Wednesday, January 4, 2012

DUIT DIVIDEN ASB 2012

Salam kengkawan

sekejap jer dah tahun 2012
minggu nie adalah minggu sibuk bagi bapak2 dan ibu2 minggu nie jugak adalah minggu yang di tunggu2 oleh ramai org dimana minggu 'update' buku ASB..

ramai geng Team OD minggu nie sibuk nak beli barang sekolah anak2 nak daftar sekolah lagi...peh!!! banyaknyee kerja dengan meeting lagi...tp kita relaxkan otak kita, awal tahun mmg mcm nie...kalut semacam...yerlah org kata Azam tahun 2012 tgh panas lagi..

klu ko tgk gelagat orang dan perhati mmg syok..ada geng yang lepas daftar anak terus ke bank untuk kemaskini buku ASB yang bermula semalam (3/1/2012)....siapa tak teruja dengan dividen yang lumayan tahun nie... bonus gaji pun tak dapat banyak mcm dividen ASB. nielah income goyang kaki yang aku katakan dulu..

kat cnie apa yang aku nampak ada geng gunakan cara:-
  1. bayar duit ke ASB setiap bulan
  2. bayar duit ke Loan ASB.
ke dua2nya mmg untung dan ada kelebihan masing2...ada yang suka cara 1 dan ada yang suka cara 2.. dan ada juga yg suka ke dua2 nya skali..klu aku aku suka yang No 1+2 coz ianya berbentuk jangka pendek dan yang no 2 tu ianya berbentuk jangka panjang...

apa yang panjang dan apa yang pendek???
aku cita yang panjang dululah...
maksud aku adalah jika korang menyimpan ASB pakai Loan ASB ianya adalah simpanan untuk jangka masa lama coz terikat dengan pihak bank selama 15 @ 20 tahun...lagi 1 wang ASB tu korang tak boleh nak keluarkan pada ikut suka hati ko sebab ianya dalam bentuk sijil..hanya boleh keluarkan pada awal tahun sahaja(dividen ASB) atau bila dah abis bayar.tetapi income dividen ASB mmg lumayan dan siapa yang 'BumB' loan ASB sampai 200k tu mmg senyumlah...

jangka pendek
maksud aku jangka pendek dari segi kegunaan aku leh keluarkan bila2 masa jer...cuma dividen kecik ckitlah..

klu buat keduanya iaitu Saving ASB + Loan ASB pun lagi baik..

berbalik pada tajuk kat atas tu...
Pada geng yang pakai teknik OD+ASB+CC sila pastikan korang hati2 bila berbelanja duit dividen ASB nie, boleh berbelanja untuk reward diri sendiri tetapi selepas korang settle kan semua hutang CC korang tuk tahun 2011 sebab pada tahun 2012 kita akan mulakan semula penggunaan CC 1k balik. jumlah gandaan 1k nie bukanlah wajib 1k ianya mengikut kewangan masing..ada yang gunakan 1k sahaja, ada yg guna 1.5k dan ada guna 3k..

kepada geng yang dapat Dividen gunakan Loan ASB juga tak perlu risau, yerlah risau sebab nak settlekan plak ansuran tuk tahun 2012 pulak..apa yang aku leh cadangkan adalah korang gunakan jer dividen ASB tu untuk bayar CC dan ansuran bulanan Loan ASB tu korang bayar by monthly..

apapun Tahniah kepada semua warga Team OD