Monday, November 12, 2012

PENDIDIKAN KEWANGAN

Salam Kengkawan

Hari nie dah 12/11/2012...ini bermaksud lagi 49 hari lagi nak masuk ke tahun 2013...lama lagi ker 49 hari tu...pada aku 49 hari nie mmg masa kritikal untuk tahun 2012....adakah seting kita tahun 2012 nie dah tercapai....ke tak tau dah mana kita letak seting(azam) kita tahun 2012....


tahun nie aku banyak melabur dalam pendidikan...aku rasa memang setiap tahun kita kena seting melaburlah dalam pendidikan ini setiap tahun...bila kita membaca kita akan terkejut kerana banyak benda lagi yang kita tak tahu dan tidak sedar apa sebenarnya yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.....pehh!!! ayat dah mcm org sastera plak......


apa yang aku melabur dalam pendidikan nie...aku dan mybe ramai lagi dalam team OD atau sahabat yg baca blog aku nie mmg tahu pendidikan kewangan adalah benda yang penting bila kita yang dah mencapai umur 'tua' nie....takkan kita nak lagi belajar pasal hal2 dunia...kat mana sungai terpanjang kat dunia, negara mana yg ada gunung tertinggi kat dunia,siapa negara besar dan kurang ajar kat dunia nie..kat mana negara2 alami 4 musim...aku rasa dah tak perlu kott....kottt...

pendidikan kewangan nie, ramai sebenarnya otai dan cikgu dalam carigold, FB..kelas2 hartanah, seminar-seminar telah ajar sama ada korang faham atau tidak apa itu sebenarnya pendidikan kewangan.....


yup...aku mmg tahu dan ramai orang tahu simpan duit...tp adakah itu pendidikan kewangan yang sebenar????

emmm....apa ehh??? sama jer..simpan duit tu kira kita taulah pasal pendidikan kewangan....ya, mmglah betul apa yg korang pikirkan tu...dalam simpan duit maksudnya korang dah mula melangkah faham apa tu pendidikan kewanganlah...tp tu adalah basic jer....

aku bg contoh...kita selalu lihat peminta sedekah di masjid, di kaki-kaki lima bank seluruh malaysia..terutama budak-budak kecil....hati rakyat malaysia nie mmg baik hati...tanpa pikir panjang korang (termasuk aku pun) akan bg duit dan berpikir supaya budak nie simpan duit...adakah itu pendidikan kewangan.....

abis klu tak bagi duit nak bagi nasi ker??? jawablah sendiri...
 
dari buku2 yang aku baca iaitu Donal Trump dan Robert Kiyosaki sendiri....diorg nie mmg dah kaya dan suka mengajar orang bagaimana nak cari duit bukan simpan duit....mcm rancangan dia 'the Apprentice' yg mana kita lihat donald mendidik peserta gunakan wang mereka (donald Trump punyalah) pada kadar minima dan minta peserta maksimakan keuntungan...kenapa donald tak sedekahkan duit dia jer pada peserta tu, lagi senang...

emm itulah pendidikan kewangan...klu kita bagi makan seseorang nasi..orang tu akan makan nasi tu untuk hari tu jer...esok..lusa...bagaimana???tp klu kita bagi ilmu mcm mana nak cari nasi, org itu akan gunakan ilmu tu untuk cari nasi tu sepanjang hidup dia.....

banyak cakap pulak aku arinie...berbelit2 plak tu...so kat cnie..kita perlu tahu ilmu itu adalah lebih penting dari nasi tadi.....

ilmu aku nie mmg cetek tp sekadar kongsi pandangan mmg tak ada masalah....