Friday, October 21, 2011

MENCEBURI PELUANG PERNIAGAAN IKAN KELISA

Salam kengkawan

tahun nie genap 3 tahun aku berkhidmat di Taiping,perak dan aku dah set jika aku melebihi 3 tahun kerja di sini aku kena buat something sama ada beli hartanah di sini aku mulakan apa2 pun jenis perniagaan..
so pada 13/10/2011(khamis) iaitu minggu lepas (sebelum TT di Johor) aku telah beranikan diri untuk menceburi 1 bidang yang aku sendiri tidak berapa mahir..iaitu ternakan ikan kelisa jenis HighBack...aku mmg ada minat dalam membela ikan perhiasan nie dari zaman alam persekolahan di mana semasa di zaman sekolah itulah aku ditugaskan sebagai tukang basuh aqurium ikan kaloi + ikan emas milik arwah abah aku..so dari situ timbul minat tentang ikan nie..sekarang pun aku ada bela ikan kecil2 tuk anak2 aku...

(mcm2 jenis ikan ada)


tetapi kenapa aku takut dan tak mulakan dari tahun pertama berada di Taiping....??? ini adalah kerana kurang pendedahan dan masih belum membuat marketing research...persoalan dalam kepala aku adalah siapakah kumpulan sasar aku untuk jualan balik ?? bagaimana hendak maintain kualiti ikan2 tu.....

emmm...klu korang nak tahu harga seekor ikan kelisa klu yg jenis Grossback ianya melebihi kos belanja aku sebulan...pehh!!!! mau aku tak takut...mahal betul..tu baru 1 ekor..takkan aku nak start dengan 1 ekor..mcm tak berbaloi...

so, selepas 3 tahun aku beranikan diri tuk beli anak ikan kelisa jenis highback sahaja dulu dimana kos seekor aku dapat dengan harga special RM 400. aku telah beli sebanyak 20 ekor.. 

(anak kelisa highback l/kurang 3 inci)

pada mulanya aku takut untuk ceburi tetapi ada seorang rakan yang aku panggil abg enal dan david sudi menjaga dan perhatikan ikan yang aku beli tu dan apabila tiba masanya ikan itu akan dimasukkan ke dalam kolam abg enal...

pehh!!! rezeki camnie jgn di lepaskan...klu korang ada pergi ke bukit merah dan masuk mana2 tokey kolam ikan kelisa tuk melabur ikan jenis highback ini perlukan modal 120k tuk 1 kolam...nie aku dapat peluang KEEMASAN aku mmg sambar...

bagaimana aku memilih baka ikan kelisa adalah ianya dari Bukit Merah dan ianya di pilih sendiri oleh pakar ikan dan sebagai seorang pakar yang telah lama ceburi bidang ternakan ikan kelisa abg enal memberi pertolongan mencari anak ikan kelisa highback dan aku hanyalah keluarkan modal sahaja...hahahah

apa perancangan aku sebenarnya???
aku agak mesti ini yg korang tunggu..apa perancangan aku sebenarnya...ok aku sengaja beli anak ikan highback kerana ianya berpemintaan tinggi dan mudah dijual kerana harga tidak semahal grossback..aku jangka dalam umur ikan 1 tahun lebih aku akan jual pada ajen balik or penggemar ikan dan aku jangka harga akan mencecah RM 1,500 - RM 1,700 seekor ins'llah..
lagi 1 perancangan aku untuk cuba bela sendiri dan try rapatkan diri dengan tokey2 ikan kelisa nie tuk senang aku jual balik ikan tu nanti...(heheh marketing stategy)..


apa pun semoga aku berjaya...