Saturday, July 24, 2010

12.APA ITU LESEN PBT ( LESEN MAJLIS DAERAH)

salam kengkawan

sebenarnya aku nie pun tak faham jgk apa sebenarnya lesen dari majlis daerah tu sebelum nie..

bila tak faham so aku rajinkan diri aku nie gi MPT(majlis perbandaran Taiping) dan aku terus gi bahagian perlesenan dan berjumpa dengan en Rashid..senang berurusan dengan dia nie..

pihak majlis daerah kata memang ada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majlis daerah dan sebenarnya semua kedai atau orang yang hendak berniaga hendaklah berdaftar dengan majlis daerah walaupun jualan pakai motor roda tiga tu..
dan aku diterangkan secara detail apa tu lesen-lesen tu..
daripada perbincangan tu aku dapat tahulah yang lesen nie ada beberapa jenis..

1) LESEN BENTUK KOMPOSIT

 - lesen nie dikeluarkan kepada peniaga yang ada kedai, bangunan tetap
-mcm jual kasut, kedai baju,buku etc
- pihak Majlis bandaran akan keluarkan lesen ini apabila melihat premis

kedai tersebut.

 


2) LESEN KEPADA PENIAGA BERGERAK
 -lesen bergerak nie adalah peniaga yang menjaja
secara bergerak gunakan Van, motor roda tiga,lori.
-biasanya motor roda tiga/ van2/ lori yang bergerak
 menjual barangan
-syarat kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan


3) LESEN PENJAJA STATIK

- lesen dikeluarkan kepada peniaga yang statik
- kedai makan yang dikhaskan oleh pihak majlis bandaran







4) LESEN GERAI TEPI JALAN


- lesen diberikan kepada peniaga yang menjual
ditepi-tepi jalan gunakan stol yang diluluskan oleh majlis bandaran
- jual burger, pisang goreng, paw, etc
- kena cucuk kesihatan bagi yg berniaga makanan



5) LESEN IKLAN PERNIAGAAN



- lesen nie dikeluarkan pada perniagaan yang ingin
pamerkan iklan di kedai seperti kedai sukan maya,
 kedai rm 2, etc






so kengkawan, pada yang blur sebelum ini harap tahu apa tu lesen dari MPT nie...memang kita ada register di SSM tp itu adalah daftar niaga sahaja...klu kita nak berniaga kena ada lesen dari MPT..

persoalannya sekarang dalam permohonan OD by syarikat adalah lesen2 nie diperlukan..
mcm kat RHB taiping officer incas tu kata tak perlu hanya perlukan SSM (3 copy) tu jer..
so cakap banyak pun tak guna..
kita tunggu dan lihat pada sesiapa yang dah berjaya aplly OD tru syarikat nie...

open 2 komen