Sunday, September 16, 2012

MANA SILAPNYA...

Salam Kengkawan

beberapa hari nie hangat perbincangan pasal "belanja kawin mahal punca remaja melayu berhutang" ianya di bincangkan dalam forum, blog dan Fb..sebenarnya ianya mmg merisaukan remaja lepasan 'u' dan bakal pengantin lelaki sekarang....

mari kita lihat  pic di bawah....



Apa yang di senaraikan di atas ada benarnya, maksud aku pasal kelulusan anak2 mereka...kebanyakkan ibu bapa sekarang akan menilai kadar hantaran mengikut kelulusan anak2...kalau dulu majlis dan wang hantaran di nilai dari kos belanja kenduri tetapi sekarang ianya berbeza....sekarang pun pengantin perempuan yang kelulusan takat darjah 6 pun kadar hantaran paling kurang 6k...rasanya tak ada ibubapa yang mahu terima 1k hanya kerana anak perempuannya tidak kelulusan tinggi....

mari kita lihat kadar mas kawen pula



klu kita lihat kadar mas kawen pun tidak membebankan sgt sebenarnya....tapi kenapa trend hantaran tinggi berlaku...mana silapnya....

adakah sebab zaman sekarang ibubapa

1) menilai hantaran mengikut kelulusan...klu doktor comfirm bakal menantu pun doktor coz hantaran lagi tinggi....
2) sikap menunjuk2 pasal wang hantaran dgn sanak saudara dan jiran
3) pekerjaan anak yang bagus mcm pramugari..model..pelakon
4) anak memenangi ratu cantik kampung
5) kekayaan seseorang
6) pikirlah sendiri (kata nabil)

trend yang aku risau sekarang adalah trend di mana pihak pengantin lelaki hanya mahu buat majlis di pihak perempuan....korang nampak tak apa maksudnya....maksudnya pihak lelaki sudah tiada duit tuk buat majlis di pihak lelaki kerana wang habis untuk di buat hantaran....kesian atau tindakan yang bagus sebab dapat berjimat?

pada aku trend hantaran mahal sekarang tidak menjadi persoalan utama sebenarnya...kadang2 kita kena pikir secara resional juga...agap jer hantaran tinggi sebab kos barang mentah sekarang yang mahal..harga lembu sekor pun dekat 3k sekarang....ayam RM6-RM 8 sekilo....lada merah pun sampai RM 8 sekilo...patutlah hantaran mahal dan kita kena terima trend nie

zaman sekarang ibu bapa kena didik anak awal2 bukan saja pasal simpanan pendidikan tetapi simpan untuk berkahwin nanti....klu tidak mmg pengantin lelaki akan buat jalan mudah..aplly personal Loan(PL) untuk melangsungkan perkahwinan mereka...klu tengok cita P.Ramlee..ada babak tu suami marah isteri kata dia pinjam wang untuk berkahwin dan akibatnya sampai anak 5 pun tak habis lagi hutang tu......

apa pun tepuk dada tanya selera...geng2 dalam team OD ni yang belum kahwin..ambil tindakan segera....