Tuesday, December 27, 2011

AKU DAH BUAT...KORANG DAH BUAT LUM UNTUK TAHUN 2012

Salam kengkawan

sudahkah korang ambil tindakan membayar semua hutang2 tuk tahun 2012....hutang rumah2, kereta2, motor besar, etc
gila apa nak bayar semua hutang awal-awal tahun nie???? bayar pakai dividen ASB ker....dividen ASB nak beli motor..hahaha

aku arinie 27/12/11 dah settlekan semuanya....


untuk pemilik/pengguna OD adakah korang menggunakan CEK OD yang korang dapat tu...or korang tak tau nak guna sebenarnya...emmm

rasanya dulu pun aku ada cita pasal benda nie.(klik)..takper kita flash back semula...sebenarnya bukan bayar lamsum semua hutang tuk 2012 tetapi keluarkan cek 12 keping tuk tahun 2012...post dated cek..(PD cek)

tujuan tak lain tak bukan adalah untuk mengelakkan dari kita lupa, sajer2 buat lupa or sewaktu dengannya...
mmg banyak kelebihan jika kita gunakan cara nie...cara mudah adalah jgn bagi change lagi kat bank 'curi' duit kita melalui interest , caj payment late or  sebagainya, dengan cara ini ko dah leh jimat minyak keta or tol nak gi bank tiap2 bulan...

caranya adalah



isi maklumat di 12 keping cek...contoh di atas adalah payment kereta aku tuk 12 bulan tahun 2012, keta murah jer bulanan pun keciklah...
  • Isi ruangan Bayar tu atas nama banklah contoh AmBank (M) Berhad
  • Ruangan Tarikh - isilah ikut bulanan due date payment dan pastikan awalkan 3 hari bekerja
  • Isi ruangan perkataan ringgit malaysia
  • Tandatangan - jgn lupa
DAN di ruangan belakang cek


  • Isi nama penuh
  • No telefon
  • Nombor kenderaan
Dah isi kesemua cek korang lehlah serahkan pada officer bahagian collection payment or masuk mesin cek deposit...

cara yang sama juga jika korang nak bayar rumah....pada aku mmg mudah gunakan cek nie...kita boleh batalkan jugak cek nie jika ada masalah or call bank hold dulu payment sebab duit tak ada dalam akaun..tp akaun OD mustahil korang tak ada duit...

aku dah buat korang dah buat lum......