Tuesday, May 17, 2011

MASALAH PENGURANGAN RM 200 SETIAP BULAN AKAUN OD

Salam kengkawan

aku dapat maklumat baru nie daripada bro azrul nizam wahed dimana pihak CIMB telah hantar notis pemberitahuan bermula 1/6/2011 ini...jumlah pinjaman OD akan dikurangkan secara berperingkat secara bulanan..setiap bulan pihak CIMB akan kurangkan RM 200.

perbincangan pasal perkara nie dah dibuat di team EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC tp aku bukak post ini tuk geng di group ini untuk makluman awal....


contoh:-
pinjaman OD dibenarkan 45k
januari hingga disember pihak bank akan potong bulanan dan keseluruhan = RM2,400

jadi pinjaman OD akan jadi 45k - 2,400 = 42,600 pada tahun berikutnya...

kesan panjang aku yang dapat lihat adalah:
sesiapa yang ada masalah OD 'nazak' akan terjerat dan pihak bank akan let go sijil korang tu...yerlah tak boleh nak bayar pinjaman OD sebelum ini..so hati2 dalam penggunaan OD sekarang....


ada sesiapa boleh share perkara ini...

update: 18/5/2011

salam kengkawan

arinie aku dah jumpa pegawai Bank RHB tmpt aku buat OD tu..dan rujuk terus dgn En Amran(saper geng taiping kenallah)...

aku ada tanya pasal surat dari CIMB yg bro azrul terima dan pihak RHB sahkan TIADALAGI terima apa-apa arahan sedemikian secara call ataupun hitam putih dan tidak ada dengar pun perkara ini..dan banker tu cakap klu pihak PNB yang buat rule mmg mana2 bank yang ada buat OD base sijil ASB akan followlah..tp klu itu adalah polisi Bank..ianya tidak ada kena mengena dengan pihak RHB....

lagi 1, pihak bank cakap mybe azrul kurang gunakan OD tersebut sebab tu dia dapat surat tu...nanti aku sahkan dgn bro azrul..yerlah dia kerja kat Jepun..camner dia gunakan OD aku tak pasti....