Sunday, November 27, 2011

RANCANGLAH ALIRAN TUNAI DENGAN BAIK

Salam kengkawan


Aku ada terbaca blog kawan kita pasal keratan akbar ini


keratan Akhar di atas menceritakan seorang peniaga yang terpaksa mengikat perut gara-gara ketiadaan wang untuk dibuat modal pusingan perniagaannya.

kenapa perempuan ini seorang peniaga boleh hadapai masalah mcm nie??? pinjam along ker?? atau dia nie kuat joli...isssshhh!!! tak baik tuduh2 camtu...dia ada cerita lain sebenarnya...camnie

Perempuan nie sebenarnya telah membeli sebuah rumah berharga RM321,000 di suatu tempat di Penang pada tahun 2009 dan telah bayar deposit 32k untuk beli rumah idaman tu..

Menurut cerita perempuan ini, semasa hendak membuat pinjaman rumah, pihak bank meminta cagaran sebelum meluluskan pinjaman rumah. Dalam kes ini pihak bank telah bersetuju menerima sijil ASB bernilai RM20,000 sebagai cagaran pinjaman bagi tempoh 2 tahun.

Namun, tiga bulan sebelum tarikh cagaran sijil ASB tamat, wanita berkenaan yang berniaga baju dalam talian telah menerima tempahan yang amat memberangsangkan. Memanglah siapa yang tidak suka kalau perniagaan yang dijalankan menerima banyak tempahan. Masalahnya nak beli barang yang telah ditempah oleh pelanggan pun tak ada duit langsung kerana tidak merancang kewangan dengan betul dan dalam kepala hanya teringat sijil ASB yang dipajak dulu dengan pihak bank untuk beli rumah dan perempuan itu nak minta dengan bank supaya lepaskan cagaran sijil ASB lebih awal? silaplah perempuan nie coz dalam kontrak pun kata sijil mesti di pajak selama 2 tahun..so klu tak sampai tarikh masak mmg pihak bank tak layanlah...hehehe
perempun ini masuk paper sebab nak mintak pihak berkenaan masuk campur melepaskan sijil ASB dia tu tuk di cairkan dan bolehlah roling niaga...

Azam/Vision mmg penting tp kena disertakan dengan perancangan Aliran tunai dengan baik terlebih dahulu..

Moral of story rancanglah perbelanjaan anda 2 tahun ke hadapan
( cara aku )..




Saturday, November 26, 2011

ADAKAH KAD KREDIT MENYEBABKAN KITA BANKRUP

Salam kengakawan
Bankrap atau muflis ini perlu kita jauhi lagi2 ramai geng kita di sini dari golongan muda...kesan jika kita di istihar muflis dan di pantau di bawah jabatan Insolvensi, segala wang, hartanah kita akan di kawal untuk membayar hutang.
ramai jugalah yang kata penyebab utama ramai orang bankrap adalah KAD KREDIT...adakah itu benar?
aku sebagai penggunan/penulis Ebook TEKNIK OD+ASB+CC nak jelaskan kad kredit bukanlah penyebab utama..mengikut statistik tahun 2010, penyebab ramai rakyat malaysia bankrap adalah:-
  1. Hutang kenderaan         24.12% 
  2. Pinjaman Perumahan     11.78%
  3. Pinjaman Perniagaan      10.93%
  4. Kad kredit                     5.53%

peratusan paling tinggi penyebab ramai orang bankrap adalah pinjaman kenderaan bukan Kad kredit, kerana apa ramai oleh bangkrap dengan pinjaman kereta? ini di sebabkan nilai/value kereta cepat jatuh.dan tempoh pinjaman yang panjang apabila pemilik kenderaan nak jual semula nilai pinjaman masih tidak boleh cover harga semasa kereta tersebut.

begitu banyak artikel memperbesarkan bahaya penggunaan kad kredit tanpa mengajar kelebihan penggunan kad kredit dan rata2 newbie jumpa dengan aku untuk belajar teknik OD+ASB+CC ini begitu takut dengar perkataan kad kredit ini...ramai akan tanya "ada tak cara lain selain guna kad kredit". dan aku akan tanya jugaklah "kenapa"..jawapannya takut bangkrap klu tak bayar...interest tinggi..

sebenarnya dalam penggunana teknik OD+ASB+CC ini penggunaan CC adalah penting kerana aku nak ajar bagaimana kita nak max penggunanan teknik OPM tersebut. dalam teknik OD+ASB+CC penggunaan CC di KHAS kan untuk teknik ini sahaja bukan untuk tujuan lain2..

sekarang pihak bank pun telah bijak tidak benarkan pengguna kad kredit menggunakan pada kadar melampau dan ada sekatan dan sering kali di hantar peringatan melalui SmS dan juga panggilan telefon suruh kita bayar..

ada ura2 pihak BNM akan sekat penggunaan CC kepada 2 kad sahaja setiap individu dan sehingga sekarang masih belum ada black n white pasal perkara tersebut dan jika aku yang ada 4 CC bank mana akan call aku mintak batalkan kad kredit diorang...adakah pihak bank akan buat mcm tu?????

klu ianya berlaku jugak dimana hanya 2 CC di benarkan, kita boleh aplly untuk 'up' kan limit penggunan CC tersebut...

kepada yang masih berminat dapatkan Ebook aku sila klik










Saturday, November 19, 2011

HUTANG TEPU ATAU ......

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak post..bukan apa, ada masalah ckit dimana aku sendiri tak leh masuk blog aku...aku biasanya pakai Internet Explore tuk masuk mana2 website...tp aku terpaksa bertukar kepada Mozilla..mybe ada geng leh bantu aku camner aku nak bukak blog aku balik pakai Internet Explore....

sekarang nie harga Emas turun naik dan kadang2 dia sideway jer...semalam dan arinie harga emas menjunam plakk...tp aku rasa tak lama sebab ekonomi US hadapi masalah kewangan...

jom kita lihat masalah negara uncle sam tu...

dia nie sibuk nak bantu negara org tp negara sendiri hadapi masalah kewangan yang teruk...
adakah kita jugak akan terkena tempias...adakah kadar inflasi akan naik...tp sebenarnya sekarang nie mmg dah naik pun..hahaha



So apa yang aku nak cita adalah pasal ekonomi dunia..hahah asyik pikir masalah kita jer.....

"" Pasaran saham Asia ditutup tidak menentu semalam, masing-masing mencari hala tuju selepas sebuah agensi penarafan kredit memberi amaran bahawa bank di Amerika Syarikat (AS) akan terjejas teruk jika krisis hutang Eropah merebak melepasi negara bermasalah kewangan seperti Greece.
Harga minyak berlegar di atas AS$102 setong, manakala dolar AS meningkat berbanding yen dan euro.

Indeks Hang Seng di Hong Kong jatuh 0.9 peratus kepada 18,793.28 mata, manakala indeks Kospi Korea Selatan menokok 0.6 peratus kepada 1,867.56 mata.

Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.1 peratus pada 8,475 mata, manakala penanda aras di China, Indeks Komposit Shanghai mendatar pada 2,467.67 mata.

Indeks penanda aras di Singapura, Indonesia, New Zealand dan India masing-masing jatuh.

“Krisis hutang negara di Eropah adalah penghalang besar pasaran ketika ini,” kata peniaga dagangan utama di Piper Jaffray Asia Securities Ltd Hong Kong, Andrew Sullivan.
Pasaran Asia jatuh apabila kebimbangan di Eropah memuncak berikutan kenaikan kadar pulangan bon kerajaan 10 tahun Itali sehingga hampir tujuh peratus.
Ia adalah paras yang sebelum ini menyebabkan Greece, Ireland dan Portugal meminta rancangan menyelamat.

Kedudukan itu juga mencetuskan kebimbangan kerana Itali dianggap terlalu besar untuk diselamatkan.

Perkembangan itu disusuli amaran daripada Fitch Ratings, satu daripada tiga agensi penarafan kredit utama bahawa bank di AS akan ‘terjejas teruk’ jika krisis hutang Eropah mereka di luar negara yang berdepan masalah.

Perkembangan pada Rabu itu meningkatkan kebimbangan mengenai ekonomi kewangan global.

“Wabak daripada krisis hutang zon euro merebak pantas, mengancam menjadikan krisis serantau menjadi krisis global,” kata ahli strategi di Credit Agricole CIB dalam satu nota penyelidikan.

Pelabur Asia juga runsing mengenai kedudukan kewangan pemaju hartanah yang dicetuskan kebimbangan terhadap penurunan harga di pasaran hartanah China yang sebelumnya rancak, kata Sullivan.

Di New York kelmarin, purata perindustrian Dow Jones ditutup pada 11,905.59 mata, kerugian 1.6 peratus, dengan majoriti kerugian itu dicatatkan selepas laporan Fitch berkenaan  ""
-Sumber -

so, agak2 camner kewangan malaysia sekarang yang aku tgk begitu pemurah dalam perbelanjaan....

Sunday, November 6, 2011

TEKNIK BELI EMAS LELONG

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli Team OD..syok yer korang dapat beraya bersama mak ayah abg kakak...aku cam biasalah masih kerja di peratauan...pagi2 raya nie aku terasa nak bagi TIP berguna sementara tunggu 'mem' gosok baju raya aku..hehehe

perkara nie mmg dah lama kita tahu, atau kita sebenarnya tak sedar...ianya nampak mcm perkara kecil tetapi kesannya amat besar...ramai org juga boleh jadi kaya kerana benda nie, mmg ramai akan sorokkan perkara nie kerana apa !!!! kerana takut org ramai tahu apa yang dia tahu sebenarnya....benda apa????

EMAS...

semua orang tahu pasal emas..dan aku agak dah ramai ahli team OD sedar akan pelaburan ini...
bila dah lama kita 'main' emas kita akan sedar bahawa emas ini tidak ada nilai 2 gred or second hand..nilai dia adalah tetap sama yang menilai emas murah adalah kedai Emas...

so adakah kita perlu beli emas baru jer untuk menjaga kualiti emas tu dan harga tidak akan jatuh...sebenarnya harga emas baru dan emas lama adalah sama jer..tak percaya TRY pergi Ar-Rahnu...adakah Ar-Rahnu akan nilai emas baru harga lain dan emas lama harga lain pinjaman dia ????

ok kat cnie aku nak kongsi TIP apa yg aku tahu dan ramai tahu tapi taknak kongsi....
sekarang telah ada wujud group emas di FB mcm HatiEmas, barang kemas baru, barang kemas terpakai dan mcm2 lagi yg menawarkan harga menarik...tp aku nak cita

EMAS LELONG AR-RAHNU BANK RAKYAT

 
klu saper yg biasa pergi ke Ar-Rahnu Bank rakyat diorg akan biasa lelong emas pada minggu ke-3 (ikutlah pd bank). mmg klu kita lihat barang memang banyak TETAPI dalam kepala kita nie kita hanya nak beli EMAS lelong 916 sahaja..Betul tak ????
sebenarnya emas 875 dan 835 yang pihak Ar-Rahnu pamerkan itu adalah EMAS 916 ....betul ker??? kenapa pihak bank nak downgred...

biasalah nama pun bank...korang jgn marah plak..bagaimana pihak bank nak kurangkan lagi nilai pinjaman kita adalah dengan menilai rendah emas 916 kita menjadi 835 atau 875...klu emas 916 sekarang 186/g..nilai emas 875 = 178/g..so kat situ jer bank dah untung....

apa yg aku tahu pihak Ar-Rahnu mmg akan buat Downgred pada emas yang kita pajak, melain kita kenal banker tu...kebanyakan emas aku pun kena dowgred jugak..


aku lihat mmg ramai tokey2 besar akan amik borang dalam kuatiti yg banyak untuk masuk bid emas Ar-rahnu B/Rakyat kerana mereka dah tahu emas tersebut adalah emas 916..bijak..bijak...

So kengkawan apa lagi...mari kita beli emas 875 tersebut...sebelum org lagi ramai tahu korang standby duit dulu..hahaha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...