Tuesday, August 2, 2011

PENIPUAN PELABURAN HARTANAH













Salam Kengkawan

Hati-hati dengan pelaburan Hartanah yang di tawarkan, dimana ada group bergerak aktif menipu orang ramai dimana mereka menawarkan pelaburan Hartanah melibatkan bilik2 hotel terkemuka di malaysia seperti Hotel Swiss garden dan Hotel2 lain dimana mereka katakan yang kita boleh membeli bilik2 hotel ini dalam masa tempoh tertentu..
Modus Operandi adalah mereka menipu orang ramai dengan membuat promosi kepada pemilik KAD KREDIT yang tamak dan mahukan keuntung yang cepat.

mereka terdiri daripada ketua berbangsa india dan beberapa org marketing india dan melayu, mereka menghantar SMS kepada pelanggan yang menggunakan kad kredit dan menjemput mereka ke promosi2 mereka yang biasanya di adakan di Hotel2..

dalam promosi itu mereka telah menawarkan kepada pelanggan yang hadir dimana boleh memiliki sebuah bilik di hotel terkemuka dalam tempoh 5-20 tahun dengan dikenakan bayaran tertentu dan pinjaman kononnya di sediakan oleh pihak syarikat penipu tersebut.

contohnya:

bagi mereka yang ingin pajak bilik hotel Swiss Garden (contoh) dalam masa 7 tahun mereka perlu membayar sejumlah RM 21k-25k dan keuntungan di berikan setiap bulan antara 1k pada tahun pertama dan akan meningkat setiap tahun sehingga tahun ke tujuh yang boleh mencapai keuntungan sehingga 5k-7k sebulan... menarik bukan !!!!
itu bagi yg ingin miliki 1 buah bilik sahaja..bayangkan jika pelanggan itu yg tamak dan mahukan 5 buah bilik hotel....kiralah sendiri jumlah yg perlu di bayar.
lagi 1, hati2 mereka menjanjikan kononnya pinjaman akan disediakan oleh pihak syarikat tetapi kita kena bayar dahulu dan duit itu akan dipulangkan jika pinjaman di luluskan.

bagaimana pembayaran di buat?
mereka nie pandai menipu dan mereka telah sediakan mesin swipe dan minta pelanggan terus swipe kad kredit masing2 di situ juga dan memberitahu wang akan di kembalikan dalam masa sebulan bersama keuntungan pada bulan itu....

bunyi macam pelaburan AHB jer?
yup, mmg sama dan disinilah mereka mencari peluang untuk menipu orang yang mahukan keuntungan yang cepat dimana keuntungan akan diperolehi setiap bulan berbanding AHB yang hanya boleh di nikmati 6 bulan sekali...

so kengkawan, aku nasihatkan hati2 dan berfikir 2 kali untuk terlibat dalam pelaburan ini...apa pun sebelum terjebak sila bertanya geng Team OD terlibih dahulu...

selamat menjalani ibadah puasa.