Sunday, May 16, 2010

SPECIAL POST. TEKNIK OD+ASB+CC


TEKNIK OD+ASB+CC   PART 1

salam kengkawan..

post nie aku anggap special post adalah kerana post ini adalah salah satu post yang aku masukan dalam ebook TEKNIK OD+ASB+CC..diharap kengkawan yang membaca menilai BUKAN meniru contoh yang aku bagi,segala masalah aku tak nak tanggung..post ini tidak lengkap dan masih ada teknik sambungan..so klu nak dapat lengkap sila dapatkan ebook aku..

aku baru balik kerja ronda malam melawat balai..mcm2 hal berlaku..
tgh aku duk meronda tadi aku terpanggil untuk buat ckit pengenalan pasal teknik OD+ASB+CC nie..

kat cni aku akan buat part by part kira ada sambunganlah...
sebenarnya ramai otai yang tahu teknik Cash Advance (CA) CC nie..ramai jadi silent reader sahaja..tak perlah mybe aku jer terhegeh2 nak cerita kat orang...heheh ayat merajuk..

ok langkah pertama tuk guna teknik OD+ASB+CC nie adalah korang kena ADA CARD CREDIT (CC)..sekurang2 nya 4 CC..kenapa aku suruh korang ada 4 CC..nie adalah kerana untuk aku mudahkan nak bercerita nanti...ngeh5

CC yang aku rekmen adalah ( mengikut tahun semasa 2010)
1) BIMB-Bank Islam
2) Al-Rajhi
2) BSN
3) Bank Rakyat
4) UOB Bank
5) Hong leong Esential (gold card)

kad2 diatas ada kelebihan masing2 seperti mana aku pernah cita sebelum ini kat post belakang2 tu..sila belek2 kemudian nanti..

ok andaikan korang dah ada 4 CC iaitu BIMB,BSN,B/Rakyat dan UOB..
ada setengah orang hanya perlukan 2 kad sahaja..sebab kredit limit dia tinggi..
aku suruh mintak 4 CC nie coz kita andaikan kredit limit kita ciput sahaja...

pemahaman pasal CC

untuk kita buat Teknik OD+ASB+CC nie kita kena tahu apa kelebihan CC tersebut..
sepertimana contoh di cni..

1)BIMB kredit limit 6k so kita hanya boleh kuarkan 50% sahaja Cash Advance darinya iaitu 3k sahaja..bukannya kita leh kuar 6k jugak..
2)BSN kredit limit 4k kita boleh kuar hanya 75% sahaja Cash Advance darinya iaitu 3k
3) bank rakyat kredit limit 6k kita boleh kuar hanya 50% sahaja cash advance iaitu 3k
4) UOB kredit limit 4k bank bagi hanya 50% juga cash advance so dapat 2k..

mybe korang dah nampak ckit2 kenapa aku suruh mohon lebih daripada 1 kad CC..inilah sebabnya kerana bila kita nak kuarkan Cash Advance (CA) ada limit dia jugak..lainlah setiap CC ko ada kredit limit 20k barulah aku rekmen ko hanya pakai 1@2 kad CC sahaja...
selamat mencuba..nantikan post sambungan
2.TEKNIK OD+ASB+CC PART 2



 TEKNIK OD+ASB+CC   PART 2

salam kengkawan..

aku nak sambung dari part 1 aritu..sesiapa yang nak baca part nie pastikan dah ada CC atau bakal nak ada pun bolehhh...
suka aku ingatkan korang supaya faham apa dia Stement Date (SD) dan Due Date (DD).

ok setelah korang ada CC yang aku cakap td atleast 4 keping tu..korang kena ambil tindakan nie...

1) hello balik credit card center(ada blakang CC tu) cakap kat pihak bank korang nak tahu pasal:=

a) berapa kredit limit yang diberi kena tanya betul2..
b) korang kena tanya jugak berapa Cash Advance yang boleh dikeluarkan.adakah hanya 50% sahaja atau 75%.
c) klu kuarkan CA lalui ATM camner caj yang dikenakan
d) klu kuarkan lalui kaunter berapa caj dia
e) adakah CC tersebut boleh dikeluarkan di bank tersebut lalui kaunter.
f) bila tarikh Stament Date (SD) dan Due Date (DD)
g) bila tarikh korang boleh 'up' kredit limit CC tersebut

2) mintak pihak Credit Center aktifkan CC korang..klu tak tepon diorang tak akan aktifkan dan diorang akan tanya kata2 laluan cam biasa..
'apa no kad kredit'.. 'apakah nama ko?'...'apa no ic' 'siapa nama ibu'...'berapa kredit limit' ..lebih kurang camtu untuk pengesahan..

3) mintak diorang hantar no pin CC tersebut..ini adalah penting dalam teknik OD+CC nie..coz jika korang tak ada no pin camner nak kuarkan duit...kad kredit nie mcm kad ATM biasa jugak boleh kuarkan duit lalui mesin ATM.

4) nie penting!!!!
setelah korang terima CC sila confirmkan dengan Credit Card Center bilakah tarikh Stment Date (SD) dan Due date (DD) dia..

aku suruh tanya adalah kerana untuk tukar tarikh tersebut pada tarikh ujung setiap bulan..pada hari ko gajilah..(HUJUNG BULAN), klu gaji ko pada awal bulan so, stament date n due date ko ubah pada awal bulan... sebab apa?? nanti aku jelaskan...


klu dia kata SD pada 1 hb dan DD pda 20hb

so korang kena tukar pada tarikh antara 25 hingga 31..semua CC korang kena letak tarikh tersebut.

contoh tarikh baru..
BSN SD 26 tarikh DD 15
BIMB SD 25 tarikh DD 14
B/Rakyat SD 28 tarikh DD 17
atau
BSN SD 1 tarikh DD 15
BIMB SD 1 tarikh DD 15
B/Rakyat 10 tarikh DD 25

sebab apa aku mintak korang uruskan SD dan DD adalah:-
1) dalam permainan teknik OD+ASB+CC nie kita hanya akan kuarkan CA CC pada setiap hujung bulan SEBELUM interest OD dikenakan..
2) ini kerana bila korang kuarkan CC pada tarikh sebelum bayar interest korang dapat jimat interest tersebut..
3) sebab kita kuarkan OD pada ujung bulan adalah time tu lah gaji kita dapat..so bayangkan
gaji masuk 3k
CA CC 1 kuarkan 2k
CA CC 2 kuarkan 2k
CA CC 3 kuarkan 2k
CA CC 4 kuarkan 2k

pada bulan tu sahaja OD korang masukkan 11k..ini adalah contoh sahaja belum masuk teknik sebenar lagi..

emmm apa lagi ehhh...ok nie kot, untuk pengetahuan semua ini belum lagi masuk teknik sebenar..cuma nak korang setkan semua CC yang bakal kita gunakan..jika korang taknak tukar tarikh CC ini akan bermasalah kemudian hari..

ingat interest akan di caj oleh bank secara 'DAILY REST' jika kita kuarkan duit guna teknik Cash Advance (CA) ini..tp tak banyak..
berbeza jika kita beli barang dan swipCC pihak bank tidak kenakan interest secara 'DAILY REST" dia akan bagi FREE selama 20 hari iaitu antara tarikh SD dan DD.



TEKNIK OD+ASB+CC    PART 3

salam kengkawan

time kasihlah kepada sesiapa yang tunggu penulisan aku yg tak seberapa nie..rasa 'best' plak..

ok kat cni aku akan terus ke BAB camner nak generate CA CC tersebut..
untuk makluman kengkawan sebenarnya TEKNIK +OD+ASB+CC nie ada 3 step cara nak guna CC tersebut antaranya:----
1) Teknik penggandaan CA CC
2) Teknik Bayar 1/2 CC, bayar ¼ CC, bayar 1/3 CC
3) Teknik bertahan
4) Balance Transfer (BT)
5) CEK dari CC (offer dr pihak bank)
) Teknik Advance ( tidak lagi pakai CC )

sebab tu aku payah ckit nak bercerita terus takut korang lagi pening kepala...aku buat step2..aku nak pahamkan benda nie pun makan masa 2 tahun..

ramai yang tanya aku camner klu dah CC jadi MAX..???nak buat camner???

marilah aku tunjukkan jalan..kasi TERANG..

buat permulaan aku nak cita pasal
`
1)TEKNIK PENGGANDAAN Cash Advance (CA) CC

sebenarnya teknik nie senang ajer kita gandakan pengeluaran CA CC setiap bulan.
jan - 1k
feb - 2k
mac - 3k
april - 4k
mei - 5k
jun - 6k
julai -7k
ogos - 8k
sept-9k
okt-10k
nov-11k
dec-12k

mudah kan..setiap bulan korang hanya gandakan pengeluaran CA CC tersebut..

tp nak buat aper gandakan CA CC nie setiap bulan?
soalan yg sama aku tanya dulu...

aku bagi contoh (marilah kira sama2)
ada OD 20k
ada 4 CC yang leh sampai 12k
gaji BERSIH aku hanya RM 2,100

belanja
PTPTN 200
belanja bulanan yang dirancangkan RM 1,100

SAVING ASB
saving dalam buku ASB 2,000

BACA DAN KIRA

bulan 1
OD=20,000
1) (+)gaji masuk 2,100 (22,100)
2) (+)CA CC 1,000 ( 23,100)
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 22,000)
4) (-) PTPTN 200 ( 21,800)

5) (-) saving ASB 2,000 ( 19,800)

kita lihat di sini setiap bulan aku setkan saving ASB adalah RM 2,000 setiap bulan..
pengurangan OD pada bulan 1 adalah RM 200 sahaja..

ASB=2,000 saving ( 95%-100%)

bulan 2
OD=19,800
1) (+)gaji masuk 2,100 (21,900)
2) (+)CA CC 2,000 ( 23,900)
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 22,800)
4) (-) PTPTN 200 ( 22,600)
5) bayar CC 1,050 ( bayar terus CA CC bulan 1 lamsum+interest) (21,550)

6) (-) saving ASB 2,000 ( 19,550)

ASB=4,000

bulan 3
OD=19,550
1) (+)gaji masuk 2,100 (21,650)
2) (+)CA CC 3,000 ( 24,650 )
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 23,550)
4) (-) PTPTN 200 ( 23,350 )
5) bayar CC 2,050 ( bayar terus CA CC bulan 2 lamsum+interest) (21,300)

6) (-) saving ASB 2,000 ( 19,300)

ASB=6,000

bulan 4
OD=19,300
1) (+)gaji masuk 2,100 (21,400)
2) (+)CA CC 4,000 ( 25,400)
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 24,300)
4) (-) PTPTN 200 ( 24,100)
5) bayar CC 3,050 ( bayar terus CA CC bulan 3 lamsum+interest) (21,050)

6) (-) saving ASB 2,000 ( 19,050)

ASB=8,000

bulan 5
OD=19,050
1) (+)gaji masuk 2,100 (21,150)
2) (+)CA CC 5,000 ( 26,150)
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 25,050)
4) (-) PTPTN 200 ( 24,850)
5) bayar CC 4,050 ( bayar terus CA CC bulan 4 lamsum+interest) (20,800)

6) (-) saving ASB 2,000 ( 18,800)

ASB=10,000

bulan 6
OD=18,800
1) (+)gaji masuk 2,100 (20,900)
2) (+)CA CC 6,000 ( 26,900)
3) (-)belanja bulanan 1,100 ( 25,800)
4) (-) PTPTN 200 ( 25,600)
5) bayar CC 5,050 ( bayar terus CA CC bulan 5 lamsum+interest) (20,550)

6) (-) saving ASB 2,000 ( 18,550)

ASB=12,000

rasanye korang leh sambung sehingga setahun..
apa yang aku nak detailkan di sini adalah:-

1) korang boleh tgk yang aku boleh setkan saving ASB 2k sebulan sedangkan gaji hanya RM 2,100 sahaja..mybe korang kata aku gila sebelum ini tp inilah contoh TEKNIK PENGGANDAAN CA CC yang aku maksudkan..
kita boleh saving 100% gaji kita dan belanja pakai duit bank @ OPM(other people money)

2) korang boleh lihat jugak perbezaan OD setiap bulan adalah hanya RM 250 sahaja sedangkan korang boleh simpan ASB 2k..apa ada hal.

3) kena diingatkan korang mesti kuarkan CA CC pada tarikh SD

4) korang kena ingat juga yang korang kena bayar CC KESEMUANYA pada tarikh DD

5) korang lihatlah
permulaan OD adalah 20k
pada akhir bulan 6 OD tinggal 18,550
perbezaan adalah RM 1,450

hanya perbezaan RM 1,450 teapi anda telah saving dalam ASB RM 12k

6) "ini adalah tiada kena mengena dengan financial orang lain dan bukan di ciplak dan tiada kena mengena dengan yang mati dan yang hidup, segalanya adalah proses pembelajaran sahaja" hahahah

minum duluuu....

pada aku korang kena try buat juga benda nie..n sampai satu tahap korang akan jem..tak tau nak buat apa coz CC dah MAX

so apa akan jadi?????

korang mesti ingat post awal yang kat atas sekali...kita ada 3 cara teknik dalam CA CC nie..nie adalah step cara yang pertama
1.TEKNIK PENGGANDAAN CA CC

yang kedua dan ke tiga kita cita pada ari yang lain..apa pun korang cuba fahamkan dulu yang nie...



di persilakan kepada sesiapa yang komen..
dah ok baru kita beralih ke step lagi..lagi..lagi...ADVANCE..


memo:-
korang leh pahamkan betul2 teknik nie..nie adalah ‘the best’ teknik yang ada selain teknik bayar CC ½ dan teknik bertahan tu,BT,cek dan lain2..

aku hanya boleh beri part 1 hingga part 3 sahaja..

part 4 dan 5 adalah teknik yg perlu korang hadir TT ngan aku sahaja...ATAU
dapatkan ebook teknik OD+ASB+CC ...ins’lah..FULL VERSION
@ nak ilmu nie kena modal ckit dalam RM 50 tuk isi minyak jumpa aku..heheh
sesiapa datang TT aku ajar kesemua teknik..
‘tak ada jalan short cut tuk kaya’


klik pic