Sunday, August 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



Salam kengkawan

hari nie dah 28/8/2011 dan tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI..di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada geng team OD yang beragama Islam....Pohon maaf segala kesilapan aku atau kata2 perli yang kadang2 aku tak tau korang 'terasa' tiada niat nak jatuhkan maruah sesiapa secara online...

kepada sesiapa yang ingin berjalan jauh, Hati-hati di jalan raya..tak perlulah bawa laju2...
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"

p/s : last ingatan...sila budget perbelanjaan korang ..hehehe

Friday, August 26, 2011

PERANCANGAN PELABURAN - part 2

Salam kengkawan

Setelah ko setup 'cash flow'. ko kena tentukan pula jumlah wang yang ingin disimpan, ko patut pikir kat mana nak laburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. korang kena tahulah apa strategi pelaburan yang perlu ko create atau bentuk supaya ko leh mendapatkan max income "goyang kaki"

so kat cnie bukan aku nak war-warkan semula apa income goyang kaki tu tp lebih kepada ilmu merancangan pelaburan di malaysia....

malas nak taip tp aku ada link yang korang boleh baca sendiri...ianya di tulis sendiri oleh SC yg mengandungi 19 m/surat


 
BAHAGIAN 1 – MEMAHAMI PELABURAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan
Jenis-jenis Pelaburan

BAHAGIAN II – PERANCANGAN KEWANGAN
Nilai kedudukan kewangan anda
Sediakan pelan kewangan sendiri
Memahami risiko Pelaburan
Pelbagaikan Pelaburan anda
Profit risiko anda
Pemikiran yang rasional
Awasi Pelaburan anda
Melabur dengan bijak : Yang jangan dan yang mesti dilakukan
Berwaspada dengan beberapa peraturan dagangan

LINK

Thursday, August 25, 2011

DIVIDEN ASW & DIVIDEN BANK PERSATUAN

Salam kengkawan

Pada bulan Ogos 2011 nie ada 2 pengumuman hasil Dividen... aku suka panggil ianya "antara income goyang kaki"
dividen yang diumumkan adalah : -
1) Pengumuman ASW 2020
2) Pengumuman B/Persatuan



AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

Tahun nie pihak ASW 2020 telah umumkan Dividennya sebanyak 6.50%, ianya meningkat sebanyak 0.15 sen per unit berbanding tahun lepas hanya 6.25%..

Thn         Dividen
2007   :  8.00 sen
2008   :  7.00 sen
2009   :  6.30 sen
2010   :  6.35 sen
2011   :  6.50 sen


BANK PERSATUAN

Tahun nie aku tak berapa pasti kenapa Bank Persatuan bayar dividen rendah berbanding tahun2 sebelum nie yang tinggi dan melebihi 10% setiap tahun...tahun nie B/Persatuan hanya membayar dividen 6.5% sahaja.

Thn         Dividen
2003   : 10.0 sen
2004   : 10.0 sen
2005   : 12.5 sen 
2006   : 12.5 sen
2007   :  10.0 sen
2008   :  10.0 sen
2009   :  10.0 sen
2010   :  6.50 sen


Tuesday, August 23, 2011

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI - part 1

Salam kengkawan

bunyi tajuk jer dah kelirukan otak yang tgh stress...mana tak nyeee... time2 nielah ada geng tgh pikirkan cukup ker budget tuk Hari Raya Aidilfitri tahun nie...tulah korang saper suruh beli mercun banyak2..beli jerlah bunga api..nie tak korang siap beli mercun merdeka buat apa..hahahah..sebab tu lari budget..pandai2lah korang,,klu ada emas tu jgn gunakan teknik bodoh pajak untuk belanja raya..biar pandai ckit otak tu merancang budget..hehehe kasor jer bahasa aku nie....tp tak perlah janji masage yg nak aku sampaikan tu sampai ke orang yg baca sekarang nie.....

Pengurusan aliran tunai nie adalah bahasa skima dan jika bahasa kasornyee adalah PENGURUSAN KELUAR MASUK WANG atau bahasa omputeh "cash flow"

perkara asas dan utama dalam kewangan masing2 dan perlu di titik beratkan

Nilai Bersih
kedudukan kewangan korang sekarang setelah di tolakkan dengan hutang-hutang dan adakah nilai bersih tu positif atau negatif. 

Belanjawan
pastikan ko merancangan belanjawan atau bahasa mudah buat budget dengan mengasingkan wang belanja dan simpanan

Hutang
untuk menghapuskan hutang adalah dengan cara BAYAR HUTANG.

Tabungan/simpanan
merancangan simpanan untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

topic selingan yang ringan dan bertujuan refesh balik asas kewangan....

Sunday, August 21, 2011

DANA KECEMASAN

Salam kengkawan

Dana Kecemasan

"Dana kecemasan" adalah dana berbentuk wang tunai yang biasanya disimpan untuk kita standby dari masalah tidak di jangka melibatkan:-
  • Kecemasan kerosakan kenderaan
  • kecemasan melibatkan kesihatan
  • kecemasan diberhentikan kerja 
  • kecemasan kerosakan harta benda
  • Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.
  • Rumah dirompak dan semua barang di hilang
  • syarikat ko bankrup
  • Adik/saudara masuk pusat pengajian

Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"

Dana kecemasan adalah penting untuk digunakan semasa situasi seperti senarai di atas, kita sedia maklum kita tak tau bilakan kecemasan tu akan berlaku..so apa salahnya kita "sediakan payung sebelum hujan".

Dana kecemasan inilah yang kita akan gunakan sebagai modal permulaan untuk kecemasan yang kita hadapi.

kita kena ingat juga KAD KREDIT bukanlah Dana kecemasan yang aku maksudkan. dana yang aku maksudkan adalah simpanan melibatkan wang ringgit (RM) sahaja bukan dalam bentuk emas/silver atau hartanah.

Berapa banyak yang patut disimpan

pada pandangan akulah cukup sekadar 10% hingga 20%  sahaja dari SAVING korang...klu saving ko ada 100k ko simpanlah RM 10k- 20k sahaja dalam dana kecemasan.
 
TETAPI
jika kos pembedahan memerlukan belanja sampai 30k mana cukup ?? dana kecemasan kita hanya ada 10k sahaja....

korang jgn silap sebelum ini aku cakap 10% dari Saving maksudnya jika ko simpan 10k dalam dana kecemasan maksudnya ko da simpanan SAVING l/kurang 100k ( tak kira dalam bentuk apa).

pada aku lagi tak perlu banyak sgt simpan dana kecemasan nie, coz dana kecemasan nie kita jarang guna dan hanya guna apabila berlaku kecemasan sahaja dan jika dah guna topup balik dana tu dan selebihnya bolehlah masukan dalam saving or pelaburan lain.

di zaman sekarang pihak hospital akan minta deposit sebelum jalani pembedahan, so 10% tu aku rasa mmg cukup untuk di jadikan sebagai deposit awal dan bakinya ko pakailah SAVING korang tu.

Di mana perlu menyimpan "Dana Kecemasan"?

klu boleh Dana kecemasan nie simpanlah dalam satu akaun yang senang untuk ko keluarkan di dalam waktu2 kecemasan tetapi boleh memberi pulangan yang baik jugak.

kenapa tak buat Saving sebagai dana kecemasan
dana kecemasan nie klu boleh asingkanlah dari saving korang tu..bukan banyak pun 10% hingga 20% sahaja..

biasanya klu kita satukan saving dan dana kecemasan dalam 1 akaun di takuti korang akan gunakan jugak dana kecemasan itu nanti.
bak kata pepatah "jangan letakkan telur dalam 1 bakul yang sama"


mana nak simpan dulu, saving atau dana kecemasan

"pay yourself first"..simpanlah wang simpanan dulu dan barulah wujudkan dana kecemasan..jgn saving pun tak ada tp berangan nak wujudkan dana kecemasan plak..

Wednesday, August 17, 2011

MALAYSIA DAN SOMALIA

Hari ini dah hari ke 17 kita berpuasa dan juga hari Nuzul Quran, masa kita buka puasa aku percaya kita boleh sediakan bermacam2 juadah istimewa.

aku sendiri pun klu tak keluar gi bazar Ramadan rasa mcm tak lengkap buka puasa...klu aku rasa baru nak berjimat "Orang Umah" plak minta belikan something...klu dah pegi ke bazar ramadan tu...korang faham2 jerlah...Air sebungkus pun dah RM 3, kuih pun RM 1 dapat 3 ketul jer..inflasi semakin rasa sekarang nie...

ikuti kisah benar dari aku....
masa kat Bazar ramadan aku gatal nak jalan2 keliling  satu bazar ramadan tu....time tu mulalah aku nampak ayam golek togel (RM 17)..heheh, nampak ikan pari bakar(RM 4)..pastu nampak plak martabak daging(RM 3)...roti john (RM3)..pastu rasa tangan nie dah berat aku pun menuju jalan keluar..punyalah mencabar dan dugaan aku nak kuar tu..heheh coz ramai orang....time hampir2 nak berjaya keluar jer " Ayah..beli bunga api pastu main ngan adah ( nama anak aku) pun best " emmm bagi seorang ayah yg sayangkan anaknyee mmg cair ngan ayat tu(RM 8)...banyaknyee duit aku abis..hahahah

masa berbuka punyalah nikmat..yerlah sekali sekala aku berbelanja besar camnie..hari2 bengkok bro...
masa aku tgh relex tu aku Tgk TV yang tayangkan pasal penderitaan rakyat Somalia....perut aku nie punyalah tinggi lepas kenyang makan berbuka tp rakyat somalia ketika ini tiada makanan ada yang ikat perut untuk elakan rasa lapar...


S/Khabar Utusan arinie (17/8/11)  pulak tunjukan gambar seorang ibu cuba tutup mata anaknya yang baru meninggal dunia kerana kekurangan zat...aku terasa nak dermakan wang aku ckit pada mereka terus..tp kepada siapa aku nak salurkan dan supaya sampai kepada rakyat Somalia nie...

(ibu yang sedang cuba menutup mata anaknya)

so moral of story, aku sgt2 bersyukur dengan kehidupan aku sekarang dan sama2 lah kita doakan rakyat Somalia yang menderita kebuluran di bantu secepat yang mungkin. Janganlah kematian mereka disebabkan kebuluran padahal negara-negara membangun dan maju yang lain mewah dengan kekayaan makanan termasuk Malaysia...

P/S : kepada rakan Team OD silalah tunaikan kewajipan anda membayar zakat fitrah..

Tuesday, August 16, 2011

MOTOR MINI UNTUK KANAK-KANAK 49cc





(disc break tayar belakang)




(disc break tayar depan)


(Exzos)


( enjin 49cc)

Salam kengkawan

kepada yang berminat nak jadikan motor nie sebagai Hadiah !! kepada anak, bolehlah cuba mini motorcross  nie...

bukan nak ajar anak merempit tetapi boleh ajar anak bagaimana cara bawa motor dengan betul....

tidak perlukan roadtax atau insuran...

kawasan sesuai untuk bawak adalah padang..

kepada yang berminat

enjin : 49cc
Brek : depan dan belakang
tayar: pakai angin
Enjin pakai minyak + 2T

pulas dan pecut !!!!!!

harga : RM 1,200

Stok mini bike antaranya:-
1) mini ATV
2) mini superbike
3) mini motorcross

TIADA PENJUALAN LAGI..HARAP MAKLUM



Sunday, August 14, 2011

"ABANG TUNGGU MAK DI SYURGA YA..."

Salam kengkawan

kisah yang confirm korang akan terasa sedih,...korang layanlah baca pengorbanan seorang ibu untuk anaknya yang tunggu 'masa' pergi....
Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

kredit to
http://www.iluvislam.com/

FAHAMI MAKSUD AYAT SURAT AL-FATIHAH

Salam kengkawan

dibulan yang baik ini, marilah sama2 kita luangkan masa sedikit untuk beribadah kerana Allah menjanjikan berganda pahala pada bulan Ramadan ini..

pada aku Surah Al-Fatihah ini penting dan marilah kita ketahui maksudnya untuk ingatan kita semua...


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة


1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

hayatilah....

Saturday, August 6, 2011

KENAPA TAK BELI SILVER ???



Salam kengkawan

Harga emas semakin meningkat dan ramai jugalah yang terkejar2 nak beli padahal ianya mmg mahal..yerlah diorg nie berpegang pada pepatah "jika tak beli sekarang.. dia akan naik jugak"aku yang baru setahun jagung berjinak2 dalam pelaburan emas nie mmg aku tak nafikan ianya boleh dipanggil
"untung goyang kaki ke dua tertinggi"

 Aikk!!! apa yang paling tinggi...heheh tahu atau korang sajer buat2 tak tahu...tahukah kengkawan yang SILVER adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi iaitu rekod tahun lepas iaitu hampir 70% berbanding emas sekitar 30%...

lagi 1, aku mmg galakkan kepada  pelabur baru yang modal tak banyak tu mcm aku nie kita main silver....tahun nie aku mmg tiada langsung beli emas..aku fokus pada silver sahaja..
kenapa??? ini kerana tahun nie time aku meraih keuntungan Emas...tahun depan plak time aku meraih keuntungan silver plak...heheheh
 sebab apa aku beralih pada silver...sebab harga silver masih murah dan duit aku pun dah habis..hahahah.
Silver pada aku masih mampu dimiliki...

1 dirham = RM25- RM 30
1 bulan belilah 3-5 dirham jer...ikut kemampuan tak pun rembat 250g/500g atau 1kg terus...
mmg betul org kata labur dulu emas lepas tu baru main silver...sebab emas kita boleh pajak...silver nie masih belum boleh dipajak....
kat cnie mmg ramai takut akan pelaburan silver yang masih baru lagi dan jgn terkejut silver semakin orang minat...dalam team OD pun dah ramai ada peminatnya....

 PROMOSI EBOOK
pada geng Team OD yang masih belum dapatkan Ebook Tukar Ganda Silver
sila klik link di bawah


apa yang korang leh dapat melalui Ebook nie adalah ilmu pasal bagaimana kamu boleh gunakan minimum wang tetapi boleh GANDAKAN SILVER korang tu.....kelebihan lain
.
sesiapa yang telah beli EBOOK Tukar Ganda Siver nie boleh BUAT DUIT untuk HARI RAYA nie...

camner???

dengan pembelian Ebook saudara ikram adi nie korang secara automatik boleh promote pula ke kengkawan lain(Affiliate) dan akan dapat komisyen dari bro Ikram Adi.....tak payah cita banyak2lah...klik jer kat link di bawah



(sila klik banner)

UPDATE
6/8/2011 

wah!!! baru 2 jam promosi aku dah dapat banyak komisyen...sila lihat pic dibawah :--



korang bila lagi nie ??????
jgn tunggu lama2 jadi rakan Affiliate aku jual Ebook Tukar Ganda Silver nie dari Bro Ikram Adi....

jadikan Biz nie untuk pendapatan menjelang Aidilfitri


                                                  (sila klik banner)

Friday, August 5, 2011

EMAS FIZIKAL VS EMAS BUKU

Salam kengkawan

sejak awal bulan Ogos 11 nie aku lihat harga Emas melonjak naik..ada kata disebabkan korea beli emas sampai 25 tan, ada juga kata Maxico, Rusia dan Thailand pun beli jugak emas ber tan2...korang plak baper gram dah beli..hehehe jgnlah rasa rendah diri plak..aku pun main gram2 jer...ukur baju dibadan sendirilah...

aku nak cita pengalaman hampir setahun aku main Emas/silver nie....dan ramai jugaklah asik dok bertanya manakah untung Emas fizikal atau emas buku...kat cnie aku akan kongsi 'life' punya story iaitu cita aku sendiri..jom saksikan...

kita sama2 bezakan peratusan keuntungan ke dua2 pelaburan nie

GSPA @ MGIA
pada 8/10/2010 aku telah beli emas GSPA Maybank

 

(klik untuk besarkan)

jika lihat dalam buku tu..aku beli masa harga 1g = RM 135.61 dan kita lihat harga 4/8/2011
ya harga dah mencecah RM 162.87 tp aku suka klu kita kira harga "Buying" RM 156.20 coz bila nak jual balik mmg bank akan bayar harga "buying" sahaja..

harga sekarang                       harga dahulu
 RM 9,528.20                             RM 8,272.20

keuntungan = RM 1,256.20

so klu korang kira peratusan keuntungan = 15%  ( oct 10 hingga ogos 11)

bagaimana keuntungan

EMAS FIZIKAL

harga masa aku beli pada bulan Oct 2010 adalah l/kurang  20g = RM 2,750

jika kita lihat harga emas pada 4/8/2011

(klik untuk besarkan)

kita lihat harga "PG Buy" sahaja...


harga sekarang                harga dahulu
    RM 3,341                          RM 2,750

keuntungan = RM 591

so klu korang kira peratusan keuntungan = 21.5%  ( oct 10 hingga ogos 11)

keputusan
keuntungan bagi Emas buku hanya 15% sahaja berbanding Emas fizikal yang tinggi iaitu 21.5% (klu jual pada harga PG sell- lagi tinggi peratusan)

so, aku mmg tunggu masa sesuai tuk cairkan balik emas buku aku nie dan beralir kepada Emas fizikal...tak pun pada Silver....




UPDATE (9/8/11)

telah tutup akaun MGIA@GSPA dan peroleh keuntungan bersih RM 1,923..
allhamdulilah..rezeki allah tp klu aku laburkan dalam emas fizikal dulu berapakah untung aku agaknyeee.....heheheh

Thursday, August 4, 2011

OH BULAN PUASA








Salam kengkawan

Hari nie 4/8/2011 adalah hari ke-4 kita berpuasa...sekejap jer rasanya masa berlalu...tak lama lagi masuk pula bulan shawal..tp arinie kita sembang dulu pasal bulan puasa lah !!!....
selain kita menambah amal ibadah kita dan tidak ponteng puasa adakah korang merancangan kewangan korang nie....heheh aku pun ingatkan diri aku jugak....

apa taknye..asal petang jer dalam kepala nie dok pikir bazar ramadan mana aku nak pegi...masa kat bazar ramadan klu tak 4-8 plastik bawak balik mmg tak sah..betul tak...
dengan mertabak, ayam percik, ayam golek, kuih2 yang 4 jenis, air plak sampai 2 jenis klu beli..hahahah nie mmg pembelian nafsu nie...larat ker nak abiskan....

setakat nie, aku boleh control lagi perbelanjaan aku bulan puasa nie yg mana aku sekat ckit tuk aku berbelanja plak untuk balik beraya ke Johor n Negeri sembilan tahun nie...ada juga hari yang aku langsung tak kuar beli apa2..just berbuka apa yang ada..hahahah

kedekut !!!!
bukan kedekut tp kena ada peracangan bro/sis...klu ko rasa nak demam tak gi bazar ramadan tu...
apa salahnya kita berbelanja RM 5 jer sehari

5 x 30 = RM 150
cukuplah keluarkan baget lebih ckit...
apa yang penting kat cnie adalah korang kena ada planing..planing..n ... planing

jimat2 lah ckit tuk perbelanjaan bulan shawal nanti..jgn over budget...kepada pengguna OD suka aku ingat diri dan kengkawan jgn gunakan duit OD sesuka hati...boleh gunakan klu "terdesak' tetapi bulan nie tiada saving...

selain dapat jimatkan perbelanjaan bulan puasa nie, bolehlah kita melatih diri daripada sikap boros kena ingat tak ada kuasa magic yang ada untuk tingkatkan saving kita melainkan kita kena displin dalam merancangan kewangan kita.

Tuesday, August 2, 2011

PENIPUAN PELABURAN HARTANAH













Salam Kengkawan

Hati-hati dengan pelaburan Hartanah yang di tawarkan, dimana ada group bergerak aktif menipu orang ramai dimana mereka menawarkan pelaburan Hartanah melibatkan bilik2 hotel terkemuka di malaysia seperti Hotel Swiss garden dan Hotel2 lain dimana mereka katakan yang kita boleh membeli bilik2 hotel ini dalam masa tempoh tertentu..
Modus Operandi adalah mereka menipu orang ramai dengan membuat promosi kepada pemilik KAD KREDIT yang tamak dan mahukan keuntung yang cepat.

mereka terdiri daripada ketua berbangsa india dan beberapa org marketing india dan melayu, mereka menghantar SMS kepada pelanggan yang menggunakan kad kredit dan menjemput mereka ke promosi2 mereka yang biasanya di adakan di Hotel2..

dalam promosi itu mereka telah menawarkan kepada pelanggan yang hadir dimana boleh memiliki sebuah bilik di hotel terkemuka dalam tempoh 5-20 tahun dengan dikenakan bayaran tertentu dan pinjaman kononnya di sediakan oleh pihak syarikat penipu tersebut.

contohnya:

bagi mereka yang ingin pajak bilik hotel Swiss Garden (contoh) dalam masa 7 tahun mereka perlu membayar sejumlah RM 21k-25k dan keuntungan di berikan setiap bulan antara 1k pada tahun pertama dan akan meningkat setiap tahun sehingga tahun ke tujuh yang boleh mencapai keuntungan sehingga 5k-7k sebulan... menarik bukan !!!!
itu bagi yg ingin miliki 1 buah bilik sahaja..bayangkan jika pelanggan itu yg tamak dan mahukan 5 buah bilik hotel....kiralah sendiri jumlah yg perlu di bayar.
lagi 1, hati2 mereka menjanjikan kononnya pinjaman akan disediakan oleh pihak syarikat tetapi kita kena bayar dahulu dan duit itu akan dipulangkan jika pinjaman di luluskan.

bagaimana pembayaran di buat?
mereka nie pandai menipu dan mereka telah sediakan mesin swipe dan minta pelanggan terus swipe kad kredit masing2 di situ juga dan memberitahu wang akan di kembalikan dalam masa sebulan bersama keuntungan pada bulan itu....

bunyi macam pelaburan AHB jer?
yup, mmg sama dan disinilah mereka mencari peluang untuk menipu orang yang mahukan keuntungan yang cepat dimana keuntungan akan diperolehi setiap bulan berbanding AHB yang hanya boleh di nikmati 6 bulan sekali...

so kengkawan, aku nasihatkan hati2 dan berfikir 2 kali untuk terlibat dalam pelaburan ini...apa pun sebelum terjebak sila bertanya geng Team OD terlibih dahulu...

selamat menjalani ibadah puasa.