Saturday, April 16, 2011

UPDATE LELONGAN AWAM

Salam kengkawan


sebelum nie aku ada cita pasal lelongan Awam -Tanah, sila rujuk post ini ..


lelong adalah semalam iaitu 15/4/2011
lokasi : pejabat Tanah Kuala Pilah
Hartanah : tanah 3 Ekar
jenis : Tanah Pertanian Getah
Lokasi : Mara Bukit Tinggi, Kuala Pilah
keadaan tanah: tanah berbukit
masa lelongan: 1030 pg


heheh...baru aku leh open lokasi kat mana, bukan apa daripada bidder 18 orang masa lelongan tu..kang bertambah jadi 40 bidder plak....


nak story mory ckit..aku dengan semangatnya dari Perak terus shot ke Kuala Pilah..aku bertolak jam 3 pagi dari Taiping dan selamat sampai ke Kuala Pilah Jam 830 pagi...aku masuklah kat pejabat tanah tu..dan aku lihat tak ada apa2 pun berlaku..hahahah yerlah baru jam 9 pagi lelong jam 10 pagi...aku pun terus tanya kak pejabat tanah kat mana biasanya lelongan awam di buat..dia pun tunjuklah perkarangan pejabat tanah tu...aku tgk biasa jer tak ada kerusi meja pun..hahah tak mcm lelongan2 sebelum nie aku pergi yang kerusi meja dah tersusun dan klu auction awam lain siap ada makan lg....yerlah nie kan lelong mahkamah tinggi
aku pun terus gi keta aku n  tido sat sambil senyum coz tak ramai orang datang..nak kata aku tido pun tak coz mcm2 aku pikirkan camner lepas nie aku nak buat dgn tanah tu..saper nak jaga coz aku kerja kat Taiping..jauh tu nak pantau tanah nie...dok sibuk berangan alarm HP aku bunyi..jam 950 pagi aku gerak masuk dalam pejabat tanah tu....PEHHH!!!!! ramainya manusia...plak tu masing2 pegang bank draf...masakk!!!!


auctioner pun sampai jam 1010 pagi dengan kot dia...org pun duk tuju dia..yerlah mana ada orang lain pakai kot gi pejabat tanah...bawah parang n cangkul adalah..hahahahah
apa yang aku tahu aritu hanya tanah tu jer yg dilelongkan..dan aku pun dah tak senang duduk coz ramai sgt...
lepas tu auctioner panggil "sesiapa berminat nak dapatkan tanah lelongan Mara Tinggi,Kuala Pilah sila tulis nama kat kertas nie" ...pehh!!! punyalah ramai orang berpusu2 kejar kertas tu n serahkan IC dan Bank Draf..hahahah

aku pun dengan langkah longlai pergi gaklah....try nasib...
aku daftar orang yang ke 8..pas aku abis tulis aku serahkan IC aku n bank draf..aku blah jer aku tgk ramai lagi dok sibuk nak isi nama kat kertas tu.....

tunggu..punya tunggu...dan tunggu lagi...auctioner pun panggil pembida2 sila ke hadapan..disebabkan tak cukup kerusi aku diri jer..punyalah ramai ada 18 orang nak bid tanah tu...
untuk makluman korang RP tanah tu hanya RM 12,900 sahaja tuk 3 ekar...mau tak ramai..hahahaha

aku dok perhati ramai bidder dari kawasan Kuala Pilah tu jer..cuma aku n ada geng dari JB mencuba nasib ...
auctioner baca syarat lelong dan biding sekali angkat adalah 1k..
lelongan bermula dengan hanya angkat tangan sahaja...saper nak up harga angkat tangan...dipendekkan cerita aku sempat angkat tangan 3 kali jer...tu pun melepasi harga aku tetapkan dan ianya mula mendaki hinggalah 36k..dan pemenangnya klu tak silap en kamarudin...tak pasti org mana..
hanncusss harapan aku nak dapatkan tanah tu...hahahah. tak per lain kali aku akan mencuba nasib lagi.
mybe ramai terpikir kenapa aku tak up lagi harga tanah tu..still murah..memang tp aku dah set harga aku yang mana aku nak beli secara cash yg aku telah limitkan sahaja....tak per rezeki tak ada ..
apa yg aku tahu sebelum nie tanah tu dah masuk lelong pada bulan lepas pada harga 15k tetapi sorang pun tak masuk...kali nie sampai 18 org plak...ish!!! apasal lah aku tak tahu bulan lepas punya auction tu....

apa pun memang seronok gi biding aritu coz semangat aku drive dari Taiping ke Kuala Pilah..lepas kalah aku terus shot balik Taiping terus..hahahah


moral of story yg aku belajar..sedia wang dulu sebelum gi bidding...

apa pun TQ kepada ajen yg bagi maklumat pada aku pasal lelongan tu Safuan...