Thursday, May 12, 2011

NAPER TAK ADA ORANG KOMEN BLOG KO?

Salam Kengkawan

lama sungguh aku berbloging nie dan ada geng tegur aku..adakah aku akan teruskan berbloging sedangkan komen2 dalam setiap post aku kosong...hehehe, aku tak kisah sebenarnya..aku lihat mmg dalam blog aku nie kurang sgt org bagi komen dan ada yg tegur aku susah sgt nak komen coz kena confirmkan email dan kadang2 email yahoo dan lain susah nak masuk dan beri komen tapi saper pakai email gmail tak ada msalah plak.

blog nie boleh aku kategorikan sebagai blog peribadi aku sendirilah...mcm penulisan aku pasal hartanah..kadang2 aku kena rujuk balik penulisan aku tu bila aku lupa pasal lelongan atau step2 lelongan..yerlah aku nie bukan selalu masuk lelong....senang aku nak rujuk coz aku nie mmg rajin ngadap laptop aku nie layan internet sambil baca2 forum lain...

apa pun aku lihat komen di Team OD kat FB amat menggalakan dan trafic blog aku pun aku lihat mmg ramai masuk cuma ramai jugaklah yang jenis silent reader..aku pindahkan post2 dalam Team OD FB kerana aku takut post2 akan hilang dan klu korang lihat pun sekarang mmg dah ada post2 yang hilang..dan tak lama lagi bahagian discussion tu akan hilang kerana FB kemaskini format group...

aku juga bukanlah pakar dalam kewangan ataupun hartanah ataupun emas/silver cuma aku suka berkongsi untuk sama2 kita berpikir ilmu2 yang baik sahaja dan aku mmg tak suka pada scam dan juga MLM yang mana scam dan MLM nie hanya boleh di masuk oleh org yang betul2 serius nak buat..pada yg malaas nak cari downline atau ada perasaan malu yang tebal tu...baik simpan duit tu dalam ASB jer....

p/s: saper yang silent reader tu, silalah join team nie sebagai ahli..tak komen pun tak apa...hehehe