Wednesday, April 20, 2011

RESTRUCTURE BALIK EXCEL PLANING TAHUN 2011

Salam kengkawan

baru2 nie aku perhati balik aku punya excel planing tuk tahun 2011 kemudian aku buat lagi sampai dec 2012 dan aku lihat memang aku ada masalah untuk tahun 2011 dan perlu berehat dari hal2 pelaburan Emas nie...mcm2 aku plan tahun nie takut tak tercapai plak..sebab apa aku nak berehat adalah aku nie bukan beli emas untuk di jual balik..aku beli untuk simpan sahaja...jual time betul2 aku rasa menguntungkan...

mybe story aku nie boleh dijadikan teladan masa hadapan...

pada bulan Oct 2010 aku ada membuat pajakan emas aku l/kurang 
  • 13 ketul emas 20g
  • 1 ketul 5 dinar
  • 15 ketul 1 dinar 

di Ar-Rahnu Agro bank..dengan nilai pinjaman mencecah 35k dan dalam masa 6 bulan yang lepas aku telah tebus 3 x 20g, 1 x 5 dinar dan 15 x 1 dinar dan yang gagal aku tebus adalah
  • 10 x 20g lagi
dan pada bulan mac 2011(bulan lepas jer) aku telah bayar upah simpan sebanyak RM 1,280 bagi tujuan aku nak sambung lagi 3 bulan..pehh!!! rasa rugi plak aku kerana aku tak double cek perkara nie..so pada yg ada pajak banyak mcm aku silalah cek balik upah simpan emas korang tu....mcm aku nie tak perlah boleh bayar upah simpan..aku takut yang tak boleh bayar langsung dan emas tergadai...

kenapa aku tak buat surat pajakan yg baru dan sambung 6 bulan lagi???
sebab bila aku sambung aku kena caj upah yang baru dan nilainya yang tinggi dan nilai pinjaman yang rendah iaitu pihak Ar-Rahnu Agro telah tetapkan pinjaman bagi emas waffer@coins hanya 65% sahaja..so aku nak rempit overlaping emas tu tak boleh..heheheh memang hampeh!!!..so aku terpaksa sambung 3 bulan lagi...

sebab kat atas nielah aku bukak balik kitab aku(excel planing) dan kaji balik bagaimana aku nak buat...sebenarnya,dari apa yang aku lihat aku mmg tidak ada masalah sebenarnya tetapi yang menjadi serabut kepala aku adalah aku terpaksa keluarkan wang ASB aku tuk bayar balik dekat 20k pinjaman Ar-Rahnu Agro tu...tobat aku nak rempit lagi..hahahaha..bukan apa aku sayangkan duit ASB aku tu..hahahaha, tak perlah(sedapkan ati)..emas pun kira aku simpan jugak cuma medium nya lain bukan WANG tetapi EMAS....

sebelum aku melangkah ke pelaburan EMAS......

sebelum aku melangkah ke pelaburan emas aku boleh saving ASB sebulan dalam 2.5k (dengan gaji bersih yang hanya 2.7k) tetapi disebabkan pelaburan emas nie aku terpaksa kurangkan jadi 1k sahaja saving ASB sebulan dan aku ada adjust2 bagi cukupkan duit aku untuk tebus emas aku kat Ar-Rahnu dan hasilnya dalam masa 6 bulan lalu aku berjaya tebus hanya:---
  • 3 x 20g
  • 1 x 5 dinar
  • 15 x 1 dinar
yang  bernilai keseluruhan 15k...lagi 10 x 20g aku gagal untuk tebus..disebabkan 10 ketul nielah aku serabut kena bayar RM 1,280 tu...see3, korang rasa rugi tak aku kena bayar buta2 jer kat Ar-Rahnu...so aku terpikir tak nak serabut kepala dan masa aku...aku nak tebus semua sekali pakai duit ASB aku...jgn tanya aku kenapa tak pakai duit OD aku...klu korang dah beli EBOOK aku memang ko leh faham kenapa aku buat camtu..

so, pikir2kanlah akibatnya klu kita merempit terlalu banyak emas tu...mmg kedekut aku nak bayar balik pajakan emas aku tu..heheheh..tp bukan aku menghalang korang dari beli emas, tp maksud aku adalah korang kena tahu akibat jangka panjang dahulu sebelum pajak emas korang kat Ar-Rahnu...
apapun setelah aku nilai balik emas aku tu aku dah untung jugaklah walaupun aku ada bayar upah simpan dekat 1.5k sebelum nie.....
pada aku CASH STILL A KING

so kengkawan sila tunggu aku nak let go emas nie....bukan tahun nie tp tahun depan atau tahun depannya lagi...