Friday, December 16, 2011

DAH BOLEH KOT PASANG AZAM 2012

Salam kengkawan

Rasa membuak2 plak nak tulis pasal Azam aku tahun 2012...sebab azam 2011 aku rasa yang tak tercapai tu aku akan bawak jer ke tahun 2012, sekarang nie aku dalam tempoh bertenang sebelum muncul tahun 2012.

apa list azam aku bagi tahun 2012
  • Tambah Stok Emas 100g-200g 
  • Beli Moto Z750 atau CBX 750  Kawasaki z750
  • Beli tanah Sawit/Getah yang ada hasil
  • Saving 2 anak, 2k seorang
  • Saving peribadi 20k
  • Tambah pelaburan ikan kelisa 10 ekor grossback
  • Try masuk Biz pajak Tanah sawit/getah
  • beli silver sebanyak mungkin
Dalam banyak2 Azam aku nie, tahun 2012 aku nak fokus azam aku yang ke 3 dan ke 7, pelaburan yg ke 3 dan 7 nie perlukan modal yang besar so azam no 1 adalah azam dalam perancangan untuk di buang jika azam 3 dan 7 berjalan seperti dirancang dan mybe emas sedia ada aku kena leburkan jugak untuk jadikan modal.
Tahun 2012 nie adalah tahun pelaburan aku pada tanah.

apa kelebihan Azam no 3 dan 7 tersebut?

- hasil sawit/getah boleh bayar ansuran loan pinjaman tersebut
- value tanah mmg akan meningkat setiap tahun
- jadikan aku seorang usahawan tani berjaya
- bila dah ada tanah tersebut leh aku pikirkan tuk 2013 tuk ternakan lembu dan kambing
- lebihan wang Hasil jualan buah sawit/getah simpan tuk beli tanah lain
- dapat kawan dr kalangan usahawan tani, leh kongsi dan dapatkan lobang baru

sebenarnya Azam nie semuanya kena ada Duit, main cakap jer tak jadi..al'hamdulilah selama aku gunakan teknik OD+ASB+CC saving aku cukup tuk aku bergerak penuhi azam aku tahun 2012 nanti...

pasal azam no 2 tu..mmg aku gatal tangan dah..hahah mybe Jan 2012 nie aku dah leh pakai kot..
Azam no 4 dan 5 adalah azam Wajib aku, camner aku leh saving lagi 20k setahun sedangkan banyak benda aku nak buat...heheh biasalah saper gunakan teknik OD+ASB+CC mmg tahu betapa powernyee teknik nie. hahah promote Ebook balik nampak...saper nak beli sila klik Sini 
bagaimana aku tahu aku leh saving 20k sebulan?? sebab aku dah ada excel sampai ujung tahun 2013..peh dahsyat...

Jom kengkawan kita share sama2 azam tahun 2012 kita..kita kongsi di Team OD di FB