Sunday, November 27, 2011

RANCANGLAH ALIRAN TUNAI DENGAN BAIK

Salam kengkawan


Aku ada terbaca blog kawan kita pasal keratan akbar ini


keratan Akhar di atas menceritakan seorang peniaga yang terpaksa mengikat perut gara-gara ketiadaan wang untuk dibuat modal pusingan perniagaannya.

kenapa perempuan ini seorang peniaga boleh hadapai masalah mcm nie??? pinjam along ker?? atau dia nie kuat joli...isssshhh!!! tak baik tuduh2 camtu...dia ada cerita lain sebenarnya...camnie

Perempuan nie sebenarnya telah membeli sebuah rumah berharga RM321,000 di suatu tempat di Penang pada tahun 2009 dan telah bayar deposit 32k untuk beli rumah idaman tu..

Menurut cerita perempuan ini, semasa hendak membuat pinjaman rumah, pihak bank meminta cagaran sebelum meluluskan pinjaman rumah. Dalam kes ini pihak bank telah bersetuju menerima sijil ASB bernilai RM20,000 sebagai cagaran pinjaman bagi tempoh 2 tahun.

Namun, tiga bulan sebelum tarikh cagaran sijil ASB tamat, wanita berkenaan yang berniaga baju dalam talian telah menerima tempahan yang amat memberangsangkan. Memanglah siapa yang tidak suka kalau perniagaan yang dijalankan menerima banyak tempahan. Masalahnya nak beli barang yang telah ditempah oleh pelanggan pun tak ada duit langsung kerana tidak merancang kewangan dengan betul dan dalam kepala hanya teringat sijil ASB yang dipajak dulu dengan pihak bank untuk beli rumah dan perempuan itu nak minta dengan bank supaya lepaskan cagaran sijil ASB lebih awal? silaplah perempuan nie coz dalam kontrak pun kata sijil mesti di pajak selama 2 tahun..so klu tak sampai tarikh masak mmg pihak bank tak layanlah...hehehe
perempun ini masuk paper sebab nak mintak pihak berkenaan masuk campur melepaskan sijil ASB dia tu tuk di cairkan dan bolehlah roling niaga...

Azam/Vision mmg penting tp kena disertakan dengan perancangan Aliran tunai dengan baik terlebih dahulu..

Moral of story rancanglah perbelanjaan anda 2 tahun ke hadapan
( cara aku )..