Tuesday, May 22, 2012

APA SUDAH JADI DENGAN AR-RAHNU AGRO....

Salam Kengkawan

sebelum nie ada geng kita Rosli Sulaiman Rbs bukak post di Team OD Fb pasal pinjaman Ar-Rahnu Agro dimana pinjaman hanya tinggal 40% jer dan ada geng jual emas yang ada besi di dalamnya...

cita pasal emas ada besi nie..aku pun nak share kejadian emas tipu nie...masa dulu aku pernah perasan ada sahabat nie bawak emas jenis bar panjang tp jenis panjang mcm pencil cuma di atas bar tu ada lubang tuk di buat loket..aku tgk dia bawak masuk dalam kuantiti yang banyak..riki punya riki sekali group nie bawak masuk sampai 100k nilainya dan dia akan buat max loan 150k seorang...

nak di jadikan cerita, barang nie ada terlelong di ipoh dan ada orang yang ambil (kedai emas) dan brader nie pun cairkan emas tu..bila di cairkan dapati ada besi dalam emas nie dan dia buat komplain kat ar-rahnu...dalam bermulalah episod audit masuk buat checking di seluruh ar-rahnu

dan lagi aku dgr pihak Ar-rahnu ketatkan syarat tuk pajak sekarang dan klu boleh bila dah habis pajakan 3 kali tu pihak bank akan mintak pemajak ambil balik barang di org, tujuan adalah tuk minimumkan nilai pajakan seseorang tu....

bro Tan Sri Debab bagi statment plak...dalam Team OD Fb

stament seperti di bawah:- 

Syarat-syarat Baru Gadaian Emas Ar Rahnu Agrobank Yg Membebankan:
1) Agro dh tak terima lagi overlapping. So, tebus dulu br overlap blk.
2) Agro hanya bayar :
2.1) 60% aje pinjaman...tu pun mesti ade resit beli emas..
2.2) 40% aje pinjaman bagi yg takde resit beli emas.
3)Org perseorangan hanya boleh pajak di satu cawgn shj. Lain cawngn takbleh....dn yg terdekat ngn umah...
4) Bagi yg dah bt gadaian sehingga 70% tu anda dikehendaki tambah 10% duit drpd nilai pinjaman kerana slpas ini kadar pinjaman stakat 60% shja.
5) Hanya boleh gadai rantai leher yg kurang drpd 35 gram & rantai tgn kurang drpd 25 gram.
6) Limit pinjaman pula: Umur bwh 21 thn leh pinjam RM10k shja. Umur 21-30 thn leh pinjam RM30K shj. Umur 30 ke atas leh pinjam RM50k shaja.

Cadangan: Sila bt gadaian di Bank Muamalat @ Bank Islam coz pinjaman sehingga 75%. Juga di bnk rkyt @ di ar rahnu yapeim.

""""copy paste from comment Tan sri Debab....""""""

So nak dijadikan cerita arini (22/5/2012) aku gi tebus emas aku kat Agro...pastu kat pintu masuk Agro dah siap2 tampal berjela pasal rule baru pajakan emas dan ajen di larang sama sekali...(lupa aku nak tangkap gambar)

aku pun panjat naik atas n jumpa pegawai Ar-Rahnu tu...sambil tu try korek rahsia baru nie...dari apa yang aku sembang kenyataan Tan sri Debab mmg betul...banyak syarat baru pihak Ar-Rahnu Agro sekarang....

korang rujuklah kat atas tu, cuma ada penambahan ckit kepada geng yang dah MAX PINJAMAN Ar-Rahnu tu sampai 150k...

mulai sekarang pihak Ar-rahnu tak akan sambung bagi overlap kepada geng yang lebih melebihi pinjaman 50k ...maksudnya pihak bank nak kurangkan pinjaman individu setakat 50k sahaja..sesiapa yang telah max 3x sambung pajak tu..dia kena amik terus emas tu...

so post nie aku rasa penting untuk kita restructure balik masing2 punya planing.....

1) Adakah kita perlu tebus dari Ar-RahnuAgro dan pegi ke Ar-Rahnu lain
2) Adakah sesuai untuk kita jual kepada kawan2 kita
3) Adakah perlu kita keluarkan duit Saving dan tebus balik emas kita
4) Adakah kita hanya perlu cakap "sila lelong emas saya tu"
5) Cari penjual dulu dan suruh beli balik (yg pakai teknik 70:30)
6) Buat Surat baru.....


Thursday, May 17, 2012

APA YANG AKU TINGGALKAN....

Salam Kengkawan
Semalam pada jam 8.30 pg, masa aku kat opis ada announcement pasal kematian 1 anggota di balai aku...dimana pengumuman tu kata jenazah akan di di sembahyangkan di surau berek pada jam 9 pg dan akan di bawa ke kampungnya di kedah..jadi sebagai seorang muslim dan selaku pegawai aku pergi ziarah jenazah buat kali terakhir..

arwah memang seorang yang rajin kerja dan dari cerita yang aku dapat arwah baru jer habis kerja jam 7 petang tersebut dan pada jam 8 mlm dia kena serangan jantung dan di bawa ke hospital dn jam 10 mlm dia hembuskan nafas terakhirnya pada usia 50 tahun...

pada pagi tu jam 9 pagi masa aku ziarah, arwah telah di sempurnakan sembahyang dan tinggal tunggu van jenazah tuk di bawa balik ke kampong di kedah...memang ramai yang hadir di kalangan muslim dan bukan muslim bagi penghormatan terakhir buat arwah dalam ke adaan suasana hiba...
semasa van jenazah sampai dan jenazah di usung keluar daripada surau, aku rasa sungguh insaf, bila kita mati hanya kain kapan dan papan jer yang iringi kita nanti...

dan apabila di belakang arwah ada isteri dan 2 anaknya ikut serta dalam ke adaan menangis dan anak arwah masih kecil lagi...lantas aku teringat akan anak2 aku jugak....dalam kepala aku pada saat jenazah di usung keluar dari surau tu...

“”apa yang aku tinggalkan tuk anak2 dan isteri aku bila aku meninggal dalam keadaan mengejut mcm nie....””adakah simpanan/harta aku cukup tuk diorg.
arwah di masukan dalam van jenazah dan di bawa pergi...klu nak cerita pasal sedih keluarga arwah aku rasa korang pun boleh rasa sendiri..

kat cnie, moral of story post aku kali nie adalah bersedialah pikir masa anak2 kita jugak, jangan pikir diri kita sahaja...pada geng yang masih belum beli rumah tu, belilah rumah walaupun kecil..wang masih belum ada...silalah buat simpanan setiap bulan walaupun sedikit...

Wednesday, May 16, 2012

MASA UNTUK MENUAI HASIL

Salam Kengkawan

Masa memang cukup cepat berlalu..arinie dah 16/5/2012...sudah 5 bulan berlalu..aku hampir terlupa dengan Azam 2012 aku tahun nie...kadang2 kita nie sedap untuk berjanji pada diri tetapi nak tunaikan memang sukar dan perlukan komitment yang tinggi...
banyak benda yang aku belajar tahun nie iaitu dalam ilmu ternakan ikan kelisa dan ikan keli...aku terkejar sana sini, yerlah ikan kelisa aku letak dalam kolam di Bukit Merah manakala ikan keli berada di Lenggong pulak...satu di barat satu di timur....nasib baik ada 'sahabat' naked aku tuk aku bawak.....

sedar tak sedar sudah 4 bulan juga ikan keli di usahakan oleh sahabat aku dan aku ulang alik dari Taiping ke Lenggong seminggu sekali..mmg banyak cabaran dan perlukan modal yang besar..ikan keli yang di usahakan kali nie 100% makan palet ikan..last2 nie seminggu cost mencecah 1k seminggu tuk makanan sahaja..tp tu semua cabaran baru yang perlu di pelajari....



                          ( ikan sudah masa di tuai. 1kg = 6-7 ekor)


klu kita ingat dulu, ramai orang berlumba2 buat ternakan ikan keli dalam beg itam atau kanves yang mana dapat pinjaman dari tekun..ramai jugak yang bukak terlalu besar iaitu sampai 10-20 kolam terus tanpa ada ilmu ternakan keli..

setelah aku sendiri lalui baru aku sedar kenapa sahabat2 dulu gagal dalam ternakan ikan keli ini. mereka gagal di sebabkan 3 benda penting iaitu...MODAL, ILMU dan pemasaran (MARKETING)

Modal -  ternakan ikan keli ini sebenarnya perlukan modal yang besar iaitu dari segi makanan dimana ikan keli ini dari jenis karnivor dimana jika ikan nie tak cukup makan mereka akan makan antara satu sama lain dan ianya akan jadi masalah...

Ilmu - ilmu dalam ternakan ini penting,tak boleh main ikut orang jer. penternak ikan perlu faham pasal ikan keli ini iaitu apa ikan nie makan, jenis apa ikan nie dan yang paling penting adalah setiap bulan perlu buat pengkelasan dimana pengalaman aku lalui sendiri aku lihat ada 3 jenis saiz ikan nie besar, sederhana dan kecil, jadi bagi mengelakan ikan besar makan ikan kecil kita perlu asingkan ke kolam lain.

Marketing - Ini adalah perkara Penting selain Modal, kenapa ia penting? yerlah jika kita bela jer saper mau beli ikan kita tu...So sebelum kita bela ikan keli nie kita perlu lihat market dulu, siapa target kita dan di mana perlu di jual..dalam kes aku nie aku dah booking 1 syarikat yang mana dia mmg ambil ikan keli nie tuk di xport dan buat ikan keli salai..so dengan adanya buyer mcm nie kita mmg takkan takut tuk kembangkan perniagaan ini dan aku dalam perancangan tuk bukak kolam lain dan mybe akan belajar pasal ikan talapia itam pulak...


peh!!! tajuk kat atas cita lain, nie dah melalut ke cita lain pulak, biasalah aku nie jenis sukakan ilmu dan secara tak langsung post nie menjadi rujukan aku pada masa akan datang jugak, boleh aku rujuk semula...

ok, sebenarnya aku nak cita yang kolam aku dalam proses packing dan pengelasan ikan tuk pihak kilang amik...



        ( cik man sedang asingkan ikan yg buyer nak ambil)

Genab 4 bulan ikan nie boleh di tuai oleh kawan aku, banyak perkara aku belajar dan ilmu sendiri di turunkan oleh buyer, buyer nasihatkan aku dan kawan aku supaya kurangkan kos lagi dari segi makanan caranya kena pelbagaikan makanan pada masa akan datang...mybe boleh double keuntungan pada masa akan datang...

begitu luas sebenarnya Ilmu nie, semakin lama semakin banyak benda yang kita tak tau sebenarnya.....