Monday, May 30, 2011

AR_RAHNU AGRO TERIMA OVERLAP GOLDBAR DAN COIN SEDIA ADA

Salam Kengkawan

Arinie (30/5/2011) aku ada gi ke Agro bank dan Officer tu ada panggil aku dan bagi maklumat yang mana memang pihak Ar-Rahnu Agro telah sekat pajakan Emas Bar dan Coin sebab apa adalah ada syarikat yang sedang di siasat oleh pihak BNM kerana ada kes AMLA ( anti Money Laundry Act )..
syarikat apa aku tak leh bagitau tetapi EMAS dari PUBLIC GOLD tiada masalah...

ok, berita gembira kepada yang dah letak emas lebih dari 30-100 ketul tu....hehehe
pihak Ar-Rahnu benarkan untuk korang overlap sampai polisi baru di keluarkan....

maksudnya

kepada kengkawan yang ada letak/pajak emas yang berketul2 tu...pihak Ar-Rahnu Agro bukan sahaja benarkan tempoh pajakan 6+3+2 sahaja....
TETAPI pihak Ar- Rahnu benarkan buat Overlap pada EMAS SEDIA ADA sampailah korang rasa nak tebus balik.......

Tapi
klu dah ambil emas tu..tak boleh pajak dah....dan yang baru nak pajak pun tidak dibenarkan lagi...

so sesiapa yang risau 'gila' coz pengumuman sebelum nie...boleh tarik nafas panjang2 dan boleh belanja aku pizza..hehehe

sama ada berita ini mmg korang dah tahu, atau aku nie lembat...aku tak kisah..aku nak sampaikan jugak berita GEMBIRA ini pada pelabur EMAS....

ramai geng EMAS buat spekulasi minggu nie harga emas akan naik gila..sama2 kita saksikan....

Sunday, May 29, 2011

TAHUN 2012 TAHUN BERI REWARD PADA DIRI SENDIRI

Salam kengkawan

Emmm..lama sungguh aku menyepi..minggu lepas aku mmg busy ckit uruskan geng2 PRC yang menipu orang ramai...kali nie aku nak cita pasal motor jer..kasi post ringan2 jer...tp ianya bersangkut dengan hadiah dari merancangan kewangan yg baik....

Imbas kembali zaman sekolah dulu.....
masa aku study dulu kat Universiti Putra Malaysia aku nie kira rider jugaklah...hahaha tak percaya..nie pic motor aku dulu...tanda 20 tu adalah nombor umur aku pada masa tu..tp aku dah jual dah lepas aku kawin dan disebabkan aku kena kerja kat klate masa tu....sekarang dah lebih 5 tahun aku layan motor yamaha SS aku jer...
klu tgk motor nie mmg 'cun', tp nie pic lama..aku dah tukar kaler dia pada caler biru merz dan sport rim kaler putih...tp pic tak ada plak....



Azam aku tahun 2012 aku rasa nak start balik main motor nie....tp tak derlah nak main mahal2..ikut hati mau jugak rempat kawasaki Z750@ Z1000..tp harga kusss...semangat..tak layak..ok jom lihat azam tahun 2012 aku..aku set 6 bulan awal..harap tercapai cita2 aku nie...


 camner ok tak..
aku ingat tahun depan aku nak dapatkan motor Honda CBX750 nie...
dengan gaya badan aku yang besar nie aku rasa elok aku bawak motor jenis turing bike camnie..klu nak naik moto superbike rasa ' perut' aku nie tak mengizinkan..hahahaha...dan 3 tahun lepas tu..aku nak try dapatkan motor nie plak...



angan2 aku kali nie mmg hebat dan mengarut..hahaha...tp masa nielah aku nak bagi "REWARD" kat diri aku pulak...apa pun kita tunggu dan lihat..

flass backkk.. AZAM AKU TAHUN 2011 

Monday, May 23, 2011

LIMIT KAD KREDIT

Salam kengkawan

sebelum ini kita ada dengar yang pihak Bank Negara Malaysia telah ketatkan penggunaan kad kredit(CC) bagi setiap individu kepada 2 kad sahaja...dan ramai jugak yang mengeluh kerana susah nak aplly lebih dari 2 kad kredit..

so, sekarang kuatkuasa tersebut masih di ikut oleh semua bank..dan ini bukan berita yang mengembirakan.
tetapi, pihak bank benarkan miliki lebih dari 2 CC bagi pengguna yang bergaji lebih daripada 3k sebulan...
3k nie bukan gaji pokok tetapi gaji yang telah di tambah dengan semua elaun anda dalam slip gaji..dan kepada geng yang gaji bawah 3k dan mahu dapatkan lebih CC jugak.korang kena tunjukan site income tersebut dan jika di luluskan ko akan layak miliki lebih CC tersebut...

so..apa lagi kepada kengkawan yang masih belum dapat CC yang di syorkan oleh aku tu..korang leh terus mencuba untuk dapatkan CC tersebut...

Friday, May 20, 2011

TIADA LAGI LOAN ASB EASY RHB

Salam kengkawan

Semalam aku dengar rumor dari satu geng Team OD melalui SmS dan aku jugak ada letakan 'hint' kat geng2 group EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC yang mana rumor loan ASB Easy RHB akan di tamatkan dan komen2 dari geng pembeli Ebook aku mmg hebat..lagi hebat dari aku iaitu diorg lagi advance semua..hahaha sebab apa..sebab diorg mmg dah tahu pasal perkara nie...

  OK..kebetulan aku kuar ngan Mem dan anak2 aku ke Tesco Taiping dan kat ctu ada kios RHB dan aku pun merajinkan mulut untuk bertanya pasal perkara yang diberitakan sebelum nie....

Biasalah, aku sampai jer kios RHB tu aku terus tanya kat brader yg aku lupa namanyee dan brader nie cakap Pihak Easy RHB telah TAMATKAN promosi Loan ASB yang sebelum nie 'panas' di langgan sebab untuk jangka masa 5 tahun hanya bayar bunga sahaja...dan bila tahun ke 6 dia kena bayar pokok + Bunga...masa nielah geng2 akan terminate loan ASB Easy RHB nie...

so, aku pun tanya jugaklah KENAPA ianya di berhentikan,dia cakap mybe dah sampai target dan ada juga dia cakap ada complain dari other konversional bank pasal promosi hanya bayar bunga sampai 5 tahun lamanya...bank lain mana ada buat....x perlah lantaklah janji tak menyusahkan kita...

dan dia kata ada offer baru iaitu Loan ASB jugak dalam masa 10 Tahun. tp belum dilancarkan lagi....

kepada geng yang telah ada Loan ASB Easy RHB nie tidak perlu risau...korang boleh teruskan bayar bunga sampai promosi ti tamat mengikut perjanjian sebelum ini...

Tuesday, May 17, 2011

MASALAH PENGURANGAN RM 200 SETIAP BULAN AKAUN OD

Salam kengkawan

aku dapat maklumat baru nie daripada bro azrul nizam wahed dimana pihak CIMB telah hantar notis pemberitahuan bermula 1/6/2011 ini...jumlah pinjaman OD akan dikurangkan secara berperingkat secara bulanan..setiap bulan pihak CIMB akan kurangkan RM 200.

perbincangan pasal perkara nie dah dibuat di team EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC tp aku bukak post ini tuk geng di group ini untuk makluman awal....


contoh:-
pinjaman OD dibenarkan 45k
januari hingga disember pihak bank akan potong bulanan dan keseluruhan = RM2,400

jadi pinjaman OD akan jadi 45k - 2,400 = 42,600 pada tahun berikutnya...

kesan panjang aku yang dapat lihat adalah:
sesiapa yang ada masalah OD 'nazak' akan terjerat dan pihak bank akan let go sijil korang tu...yerlah tak boleh nak bayar pinjaman OD sebelum ini..so hati2 dalam penggunaan OD sekarang....


ada sesiapa boleh share perkara ini...

update: 18/5/2011

salam kengkawan

arinie aku dah jumpa pegawai Bank RHB tmpt aku buat OD tu..dan rujuk terus dgn En Amran(saper geng taiping kenallah)...

aku ada tanya pasal surat dari CIMB yg bro azrul terima dan pihak RHB sahkan TIADALAGI terima apa-apa arahan sedemikian secara call ataupun hitam putih dan tidak ada dengar pun perkara ini..dan banker tu cakap klu pihak PNB yang buat rule mmg mana2 bank yang ada buat OD base sijil ASB akan followlah..tp klu itu adalah polisi Bank..ianya tidak ada kena mengena dengan pihak RHB....

lagi 1, pihak bank cakap mybe azrul kurang gunakan OD tersebut sebab tu dia dapat surat tu...nanti aku sahkan dgn bro azrul..yerlah dia kerja kat Jepun..camner dia gunakan OD aku tak pasti....

TAK PAYAH KECOH2 PASAL KENAIKAN GULA

Salam kengkawan

ramai aku tgk yang marah dan ramai jugak tak puas hati coz harga Teh Tarik kedai mamak naik RM 0.20 segelas.mmg sekarang peniaga cari alasan nak naikan harga kuih dan air..padahal klu ikut logik kenaikan melibatkan kenaikan RM 0.20 jer tuk 1 kg gula..yang air teh tarik naik sampai RM 0.20 jugak apahal....1 kg gula tu aku ingat leh buat 1 kolah air Teh tarik nie..heheheh

lagi 1, kita renungkanlah dan redakan kemarahan korang pasal kenaikan harga gula nie..cuba pikir dengan tenang....jom kita tanya org umah kita...

suami: "yangg..sebulan kita guna gula baper kg?"
isteri: " adalah dalam 3 kilo"
suami: "wah!!! lepas nie kita kena kurangkan 2 kilo jer nie"
isteri : "emm" naik RM 0.20 jer..bukannya RM 20 sekilo....

see..sebelum nie ko hanya pakai 3 kilo gula jer sebulan, bukan 30 kilo...jom kita kira kenaikan..

3 kilo x RM 0.20 = RM 0.60

RM 0.60 jer..apalah yang korang kecoh2 sgt..aku baca dalam forum dan blog sibuk geng suruh seting balik financial lah...kena kurangkan belanjalah...aku rasa tak payahlah 'terkejut' sgt pasal kenaikan nie..relax jer..lah

kesannya pada aku tak rasa sgt klu harga gula nie naik, coz kenaikan yg bakal terjadi hanya melibatkan makanan sahaja..seperti harga kuih-muih yang akan naik sama dan harga minuman..
tetapi klu harga minyak naik..lagi haru biru pada aku..sebab..semua barang naik..tak kira makanan hinggalah ke barang2 lain..alasan kos bahan bakar (minyak) mahal. barang dihantar menggunkan kenderaan dan lokasi barang dibekalkan jauh....

aku jangka dalam masa 2@3 bulan akan datang akan ada lagi kenaikan harga xspecialy minyak RON 95.

Sunday, May 15, 2011

NEW GROUP IN FACEBOOK

Salam kengakwan

kepada pembeli ebook aku iaitu TEKNIK OD+ASB+CC
sila join group EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC

kenapa aku wujudkan group ini adalah aku tahu sekarang rakyat malaysia suka guna sosial network dan dilihat juga ramai ada akaun Facebook

Group ini adalah terhad kepada pembeli EBOOK aku sahaja..kelebihan join group ini adalah:-
  • Aku boleh tahu sama ada ianya berjaya atau tidak
  • Adakah sebarang pertukaran teknik yang di rasa lebih logik
  • Aku dapat tahu masalah pengguna teknik OD+ASB+CC
  • Berkongsi masalah
  • Akan dapat maklumat terkini teknik berkait OD+ASB+CC
  • Boleh tanya aku secara terus dan leh chating
  • Boleh share antara geng pembeli ebook
  • Boleh share pengalaman penggunaan teknik ini
  • Masalah2 terkini dan kesannya
group ini adalah bukan group pengganti TEAM OVERDRAF (FB)..group ini adalah hanya aku berikan kepada pembeli ebook aku sahaja....segala masalah boleh di tanya tanpa keluarkan modal untuk hubungi aku melalui telefon

segala kritikan dan nasihat boleh dibincangkan untuk tujuan kebaikan sahaja...

sila beri:-
1) nama
2) email (penerimaan ebook)
3) tarikh pembelian (jika ingat)

kepada sesiapa yang telah membeli sila klik
Join pada group(close) tersebut.


Saturday, May 14, 2011

AR-RAHNU AGRO TIDAK TERIMA PAJAKAN EMAS GOLDBAR DAN COIN

Salam kengkawan

Mulai 16 Mei 2011 pihak Agro telah hentikan pajakan Emas Ar-Rahnu berbentuk goldbar atau coin dan hanya akan terima emas perhiasan.ini adalah langkah yang diambil sepertimana Ar-Rahnu Bank Rakyat yang tidak terima emas bentuk syiling dan juga bar.

aku ada tanya juga sebelum nie pada pegawai Ar-Rahnu kenapa ini berlaku..dan jawapannya tiada sambutan lelongan pada emas bentuk ini..yer ker?? setahu aku aku tak pernah pulak nampak emas nie di lelong. ker diorang nie takut coz harga emas sekarang makin jatuh...entahlah, melain aku dapat tanya pada tokey Ar-Rahnu baru aku dapat jawapan sebenar, sama ada duit kat Ar-Rahnu dah abis atau ada planing lain dari pihak Agro.

apa pun kenapa dan bila ianya akan di buka semula tidak dapat diberikan maklumat kerana pihak bank tidak mahu tersilap cakap dengan pelanggan...
tetapi sesiapa yang telah buat pajakan dan ingin sambung masih dibenarkan untuk tempoh yang telah disyaratkan.

kepada yang telah membuat pajakan yang 'besar' tu sila sediakan wang yang banyak untuk tebus semula emas anda..kerana lepas ini Ar-Rahnu tidak ada terima lagi pajakan emas jenis ini..tempoh pajakan Ar-Rahnu Agro adalah 6+3+2 sahaja..so hanya boleh 11 bulan sahaja korang roling duit tu.. sebab tu bahayanya teknik rempit nie jika ada masalah mcm sekarang, lagi2 pada geng pajak yang tunggu masa cukup2 6 bulan untuk bayar pinjaman tu. so ansuran bulanan adalah cara terbaik..

so, aku jangka mmg ramai akan jual balik emas tu lepas nie..dengan harga lelong..klu tak lelong kat FB atau mudah.com emas diorang akan dilelong plak oleh Ar-Rahnu Agro....

pada hari ini, kita dapat lihat harga emas yang sememangnya murah berbanding bulan bulan lepas..dan aku boleh agak akan berlaku kerugian pada penjual yang panik pada pengumuman nie...

pandangan aku mybe pihak Ar-Rahnu terima arahan daripada BNM kerana terlalu ramai manipulasi Emas nie untuk dapatkan duit mcm Overdraf dulu..

p/s: lepas nie jom kita lihat kat mudah.com atau FB group emas jualan lelong emas pada geng yg 'tersepit' dan mybe 4@5 bulan akan datang kita akan saksikan ada goldbar @ coin akan di lelong oleh Ar-Rahnu....

Thursday, May 12, 2011

NAPER TAK ADA ORANG KOMEN BLOG KO?

Salam Kengkawan

lama sungguh aku berbloging nie dan ada geng tegur aku..adakah aku akan teruskan berbloging sedangkan komen2 dalam setiap post aku kosong...hehehe, aku tak kisah sebenarnya..aku lihat mmg dalam blog aku nie kurang sgt org bagi komen dan ada yg tegur aku susah sgt nak komen coz kena confirmkan email dan kadang2 email yahoo dan lain susah nak masuk dan beri komen tapi saper pakai email gmail tak ada msalah plak.

blog nie boleh aku kategorikan sebagai blog peribadi aku sendirilah...mcm penulisan aku pasal hartanah..kadang2 aku kena rujuk balik penulisan aku tu bila aku lupa pasal lelongan atau step2 lelongan..yerlah aku nie bukan selalu masuk lelong....senang aku nak rujuk coz aku nie mmg rajin ngadap laptop aku nie layan internet sambil baca2 forum lain...

apa pun aku lihat komen di Team OD kat FB amat menggalakan dan trafic blog aku pun aku lihat mmg ramai masuk cuma ramai jugaklah yang jenis silent reader..aku pindahkan post2 dalam Team OD FB kerana aku takut post2 akan hilang dan klu korang lihat pun sekarang mmg dah ada post2 yang hilang..dan tak lama lagi bahagian discussion tu akan hilang kerana FB kemaskini format group...

aku juga bukanlah pakar dalam kewangan ataupun hartanah ataupun emas/silver cuma aku suka berkongsi untuk sama2 kita berpikir ilmu2 yang baik sahaja dan aku mmg tak suka pada scam dan juga MLM yang mana scam dan MLM nie hanya boleh di masuk oleh org yang betul2 serius nak buat..pada yg malaas nak cari downline atau ada perasaan malu yang tebal tu...baik simpan duit tu dalam ASB jer....

p/s: saper yang silent reader tu, silalah join team nie sebagai ahli..tak komen pun tak apa...hehehe

Wednesday, May 11, 2011

TAHUN MEMBELI SILVER

Salam Kengkawan

Orang lain sibuk pasal Emas aku plak sibuk ngan Silver..heheh. kenapa aku layan silver plak sekarang..aku pun tak taulah..bukan aku tak suka akan emas nie..aku pun ada beli jugak tapi aku lebih suka akan silver sekarang. mybe sebab utama adalah kenaikan drastik harga silver tahun lepas iaitu dekat 80% sebab tulah aku start kaji graf silver nie dan buat note dari januari dan febuari dan aku start membeli silver dari mac 2011 dan graf menunjukkan kenaikan....
klu saper yang follow graf silver mmg akan tahu feel dia..


klu geng lihat kenaikan dari januari hingga april mmg syok..harga naik jer..tp pada ujung april harga silver turun 'kedebuk'. dari info aku mmg diorg dah jangka dimana harga silver nie akan turun dan operasi belian borong perlu dibuat pada mei dan jun kerana harga silver nie kan mendaki semula..so kengkawan pada aku harinie $ 39 oz masih murah berbanding pada pada april yang berharga $ 48 oz...inilah kesan untungrugi yang harus kita terima dan bersedia iaitu harga turun dan naik...

harga akan naik lg..jom jgn lewat beli...aku jangka akan naik $ 42 oz atau lebih...

NAK MAKAN GULA LAGI TAK????

Salam kengkawan


baru jer aku cita pasal kenaikan harga minyak RON 97 dan BLR..arinie ada lagi berita gembira buat pesakit kecing manis coz kerajaan naikan lagi harga gula dari RM 2.10 kepada RM 2.30 sekilogram..

pelbagai alasan yang diberikan.. dan nak sedapkan hati kita adalah kerajaan kata still bagi subsidi l/kurang RM 283.4 juta katanya lalui harian metro yg aku baca arinie....
klulah tak ada subsidi nie kita nak minum pakai manisan apa? minum air kosong jer kot..emmm camner aku nak minum Teh Tarik lagi klu camnie...lagi 1 ayat 'power' nak sedapkan ati aku nie adalah 'mereka2' tu nak kurangkan pengambilan gula kerana ramai orang kecing manis...

aku mmg setuju jugaklah pasal nak kurangkan pengambilan gula tu..jaga kesihatan tp masalahnya kebanyakan makanan kita nie xpecialy kuih2 kita...semuanya pakai gula beb.klu pakai tepung jer aku rasa anak aku pun tak nak makan...

so kat cnie aku nak sembang pasal kesan kenaikan harga bukan sahaja harga gula tp harga minyak jugak...adakah harga kuih(contoh mudah) akan kekal?? confirm ko ngan aku akan kata mustahil betul tak? para pembekal dan pemborong akan cuba naikan harga kerana kos penghantaran pakai minyak...walaupun diorg pakai minyak disel...alah mcm teksilah...sibuk kata tak boleh kekalkan harga tambang coz harga minyak naik..padahal diorg nie bersusun pakai NGV mcm aku...yg pakai minyak nie teksi2 luar bandar jer....
minuman plak confirm pakai gula..bila guna naik nie aku rasa akan berlaku kenaikan harga jugak..paling kecik pun aku rasa RM 0.10..klu mamak pulak aku rasa mau RM 0.20..entahlah kita tunggu dan lihat jer....

pada aku jugaklah harga tepung pun akan naik tak lama lagi..dulu dari RM 1 dapat 3 ketul kuih lepas nie aku ingat dapat 2 ketul jer...tak pun 1 ketul RM1 dan kuih dia buat besar ckit...

entahlah....nasi lemak punya setahu aku sambal dia pun pakai gula bro..klu tak pedas tak ingat..heheh betul ker....hahahaha





oklah kita layan pic2 pasal kuih nie...lepas nie mmg kena pikir 2@3 kali nak beli kuih..... 

history ckit pasal harga2 gula
1 Jan 2010 - rm1.65
16 julai 2010 - rm1.90
4 dec 2010 - rm2.10
10 may 2011 - rm2.30

Monday, May 9, 2011

SEJARAH SAMBUTAN HARI IBU

As-Salam kengkawan

Sama2 kita share sama2 dan pikirkan sejenak.....

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

boleh dilihat juga di blog ini

Sunday, May 8, 2011

KENAIKAN HARGA RON 97 DAN BLR

Salam kengkawan

Woww!! apa nak jadi nie...baru2 ada berita kurang enak untuk dicerita iaitu berlaku kenaikan 2 benda nie iaitu minyak RON 97 naik RM 0.20 dan OPR pun BNM dah umum kenaikan sebanyak 25 mata menjadikan BLR terkini adalah 6.55%.
so apa tindakan korang nak menjaga kewangan masing2..

bro jgn tunggu lagi..kena amik tindakan cepat, pada yg pandai dan tahu ilmu kewangan didada mmg tak panik coz dah ada langkah atau plan B..

pada yang pakai keta mewah yang pakai RON 97 mmg takkan tukar minyak RON 95 tu diorang kata minyak tu tak elok..enjin boleh rosak..tahlah aku pun tak pasti..tapi akhir2 nie mmg keta asik meletop jer bila berlaku xcident..tp tu tak bermakna minyak tu penyebab utama...mybe ada leaking pada enjin dia..minyak mmg sifatnya terbakar...

aku pulak cari penyakit baru tahun nie.. telah 'angkat' keta second hand dan hari aku angkat keta tu dari usecar aku terus bawak keta tu dari KL ke JB tuk buat pemasangan NGV ke atas keta tu, kos pemasangan mmg mahal ckit l/kurang 5k..pemasangan makan masa 3 hari jer coz aku order yang tong besar 95 liter yang boleh muatkan gas NGV sampai RM 15 tuk perjalanan 200 KM..klu aku pakai minyak RON 95 jer.. tuk perjalanan 200 KM nie mau bangsat2 pun RM 100 dia sebat.
aku dah pakai NGV nie l/kurang 1 tahun tuk keta pertama aku tu..mmg balik modal bila guna NGV nie walaupun aku kuarkan modal 3k masa tu..pemasangan NGV nie pun aku tgk dah mcm emas, coz aku tgk dari bulan ke bulan harga pemasangan dan harga barang dia makin mahal.. tu yg org tak sanggup nak pasang bukan masalah takut tong meletop..sekarang pun aku tgk banyak bas express kositium dan bas ting..ting dah pakai NGV jugak..tulah bukti yg menunjukkan penggunaan NGV terbukti murah dan tidak bahaya...
(nantilah aku update gambar NGV kat keta aku tu)

pasal BLR pula, kita terima jerlah..BNM kata ekonomi makin pulih dan mybe lepas nie peningkatan inflasi pun akan naik jugak...

update: 14/5/2011

apa pun kengkawan aku nak ingatkan...korang kena seting semua loan korang balik ngan bank..tanya balik baper hutang bulanan yg baru bagi:--
  1. ansuran bulanan loan ASB
  2. ansuran bulanan kereta
  3. ansuran bulanan bagi pinjaman rumah
  4. ansuran bulanan bagi personal loan (PL)
  5. interest2 melibatkan bank..OD,FD dan mcm2 pasal bank nie
  6. etc yang berkaitan pasal BLR

tp pihak bank lum maklumkan lagi pasal kenaikan nie..kita tunggu jerlah...

update: 9/5/2011




Saturday, May 7, 2011

SPEKULASI PASAL SILVER

Salam Kengkawan

minggu nie aku minat betul cita pasal silver nie..yerlah sekarang aku lebih berminat beli silver daripada emas...kenapa??
sebab harga silver nie murah ckit berbanding emas...peratus keuntungan pun aku lihat silver lagi bagus compare emas... peratusan keuntungan emas dan silver iaitu emas berlaku kenaikan l/kurang 30% manakala silver pula pada kadar l/kurang 80% kenaikan keuntungan..

aku cakap camnie bukan nak korang beralih ke pelaburan silver tp nak cita ckitlah pasal pelaburan silver nie, mmg ada keburukan iaitu tidak boleh di pajak kat Ar-Rahnu dan risiko jatuh dan naik pun ada klu kita lihat awal tahun kenaikan silver memang 'syok' dia naik dan naik jer sampai $ 48 oz dan ianya mula turun bermula bulan april dia dah jatuh hinggalah harga sekarang l/kurang $ 35 oz.

aku baru 2 kali cuba beli dan jual balik silver pada awal tahun aritu.. bila ada silver naik RM 300 hingga RM 400 aku terus jual...jgn tunggu lama2..lepas tu beli lagi n jual semula ( dah mcm mcm main saham plak)..sekarang adalah masa aku membeli dan aku jangka bulan depan (6) aku akan jual balik......tu adalah pandangan akulah

cara aku jual balik untuk silver nie...kadang2 ada geng beli secara runcit (sikit-sikitlah) dan aku buat 'buyback' dengan Public Gold (PG) terus...adalah untung seketul 250g dalam RM 200 - RM 300 seketul..klu ada 5 ketul 5 x RM 200 = RM 1,000 saper nak bagi tul tak...apa pun jgn tamak

baru2 nie harga silver menjunam kerana spekulasi yang sorus jual silver2 dia..
dan disebab tu harga silver dunia jatuh teruk mcm tahun 2008..adakah tu benar..kenapa orang takut sgt ngan sorus nie...jom baca berita penuh di bloomberg
mari baca link berita tu...



Friday, May 6, 2011

JOM LOCK SILVER

Salam kengkawan

masa yang sesuai untuk LOCK harga silver kerana ianya telah jatuh di paras yang di jangkakan iaitu cecah 34..sama2 kita saksikan graf kitco

(klik untuk besarkan)


so mari lihat harga dari Public Gold ke atas Silver


dan bandingkan dengan hari nie.....



harga untuk 250g silver PG dah cecah 36.11 dan harga RM 1,164.
cakap banyak tak nak lah coz harga mmg tengah cantek nie...klu rasa tak berani tunggu harga cecah 34 baik borong sekarang...

p/s: klu nak habiskan duit tu, kena tgk dulu beras ko dah beli lum, susu anak dan pempes..klu dah ada tu..mari memborong..hehehe

UPDATE: saper sempat lock harga semalam...terbaik!!!
aku dah lock harga nie...


tp ada geng kata harga akan turun lagi....standby kengkawan...



Wednesday, May 4, 2011

MACAM BAGUS JER AMOI NIE

Salam Kengkawan

Lihatlah gelagat orang zaman sekarang, kononnya telah banyak membaca dan tahu pasal undang2..kerja polis pun dipertikaikan dan time polis tgh buat kerja pun dia dengan selamba amik gambar polis tu dan mencabar undang2..adakah ini betul..kepada yang anti-polis akan sokong akan tindakan ini. tp hakikatnya pihak berkuasa boleh ambil tindakan undang2 juga dengan kesalahan menghalang penjawat awan menjalan kerja. dulu undang2 di pandang tinggi tetapi sekarang org ramai mengaku tahu pasal undang2 tetapi mereka jahil sebenarnya...
situasi dibawah adalah salah dan biadap!!!
lihatlah org awan sekarang dgn biadapnya mencabar polis..dengan mencoteng buku saman..entahlah..
malas nak cakap korang layan jer video nie dan komen..


Tuesday, May 3, 2011

UPDATE: EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC ( sokongan kepada DnD)

Salam kengkawan

Terima kasih kepada semua kengkawan yng banyak support aku dalam penghasilan E-book aku yang pertama, pelancaran dari bulan november 2010 dan jualan masih dibuka.
penjualan amat menggalakkan dan aku ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan, sebelum nie aku mmg nak letak harga RM 300 sebuah kerana ilmunya terlalu mahal pada aku..tetapi setelah mendapat pandangan dari semua org aku letakkan kepada harga yg berpatutan sahaja iaitu RM 60(ahli)dan RM 80(bukan ahli) kenapa ada harga2 yg berbeza..

kenapalah aku letak harga yg berbeza2..aku ada sebab aku sendiri kerana setiap org yg beli ebook aku hendakkan update terkini dan pandangan dan sebab itulah aku minta para pembeli join Team Overdraf (FB)  kerana aku akan update dari masa ke semasa...
sebenarnya, semua teknik yang aku dedahkan di dalam ebook itu tidak perlu mengikut peredaran semasa ianya adalah TEKNIK yang boleh digunakan sehingga bila2 selagi ada 3 tool nie
  1. OD
  2. buku ASB
  3. Kad Kredit
selagi 3 tool nie ada, teknik OD+ASB+CC ini masih valid digunakan.....

kandungan Ebook adalah dirancang dengan teliti dengan ada step by step pengiraan bagi pemahaman semua pembeli dengan contoh2 gambarajah, peta minda, bantuan excel dan contoh pengiraan setiap bulan. aku tak nak digelar pengeluar ebook cap ayam yang mana keluarkan ebook atas basic yg semua orang tahu...
Ebook Teknik OD+ASB+CC ini adalah bukan basic teknik ianya adalah Advance teknik dimana ebook menerangkan terus cara penggunaan OD bukan bagaimana OD diperolehi..


makluman kengkawan bagi menyahut penggunaan Dinar dan Dirham aku ingin melancarkan penjualan Ebook aku menggunakan dirham..
sekarang 1 dirham = RM 30
so sila postkan kepada aku 2 dirham..
sila Sms aku untuk dapatkan alamat
(013-2375780)

bagaimana klu harga dirham jatuh?
aku sedia terima juga dengan 2 dirham..

tp bagaimana pula jika dirham naik harga?
boleh bayar 1 dirham + wang cash....

Monday, May 2, 2011

PERTUKARAN EMAS KEPADA SILVER

Salam kengkawan


simple post kali nie..TAWARAN PERTUKARAN


EMAS PUBLIC GOLD 1 x 20gram -------->>>> SILVER





apa aku hendak adalah pertukaran sekeping emas kepada SILVER
klu boleh aku nak...
  1. 2 x 250 gram silver Public Gold
  2. ???  x 1 Dirham KGT @ DGE @ Restu
so apa lagi geng offer best pertukaran ngan aku....
Lokasi : Taiping
Tel/SmS: 013-2375780

SOLD OUT

Sunday, May 1, 2011

2 DALAM 1

Salam kengkawan

lama aku tak sembang pasal emas nie, rasa nak sembang pasal emas plak sebab harga emas yang makin naik nie, aku ada nak let go 2 ketul emas aku pada post sebelum nie tp tidak ada sesiapa yg berminat...mybe ramai tunggu harga jatuh lagi tapi lain pulak jadinya, harga makin naik pulak.. mybe ada hikmahnya org tak beli (coz aku nak joli masa bercuti ke kelantan aritu) dan sekarang pun harga makin naik lagi.so allhamdulilah aku kena stay lagi untuk harga yg lebih tinggi...tak pun aku ada offer geng2 silver untuk tukar ngan aku emas kepada silver...emm...mcm menarik idea nie, apapun tunggulah post akan datang..

pada tahun nie pun aku tak ada beli emas langsung cuma aku fokus pada silver jer..yang mana aku ada beli silver dari PG, silver DGE dan juga ada aku beli silver restu dari geng dari KL melalui pos jer...setelah aku dapat dan bandingkan semua silver yang aku beli nie...aku terpikir 1 hal.. kenapalah harga2 berbeza2 mengikut produk..ada yang mahal dan ada yang murah dan jika kita lihat pun harga silver dirham klate pun mahal ckit berbanding silver lain..kenapa dia mahal? jawapan dalam kepala aku adalah kerana kos2 mencetak, design, upah pekerja, upah pengangkutan dan mcm2 hal lagi dan jika silver tu dari silver yg berpemintaan tinggi harga pun ada mahal ckit..so pada aku kenapa nak beli mahal2 untuk berat yg sama? baik beli pada harga yg berpatutan janji ianya silver tulen..tp masalahnya jika harga berbeza2, camner nak gunakan dalam urusniaga :(

apa pun aku tahun nie ada beli silver pada kuantiti yang kecil jer tetapi banyak...aku akan tunggu masa untuk jual mcm emas2 aku...cerita pasal emas nie aku dulu ada beli emas melalui GSPA dan nie adalah pic dia:-


















(klik untuk besarkan)

aku beli pada 8/10/10 dengan harga RM 135.61 segram
masa nie aku buatkan buku atas nama mem aku dan aku beli 61 gram = RM 8,272.21. aku pulak tak ada lagi buku GSPA nie coz pada mulanya aku nak try jer..tp setelah aku kaji sendiri dan pendapat peribadi aku katakan yang aku tak sesuai masuk emas pelaburan melalui buku nie, aku lebih suka pada emas fizikal, biarlah aku ada 1 akaun jer..tu pun akaun mem aku.
dan klu korang nak tahu harga sekarang adalah:-


Harga terkini mmg tak sanggup orang nak labur (termasuk aku) coz terlalu mahal iaitu 1g = RM 149.64, so kat cnie korang leh congak berapa klu aku jual emas buku aku..aku beli pada harga RM 135.61 dan harga sekarang sudah naik pada harga RM 149.64..kenaikan l/kurang RM 14.03 segram.
tetapi
itu bukanlah keuntungan jika ko melabur dalam buku pelaburan emas nie sebenarnya...ko kena lihat pada harga "BUYING" iaitu pada harga RM 143.56 tu kerana pihak bank hanya akan beli emas kita pada harga "BUYING" bukan SELLING sepertimana kita jual emas fizikal kita. dan kita mesti tinggalkan dalam buku akaun l/kurang 5 g minimum.
so keuntungan aku hanyalah RM 143.56 - 135.61 = RM 7.95 segram sahaja...

so mana lagi untung sama ada miliki Emas fizikal ataupun buku pelaburan emas???

so.. apa kena mengena tajuk aku 2 dalam 1 tu..heheh, apa aku perasan mula2 aku cita pasal silver jer..alih2 terus masuk bab emas bentuk buku plak..heheh kira 2 tajuk dalam 1 post lah nie...heheh
apapun layannnnzzz