Wednesday, May 16, 2012

MASA UNTUK MENUAI HASIL

Salam Kengkawan

Masa memang cukup cepat berlalu..arinie dah 16/5/2012...sudah 5 bulan berlalu..aku hampir terlupa dengan Azam 2012 aku tahun nie...kadang2 kita nie sedap untuk berjanji pada diri tetapi nak tunaikan memang sukar dan perlukan komitment yang tinggi...
banyak benda yang aku belajar tahun nie iaitu dalam ilmu ternakan ikan kelisa dan ikan keli...aku terkejar sana sini, yerlah ikan kelisa aku letak dalam kolam di Bukit Merah manakala ikan keli berada di Lenggong pulak...satu di barat satu di timur....nasib baik ada 'sahabat' naked aku tuk aku bawak.....

sedar tak sedar sudah 4 bulan juga ikan keli di usahakan oleh sahabat aku dan aku ulang alik dari Taiping ke Lenggong seminggu sekali..mmg banyak cabaran dan perlukan modal yang besar..ikan keli yang di usahakan kali nie 100% makan palet ikan..last2 nie seminggu cost mencecah 1k seminggu tuk makanan sahaja..tp tu semua cabaran baru yang perlu di pelajari....



                          ( ikan sudah masa di tuai. 1kg = 6-7 ekor)


klu kita ingat dulu, ramai orang berlumba2 buat ternakan ikan keli dalam beg itam atau kanves yang mana dapat pinjaman dari tekun..ramai jugak yang bukak terlalu besar iaitu sampai 10-20 kolam terus tanpa ada ilmu ternakan keli..

setelah aku sendiri lalui baru aku sedar kenapa sahabat2 dulu gagal dalam ternakan ikan keli ini. mereka gagal di sebabkan 3 benda penting iaitu...MODAL, ILMU dan pemasaran (MARKETING)

Modal -  ternakan ikan keli ini sebenarnya perlukan modal yang besar iaitu dari segi makanan dimana ikan keli ini dari jenis karnivor dimana jika ikan nie tak cukup makan mereka akan makan antara satu sama lain dan ianya akan jadi masalah...

Ilmu - ilmu dalam ternakan ini penting,tak boleh main ikut orang jer. penternak ikan perlu faham pasal ikan keli ini iaitu apa ikan nie makan, jenis apa ikan nie dan yang paling penting adalah setiap bulan perlu buat pengkelasan dimana pengalaman aku lalui sendiri aku lihat ada 3 jenis saiz ikan nie besar, sederhana dan kecil, jadi bagi mengelakan ikan besar makan ikan kecil kita perlu asingkan ke kolam lain.

Marketing - Ini adalah perkara Penting selain Modal, kenapa ia penting? yerlah jika kita bela jer saper mau beli ikan kita tu...So sebelum kita bela ikan keli nie kita perlu lihat market dulu, siapa target kita dan di mana perlu di jual..dalam kes aku nie aku dah booking 1 syarikat yang mana dia mmg ambil ikan keli nie tuk di xport dan buat ikan keli salai..so dengan adanya buyer mcm nie kita mmg takkan takut tuk kembangkan perniagaan ini dan aku dalam perancangan tuk bukak kolam lain dan mybe akan belajar pasal ikan talapia itam pulak...


peh!!! tajuk kat atas cita lain, nie dah melalut ke cita lain pulak, biasalah aku nie jenis sukakan ilmu dan secara tak langsung post nie menjadi rujukan aku pada masa akan datang jugak, boleh aku rujuk semula...

ok, sebenarnya aku nak cita yang kolam aku dalam proses packing dan pengelasan ikan tuk pihak kilang amik...



        ( cik man sedang asingkan ikan yg buyer nak ambil)

Genab 4 bulan ikan nie boleh di tuai oleh kawan aku, banyak perkara aku belajar dan ilmu sendiri di turunkan oleh buyer, buyer nasihatkan aku dan kawan aku supaya kurangkan kos lagi dari segi makanan caranya kena pelbagaikan makanan pada masa akan datang...mybe boleh double keuntungan pada masa akan datang...

begitu luas sebenarnya Ilmu nie, semakin lama semakin banyak benda yang kita tak tau sebenarnya.....