Friday, May 20, 2011

TIADA LAGI LOAN ASB EASY RHB

Salam kengkawan

Semalam aku dengar rumor dari satu geng Team OD melalui SmS dan aku jugak ada letakan 'hint' kat geng2 group EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC yang mana rumor loan ASB Easy RHB akan di tamatkan dan komen2 dari geng pembeli Ebook aku mmg hebat..lagi hebat dari aku iaitu diorg lagi advance semua..hahaha sebab apa..sebab diorg mmg dah tahu pasal perkara nie...

  OK..kebetulan aku kuar ngan Mem dan anak2 aku ke Tesco Taiping dan kat ctu ada kios RHB dan aku pun merajinkan mulut untuk bertanya pasal perkara yang diberitakan sebelum nie....

Biasalah, aku sampai jer kios RHB tu aku terus tanya kat brader yg aku lupa namanyee dan brader nie cakap Pihak Easy RHB telah TAMATKAN promosi Loan ASB yang sebelum nie 'panas' di langgan sebab untuk jangka masa 5 tahun hanya bayar bunga sahaja...dan bila tahun ke 6 dia kena bayar pokok + Bunga...masa nielah geng2 akan terminate loan ASB Easy RHB nie...

so, aku pun tanya jugaklah KENAPA ianya di berhentikan,dia cakap mybe dah sampai target dan ada juga dia cakap ada complain dari other konversional bank pasal promosi hanya bayar bunga sampai 5 tahun lamanya...bank lain mana ada buat....x perlah lantaklah janji tak menyusahkan kita...

dan dia kata ada offer baru iaitu Loan ASB jugak dalam masa 10 Tahun. tp belum dilancarkan lagi....

kepada geng yang telah ada Loan ASB Easy RHB nie tidak perlu risau...korang boleh teruskan bayar bunga sampai promosi ti tamat mengikut perjanjian sebelum ini...