Thursday, October 27, 2011

UPDATE: TEKNIK OD+ASB+CC

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak UPDATE pasal Ebook aku....sedar tak sedar dah setahun pengeluaran Ebook aku tu dan sehingga hari masih ramai yang berminat membelinya..TQ guy...

dalam Team Ebook teknik OD+ASB+CC aku ada utarakan soalan berupa ujian lah....di sana aku cuma menguji tahap pemahaman ahli team dalam EBOOK keluaran aku tu..dan aku dapati mmg ramai yang keliru
dan aku merasakan TT jugalah yang amat berguna kerana direct soalan kepada aku....

apa soalam dia ?????

ANDA MEMPUNYAI LIMIT CC 15k DAN DIVIDEN ASB TAHUN BERKENAAN HANYA RM 7,000, APAKAH TEKNIK YANG SESUAI...

Statistik jawapan yang aku perolehi mmg ramai menjawab gunakan TEKNIK GANDAAN + TEKNIK BERTAHAN tetapi ada jugak yang menjawab gunakan TEKNIK GANDAAN SAHAJA...

so di sini aku dapati masih ada yang kurang faham/keliru....ker tak faham soalan....

di sini perlu aku ingatkan para pengikut teknik OD+ASB+CC...
walaupun ko ada 40k limit CC...tidak semestinya ko LAYAK gunakan teknik Gandaan sahaja...


kenapa???
ini kerana dalam teknik ini kita melihat BERAPA DIVIDEN ASB ko tahun tersebut...
jika dividen ASB boleh dapat 15k...mmg tiada masalah ko pakai teknik berganda sahaja....

TETAPI
jika dividen ASB ko hanya 8k..ko tak layak guna teknik bertahan sepenuhnya setahun...ko kena gunakan teknik gandaan + teknik bertahan

SEBAB
dengan dividen ASB tersebut kita akan gunakan utuk MEMBAYAR CC akhir pada Disember...

harap korang jangan keliru dan tamak nak saving sahaja....

Friday, October 21, 2011

MENCEBURI PELUANG PERNIAGAAN IKAN KELISA

Salam kengkawan

tahun nie genap 3 tahun aku berkhidmat di Taiping,perak dan aku dah set jika aku melebihi 3 tahun kerja di sini aku kena buat something sama ada beli hartanah di sini aku mulakan apa2 pun jenis perniagaan..
so pada 13/10/2011(khamis) iaitu minggu lepas (sebelum TT di Johor) aku telah beranikan diri untuk menceburi 1 bidang yang aku sendiri tidak berapa mahir..iaitu ternakan ikan kelisa jenis HighBack...aku mmg ada minat dalam membela ikan perhiasan nie dari zaman alam persekolahan di mana semasa di zaman sekolah itulah aku ditugaskan sebagai tukang basuh aqurium ikan kaloi + ikan emas milik arwah abah aku..so dari situ timbul minat tentang ikan nie..sekarang pun aku ada bela ikan kecil2 tuk anak2 aku...

(mcm2 jenis ikan ada)


tetapi kenapa aku takut dan tak mulakan dari tahun pertama berada di Taiping....??? ini adalah kerana kurang pendedahan dan masih belum membuat marketing research...persoalan dalam kepala aku adalah siapakah kumpulan sasar aku untuk jualan balik ?? bagaimana hendak maintain kualiti ikan2 tu.....

emmm...klu korang nak tahu harga seekor ikan kelisa klu yg jenis Grossback ianya melebihi kos belanja aku sebulan...pehh!!!! mau aku tak takut...mahal betul..tu baru 1 ekor..takkan aku nak start dengan 1 ekor..mcm tak berbaloi...

so, selepas 3 tahun aku beranikan diri tuk beli anak ikan kelisa jenis highback sahaja dulu dimana kos seekor aku dapat dengan harga special RM 400. aku telah beli sebanyak 20 ekor.. 

(anak kelisa highback l/kurang 3 inci)

pada mulanya aku takut untuk ceburi tetapi ada seorang rakan yang aku panggil abg enal dan david sudi menjaga dan perhatikan ikan yang aku beli tu dan apabila tiba masanya ikan itu akan dimasukkan ke dalam kolam abg enal...

pehh!!! rezeki camnie jgn di lepaskan...klu korang ada pergi ke bukit merah dan masuk mana2 tokey kolam ikan kelisa tuk melabur ikan jenis highback ini perlukan modal 120k tuk 1 kolam...nie aku dapat peluang KEEMASAN aku mmg sambar...

bagaimana aku memilih baka ikan kelisa adalah ianya dari Bukit Merah dan ianya di pilih sendiri oleh pakar ikan dan sebagai seorang pakar yang telah lama ceburi bidang ternakan ikan kelisa abg enal memberi pertolongan mencari anak ikan kelisa highback dan aku hanyalah keluarkan modal sahaja...hahahah

apa perancangan aku sebenarnya???
aku agak mesti ini yg korang tunggu..apa perancangan aku sebenarnya...ok aku sengaja beli anak ikan highback kerana ianya berpemintaan tinggi dan mudah dijual kerana harga tidak semahal grossback..aku jangka dalam umur ikan 1 tahun lebih aku akan jual pada ajen balik or penggemar ikan dan aku jangka harga akan mencecah RM 1,500 - RM 1,700 seekor ins'llah..
lagi 1 perancangan aku untuk cuba bela sendiri dan try rapatkan diri dengan tokey2 ikan kelisa nie tuk senang aku jual balik ikan tu nanti...(heheh marketing stategy)..


apa pun semoga aku berjaya...

Monday, October 17, 2011

TT DI McD SKUDAI JOHOR


Salam kengkawan

Pada sabtu lepas 15/10/11 jam l/kurang 9 malam TT telah di adakan di Johor iaitu di McD skudai...ke hadiran l/kurang 9 orang sahaja antaranya Yazid Ahmat , Salihan Mohd Juri, Nik Muhammad Anuar, Shuhaimi Abd Rahim, Iswan Nizam Salam, Redzuan Othman dan ada 3 lagi geng aku tak pasti nama penuh dan akaun Fb diorg tu(heheh)...TT kali ini di hadiri oleh Ahli geng JB yang lama dan hanya ada 1@2 orang jer yang baru..so TT kali nie mmg tak ada open kertas A4 dan calculator coz semua yg hadir dah kotai...aku bawak laptop di org bawak ipad..perh lebih maju zaman sekarang nie....main touch skrin jer...pada aku tak berapa sesuai nak buat kat McD coz meja yang kecil dan terlalu ramai orang(susah nak dapat kerusi) lagi2 dah tak dapat Teh Tarik(TT)..lain kali kita buat kat mamak jer...

apa yang menarik perhatian aku dalam TT nie adalah vision masing2 dalam permainan OD nie...aku tgk masing2 dah anggap OD nie kecik jer...tp AMAT berguna...pada pengamatan aku setelah korang dah berada tahun ke 3 ke atas dalam permainan OD nie kewangan kita dalam keadaan stabil dan mula mencari peluang dalam pelbagai cara lain untuk tinkatkan income....
Geng2 TT JB ramai yg masih terikat dengan kerja lama seperti gomen, swasta tp telah giat cari site income yang melebihi gaji lama...dahsyat.. ada antara mereka telah ceburi dalam bidang Kontraktor,tokey rumah, tokey kebun sawit iaitu telah beli dan pajak kebun sawit org,tokey ikan, tokey saham, Tokey Ar-Rahnu dan juga tokey emas...dan ada geng dalam perancangan nak bukak hotel dan juga McD di kawasan JB...

hebat bukan ??? rugi saper org JB tak join kali nie...bukan nak tunjukkan kehebatan org lain tetapi kita tgk pada corak pemikiran geng2 kita tu yang mana kita leh jadikan semangat dan tiru mana2 yang baik....sesiapa yang tak ada OD lagi kami ada cara nak tolong group JB tapi ramai newbie yg tak hadir..so saper yg hadir mlm tu mmg untung...

bila TT JB lagi akan di adakan...sebenarnya TT boleh di buat pada bila2 masa dengan adanya otai2 sedia ada yang rata dah mahir dalam OD...sesiapa yang berminat nak TT leh contak bro Yazid Ahmat...atau nama2 yang aku kaler hijau tu(klik dan ke Fb diorg)...

Jom join network Group JB...

Saturday, October 15, 2011

BELI TANAH DAN RUMAH MANA UNTUNG

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak update blog tak seberapa nie...sepatutnya aku sambung bahagian akhir pasal perancangan kewangan tp rasa belum masanya dan aku tgh terpikir pasal TANAH & RUMAH.

persoalannya ramai teragak2 nak kata beli tanah lagi untung dari beli rumah dan ada juga yang kata beli rumah lagi untung...

apa keuntungan beli RUMAH
  • boleh sewakan terus (ini yg utama)
  • tak perlu ubahsuai rumah
  • boleh refinance umah tu
  • permintaan tinggi
  • kenaikan harga tahunan agak tinggi
  • harga rumah sekarang antara 50k - max
  • rumah perlu di jaga dalam keadaan baik bila nak jual

apa keuntungan beli TANAH

  • boleh di usahakan tanam sawit/getah (ini yg utama)
  • boleh mohon agro tuk dapatkan pinjaman tanaman
  • permintaan tinggi
  • kenaikkan harga tahunan amat tinggi
  • harga tanah sekarang antara 35k se ekar - max
  • tanah jika tak di jaga dan diusahakan pun harga tetap melambung
so mana yang untung sebenarnya..masing2 ada kelebihan dan ada kelemahan...

pada pandangan aku dulu rumah adalah pilihan utama aku berbanding tanah..tetapi sejak akhir2 nie aku rasa yang tanah untung sebenarnya..
aku perhatikan sekarang harga rumah semakin melampau dan dan masuk bid lelong pun aku tgk dah ramai tau dan harga pun dah mcm beli umah sub-sales...dn kerajaan sekarang dalam usaha mengawal kenaikan melampau harta rumah sekarang...so adakah harga tanah akan jatuh ????? pada aku harga tanah memang takkan jatuh....so sesiapa ada tanah lepas nie pihak pemaju or kontraktor akan kejar untuk beli coz nak buat kawasan perumahan...

so jika kontraktor nak majukan tanah ko tu, boleh buat perjanjian iaitu tanah se ekar ko tu leh buat 10 biji rumah..secara automatik ko leh mintak rumah 2 biji 1/2 rumah...so jika kat tanah ko tu dia nak buat 30 biji rumah ko leh dapat free rumah 7 biji 1/2 rumah...so andaikan rumah yang ko dapat tu rm 150k sebiji (rumah teres) klu dah 7 biji dah berapa ko untung?????

so mana lagi untung?????

Thursday, October 6, 2011

SIAPA UNTUNG KITA ATAU KERAJAAN

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak update post2 baru kat cnie, asyik layan emas jer....siapa berminat nak dapatkan barang kemas 916 baru sila hubungi aku...
harga cantek punya....
apa pun arinie aku rasa nak cita pasal hari esoklah... iaitu tentang perbentangan budget negara....

agak2 apa berita yang gembira tuk rakyat termasuk aku....adakah kerajaan akan kawal harga2 barangan atau berikan apa2 kemudahan bank..seperti idupkan semula OD personal (hehehe)

klu yang kerja gomen tu, of courselah tunggu pengumuman BONUS or KENAIKAN GAJI....aku dgr akan naik sampai 40%..hahaha bangkrup kerajaan.....

ada juga rumor katakan yang tempoh khidmat penjawat awam akan di panjangkan ke tempoh 60 tahun.... peh!!! bertongkat gi kerja

PENCEN PENJAWAT AWAM 60 TAHUN

jom kita kaji...siapakah yang untung dalam hal khidmat 60 tahun nie kerajaan atau kita.....

SECARA LOGIK

- kita untung kerana leh dapat lagi gaji
- kita boleh panjangkan tempoh pinjaman bank
- kita hilangkan boring kat umah
- kerja leh relax ckit coz dah berumur...

yg tersembunyi (versi aku)

- pada aku apa yg di beri pasti akan ada benda di tarik....

- dulu 56 thn pencen kemudian 58 tahun....sedar tak korang lg untung klu pencen awal..tak payah kerja tp dapat full pencen....goyang kaki layan cucu

-  persoalan utama adalah..."agak2 kerajaan kaji tak jangka hayat rakyat malaysia"...hehehe,sudah tentu para cendikiawan belakang PM dah kaji dan rata2 rakyat malaysia umur 60-65 dah mengadap ilahi....so kerajaan tak PAYAH bayar pencen....

apa plak !!!! anak kan ada...bini lagi ( korang persoalkan)....

tahu atau tidak pencen akan di berikan kepada isteri selepas suami meninggal..tu pun klu merasa pencen suami..yerlah pencen umur 60 tahun...paling kuat aku leh kata isteri makan pencen 2 @ 3 tahun jer...klu umur panjang rezekilah....

- pasal anak plak...hanya anak yg berumur  BAWAH 18 tahun sahaja yang layak terima pencen...
klu korang kira...agak2 masa umur kita 60 tahun tu anak kita semua dah umur berapa????
aku ingat mau dah bercucu kita nanti....
pada aku kesan pencen sampai 60 tahun nie banyak dan merugikan jer...so aku nak pencen 50 tahun jer...hehehe