Tuesday, April 5, 2011

UPDATE EBOOK TEKNIK OD+ASB+CC

Salam kengkawan

ini adalah post bagi pembeli dan bakal pembeli Ebook Teknik OD+ASB+CC..
ramai mengeluh dengan keadaan kerajaan yang menyekat pelbagai Tool yang kita gunakan
seperti :-
1) masalah mengetatkan permohonan OD
2) Masalah limit CC hanya 2 bagi setiap individu

disini aku cuba 'cold down' perasaan yang 'mcm2' tu..

1) Masalah pertama iaitu masalah permohonan OD

sebenarnya ini bukanlah masalah besar..cuba pihak PNB minta 2 syarat tambahan kepada sesiapa yang ingin aplly OD ini iaitu
  • Daftar niaga SSM
  • Lesen dari PBT
secara ringkas - Daftar niaga SSM adalah lesen yang perlu di mohon daripada Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) - kos dia adalah antara RM 40 hingga RM 60 bagi syarikat tunggal
secara ringkas - Lesen PBT adalah lesen yang perlu daripada Majlis Tempatan yg mana kita hendak berniaga di bawah jajahan Majlis Tempatan tersebut.

bagi tujuan mendapatkan OD syarikat Tunggal, antara step

  • 1)   kita hendaklah ke SSM dan daftar niaga - Menjual/membeli hasil-hasil sayuran, buahan tempatan
  • 2)   pastikan lesen SSM yang anda mohon tu adalah syarikat milikan tunggal(seorang sahaja) - letaklah atas nama sendiri sahaja seperti salihan mohd juri ( caj RM 30) @ Team Overdraf enterprise ( RM 60 ).
  • 3)   pergi ke Majlis Tempatan ( PBT) dan katakan mahu mohon lesen untuk berniaga - contoh berniaga pasar malam - pihak PBT akan kasi borang yang perlu di isi dan disitu ko kena letakan jenis perniagaan yang ko nak jalankan iaitu sama mcm di daftar SSM iaitu Menjual/membeli hasil-hasil sayuran,buahan tempatan.
  • 4)   jika tiada masalah ko akan dapat lesen tersebut. ianya berbeza antara PBT dan PBT lain yang mana ada setengah PBT mahu sertakan kenderaan seperti wagon @ Van @ lori - sesiapa yang tiada kereta wagon @ van @ lori sila dapatkan geng2 yang ada kereta tersebut dan minta surat kebenaran bertulis menggunakan atau sewaan. surat tesebut perlu disertakan dengan borang permohonan lesen dari PBT.
  • 5)   jika anda ada kedai, anda hanya perlu pastikan yang SSM anda adalah milikan tunggal bukan perkongsian.
  • 6)   tukarkan wang tunai anda ( 20k ) kepada sijil ASB di PNB.
  • 7)   bawa sijil ASB, SSM dan juga Lesen PBT ke RHB @ CIMB.
  • 8)   cakap kat banker yang ko nak aplly OD biz bukan OD individu - ini ramai silap kerana datang nak aplly OD individu dan banker akan kata dah tak boleh mohon lagi.
  • 9)   permohonan akan makan masa 3-6 minggu proses dan yang menjadi ianya lama adalah perlu mendapatkan kebenaran dari PNB untuk sahkan yang sijil ASB di tuntut oleh bank tersebut.tak perlu salahkan PNB kerana PNB hanya jalankan tugas dan amat takut sijil tergadai.
  • 10) so itulah serba ringkas dan step yang perlu anda lalui dalam permohonan OD biz ini.
memang ianya nampak mudah tetapi anda perlukan masa untuk uruskan semua yang saya nyatakan di atas..
dan jgn mengeluh sebelum mencuba...

2) masalah limit CC hanya 2 bagi setiap individu

ok bab nie aku akan sambung pada post yang akan datang..

bukan apa aku tgk dah panjang pun post nie nanti ko tak larat nak baca...apa pun jgnlah risau coz dalam ebook ada 5 teknik dan 3 teknik yang UTAMA yang masih boleh digunakan dengan masalah CC sekarang..

so apa yang aku akan kata next post aku akan terangkan kepada pembeli ebook aku yang mana teknik yang perlu ko pakai dan mana teknik yang perlu ko buang....