Saturday, November 19, 2011

HUTANG TEPU ATAU ......

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak post..bukan apa, ada masalah ckit dimana aku sendiri tak leh masuk blog aku...aku biasanya pakai Internet Explore tuk masuk mana2 website...tp aku terpaksa bertukar kepada Mozilla..mybe ada geng leh bantu aku camner aku nak bukak blog aku balik pakai Internet Explore....

sekarang nie harga Emas turun naik dan kadang2 dia sideway jer...semalam dan arinie harga emas menjunam plakk...tp aku rasa tak lama sebab ekonomi US hadapi masalah kewangan...

jom kita lihat masalah negara uncle sam tu...

dia nie sibuk nak bantu negara org tp negara sendiri hadapi masalah kewangan yang teruk...
adakah kita jugak akan terkena tempias...adakah kadar inflasi akan naik...tp sebenarnya sekarang nie mmg dah naik pun..hahaha



So apa yang aku nak cita adalah pasal ekonomi dunia..hahah asyik pikir masalah kita jer.....

"" Pasaran saham Asia ditutup tidak menentu semalam, masing-masing mencari hala tuju selepas sebuah agensi penarafan kredit memberi amaran bahawa bank di Amerika Syarikat (AS) akan terjejas teruk jika krisis hutang Eropah merebak melepasi negara bermasalah kewangan seperti Greece.
Harga minyak berlegar di atas AS$102 setong, manakala dolar AS meningkat berbanding yen dan euro.

Indeks Hang Seng di Hong Kong jatuh 0.9 peratus kepada 18,793.28 mata, manakala indeks Kospi Korea Selatan menokok 0.6 peratus kepada 1,867.56 mata.

Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.1 peratus pada 8,475 mata, manakala penanda aras di China, Indeks Komposit Shanghai mendatar pada 2,467.67 mata.

Indeks penanda aras di Singapura, Indonesia, New Zealand dan India masing-masing jatuh.

“Krisis hutang negara di Eropah adalah penghalang besar pasaran ketika ini,” kata peniaga dagangan utama di Piper Jaffray Asia Securities Ltd Hong Kong, Andrew Sullivan.
Pasaran Asia jatuh apabila kebimbangan di Eropah memuncak berikutan kenaikan kadar pulangan bon kerajaan 10 tahun Itali sehingga hampir tujuh peratus.
Ia adalah paras yang sebelum ini menyebabkan Greece, Ireland dan Portugal meminta rancangan menyelamat.

Kedudukan itu juga mencetuskan kebimbangan kerana Itali dianggap terlalu besar untuk diselamatkan.

Perkembangan itu disusuli amaran daripada Fitch Ratings, satu daripada tiga agensi penarafan kredit utama bahawa bank di AS akan ‘terjejas teruk’ jika krisis hutang Eropah mereka di luar negara yang berdepan masalah.

Perkembangan pada Rabu itu meningkatkan kebimbangan mengenai ekonomi kewangan global.

“Wabak daripada krisis hutang zon euro merebak pantas, mengancam menjadikan krisis serantau menjadi krisis global,” kata ahli strategi di Credit Agricole CIB dalam satu nota penyelidikan.

Pelabur Asia juga runsing mengenai kedudukan kewangan pemaju hartanah yang dicetuskan kebimbangan terhadap penurunan harga di pasaran hartanah China yang sebelumnya rancak, kata Sullivan.

Di New York kelmarin, purata perindustrian Dow Jones ditutup pada 11,905.59 mata, kerugian 1.6 peratus, dengan majoriti kerugian itu dicatatkan selepas laporan Fitch berkenaan  ""
-Sumber -

so, agak2 camner kewangan malaysia sekarang yang aku tgk begitu pemurah dalam perbelanjaan....