Tuesday, December 13, 2011

"SESUAI KER SAVING ANAK-ANAK"

Salam kengkawan

Dari dulu aku terdidik simpan wang menggunakan tabung kecil dan sampai sekarang pun aku akan didik anak aku gunakan tabung untuk menyimpan dan kali nie aku gunakan tabung besar..besar camner?? heheh besar tabungnye jer lah..aku pakai tin susu. dulu aku hanya pakai tabung tanah liat bentuk buah (aku lupa) warna hijau...

kali nie aku merancang, dimana setahun aku kena saving simpanan anak aku RM 2,000 seorang, sekarang anak aku br berusia 4 tahun dan sorang lagi br 1 tahun.. anak aku yg umur 4 tahun untuk capai usia 18 tahun = 14 tahun lagi, manakala anak sorang lagi nak capai 18 tahun = 17 tahun lagi..
  • 14 tahun x RM 2,000 = RM 28,000
  • 17 tahun x RM 2,000 = RM 34,000
buat permulaan tahun 2011 niat Azam aku berjaya dimana aku berjaya saving akaun anak2 aku berjumlah 2k seorang.. dan Azam2 aku mmg aku tetapkan Max saving adalah 2k seorang, dari mana aku dapat duit tu, of cource dr duit poket aku sendiri dan di tambah duit collection diorg mcm hari raya aku campurkan sekali...mmg seronok bila kuarkan syiling dr tabung anak2 n kira sama2..hahah korang bayang jerlah budak2 nampak duit syiling...yang dia sorokkan lah...masukkan dalam mainanlah...mcm2 ada...

Apa niat aku sebenarnya buat saving anak2 setiap tahun????
sebenarnya 1 jer niat aku iaitu tuk duit pendidikan anak2 aku...klu boleh aku mmg taknak anak2 aku nie pinjam untuk belajar mcm aku dulu dimana aku pinjam wang PTPTN, klu boleh aku nak diorg tak ada hutang lepas belajar

tp aku ada di tegur oleh kawan2 rapat aku pasal perkara nie...yerlah pasal niat nak saving pendidikan anak2 aku nie..member aku kata klu aku buat camtu anak2 takkan tahu "nilai" jerik susah payahnya cari duit...asal nak duit kita hulur..." biarkan pinjam PTPTN nanti diorg pandai nak uruskan hutang tu sendiri lepas abis belajar "
klu di pikirkan mmg logik cakap member aku tu.. tp pandangan aku pulak lain ckit, tp "maksud" member aku tu aku pegang, aku faham apa yg dia cuba sampaikan....
 pada aku pula..
  • kita tak tahu sampai bila PTPTN nie bertahan, tahun nie jer PTPTN dah nak stopkan pinjaman sebab hutang terlalu tinggi, adakah PTPTN akan bertahan lagi 18 tahun aku tak pasti, jika kerajaan gagal untuk atasi masalah bekas pelajar yang mengelak bayar hutang PTPTN aku ingat lagi 5 tahun lagi mmg PTPTN hadapi masalah.
  • selama nie aku n geng lain sibuk merancang kewangan jer..tak pikir langsung pasal masa depan anak2, so klu duit simpanan anak2 aku nie besar, mmg aku akan try hantar ke oversea tak pun amik cource yang baik mcm pilot yang man aku tahu kos dia dekat 200-300k, nanti anak aku leh jadi pilot airasia ker..hahahah
  • secara tak langsung, dividen ASD/ASB saving leh meningkat setiap tahun
ada lagi sebenarnya kebaikan tp tak terkeluar plak dari kepala aku nie....kadang2 merancangan tu membuat kita pikir jauh sikit ke hadapan..klu orang marah kita kuat 'berangan' biarkan orang tu...

so kengkawan, apa pandangan ko pasal Saving tuk Anak2 nie...bagi pandangan anda, heheh kat cnie tak leh komen so korang komen jer dalam Team OD di FB tu...