Friday, September 21, 2012

CERITA PASAL KERETA DAN OVERDRAFT...

Salam Kengkawan

Ramai orang terkejar-kejar nak buat OD...ramai jugak yang mengeluh OD susah dapat sekarang...emm pada aku kalau ada kemahuan semua benda boleh dapat...mcm nak buat personal Loan jugak...aku pun malas nak cerita pasal nak buat OD cara baru nie coz aku anggap korang dah tahu iaitu perlu ada syarat tambahan SSM dan Lesen dari PBT...

persoalan yang aku suka ingatkan pasal Overdraft(OD) nie....korang nak buat apa dengan OD nie sebenarnya????

bila dah dapat OD kat tangan korang..korang tahu ker nak buat apa.....ker main dengar2 cakap jer buat OD nie menguntungkan....

kepada yang baru kenal apa itu OD, kenalah bertanya 'orang lama' sebab OD nie adalah hutang jugak bukannya free bank nak bagi....nak menuntut ilmu nie kena ada tok guru...terpulang kepada selera masing2 nak cari yang berbayar atau tidak....klu korang baca dalam internet nie mmg senang cari tp banyak sangat versi nya..takut korang keliru plak.....
OD nie ibarat kereta...ianya hanyalah Tool, alat, platform dalam merancang kewangan jer, bukan satu benda 'magic' yang boleh ubah hidup korang....mcm contoh kereta...klu kita PARKING jer kereta tu kat rumah, selimutkan dia cantek2, petang2 kasi basuh tak mau ada habuk mmg tak capai apa-apa tujuan kita... mcm OD jugak dah dapat OD tak nak guna kerana takut duit OD tu habis, so kenapa kita ambil OD nie????

kereta nie walaupun kita parking jer, roadtax dan insuran perlu di bayar..mcm OD jugak...walaupun kita tak gunakan interest still ada...

kereta nie bila bergerak sama ada mahu pandu slow atau laju ianya bergantung kepada kita...klu kita rasa nak selamat kita bawah slow lah...begitu juga OD...jika kita rancang tak nak OD habis cepat kita keluarkan OD secara ckit2..klu kita selalu keluarkan atau keluarkan dalam kuatiti yang banyak mmg bahayalah OD kita tu....

bila kereta bergerak ianya perlukan minyak, beberapa ratus kilometer kita perlu isi lagi minyak supaya kereta tadi still boleh berjalan...begitu juga dengan OD...bila kita dah gunakan OD (keluarkan wang) nie kita perlukan isi duit balik dalam OD klu keluar jer tanpa isi 'minyak' tu balik alamatnya mmg habislah OD kita, caranya dengan masukan wang gaji, bonus, income sewa rumah, pelaburan saham, CA CC dan lain2....asalkan OD ada rolling duit keluar masuk..

bila kereta nak isi minyak kita akan fikirkan nak isi Ron 97 or 95 or nak isi air jer....klu isi Ron 97 kita kena keluarkan duit lebih...begitu juga dengan OD kita kena tahu camner nak jimatkan interest OD kita...bukan main belasah jer....

bila kita beli kereta besar atau mewah kita kena tahu yang maintenant, roadtax,insurans juga tinggi..begitu juga OD bila kita dah keluarkan wang dari OD kita kena tahu jugak yang interest yang di kenakan juga tinggi...so adakah kita kena beli kereta kecil...jawapannya YA

sebenarnya klu kita nak kaitkan kereta dan OD nie mmg banyak...cuma aku nak tekankan kat cnie...apa tujuan asal kita aplly OD tu...adakah sajer2 sebab bank bagi duit Free mcm Ar-rahnu....

dalam merancang kewangan perkara utama atau asas adalah  SAVING dan BERJIMAT kita kena fokus kepada ini dahulu...pasal pelaburan hartanah, emas, saham, cpo kita ketepikan dahulu.....sebab masa nie kita tiada saving...

perkara pertama kita perlu ada adalah saving..bagaimana nak saving dengan banyak...haa kat cnie kita gunakan tool OD nie...bagaimana nak guna, klu tanya aku mmg aku syorkan teknik OD+ASB+CC jer...gunakan teknik nie untuk max saving kita....

aku gunakan teknik OD+ASB+CC selama 2 tahun untuk tingkat saving aku, setelah ada saving l/kurang 40k barulah aku melangkah kepada hartanah, emas, perniagaan dan lain2...bila kita dah ada Modal semua benda kita boleh buat dan plan...so teknik OD+ASB+CC aku kekalkan sehingga sekarang untuk max saving mcm biasa dan modal 40k tadi aku kembangkan juga dengan cara lain pula...tp nak dapatkan saving 40k dengan gaji bersih bawah 2k sebulan mmg memeritkan...aku kena berdisplin di mana aku sekat perbelanjaan aku ( ingat tiada teknik short cut untuk berjaya) caranya aku set 2 kali jer pergi ke Tesco...kali pertama aku setkan RM 300-350 untuk belanja besar, tarikh 25-15 dan kali kedua RM 150-250 lepas tarikh 16-hingga gaji...aku takkan jejak kaki ke Tesco sebab klu aku pergi mmg duit akan keluar..so nafsu berbelanja kena kawal...wang poket untuk belanja sayur hanya RM 100-200 jer...bil2 aku hanya RM 300 jer...so perbelanjaan aku antara 1k hingga 1.3k sahaja sebulan...mesti ko cakap duit minyak keta plak..utk maklumat yg nie pun aku jimatkan di mana kedua2 bijik kereta aku, aku pakai NGV..hehehe

so bila kita ada Asas iaitu Saving kita boleh melangkah 1 step lagi dengan melabur wang kita tadi dan kita dah bukak 2 cara iaitu Saving dan keduanya pelaburan..dua2 bergerak untuk isi poket kita dengan wang yang banyak....so moral of story kita kena step slow2 jgn tamak semua benda kita nak buat....

rasa panjang plak post kali nie...oklah.....

layanlah moto impian aku akan datang....adakah next year aku boleh beli..??? Amin....