aku akan mencuba nasib lagi.
mybe ramai terpikir kenapa aku tak up lagi harga tanah tu..still murah..memang tp aku dah set harga aku yang mana aku nak beli secara cash yg aku telah limitkan sahaja....tak per rezeki tak ada ..
apa yg aku tahu sebelum nie tanah tu dah masuk lelong pada bulan lepas pada harga 15k tetapi sorang pun tak masuk...kali nie sampai 18 org plak...ish!!! apasal lah aku tak tahu bulan lepas punya auction tu....

apa pun memang seronok gi biding aritu coz semangat aku drive dari Taiping ke Kuala Pilah..lepas kalah aku terus shot balik Taiping terus..hahahah


moral of story yg aku belajar..sedia wang dulu sebelum gi bidding...

apa pun TQ kepada ajen yg bagi maklumat pada aku pasal lelongan tu Safuan...

Tuesday, April 12, 2011

ADAKAH KO DAH TAHU

Salam kengkawan

Adakah ko tahu yang harga emas sekarang sudah naik? hehehe of cource lah korang tahu tak ..heheheh
sekarang nie tren harga emas dan silver memang membuat hati2 pelabur tak senang duduk..mau tak nya nak tunggu harga turun tp lain plak jadinya...lagi2 harga silver sekarang..2 bulan lepas aku ada beli silver tuk otai dari kelantan..sila lihat pic dibawah:-

(klik untuk besarkan)

pada 7 feb 2011 silver 1 kg telah di beli pada harga RM 3,893(termasuk kos penghantaran) dan harga sekarang


klu korang lihat harga arinie adalah 12/4/2011 emas 1kg berharga RM 4,428

kiralah sendiri berapa kenaikan harga silver tersebut...hahah post kali nie sebenarnya aku nak cita pasal Ar-Rahnu Agro bank..adakah korang tahu yang Ar-rahnu Agro telah turunkan kadar pinjaman untuk emas bentuk syiling,waffer termasuk gold bar 916 dan juga 999.99 daripada kadar 70% kepada hanya 65% sahaja tetapi bagi emas perhiasan seperti gelang, rantai dan cincin pihak Ar-Rahnu Agro still kekalkan nilai pinjaman kepada 70% lagi, so kepada geng2 yang nak buat overlap pajakan sila standby duit tuk bayar upah simpan anda...kadar penurunan ini sebenarnya telah kuatkuasa bulan lepas lagi..

apa pun kena seting balik planing korang dan memang tidak rugi klu korang telah simpan emas tahun lepas punya belian coz harga telah naik sedikit..

open 2 komen

UPDATE 21/4/2011


kenaikan silver nie mmg dahsyat..so sesiapa yg ada duit beralihlah ke pelaburan emas...

Saturday, April 9, 2011

UPDATE TEKNIK OD+ASB+CC 2

Salam kengkawan


2) masalah limit CC hanya 2 bagi setiap individu

ok..kita sambung post yang lalu..

pada sesiapa yang ada ebook aku sila buka semula ebook korang m/surat 56 dimana tajuknya adalah teknik bayar CC ( 1/2. 1/3, 1/4)..di dalam teknik ini kita sedia maklum yang kita bermain dengan 3 CC atau lebih..yang mana kita juga sedia maklum pihak BNM telah ketatkan penggunaan CC.

Pihak BNM telah sekat penggunaan CC kepada 2 CC untuk setiap individu sahaja berkuatkuasa serta merta..so pembeli ebook yang tak sempat dapatkan lebih dari 3 CC akan hadapi masalah nak gunakan teknik di atas..
so jalan penyelesaian adalah teknik bayar CC 1/2,1/3 atau 1/4 tu kita keluarkan daripada list penggunaan teknik tersebut..

so step seterusnya adalah:-
sekarang kita akan hanya gunakan 2 teknik sahaja iaitu
  1. teknik gandaan ( m/surat 38 )
  2. teknik bertahan ( m/surat 70 )
dengan 2 teknik ini sahaja korang akan dapat menbuat simpanan 80% hingga 100% dari gaji bersih seperti biasa..so ianya simple sahaja dan kepada kengkawan yang email aku dan nak tahu adalah teknik dalam ebook aku nie sesuai lagi digunakan...dan jawapannya YA, MASIH HEBAT

untuk makluman rakan pembeli ebook aku

teknik gandaan adalah teknik yang WAJIB korang buat dan ianya adalah yang terbaik
manakala teknik :-
  1. teknik bayar CC (1/2, 1/3 dan 1/4)
  2. teknik bertahan
adalah teknik pilihan sahaja yang kamu perlu pilih untuk digandingkan dengan teknik berganda..so sekarang bayar CC (1/2,1/3 dan 1/4) sememangnya tidak sesuai lagi sekarang kerana sekatan pada CC..tetapi kepada sesiapa yang dah mmg ada lebih dari 3 CC..still boleh teruskan dengan gunakan teknik bayar CC 1/2, 1/3 atau 1/4 tersebut...

penggunaan teknik Gandaan dan teknik bertahan

merancang penggunaan 2 teknik ini di mana

ada beberapa langkah yang boleh kamu buat sepertimana di dalam ebook
  • Januari hingga ogos gunakan teknik gandaan dan sept hingga dis gunakan teknik bertahan
  • januari hingga sept gunakan teknik gandaan dan okt hingga dis gunakan teknik bertahan.
sila pilih cara teknik ko seperti contoh diatas dan pastikan pada hujung hujung DIS setiap tahun
Jumlah nilai CA CC ko adalah bersamaan dengan nilai Dividen ASB..

apa yang aku maksudkan dengan "pastikan pada hujung hujung DIS setiap tahun
Jumlah nilai CA CC ko adalah bersamaan dengan nilai Dividen ASB"

tahun 2011 dividen yang telah anda kira = RM 8,000
so pastikan penggunaan CA CC anda pada bulan Dis = RM 8,000 - 9,000 sahaja

so, pada awal januari setelah PNB umumkan dividen anda RM 8,000 sila keluarkan dividen itu dan bayar semua CA CC anda..

kenapa kena bayar semua??
sebab pada januari 2012 anda akan buat semula teknik gandaan dengan nilai CA CC 1k ( tetakluk kepada plan ) semula..

jika penggunaan CA CC anda 9k dan dividen hanya 8k? mana nak ambik?
anda boleh gunakan dari wang simpanan anda iaitu simpanan ASB tersebut dan jgn gunakan duit OD.

So sesiapa yang berminat hendak dapat ebook aku sila klik disini

LELONGAN AWAM - TANAH

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak open cita pasal hartanah nie,yerlah nak open pun segan aku coz ramai lagi otai boleh cita pasal hartanah nie mcm
tuan Bri, Zaidi ismail..asyik cita pasal Emas..Silver...pasal pelaburan ikan, cicak tokek..

o.k..klu ikutkan azam aku tahun nie..aku telah capai beberapa perkara tahun nie dan ada azam yang masih di jalankan

kali nie aku bakal masuk lelongan awam lagi tahun nie bagi memenuhi azam aku tahun nie yang nombor
5 tu


ya aku berangan nak beli tanah lelong jika tak 'call off' last minute..apa yang aku rancang adalah pada bulan 10 tp disebabkan offer lelong yang amat menarik dan lokasi pun menarik aku kena rebut cepat tanah tu...

lokasi lelongan: rahsia ( kang beritahu sebelum lelong korang serbu plak..heheh)
keluasan: 3 ekar
jarak ke pekan : dalam 8 kilometer
jarak tanah ke jalan besar: 500- 800 meter
jenis tanah: pertanian
keadaan tanah: dah ada pokok getah yang di anggarkan usia 2 tahun
Harga : rahsia jugak
MV : 60k  30k-40k
tarikh lelong: minggu depan

apa pun aku harap rezeki aku adalah untuk dapatkan tanah nie walaupun cita2 aku nakkan 5 ekar..tp 3 ekar pun jadilah..
klu betul2 kiraan aku..3 ekar nie anggaran ada 600 pokok getah...lagi 2 tahun bolehlah aku amik hasil..getah mahal sekarang iaitu cecah RM 8 kg..
aku tgk sekarang org nak pajak pokok getah pun paling murah mau RM 500- 1k seekar..
tp aku tak pastilah itu mahal atau murah..

apapun aku akan update pasal lelongan tu..sama ada aku berjaya bid atau tak..


UPDATE: lelongan tanah awam

Tuesday, April 5, 2011

UPDATE EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC

Salam kengkawan

ini adalah post bagi pembeli dan bakal pembeli Ebook Teknik OD+ASB+CC..
ramai mengeluh dengan keadaan kerajaan yang menyekat pelbagai Tool yang kita gunakan
seperti :-
1) masalah mengetatkan permohonan OD
2) Masalah limit CC hanya 2 bagi setiap individu

disini aku cuba 'cold down' perasaan yang 'mcm2' tu..

1) Masalah pertama iaitu masalah permohonan OD

sebenarnya ini bukanlah masalah besar..cuba pihak PNB minta 2 syarat tambahan kepada sesiapa yang ingin aplly OD ini iaitu
  • Daftar niaga SSM
  • Lesen dari PBT
secara ringkas - Daftar niaga SSM adalah lesen yang perlu di mohon daripada Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) - kos dia adalah antara RM 40 hingga RM 60 bagi syarikat tunggal
secara ringkas - Lesen PBT adalah lesen yang perlu daripada Majlis Tempatan yg mana kita hendak berniaga di bawah jajahan Majlis Tempatan tersebut.

bagi tujuan mendapatkan OD syarikat Tunggal, antara step

  • 1)   kita hendaklah ke SSM dan daftar niaga - Menjual/membeli hasil-hasil sayuran, buahan tempatan
  • 2)   pastikan lesen SSM yang anda mohon tu adalah syarikat milikan tunggal(seorang sahaja) - letaklah atas nama sendiri sahaja seperti salihan mohd juri ( caj RM 30) @ Team Overdraf enterprise ( RM 60 ).
  • 3)   pergi ke Majlis Tempatan ( PBT) dan katakan mahu mohon lesen untuk berniaga - contoh berniaga pasar malam - pihak PBT akan kasi borang yang perlu di isi dan disitu ko kena letakan jenis perniagaan yang ko nak jalankan iaitu sama mcm di daftar SSM iaitu Menjual/membeli hasil-hasil sayuran,buahan tempatan.
  • 4)   jika tiada masalah ko akan dapat lesen tersebut. ianya berbeza antara PBT dan PBT lain yang mana ada setengah PBT mahu sertakan kenderaan seperti wagon @ Van @ lori - sesiapa yang tiada kereta wagon @ van @ lori sila dapatkan geng2 yang ada kereta tersebut dan minta surat kebenaran bertulis menggunakan atau sewaan. surat tesebut perlu disertakan dengan borang permohonan lesen dari PBT.
  • 5)   jika anda ada kedai, anda hanya perlu pastikan yang SSM anda adalah milikan tunggal bukan perkongsian.
  • 6)   tukarkan wang tunai anda ( 20k ) kepada sijil ASB di PNB.
  • 7)   bawa sijil ASB, SSM dan juga Lesen PBT ke RHB @ CIMB.
  • 8)   cakap kat banker yang ko nak aplly OD biz bukan OD individu - ini ramai silap kerana datang nak aplly OD individu dan banker akan kata dah tak boleh mohon lagi.
  • 9)   permohonan akan makan masa 3-6 minggu proses dan yang menjadi ianya lama adalah perlu mendapatkan kebenaran dari PNB untuk sahkan yang sijil ASB di tuntut oleh bank tersebut.tak perlu salahkan PNB kerana PNB hanya jalankan tugas dan amat takut sijil tergadai.
  • 10) so itulah serba ringkas dan step yang perlu anda lalui dalam permohonan OD biz ini.
memang ianya nampak mudah tetapi anda perlukan masa untuk uruskan semua yang saya nyatakan di atas..
dan jgn mengeluh sebelum mencuba...

2) masalah limit CC hanya 2 bagi setiap individu

ok bab nie aku akan sambung pada post yang akan datang..

bukan apa aku tgk dah panjang pun post nie nanti ko tak larat nak baca...apa pun jgnlah risau coz dalam ebook ada 5 teknik dan 3 teknik yang UTAMA yang masih boleh digunakan dengan masalah CC sekarang..

so apa yang aku akan kata next post aku akan terangkan kepada pembeli ebook aku yang mana teknik yang perlu ko pakai dan mana teknik yang perlu ko buang....