Sunday, February 27, 2011

PRODUK MALAYSIA VS PRODUK LUAR

Salam kengkawan...

lama sungguh aku tak menulis kat cnie...aku pun sejak 2 menjak nie manjang bz jer dengan hal kerja...terkejar sana..terkejar cnie..masa aku tulis nie pun aku sedang berada di KL coz aku ada hadiri kursus...hajat di hati nak jugak buat TT tp ada masalah ckit coz kursus aku nie banyak sgt lawatan dia dari jabatan kejabatan....

kat cnie aku terpanggilkah nak tulis ckit pasal barangan import seperti KFC, McDonald, Versace, Adidas, Mercedes, BMW berbanding local produk seperti Bata, Proton, Produa dan etc

aku kadang2 pelik jugak kenapa kita perlu agungkan barangan luar negara sedangkan barangan tersebut sebenarnya 80% datang dari malaysia...contoh simple aku bagi adalah KFC...

contoh 1 >>>>>>>>> KFC
korang makan 3 ketul ayam sampai RM 20..korang sedar tak klu ko beli seekor ayam baru RM 15 (ikut harga semasa)...

kat cnie kita boleh fikirkan secara logik....ko rasa KFC nie amik produk2/barangan tu dari mana?????
100% dari Malaysia sebenarnya... tak percaya, mari lihat....


ayam --------------FROM Malaysia
kentang -----------FROM Malaysia

so kenapa harga ianya melampau...sedangkan barangan utama iaitu AYAM adalah barangan Malaysia sendiri bukan barangan luar...bukan Ayam tu datang dari luar negara....

so soalannya kenapa HARGA dia mahal ????

Contoh 2 >>>>>>>>> kereta Honda

sedar tak sedar orang malaysia juga ada kepakaran sama mcm orang luar..cuma orang kita sajer tak nak iktiraf orang Malaysia sendiri....

kereta honda ini kebanyakkan dipasang di Malaysia...so kenapa harga still mahal...Tax import, kos import sudah tak ada..tapi kenapa harga still lebih mahal


JAWAPANNYA

JENAMA n sifat yang hendak menunjuk2....(hehehe)

peniaga kat malaysia kita sibuk kuarkan jenama+ barang+ mesin+ tenaga kerja+ modal untuk menjual barangan tersebut....jenuh sampai tak tidur malam nak jual barangan

TP

orang luar berniaga senang jer.... hanya bawa
JENAMAtanpa barang+ tanpa Mesin+ tanpa tenaga kerja luar tetapi boleh jual barang tersebut dengan harga yang tinggi, bodohkah kita????

so kat cnie aku cuma nak selitkan cara pemikiran kita..jika kita beli yang murah..automatik ko dah leh JIMAT ( mcm cita tangkai jering yg dilakonkan oleh Yasin )

so sama2lah kita fikirkan adalah betul situasi sekarang atau kita memang tidak boleh buat apa2 dalam hal nie....kita buat mcm korea 100% mereka beli barangan tempatan..aku tak halang barangan luar negara masuk ke Malaysia...Tp harga biarlah berpatutan....

Link Team OD

open 2 komen

Wednesday, February 9, 2011

PENIPUAN KEWANGAN 3

1. BANK NEGARA MALAYSIA


AKTA-AKTA BERKAITAN

Akta2 dibawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia:
  • Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (disemak - 1969)
  • Akta Bank Islam 1983
  • Akta Takaful 1984
  • Akta Bank dan Intitusi2 Kewangan 1989
  • Akta Insurans 1996
  • Akta Pengurupan Wang 1998
  • Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (telah dikemaskini sehingga:PU(A)327/2009 - cif:11 sept 2009)
  • Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
  • Akta Sistem Pembayaran 2003

Aktiviti berikut dilarang dibawah perundangan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Nefgara Malaysia

  1. Pengambilan Deposit Tanpa Lesen
  2. Skim Urus Niaga MAta Wang Asing Tanpa Lesen
  3. Skim Pelaburan Haram
  4. Pengeluaran Wang Tanpa Kebenaran
  5. Penggunaan Kad Kredit atau Debit Tanpa Kebenaran
  6. Khidmat Penghantaran Barang Dari Luar Negara/Dalam Negeri(Penyalahgunaan Nama Bank Negara Malaysia)
  7. Penyalahgunaan Nama Bank Negara Malaysia dan Nama serta Jawatan Pegawai Kanan Bank
kita akan kupaskan satu persatu dari masa kesemasa..

PENIPUAN KEWANGAN 2

Salam kengkawan

kita sambung dari daripada post lepas iaitu penipuan kewangan 1.
aku tahu ramai yang tak pernah pergi ke BNM dan juga kerana lokasi yang jauh untuk ambil buku yang aku katakan dalam post lepas
disini aku rasa aku nak rajinkan diri aku nie dengan taip satu persatu bagi pendedahan dan kesedaran kengkawan lain..tiada niat lain selain niat untuk memberi kesedaran termasuk ingatkan diri aku sendiri...

(kandungan isi adalah sepertimana dalam buku tersebut)

SKOP PENIPUAN KEWANGAN

 Secara umumnya, penipuan ialah suatu jenayah dan juga suatu pelanggaran undang2 SIVIL. diantaranya jenis penipuan termasuklah penipuan kewangan yang mana boleh didefinasikan sebagai tindakan penipuan yg melibatkan urus niaga kewangan dengan tujuan untuk dapatkan keuntungan peribadi.

Penipuan kewangan melibatkan berbagaijenis skim kewangan secara haram dimana modus operadinya sentiasa berubah2 untuk memperdayakan orang ramai agar menyertai skim2 kewangan dan pelaburan yang dijalankan sama ada berlesen atau tidak berlesen dari pihak berkuasa yg berkenaan.

Agensi atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam memantau dan mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti2 penipuan kewangan termasuk PDRM, BNM,SC,KPDNKK. setiap agensi atau pihakberkuasa yang berkenaan mempunyai akta dan bidang kuasa masing2 dalam memantau skim2 penipuan dan kewangan secara haram

Buku ini mengandungi Modus Operandi aktiviti penipuan dan skim kewangan secara haram setiap/pihak berkuasa berkenaan.

Apa maksud Modus Operandi

Klu dalam rancangan 999 selalu sebut MO @ modus operandi..mybe ada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu, sebelum aku join kerja aku sekarang nie aku mmg tak amik tahu apa dia MO tu..dan kadang2 aku keliru apa yang di maksudkan dengan MO nie......
untuk makluman kengkawan...MO ini adalah CARA jenayah tersebut dilakukan... 

Link Team OD

Sunday, February 6, 2011

PENIPUAN KEWANGAN 1

Salam kengkawan

pada tahun 2011 di jangka harga emas akan mendatar..tidak sehebat 2010 yang naik sampai 30%..apa pun itu adalah tekaan sahaja..kita tak tahu apa akan berlaku masa hadapan...

mari kita balik kepangkal jalan...hahahah bukan apa blog nie bukan blog emas.aku rasa tak perlu kita sembang pasal emas lagi coz rata2 blog semua cita pasal EMAS..aku rasa cukuplah tu..kat team OD kita sembang lain plak....

pada Desember aritu aku ada kursus berkait jenayah koporat dan orang Bank Negara Malaysia ada beri ceramah dia kat team kitaorg dan di situ banyak ilmu yang aku dapat tahu lebih lanjut....
semasa aku kursus juga aku dapat 1 buku daripada BNM (gambar)


buku ini bukan untuk di jual tetapi ko leh dapat free jar di Bank Negara...dalamnya banyak ilmu antaranya
1) Skop penipuan kewangan
2) pengkhususan siasatan Bank Negara Malasia
3) Pengkhususan siasatan Suruhanjaya sekuriti malaysia
4) pengkhususan siasatan kementrian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan(KPDNKK)
5) pengkhususan siasatan Polis Diraja Malaysia
6) talian aduan dan  pertanyaan
aku akan kupaskan dari masa ke masa...sesiapa yang berminat sila dapatkan di BNM untuk dapatkan terus buku yang penuh dengan maklumat dan hak pengguna yang tertipu...

Friday, February 4, 2011

CIMB BANK GOLD DEPOSIT ACCOUNT

Al-salam Kengkawan

pada kengkawan yg berbangsa cina aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU CINA" dan kaler ong org cina pada tahun 2011 adalah warna HIJAU iaitu warna kegemaran aku jugak...
ok, untuk makluman geng Team OD sekarang ramai pihak bank telah 'nampak' yang rakyat malaysia semakin berminat tentang pelaburan EMAS...so pihak bank telah wujudkan pelaburan melalui buku sepertimana Maybank, Public Bank, KFH dan terbaru adalah dari CIMB...

mari lihat CIMB GOLD ACC ( GDA)

(klik untuk besarkan)

pelaburan dari CIMB nie tidak dapat dipastikan sama ada disediakan pertukaran kepada Emas Fizikal

(klik untuk besarkan)

untuk dapatkan online prise dari GDA nie boleh rujuk link
 CIMB GOLD
nie adalah contoh harga di Website


(klik untuk besarkan)

so, kepada yang berminat boleh layari laman Website CIMB atau pergi terus ke CIMB untuk membuat buku
simpanan Emas nie...

Tuesday, February 1, 2011

JENIS-JENIS AROWANA

Malaysia Golden Arowana


Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'


Super Red Arowana


Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'

Banjar Red Arowana



Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.


Red Tail Golden Arowana


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.


Green Arowana


Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat  berpatutan dan senang dibiakkan.


HIGHBACK AROWANA


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima.


 Silver Arowana


Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.


Platinum Arowana



Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.
Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Pehh!!!! mmg cantik..klu nak bela ikan nie pun kenalah ada duit yang kaler cantik2 jugak..hahahah orang kata sekarang pelaburan yang menguntungkan adalah biz ikan kelisa nie...tp, klu nak bela sendiri kena ada ilmu jgn main redah jer bela mcm bela ikan emas....

jika kengkawan berminat sila layari website syarikat AROWANA2U