Saturday, May 14, 2011

AR-RAHNU AGRO TIDAK TERIMA PAJAKAN EMAS GOLDBAR DAN COIN

Salam kengkawan

Mulai 16 Mei 2011 pihak Agro telah hentikan pajakan Emas Ar-Rahnu berbentuk goldbar atau coin dan hanya akan terima emas perhiasan.ini adalah langkah yang diambil sepertimana Ar-Rahnu Bank Rakyat yang tidak terima emas bentuk syiling dan juga bar.

aku ada tanya juga sebelum nie pada pegawai Ar-Rahnu kenapa ini berlaku..dan jawapannya tiada sambutan lelongan pada emas bentuk ini..yer ker?? setahu aku aku tak pernah pulak nampak emas nie di lelong. ker diorang nie takut coz harga emas sekarang makin jatuh...entahlah, melain aku dapat tanya pada tokey Ar-Rahnu baru aku dapat jawapan sebenar, sama ada duit kat Ar-Rahnu dah abis atau ada planing lain dari pihak Agro.

apa pun kenapa dan bila ianya akan di buka semula tidak dapat diberikan maklumat kerana pihak bank tidak mahu tersilap cakap dengan pelanggan...
tetapi sesiapa yang telah buat pajakan dan ingin sambung masih dibenarkan untuk tempoh yang telah disyaratkan.

kepada yang telah membuat pajakan yang 'besar' tu sila sediakan wang yang banyak untuk tebus semula emas anda..kerana lepas ini Ar-Rahnu tidak ada terima lagi pajakan emas jenis ini..tempoh pajakan Ar-Rahnu Agro adalah 6+3+2 sahaja..so hanya boleh 11 bulan sahaja korang roling duit tu.. sebab tu bahayanya teknik rempit nie jika ada masalah mcm sekarang, lagi2 pada geng pajak yang tunggu masa cukup2 6 bulan untuk bayar pinjaman tu. so ansuran bulanan adalah cara terbaik..

so, aku jangka mmg ramai akan jual balik emas tu lepas nie..dengan harga lelong..klu tak lelong kat FB atau mudah.com emas diorang akan dilelong plak oleh Ar-Rahnu Agro....

pada hari ini, kita dapat lihat harga emas yang sememangnya murah berbanding bulan bulan lepas..dan aku boleh agak akan berlaku kerugian pada penjual yang panik pada pengumuman nie...

pandangan aku mybe pihak Ar-Rahnu terima arahan daripada BNM kerana terlalu ramai manipulasi Emas nie untuk dapatkan duit mcm Overdraf dulu..

p/s: lepas nie jom kita lihat kat mudah.com atau FB group emas jualan lelong emas pada geng yg 'tersepit' dan mybe 4@5 bulan akan datang kita akan saksikan ada goldbar @ coin akan di lelong oleh Ar-Rahnu....