Sunday, December 4, 2011

HARTA ALIH VS HARTA TAK ALIH


Salam kengkawan

ujung2 tahun mcm nie mmg jadual aku padat betul...terkejar cna cnie..dalam wall Team OD aku tgk ramai duk cerita pasal Dividen ASB...tak kiralah dividen ASB lalui loan ASB atau simpanan peribadi..
apa yang aku tahu tahun nie mmg dividen akan naik ckit..adakah rumor 9.98% itu betul..sama2 kita lihat nanti...

aku ada sembang baru2 nie dengan 2 orang cina ( miliki tanah seluas L/kurang 350 ekar). mcm biasalah selain cita pasal kerja aku suka selit2kan tanya rahsia tokey2 nie...bukan nak banggakan kaum lain tapi kita kena tiru corak pemikiran diorg nie..mana baik kita ikut, mana yg tak elok kita ketepikan. apa yang aku nampak tokey nie berpegang pada 1 prinsip iaitu:-

HARTA ALIH DAN HARTA TAK ALIH

aku tahu korang mesti nak tahu apa maksud ke dua2 tu...

HARTA ALIH
Harta alih ini bermaksud benda yang bukan melekat pada bumi seperti,emas,saham,Duit, kereta dan seangkatan dengannya yang boleh di alih2.. dan lagi jika kita melabur dalam harta tak alih nie kita kena tahu dan faham risiko iaitu harga turun dan naik..mcm emas mmg ianya untung disebabkan harga naik..tp kita akan jadi rugi juga bila ianya jatuh., begitu juga dengan saham. pembetulan aku bukan anti emas sebab aku pun beli emas jugak sebagai tool aku mencapai matlamat beli tanah...kumpul banyak2 dan jual balik tuk beli tanah.

HARTA TAK ALIH
Harta tak alih nie pulak harta yang langsung tak boleh korang alih seperti Tanah, bangunan dan pokok
So cina SAY NO pada Harta alih..
Welcome pada Harta Tak Alih...

So ini yang aku pikirkan dan kita perlu bincangkan pelaburan dalam Harta Tak alih,  adalah betul Harta tak alih selamat dan bagus..jom sama2 kita pikirkan
TANAH
tanah sampai bila2 pun tak akan susut nilai (base pada nilai sejarah) mcm emas(sorry geng emas, nie contoh jer), klu dulu beli 10 ekar sampai bila2 pun akan kekal 10 ekar dan semestinya harga akan confirm naik..
BANGUNAN
 juga sama, tak rugi beli rumah,rumah kedai kerana nilai akan kekal sama.
Begitu juga
POKOK
dimana kita boleh tanam seperti pokok sawit or getah yang mana income kita boleh rasa setiap bulan ( berbudilah pada tanah ).

so key dia adalah TANAH..dengan adanya tanah kita lbaru eh cita pasal buat bangunan dan tanam pokok..
ins'llah tahun depan 2012 aku akan selitkan pembelian Tanah dalam list Azam aku....dan aku ada belajar ckit2 camner income 3k leh beli tanah 300k.-400k.emm mmg menarik...aku akan bongkarkan setelah aku dapat beli tanah dengan cara tersebut..