post sebelum nie aku ada nyatakan pasal kod-kod yang digunakan oleh BNM di laporan Kredit kita CCRIS..sila lihat kod-kod dibawah nie...
di dalam laporan kredit kita yang kita telah print out ada ruangan bahagian JENIS CAGARAN di situlah adanya kod-kod tersebut dan disinilah pihak bank melihat jenis pinjaman yang kita buat..
- 00 - adalah untuk kod kad kredit
- 10 - adalah untuk kod pinjaman rumah
- 23 - adalah untuk pinjaman melalui cagaran amanah saham
- 99 - dalah untuk pinjaman melalui cagaran Emas
sila lihat contoh CCRIS
( klik untuk besarkan)
di atas itulah contoh laporan CCRIS...yg penting adalah cara bayaran ko setiap bulan...angka yang aku bulatkan adalah kod-kod yang aku maksudkan....ini tak berapa penting tetapi sekadar pengetahuan sahaja..
camner pihak bank lihat CCRIS nie?
klu ko lihat pic dibawah nie pihak BNM ada meletakan rekod bagi setiap bulan dimana angka 0 menunjukkan yang ko adalah peminjam yang bagus, tiada tunggakan berlaku..jika ko ada tungakkan pada sesuatu bulan angka 1 akan tertera dan ia menunjukan ko adalah peminjam yang tak berapa bagus kerana 'ngelat' bayar pinjaman bulanan..jika terlalu banyak angka 1 tersebut, maka banker akan tahu ko nie jenis yang liat nak bayar hutang...
jika ko seorang yang liat nak bayar hutang..paham2 jerlah..ko nak aplly loan pun susah bank nak tolong luluskan....
mcm aku nie..bank pun suka bagi pinjam..hehehehe