Saturday, June 5, 2010

4.TEKNIK OD+RUMAH PART 9

salam kengkawan

dalam part 8 kita telah bercerita pasal pendaftaran dan suasana dalam proses auction tersebut. kali nie aku nak sambung perbincangan/pengalaman semasa proses auction berlangsung..tp ko kena ingat step2 sebelum nie supaya jgn menyesal kemudian hari..ok kali nie kita bincangkan pasal:-

DAPATKAN ‘POS’ DAN ‘COS’
POS – proclamation of sale-peristiharaan jualan
COS – conditions of sale – kandungan jualan

Dua dokumen nie korang mesti ambil dari pelelong semasa pendaftaran..
klu diorg tak bagi ko kena mintak..mintak POS dan COS rumah yg ko nak bid tu..biasanya dia akan beri benda nie..

dan klu korang tahu melalui internet ko boleh print out POS dan COS melalui laman web pelelong di org jer..


Apa ada dalam POS
Dalam pos nie banyak maklumat ko leh dapat seperti..banyak benda ditulis tp kita ambil yg penting antaranya:-

1) Pemilik lama
2) Bank pelelong
3) Title lot number – ( klu nak buat carian di pejabat tanah)
4) Lot bumi atau bebas
5) Alamat rumah yg dilelong
6) Keluasan rumah
7) Hakmilik kekal atau sementara ( lease hold @ free hold )
8) Reserve prise (RP)
9) Deposit 5% @ 10% @20%
10) Tempoh perlu bayar baki harga rumah lelong ( 90 hari@120 hari)
11) Nama dan alamat pelelong


Apa ada dalam COS..
Kat cnie juga tak larat aku nak cerita..tp aku ambil yang penting jer..

Benda yang PALING penting ko kena tgk dan pastikan iaitu

1) Adakah pihak bank pelelong ‘cover’ tunggakan2 yang ada di rumah lelong yang ko nak beli tu..baca dengan teliti..

2) Ada bank tidak ‘cover’ langsung so maknanye ko kena langsaikan kesemua tunggakan yang ada..klu terlalu tinggi tunggakan dan still +ve cashflow dia boleh di pertimbangkan tp klu –Ve cashflow dia baik cr umah lain..

3) Ada juga bank pelelong yg ‘cover’ tp baca jugak berapa peratus(%) dia ‘cover’..

4) skrg susah nak dapat 100% bank pelelong ‘cover’..biasa yg aku lihat hanya ‘cover’ 10% daripada RP sahaja..

5) dan kebiasanya pihak bank pelelong ‘cover’ maintenant fee sahaja.

6) Dan benda yg bank pelelong tak ‘cover’ adalah..
1)Cukai pintu
2) cukai tanah
3) bill air
4) bill TNB
5) tunggakkan dari developer..

So korang kena tahu benda nie..
Biasanya ada org akan ambil POS dan COS nie awal2 lagi sebelum hari lelongan dekat opis pelelong tuk pastikan apa yang bank ‘cover’..nie main peranan..

Aku bagi contoh..
maintenant fee 3k..bank cover 10% dari 40k(RP) so dapat 4k ..so secara tidak langsung kita tak payah risau pasal maintenant fee dah coz bank cover semuanya...klu maintenant 10k ko kena tambah lagi 6k...rugi..tp klu still berbaloi tak bermasalah..pelbagai aspek kita kena lihat..

dah faham..jom lelong umah dah nak start tu..jom masuk..

klu ada kekurangan dalam sesi penerangan aku nie silalah tambah..TQ


 
Open 2 komen

Link Team OD