Saturday, September 10, 2011

PERANCANGAN CUKAI - part 4

Salam kengkawan

kepada geng yang pening pasal perancangan kewangan yang aku postkan tu...jgnlah pening2 kepala just follow my post part by part...
sebenarnya aku cuba perjelaskan 1 bab ke 1 bab pasal perancangan kewangan...korang follow jerlah part by part tu...nanti di akhir bab aku akan senaraikan elemen2 perancangan kewangan dari part 1 hingga habis.... apa yg aku cuba jelaskan atau highlight kat cnie adalah perancangan kewangan tu bukan untuk SAVING sahaja tetapi ianya amat luas melibatkan beberapa perkara kewangan.

kali nie kita lihat pasal Perancangan cukai



Matlamat perancangan cukai adalah untuk mengatur urusan kewangan korang
bagi meminimumkan cukai perlu dibayar. Jumlah cukai perlu dibayar akan
mempengaruhi keputusan korang terhadap perkara-perkara berikut:

Pelaburan
Pinjaman
Tabungan

ko boleh merujuk Akta Cukai Pendapatan 1965 untuk maklumat lanjut tentang jenis dan jumlah cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis pendapatan dan jenis perbelanjaan yang boleh ditolak daripada pendapatan ko. Sebagai alternatif, korang juga boleh mendapatkan nasihat daripada perunding cukai atau penasihat kewangan atau jugak kengkawan dalam team OD fb..
 
Terdapat berbagai jenis Cukai yang ada di Malaysia. Antaranya adalah CUKAI PENDAPATAN, CUKAI PERNIAGAAN, CUKAI HARTA, CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN dan sebagainya.

Cukai merupakan sumber hasil yang terbesar negara. Cukai boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1. Cukai Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain.
2. Cukai Tak Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain.
Bagi Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan ke atas individu yang melakukan kegiatan pengajian atau komersial atau kedua-duanya sekali.

apa pun bagaimana hendak merancangan perbelanjaan cukai korang...
so inilah sebenarnya yang perlu kita lakukan...

pada aku pembayaran cukai ini adalah liabiliti...mmg ramai orang culas atau mengelak dari bayar cukai....tp mereka tak bijak lari dari cukai dan tak tahu bagaimana nak uruskan cukai itu....tp pada aku

kita mmg kena elak/min dari bayar cukai nie...tp persoalannya bagaimana hendak minimum pembayaran...
so belajarlah dari org2 kaya bagaimana diorg lari dari cukai.......
apa pun korang leh baca note bentuk PDF di link bawah nie...
link